Anda di halaman 1dari 7

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua negara di
dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan
bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau
berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan mengeratkan
hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi
serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan
Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan
kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan
pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi
berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah
menjalankan langkah yang ampuh dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan
negara-negara lain kerana hal ini amatlah “menguntungkan “ negara Malaysia. Ironisnya,
apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara
serantau?
Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah
menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup
dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. .
Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai
contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi
anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi
orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-
menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas,
dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan
negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara
Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.
Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi
negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN
mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan
mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan
barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari negara
ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan
terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya
sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut,
pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai
pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti
walaupun barang tersebut mahal harganya kerana alah membeli menang memakai.
Terbuktilah sudah bahawa menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat
memakmurkan ekonomi negara kita.
Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin
hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak
berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan
serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di
Asia Tenggara. Penubuhan NAM telah berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing
dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui
rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara Malaysia mempunyai
hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara
Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat mengekalkan keamanan di negara Malaysia dan
bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak
berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia
yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau
haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan
bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan
bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka .Hidup
seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu,
tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi bantuan apabila
negara lain memerlukan bantuan dari kuasa luar.Beberapa bulan yang lalu, negara
Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat
Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan
di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi di negara Indonesia. Negara
serantau akan memberi bantuan dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan
kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah
perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan
negara serantau amat penting kepada negara kita.
Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan
negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan
Universiti Malaya sebuah universiti yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan
antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya
pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha
terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu
ditingkatkan supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti
tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara serantau agar taraf
pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana bersekutu bertambah mutu. Hal ini
terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan
sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin
hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara
kita.

Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau
kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang
perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau
bukan sekarang,bila lagi?
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak
seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang
pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau
dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor
pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-negara asing). Banyak
produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan
menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak.
Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim
buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan
yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya
pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus
mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan
budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa
untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka.
Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan
sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan.
Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga
kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan
pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti
ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang
jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di
Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan
kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian,
penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa


dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini.
Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan
Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat
perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah
kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di
Sarawak pada setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa
memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan
lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan
mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang
dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata
pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara
ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan
melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk
menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang
diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong
datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan
untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan
Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel,
syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk
menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan
menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana
akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di
negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong
tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya
golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai
jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi
segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan
berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya
mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang
merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta
dikatakan menepati era moden yang mementingkan masaNamun dari segi
kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang
harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian
dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan
pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan
berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera,
kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran.
Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang,
makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan
kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan
kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit
darah tinggi dan buah pinggang.Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau
obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan
berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung
lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman
berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-
kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam
darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung.
Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh
merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk
berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh
mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi
dan tahap ingatan.Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga
akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma
yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa
daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan
bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-
sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang
penyakit asma yang berlarutan.Makanan segera tidak mengandungi vitamin A
yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel
baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat
membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam
makanan segera.Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan
kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa
kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada
dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan,
kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu
memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat
dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Pada masa sekarang, makanan segera atau yang lebih dikenali “fastfood”
semakin banyak di pasaran. Pengeluarannya semakin bertambah dari hari ke hari.
Kini, banyak jenis makanan segera yang dapat kita pilih dari segi jenama dan
harga untuk dijamu seisi keluarga. Makanan segera semakin digemari oleh
masyarakat sekarang, terutamanya penduduk Bandar. Ianya telah meresap ke
dalam gaya hidup masyarakat moden. Semakin hari semakin banyak jenis-jenis
dan kedai-kedai makanan segera wujud. Makanan segera banyak yang telah
dibungkus di dalam plastik-plastik yang kecil seperti mi segera, bihun, roti canai,
donat, roti, dan sebagainya. Antara contoh-contoh restoran makanan segera ialah
KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Chicken Rice Shop, Cheese Cake, dan lain-lain lagi.
Makanan ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Makanan
segera pada masa sekarang mengandungi banyak kebaikan-kebaikan dan
kelebihan-kelebihan pada orang yang menjamunya.Makanan segera mempunyai
banyak jenis. Ini memberikan banyak pilihan kepada kita untuk memilih makanan
kegemaran kita sendiri. Antara punca makanan segera menjadi pilihan kepada
masyarakat zaman sekarang ialah makanan ini senang disediakan tidak kira
dimana pun kita berada. Antara contoh makanan yang senang seperti ini ialah mi
segera yang cuma perlu ditambah air panas sahaja. Penyediaannya yang ringkas
ini telah menjimatkan masa untuk menyajinya. Makanan segera ini boleh
disediakan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Kebanyakan
dari suri rumah pada masa sekarang memilih untuk memasak atau membeli
makanan segera disebabkan masanya yang singkat. Disamping itu juga, makanan
ini menjadi pilihan suri-suri rumah pada masa sekarang disebabkan tidak perlu
belajar memasak kerana kebanyakan suri rumah pada masa sekarang kurang
pandai memasak.Mungkin kita tidak tahu bahawa makanan segera ini sebenarnya
mempunyai banyak khasiat untuk keperluan hidup seharian. Burger yang dijual di
KFC, Mc Donald dan lain-lain kedai mempunyai zat besi, protin, dan tenaga yang
mencukupi bagi seorang manusia. Selain itu, makanan seperti ini boleh
menggemukkan orang yang kurus tanpa makan ubat-ubatan yang mengandungi
bahan kimia. Contoh-contoh lain yang boleh kita lihat ialah pada keropok ikan.
Keropak ikan ini mempunyai banyak kalsium untuk menguatkan tulang di dalam
badan kita. Contoh lain yang ada pada keropok ikan ini ialah sumber protinnya
juga boleh membantu membina otot-otot badan. Makanan seperti ini amat sesuai
untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada
makanan segera juga ialah ianya mudah didapati di mana-mana kedai. Ia dijual di
kedai-kedai runcit, stesen minyak, pasar raya, dan lain-lain lagi. Makan makanan
segera dapat mengenyangkan perut disamping mendapat nutrisi-nutrisi keperluan
badan.Bagi golongan yang berpendapatan rendah ataupun yang ingin menabung,
makanan segera ini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang kerana
harganya yang murah. Dengan itu, mereka boleh berjimat cermat wang mereka
untuk kegunaan lain. Pembelian makanan segera tiap-tiap hari menguntungkan
kerana kosnya yang rendah disamping mendapat khasiat-khasiatnya yang banyak.
Makanan segera sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang tidak diketahui
oleh orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai