Anda di halaman 1dari 2

JALAN

Nukilan oleh : Ahmad Solihin Bin Che Hakimi (2 Shafie)

“ Rizal! Berhenti!” Inspektor Amir menjerit sambil muncung Berettha 92


nya menghala ke arah seorang lelaki dihadapannya. Lelaki bernama Rizal ittu
berpusing sambil tersenyum. Namun HK MP5nya masih tepat menghala ke
arah kepala mangsanya.

“Ahhh…Amir, sahabat lamaku. Setelah lebih 10 tahun kita berpisah,


pertemuan kita sepatutunya dramatik dan nostalgik. Mesti berpeluk,
bersalaman dan air mata mungkin mengalir membasahi pipi. Tapi, kau cuba
menembak aku bukan? Cukup dramatik,” kata Rizal sambil tersenyum sinis.

“Lepaskan dia, Rizal! Serah sahaja diri. Kau kan masih memanggil aku
sahabat. Jadi, tolonglah dengar kata aku. Aku tak mahu menembak sahabat
aku sendiri.” Inspektor Amir berusaha memujuk. Rizal hanya tersenyum.
Inspektor Amir pula geram dengan tabiatnya itu.

“Baiklah. Kau boleh ambil dia. Tapi, kalau kau mahu tangkap aku,
kejarlah dulu. Cuba kau ingat, kita boleh bermain kejar-kejar seperti kecil-kecil
dulu. Bukankah seronok,” ujar Rizal.

Kata-kata Rizal amat mendalam dan mencabar diri Inspektor Amir. Rizal
membuka langkahnya. Dia berlari dengan kencang. Tiba-tiba….

‘Bommmm!!!!!’ Bunyi tembakan itu berbunyi dan bergema di seluruh


kawasan kejadian itu.

“ Maafkan aku, Rizal.” Inspektor Amir bermonolog halus. Dia


menggeleng kepala dan berasa kesal kerana terpaksa melakukannya.

Beberapa hari kemudian. Di Hospital Kuala Lumpur


“ Aku di mana?” Kenapa kepala dan kaki aku berbalut? Aduh, sakitnya
kepala aku!” Rizal mengeluh dan mengerang kesakitan sambil memicit-micit
kepalanya yang terasa berat. Dia begitu terkejut apabila melihat tangannya
bergari kemas pada palang besi katil. Rizal tidak ingat apa yang telah berlaku
kepada dirinya. Dia tertanya-tanya.

“ Ahh… Kau dah sedar? Baguslah.” Inspektor Amir bersuara dengan tiba-
tiba. Rizal terperanjat.

“ Berapa lama aku dekat sini? Kenapa kepala dan kaki aku berbalut.
Tangan aku juga digari. Apa yang telah berlaku?” Tanya Rizal.

“ Aku tembak kau dekat kaki.

Anda mungkin juga menyukai