Anda di halaman 1dari 7

PERANAN DAN TUGASAN

ICE-BREAKING

AKTIVITI 1
TAJUK : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORI
TARIKH : 14 November 2011
MASA : 8.15 pagi – 8.25 pagi (10 minit)
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN :

1. Peserta beratur mengikut kumpulan masing-


masing.(Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,
Pengawas Kesihatan, Ketua & Pen. Ketua Kelas dan Barisan
Pemimpin Unit Beruniform, Kelab & Permainan)
2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok besar
berdasarkan;
a. Abjad pertama nama ibu
b. Bulan kelahiran yang sama.

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-


masing.

RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekan antara sesama
manusia yang baru dikenali.

FALSAFAH :

1. Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama


peserta.
TAJUK : BISIKAN BAYU

TARIKH : 14 November 2011

MASA : 11.45 pagi – 12.15 tengahari (30 minit)

TEMPAT : Dewan SKJ3(F)

SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan

BAHAN : Edaran, Wisel, Kertas A4 dan pensel

OBJEKTIF :

Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud
apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.

Prosedur :

1. Peserta berada dalam satu barisan.

2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.

3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.

4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap


kali wisel dibunyikan.

5. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.

6. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.

7. Setelah selesai, Fasilitator :

a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang


diterima.

b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang


diterima.

c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang


diberikan.
FALSAFAH :

1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi
seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau
didapati ada kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji
terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara


bertulis.

Lampiran – Aktiviti Bisikan Bayu

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING


ADA SEEKOR ANAK KAMBING DI LEHERNYA ADA LOCENG
DI LEHERNYA ADA LOCENG BUNYINYA KLING … KLING …
BUNYINYA KLING … KLING … KLING
KLING DITENDANG OLEH MALING
DITENDANG OLEH MALING JATUH TERGULING-GULING
JATUH TERGULING-GULING LALU MATANYA JULING
LALU MATANYA JULING
TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM
TARIKH : 31 Julai 2019
MASA : 20 minit
TEMPAT : Kelas
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif
yang terdapat dalam diri masing-masing.

2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat


positifnya.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada


setiap ahli.

2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.

3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 5 minit.

4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta


ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara
yang telah dilakukan.

5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat


negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-
sifat tersebut.

6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan


pendapat serta cadangan kepada ahli lain.

FALSAFAH :

1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.

2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang


negatif harus dihapuskan.
Lampiran – Aktiviti Si Putih dan Si Hitam

INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF

BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA


TAJUK : KAPAL KARAM
TARIKH : 31 Julai 2019
MASA : 20 minit
TEMPAT : Kelas
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan


pemikiran yang tajam.

2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.

2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan


mengikut keutamaan.

3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka


tentang penyusunan nama tersebut.

4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.

FALSAFAH :

3. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

4. Tenang menghadapi saat-saat genting.

5. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.


Lampiran – Aktiviti Kapal Karam

Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka


naiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda
hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.

Tugas Anda !
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan
diselamatkan.

ORANG KAYA YANG BUDIMAN

KAWAN KARIB

IBU YANG SAKIT TUA

PENCURI YANG INSAF

ABANG YANG BUTA

GURU KELAS ANDA

BAPA YANG TIDAK BEKERJA

ORANG MISKIN

PEMUDA YANG BAIK HATI

ADIK YANG NAKAL

Anda mungkin juga menyukai