Anda di halaman 1dari 91

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL BAHASA MELAYU

BMMB2023M
PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang


tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa
juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii
Falsafah Pendidikan Guru
ii
Notis Hak Pengarang
iii
Kandungan
iv
Panduan Pelajar
vi
Pengenalan
vii
Agihan Tajuk

UNIT 1 Prinsip Pengajaran Bahasa Melayu 1

UNIT 2 Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu 4

UNIT 3 Strategi Pengajaran Bahasa Melayu 20

UNIT 4 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu 43

UNIT 5 Teknik Pengajaran Bahasa Melayu 56

UNIT 6 Pengaplikasian Pedagogi Masa Kini 68

Penulisan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


UNIT 7 70
(RPH)

UNIT 8 Pengajaran Mikro dan Makro 72

UNIT 9 Refleksi 73

74
Bibliografi

75
Panel

Simbol 77

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan


Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah
/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen
asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan
bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti
yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar
mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam
Bahasa Melayu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan prinsip pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran


bahasa Melayu Sekolah Menengah (C2, HPP1).
2. Menilai pelbagai strategi dan kaedah pengajaran, dan pembelajaran berdasarkan
penulisan refleksi yang lengkap untuk mengajarkan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah (C5, HPP3, CTPS1,CTPS3, CTPS7).
3. Melaksanakan pengajaran mikro Bahasa Melayu Sekolah Menengah dengan
menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai dan terkini dalam kumpulan (A4,
HPP4, CS1, CS3, CS4).

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
KESELU-
24 JAM MODUL
TAJUK/ TOPIK RUHAN
DALAM 40%
DALAM MK KULIAH
TALIAN 16 JAM
40 JAM 40%
20%
16 JAM
8 JAM

1. Prinsip Pengajaran Bahasa


Melayu

• Definisi
• Prinsip pengajaran dan
pembelajaran
- Prinsip yang berfalsafahkan
aliran Behaviourisme
- Prinsip yang berfalsafahkan
aliran Kod-kognitif 3 - 3 -
- Prinsip yang berfalsafahkan
aliran Interaksionalisme
- Prinsip yang berfalsafahkan
aliran Fungsionalis

• Prinsip umum pengajaran


bahasa Melayu
- Teori Ilmu Linguistik
- Teori Ilmu Psikologi

2. Pendekatan Pengajaran
Bahasa Melayu

• Definisi Pendek kata


• Pengaplikasian Kaedah 4 - - 4
• Pengajaran Bahasa Melayu
- Pendekatan Induktif
- Pendekatan Deduktif
- Pendekatan Eklektik

vii
- Pendekatan Komunikatif
- Pendekatan Natural
- Pendekatan Binaan dan
Cerakinan
- Pengalaman Bahasa
- Menyeluruh/whole
language

3. Strategi Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Melayu

Kuliah (2 jam)
• Definisi Strategi
• Penaakulan Strategi dan
Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa
Melayu
- Berpusatkan Guru
- Berpusatkan Murid
- Berpusatkan Bahan

Pembelajaran Bermodul(4 jam)


• Penaakulan Strategi dan
Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa 6 2 - 4
Melayu
- Pembelajaran Berasaskan
Masalah
- Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri
- Pembelajaran Berasaskan
Projek
- Pembelajaran Berasaskan
Scenario
- Pembelajaran Kajian Masa
Depan
- Pembelajaran Berasaskan
Otak
• Konsep penggabungjalinan
• Konsep Penyerapan

4. Kaedah Pengajaran Bahasa


Melayu:

• Kaedah Pengajaran Bahasa


Melayu sebagai Bahasa
Pertama 4 - - 4
• Tatabahasa Terjemahan
- Kaedah Terus
- Kaedah Semula Jadi
- Kaedah Ajuk Hafaz
- Kaedah Linguistik
- Kaedah Oral Aural

viii
- Kaedah Terjemahan
- Kaedah Psikologi
- Kaedah Eklektik
- Kaedah Kod-Kognitif
- (Ilmu Bahasa)
- Kaedah Fonetik
- Kaedah Khusus

