Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


BATU 38 SABAK BERNAM

Kertas Kerja:

PERMOHONAN DANA
UNTUK MENGHANTAR PELAJAR KE
KEM NASYID DI SMKA KAJANG

OLEH:
GURU PEMBIMBING NASYID
SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BT 38
45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

1
1. PENDAHULUAN

Pertandingan Nasyid saban tahun diadakan bagi melahirkan para pendakwah muda yang
berjuang di dalam medan dakwah melalui medium nyanyian. Dalam melahirkan pendakwah muda
ini pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan nasyid terbuka dan menghantar
pelajar dan guru kem nasyid untuk menambah ilmu dan pengalaman.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan peserta ilmu vokal dan cara menggunakan alat nasyid dengan betul.
2.2 Memberikan pendedahan ilmu nasyid dan latihan suara serta tarannum.
2.3 Melatih pelajar dengan cara yang betul ke pertandingan nasyid.

3. SENARAI KEPERLUAN YANG DIPOHON

3.1 Sila lihat Lampiran 1

4. RASIONALISASI PERMOHONAN

Pihak kejurulatihan memandang keperluan ini perlu diberi pertimbangan


sewajarnya dari pihak tuan setelah memandang kepada faktor utama seperti berikut:

4.1 Memartabat nama sekolah di peringkat kebangsaan


Untuk makluman, kejayaan pasukan nasyid pasti mampu meletakkan nama sekolah
dikenali sebaris dengan mereka yang sering bersaing di peringkat negeri dan
kebangsaan.

4.2 Mendapat latihan dan kem nasyid daripada jurulatih yang berpengalaman.
Untuk makluman tuan, terdapat beberapa bahagian suara perlu dipertingkatkan
untuk memantapkan ilmu nasyid di kalangan pelajar.

5. GOLONGAN SASARAN

Golongan yang disasarkan adalah pasukan nasyid sekolah yang akan bertanding di
peringkat daerah kelak seramai 6 orang peserta.

2
6. RUMUSAN

Besarlah harapan pihak pengurusan tuan agar permohonan ini mendapat perhatian
sewajarnya seterusnya diluluskan demi memastikan kelangsungan sekaligus dapat menjadi
pemangkin kepada kegemilangan nasyid Sabak Bernam kelak. Semoga usaha ini mendapat berkat
dari Ilahi.
Sekian, terima kasih.

5. PENUTUP

Kertas kerja ini memohon Yang Berhotmat / Tuan mempertimbangkan dan bersetuju:

1. Meluluskan permohonan bagi peserta nasyid sekolah ke peringkat terbuka negeri Selangor
dengan peruntukan sebanyak RM 3000.00

Lampiran 1

SENARAI ALATAN DAN LATIHAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KOS KUANTITI KOS SUMBER CATATAN


SEUNIT/SEHARI
1. YURAN PELAJAR RM 300 3 HARI RM 1800.OO - 6 ORANG
PELAJAR
2. YURAN GURU RM 300 3 HARI RM 600.00 - 2 ORANG
GURU
3. PENGANGKUTAN RM 300 3 HARI RM - 2 BUAH
600.00 KENDERAAN
JUMLAH RM 3000.OO -
KESELURUHAN

PERMOHONAN INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

.............................
(MOHD NAJMUDDIN BIN ISMAIL)
Guru Penasihat Nasyid
SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38

Anda mungkin juga menyukai