• Kaedah Pengajaran Bahasa


Melayu sebagai Bahasa
Kedua
- Kaedah Tatabahasa
Terjemahan
- Kaedah Terus
- Kaedah Gerak Balas Fizikal
Keseluruhan
- Kaedah Suggestopedia
(Memperkaya Multimedia)

5. Teknik Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Melayu
• Definisi teknik pengajaran
dan pembelajaran bahasa
Melayu
• Teknik pengajaran
- Teknik Bercerita
- Teknik Syarahan
- Teknik Perbincangan 4 - - 4
- Teknik Hafalan dan Latih
Tubi
• Teknik Penyelesaian
masalah
- Teknik Sumbang Saran
- Teknik Tunjuk Cara
- Teknik Main Peranan
- Teknik Bersoal Jawab

6. Pengaplikasian Pedagogi
Masa Kini
• Pedagogi masa kini –
Pembelajaran bermakna
- Teknologi
- Kontekstual
- Interdisiplin 5 - 5 -
- Penyelesaian Masalah

•Teknik Pengajaran dan


pembelajaran Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
- Mendengar Aktif dan
Interaktif
- Bercerita

ix
- Simulasi
- Main Peranan
- Perbincangan
- Mestamu
- Dekon
- Lakonan/Nyanyian
- Teater Bercerita
- Permainan Bahasa

• Pengaplikasian Teknik
Pengajaran Kemahiran
Membaca
- Teater Pembaca
- Membaca Berfikir Terarah
- SQ3R (Survey, Qestion,
Read, Review, Recite)
- KWLH (Know, Want, Learn,
How)
- Luncuran dan Imbasan
- Bacaan Berpandu
- Lingkaran Soalan

• Pengaplikasian Pengajaran
Kemahiran Menulis

• Peringkat Menulis
- Pramenulis
- Mekanis
- Pelahiran

• Pendekatan Pengajaran
menulis
- Terkawal
- Berpandu
- Bebas
- Kreatif
- Proses
- Pengalaman Bahasa

• Teknik
- Peta Min Pemikiran
- Penyoalan
- Penerokaan

7. Penulisan Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran
(RPH)
• Maklumat Umum
• Standard Kurikulum dan 6 6 - -
Standard Pembelajaran
• Hasil Pembelajaran
• Langkah Pengajaran dan
Pembelajaran

x
• Set Induksi
• Perkembangan
• Penutup
• Refleksi

• Membina Bahan Bantu


Mengajar
- Bersumberkan TMK
- Bahan autentik
- Bahan grafik
- Inovasi dalam bahan bantu
- Mengajar
8.Pengajaran Mikro dan Makro

• Pengaplikasian Pengajaran
Mikro
- Set induksi
- Kemahiran penggunaan
- papan tulis
- Kemahiran variasi
- rangsangan
- Kemahiran menyoal
- Kemahiran
- peneguhan/pengukuhan 5 5 - -
- Kemahiran memberi
- penerangan
- Kemahiran penggunaan
- bahan/contoh/ilustrasi
- Penutup

• Pengaplikasian Pengajaran
Makro
- Kemahiran bahasa
- Seni bahasa
- Tatabahasa
9. Refleksi
- Konsep 3 3 - -
- Kepentingan
- Jenis-jenis refleksi
JUMLAH 40 JAM 16 JAM 8 JAM 16 JAM

xi
UNIT 1 PRINSIP PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS
Unit ini membincangkan tentang prinsip-prinsip pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Menengah berdasarkan falsafah aliran behaviourisme, kod-kognitif, interaksionalisme dan
fungsionalis serta prinsip umum teori ilmu Linguistik dan Ilmu Psikologi.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik pelajar akan dapat:

Menghuraikan definisi dan prinsip pendekatan pengajaran Bahasa


Melayu Sekolah Menengah berdasarkan falsafah dan teori.

KERANGKA TAJUK
1. Prinsip pengajaran dan pembelajaran berasaskan falsafah:
1.1 Definisi
1.2 Prinsip pengajaran dan pembelajaran:
- aliran Behaviourisme
- aliran Kod-kognitif
- aliran Interaksionalisme
- aliran Fungsionalis

1.3 Prinsip umum pengajaran bahasa Melayu


- Teori Ilmu Linguistik
- Teori Ilmu Psikologi

Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran menerusi kaedah dalam talian (3 jam). Sila rujuk agihan tajuk pada
muka surat vii.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat berkaitan. Pelajar dingatkan supaya
meningkatkan pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan sebelum
bermulanya pembelajaran dalam talian.

1
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media yang boleh digunakan


i. Facebook Live/WhatsApp/Instagram
ii. Pelaksanaan P&P dalam talian boleh dilaksanakan selama 1 jam/ 2 jam bagi
satu sesi bergantung kepada pensyarah mengajar.
B. Tajuk Pembelajaran:
Tajuk: Prinsip pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan falsafah.
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
1.1 Definisi
1.2 Prinsip pengajaran dan pembelajaran:
- aliran Behaviourisme
- aliran Kod-kognitif
- aliran Interaksionalisme
- aliran Fungsionalis

1.3 Prinsip umum pengajaran bahasa Melayu


- Teori Ilmu Linguistik
- Teori Ilmu Psikologi

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk dan pecahan tajuk.
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah boleh merakam dan menyimpan (save) dalam fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

2
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Anda boleh mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
dengan membaca Huraian Sukatan Bahasa Melayu dan melayari
internet.

1. Berpandukan bahan bacaan, perbincangan dan carian yang telah anda lakukan,
sediakan satu grafik i-Think bagi tajuk ini bagi membantu anda memahami falsafah dan
teori yang ada dalam Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

3
UNIT 2 PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang pendekatan yang sering digunakan dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa
Melayu. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, penguasaan kemahiran mengendalikan dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan amat perlu bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan berkesan, menyeronokkan dan mengggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran mereka.

Hasil Pembelajaran Unit

KERANGKA TAJUK
2. Pengaplikasian Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
 Pendekatan Induktif
 Pendektan Deduktif
 Pendekatan Eklektik
 pendekatan Komunikatif
 Pendekatan Natural
 Pendekatan Binaan dan Cerakinan
 Pengalaman Bahasa
 Menyeluruh/ Whole Language

4
Strategi Pembelajaran:
Pembelajaran melalui modul pembelajaran (4 jam). Sila rujuk agihan tajuk pada muka surat
vii. Modul yang disediakan adalah bersifat interaktif untuk membantu pelajar meneroka ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam. Pelajar dingatkan supaya meningkatkan
pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan.

5
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.0 Definisi Pendekatan


Mengikut Kamus Dewan, pendekatan bermaksud kaedah (cara atau langkah-langkah,dsb)
yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll). Menurut
Juriah Long (1992), pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran secara
keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan dalam pengajaran memerlukan kaedah-
kaedah tertentu dan sesuatu pendekatan pengajaran itu wujud berasaskan sesuatu teori
bahasa. Terdapat beberapa pendekatan untuk mengajarkan bahasa Melayu. Antara
pendekatan yang akan dibincangkan dalam bab ini ialah :
 Pendekatan Induktif
 Pendektan Deduktif
 Pendekatan Eklektik
 pendekatan Komunikatif
 Pendekatan Natural
 Pendekatan Binaan dan Cerakinan
 Pengalaman Bahasa
 Menyeluruh/ Whole Language

2.1 Pengaplikasian Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu


Pengaplikasian pendekatan dalam pengajaran memerlukan kaedah-kaedah tertentu dan
sesuatu pendekatan pengajaran itu wujud atau dibina berasaskan sesuatu teori bahasa atau
linguistik. Kepelbagaian dalam pendekatan amat perlu bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan berkesan, menyeronokkan dan mengggalakkan
penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran mereka.

2.1.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) memerlukan


seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ,
murid tidak diajar secara secara langsung. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan induktif

6
merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian
guru membuat pengitlakan terhadap unsur-unsur yang terdapat dalam contoh-contoh
tersebut. Pendekatan induktif juga dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu
mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari.

Pendekatan ini melibatkan proses pemerhatian, kajian dan analisis tentang aspek
bahasa pada awal pengajaran, kemudian dibuat kesimpulan. Hal ini bermakna guru
digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan, isi kandungan keseluruhan
pengajaran dan pada akhirnya membuat kesimpulan. Antara lain murid-murid dikehendaki:
a. memberi definisi kepada sesuatu konsep
b. menerangkan peraturan-peraturan
c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak
disampaikan
d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,


mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan
tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaran induktif

Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang
berkesan. Prosedur ini melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

Peringkat pendedahan
Pada peringkat ini, guru:
a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada
murid-murid secara tidak langsung;
b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;
c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi
pada bahagian permulaan pengajaran;
d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan
pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan
menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan
sebagainya; dan
e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

7
Peringkat pembentukan konsep
Pada peringkat ini, guru
a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;
b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;
c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;
d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;
e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi


a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;
b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup
a. Guru menutup pengajarannya;
b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;
c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan
ua murid menguasai hasil pembelajaran
2.1.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran


dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan penaakulan
yang tinggi. Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum
atau sesuatu teori atau peraturan tertentu pada peringkat awal pengajarannya sebelum
menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit.
Pendekatan ini memerlukan murid untuk menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan
sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan,
menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan
membuat satu pencerakinan; dari yang umum kepada yang spesifik.

Ringkasnya prosedur pengajaran pendekatan deduktif dimulakan dengan


pengenalan rumus. Rumus yang diperkenalkan haruslah berdasarkan rumus yang telah
sedia diketahui oleh murid. Contoh-contoh yang disediakan haruslah berkaitan dengan isi

8
pelajaran supaya konsep sesuatu rumus itu difahami dengan kukuh dan mantap. Antara
lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkat awal generalisasi

Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,
menegaskan tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh
idea.

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara
memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan
pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh
menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh membantu
murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkat menganalisis konsep

Sebaik-baiknya konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan


memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu
menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang dan
melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan
deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau
peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum
berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus
pendekatan deduktif memerlukan seseorang muridmenaakul, mempelajari sesuatu
berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu
pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi
dan membuat satu pencerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik.

9
Peringkat membuat generalisasi

Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama
ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan
kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutup

Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum
tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan sebagai aktiviti
pengukuhan.

2.1.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik menggabungkan pendekatan induktif danpendekatan deduktif dalam


proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai
kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakanpendekatan ini.
Pendekatan ini membolehkan seseorang guru mengubah suai aktivitinya dengan mudah.

Ciri-ciri Pendekatan eklektik:

 merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, iaitu tidak terikat
kepada satu kaedah mengajar sahaja;
 guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;
 guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.
Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan
kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis. Murid-
murid selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir secara
langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

10
 pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang
mempraktiskan pegetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

Kesimpulannya, pendekatan eklektik menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan


deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Murid-murid yang
mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan
pendekatan ini.

2.1.4 Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Komunikatif

Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia
perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan
memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk
menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan
perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami
tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran
bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.

Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:


 makna sangat dipentingkan;
 dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan;
 konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
 pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;
 latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
 pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
 bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-
murid.

Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar;

11
 murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
 terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat
daripadanya;
 kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,
kelancaran bahasa dilihat dalam konteksnya.

2.1.5 Pendekatan Natural

Pendekatan Natural

Pendekatan ini diasaskan oleh Tracy Terell, 1977. Antara tokoh Pendekatan Natural yang
lain ialah Gouin, Montaigne dan L. Sauveur.Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan
buku The Natural Approach 1978. Pendekatan ini berasaskan penggunaan bahasa dalam
situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pendekatan tradisional.

Pendekatan ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan
makna dan mesej. Ini memberi maksud bahawa penguasaan bahasa hanya akan berlaku
apabila penerima dapat memahami mesej dalam bahasa sasaran yang dituturkan.
Pendekatan Natural juga dikenali sebagai pendekatan psikologi, fonetik, baharu, terus,
analitik dan tiruan.

Ciri-ciri pendekatan natural:

 Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa


lebih mudah dikuasai secara semula jadi
 Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih
berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif
 Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa
dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej
 Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa
sasaran yang dipelajari

12
Prinsip-prinsip pendekatan natural:

 Mengajar perkataan dan ayat harian


 Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
 Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
 Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
 Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata
abstrak
 Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
 Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.
Peringkat pengajaran Pendekatan Natural (Semula Jadi)

 Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan


gambar
 Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah diketahui oleh murid

 Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan

 Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama

 PdP dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran


lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

AKTIVITI

Latihan
Sediakan satu aktiviti PdP Bahasa dengan menggunakan Kaedah
Natural / Semula jadi

13
2.1.6 Pendekatan Binaan dan Cerakinan

Pendekatan Binaan
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis, iaitu pengajaran kemahiran
membaca. Pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil
terlebih dahulu kemudiaan diikuti dengan unsur yang lebih besar. Dalam pendekatan ini,
murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu , kemudian diikuti
dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Contoh, untuk mngajarkan ‘minum’, murid-murid perlu diperkenalkan dahulu dengan huruf
‘m’, ‘i’, ‘n’, ‘u’, . Daripada huruf-huruf ini dibentuk suku kata ‘mi’ dan ‘num’. Perkataan ini
akan digabungkan dengan perkataan lain yang diketahui oleh murid untuk membentuk
rangkai kata, ayat dan seterusnya cerita. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah
kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan ini dikenali sebagai pendekatan analisis, iaitu pendekatan pengajaran
yang mendahulukan unsur yang besar, kemudian dicerakinkan kepada unsur-unsur yang
lebih kecil yang membentuk struktur besar tersebut. Melalui pendekatan ini, pengajaran
bacaan dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid, kemudian ayat
dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkatan-perkataan dipecahkan pula
kepada suku kata dan akhirnya huruf-huruf. Contoh ayat seperti ‘saya sayang ibu’. Dalam
ayat ini, perkataan-perkataan ialah ‘saya’ , ‘sayang’, ‘ibu’, manakala suku kata terdiri
daripada ‘sa + ya’ , ‘sa + yang’ , ‘i + bu’ , dan huruf-huruf ialah ‘s’, ‘a’, ‘y’, ‘a’, ‘s’, ‘a’, ‘y’, ‘a’,
‘n’. ‘g’, ‘i’, ‘b’, ‘u’. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan
sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah
ayat dan kaedah cerita.

2.1.7 Pendekatan Pengalaman Bahasa

Pendekatan pengalaman bahasa ialah pendekatan pengajaran membaca yang


menggabungkan perkembangan anak dalam keterampilan mendengar, bertutur, menulis,
dan membaca. Pengajaran dimulakan dengan murid bercerita kepada guru tentang
pengalaman peribadinya. Guru akan menulis cerita murid tersebut dalam bentuk teks,
kemudian dibaca bersama-sama. Bahan bacaan yang ditulis oleh guru bersama- sama
dengan murid adalah berdasarkan pengalaman peribadi murid tersebut. Hal ini sesuai
dengan definisi yang dikeluarkan oleh;

14
Glossary of Literacy Terms (2009), iaitu “The language experience approach is an approach
to reading instruction based on activities and stories developed from personal experiences of
the learner. The stories about personal experiences are written down by a teacher and read
together until the learner associates the written Form of the word with the spoken.”

Menurut Westwood, (2007:101) pendekatan pengalaman bahasa (Language Eperience


Approach) boleh disimpulkan sebagai:
“What I know about, I can talk about. What I say can be written down by someone. I can
read what has been written. “

Pengalaman adalah suatu modal dasar dalam mendorong murid supaya minat untuk belajar
menulis dan membaca. Dalam hal ini murid dan guru berbincang tentang pengalaman murid
tersebut . Tujuan perbualan tersebut adalah untuk melatih kemampuan bertutur murid, dan
melatih kemampuan menulis, sekaligus melatih kemampuan membaca. Menuliskan cerita
berdasarkan pengalaman murid dan dibaca kembali oleh murid menjadikan pendekatan
pengalaman bahasa ini menarik dan sempurna.

Langkah-langkah pendekatan pengalaman bahasa


 pendekatan ini dimulai dengan pertanyaan terbuka, misalnya, “Apa pengalaman baru
yang kamu lalui pada cuti sekolah yang lalu?
 Guru akan menulis pengalaman murid tersebut pada sehelai kertas. Jika perlu boleh
juga dibuat gambar yang menggambarkan peristiwa yang diceritakan oleh murid tadi
agar lebih menarik.
 Akhirnya guru akan membacakan pengalaman yang ditulis tadi bersama-sama
murid.

Guru boleh meneruskan pendekatan ini, dengan selalu bertanya tentang pengalaman murid,
dan menuliskannya bersama-sama sehingga murid tidak ragu-ragu dalam bercerita,
menulis dan membaca kembali apa yang telah mereka tulis. Hal ini sangat menarik kerana
dengan pendekatan ini murid menjadi lebih akrab dengan guru. Selain itu, murid akan dapat
belajar menulis dengan lebih cekap. Dengan menuliskan cerita tentang pengalamannya,
daya kreativiti murid juga dapat dipertingkat.

Semasa aktiviti membaca bersama-sama, guru akan memberi contoh cara membaca
dengan intonasi yang betul dan sebutan yang tepat. Kesimpulannya, pendekatan

15
pengalaman merupakan kaedah pengajaran bahasa menggunakan cerita atau pengalaman
murid. Melaluinya murid dapat bertutur, menulis dan sekaligus membaca semula
pengalaman yang diperbualkan.

2.1.8 Pendekatan Menyeluruh ( Whole Language)

Pendekatan Menyeluruh atau Whole language telah dicipta pada tahun 1980-an oleh para
pendidik Amerika Syarikat yang mementingkan kaedah pengajaran membaca dan menulis
dalam bahasa asli. Menurut Brenner dalam Carlo, De, J.E “whole language is a way of
teaching pre reading, reading and other language skill through all process that involve
language, writing, talking, listening to stories, creating stories, art work and dramatic play as
through more traditional path ways” (Carlo, De, J.E, 1995:88)

Berdasarkan pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pendekatan menyeluruh


adalah suatu cara mengajar prabaca, membaca dan keterampilan bahasa lainnya melalui
semua proses yang melibatkan bahasa, iaitu menulis, membaca, mendengarkan cerita,
mengarang cerita, karya seni dan berdrama.

Pendekatan menyeluruh ialah pendekatan pembelajaran bahasa secara menyeluruh


dan tidak diajar secara berasingan atau terpisah. Pendekatan ini berpendapat bahawa
bahasa merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Oleh itu,
pembelajaran komponen bahasa (fonem, morfem, klausa, kalimat, wacana) dan
keterampilan berbahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan menulis) harus dapat
disampaikan secara kesatuan dalam situasi yang nyata (autentik) dan bermakna kepada
murid.
.
Melalui pendekatan whole language ini kemampuan dan keterampilan murid dalam
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dapat dikembangkan secara kesatuan, dan
menyeluruh. Serta murid dapat membentuk sendiri pengetahuannya melalui peranan
aktifnya dalam proses pembelajaran secara keseluruhan. Di bawah ini akan dijelaskan
empat keterampilan bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis:

16
a. Mendengar

Mendengar ialah kegiatan memahami mesej. Mendengar dapat menghasilkan


pelbagai respons yang melibatkan keterampilan aural dan oral. Proses mendengar
adalah berkaitan aktiviti memahami, menaakul dan memberi respons.

b. Bertutur

Kegiatan bertutur ialah kegiatan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seharian. Bertutur ialah kegiatan menyampaikan mesej melalui bahasa lisan. Tujuan
utama pembelajaran kemhiran bertutur adalah untuk melatih murid bertutur dalam
pelbagai situasi. Misalnya untuk berucap, berpidato atau memberi syarahan.

c. Membaca
Membaca pada hakikatnya merupakan sesuatu kemahiran yang rumit yang melibatkan
banyak hal, tidak hanya berdasarkan tulisan, tetapi juga melibatkan aktiviti visual,
berpikir, psikoliguistik, dan metakognitif. Membaca merupakan salah satu jenis
kemampuan berbahasa tulis yang bersifat reseptif. Kemampuan membaca tidak hanya
memungkinkan seseorang meningkatkan keterampilan kerja dan penguasaan pelbagai
bidang akademik, tetapi juga penting dalam kehidupan sosial-budaya, politik, dan
memenuhi keperluan emosional.

d. Menulis

Menulis dapat didefinisikan sebagai suatu kegiatan penyampaian pesan (komunikasi)


dengan menggunakan tulisan sebagai alat atau medianya. Keterampilan menulis
menurut Byrne ( 1979:3 ) pada hakikatnya bukan sekadar kemampuan menulis simbol
- simbol sehingga berbentuk kata, dan kata- kata disusun menjadi ayat mengikut
peraturan-peraturan tertentu, tetapi menulis adalah kemampuan melahirkan buah
pikiran atau idea dalam bahasa tulisan.

Tujuh ciri yang menandakan kelas pendekatan menyeluruh (whole language)

a. Kelas yang menerapkan whole language penuh dengan barang cetakan. Barang-barag
tersebut dapat tergantung di dinding, pintu dan sudut yang ada dalam kelas. Hasil Kerja
murid akan menghiasi dinding dan papan bulletin. Karya tulisan yang dihasilkan oleh
murid dapat menggantikan papan bulletin yang dibuat oleh guru. Salah satu sudut kelas

17
dapat diubah menjadi perpustakaan, dilengkapi dengan pelbagai macam jenis buku,
majalah, kamus, buku dan barang cetak lainnya. Semuanya dapat disusun dengan rapi
berdasarkan pengarang atau jenisnya sehingga memudahkan murid dalam memilih
buku.

b. Kelas whole language, murid belajar melalui model atau contoh. Guru dapat menjadi
model dalam bentuk aktivitas berbahasa yang ideal, seperti dalam kegiatan membaca,
bertutur, menulis, dan berbicara. Media over head projector (OHP) dapat membantu
dalam proses pembelajaran.

c. Kelas whole language; murid belajar sesuai dengan tahap kemampuannya.Oleh itu, di
kelas tersebut haruslah disediakan buku dan bahan-bahan yang disusun berdasarkan
tingkat kemampuan membaca murid.

Guru dapat memberikan penilaian dengan cara memperhatikan murid dalam aktiviti
menulis, mendengar perbincangan dalam kumpulan ataupun perbincangan kelas. Penilaian
dapat dilakukan ketika berlangsungnya proses pembelajaran. Penilaian dapat dilakukan
ketika murid sedang menjalankan aktiviti. Alat pnilaian yang boleh digunakan oleh guru
adalah seperti lembaran kerja, catatan anekdot, portfolio ataupun kerja kumpulan.

Maka kesimpulannya, pendekatan menyeluruh merupakan suatu cara mengajarkan


bahasa yang dilaksanakan secara menyeluruh yang meliputi keterampilan mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis. Pendekatan menyeluruh juga merupakan salah satu
pendekatan dalam pembelajaran bahasa, yang dilandasi oleh kaedah kontruktivisme. Dalam
whole language bahasa diajarkan secara utuh (whole), iaitu tidak terpisah-pisah. Kemahiran
berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis diajarkan secara terpadu
(integrated) sehingga murid mempelajari dan memahami bahasa secara keseluruhan,
sebagai satu kesatuan.

18
AKTIVITI

Aktiviti:

Pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran


sesuatu tajuk Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan
oleh guru.

Tugasan 2

Berdasarkan alat berfikir Plus Minus Interesting (PMI), nyatakan tentang kebaikan,
kelemahan dan keistimewaannya dalam pelaksanaan di dalam bilik darjah.

PENDEKATAN KEBAIKAN KELEMAHAN KEISTIMEWAAN

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Elektif

Pendekatan
Komunikatif

19
STRATEGI PENGAJARAN
UNIT 3
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Sinopsis
Unit ini menerangkan tentang definisi strategi, pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
penaakulan strategi, konsep penggabungjalinan dan penerapan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. menjelaskan konsep strategi, pendekatan, dan penaakulan strategi
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. menyenaraikan konsep penggabungjalinan dan penyerapan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3. membezakan konsep penggabungjalinan dan penyerapan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kerangka Tajuk
3.1 Definisi Strategi
• Penaakulan Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Berpusatkan Guru
- Berpusatkan Murid
- Berpusatkan Bahan

20
3.2 Penaakulan Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
- Pembelajaran Berasaskan -Projek
- Pembelajaran Berasaskan Senario
- Pembelajaran Kajian Masa Depan
- Pembelajaran Berasaskan Otak

3.3 Konsep penggabungjalinan


3.4 Konsep Penyerapan

Strategi Pembelajaran:

Pembelajaran melalui modul pembelajaran (6jam). Sila rujuk agihan tajuk pada muka surat
vii. Modul yang disediakan adalah bersifat interaktif untuk membantu pelajar meneroka ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam. Pelajar dingatkan supaya meningkatkan
pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan sebelum kuliah bermula.

1. Pembelajaran melalui modul pembelajaran ( jam interaksi bersemuka) dan bacaan


modul (4 jam).
2. Sila rujuk agihan tajuk, panduan kepada pengguna pada muka surat lX.

21
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

3.0 Pengenalan

Strategi, penaakulan strategi, pendekatan,penggabungjalinan dan penerapan pengetahuan


yang penting untuk dikuasai oleh seseorang guru. Perkara-perkara ini penting bagi
memastikan pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan bermakna bagi menjamin keberhasilan murid.

3.1 Definisi Strategi

Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti


pembelajaran dengan sistematik untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Strategi juga boleh didefinisikan sebagai hal yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh
oleh guru dalam proses merancang, menyediakan dan melaksanakan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran disusun untuk mencapai sesuatu tujuan


tertentu. Strategi pembelajaran mencakupi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran secara spesifik. Untuk mendapat strategi yang sesuai dan tepat dalam
mengendalikan bilik darjah, guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan
menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-
murid dengan berkesan. Selain itu, aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam menentukan
strategi pengajaran yang sesuai ialah objektif pengajaran, isi kandungan, persediaan dan
kepelbagaian cara dan kaedah menyampai serta persekitaran sesebuah bilik darjah.

3.2 Penaakulan Strategi

Penaakulan pedagogi berkaitan dengan pengetahuan asas guru termasuk


Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang diasaskan oleh Shulman (1987). Konsep
penaakulan pedagogi ini bermaksud bagaimana guru boleh memberikan sebab-sebab atau
reasoning ke atas tindakan-tindakannya dalam proses pengajaran.

22
Setiap tindakan guru mestilah berasaskan kepada pengetahuan asas yang perlu dimiliki
oleh guru terutamanya berkaitan PCK. Shulman(1987) telah mengemukakan satu model
penaakulan pedagogi. Antara aspek dalam penaakulan pedagogi Shulman adalah seperti
berikut:

i. Kefahaman

Seorang guru perlu mengetahui dan memahami dengan mendalam isi pengajaran
(content) dan jika boleh memahaminya dalam pelbagai cara.

Guru mesti tahu untuk menghubungkaitkan setiap idea sama ada dalam satu-satu mata
pelajaran atau dengan mata pelajaran lain.

Guru juga perlu tahu dan memahami tujuan pengajaran serta pendidikan termasuk
falsafah pendidikan negaranya. Perlu juga dapat seimbangkan antara tujuan melahirkan
pelajar cemerlang dengan tujuan-tujuan lain yang lebih umum seperti sahsiah pelajar.
Ringkasnya guru mesti memahami isi kandungan mata pelajaran dan tujuan
pendidikan itu sendiri.

ii. Transformasi

Pada peringkat transformasi idea/pengetahuan isi kandungan yang difahami oleh guru
mesti diubah/disusun/disesuaikan dalam pelbagai cara atau kaedah supaya dapat
disampaikan dengan baik dan berkesan kepada pelajar.

Proses transformasi melibatkan beberapa kombinasi, iaitu


• Persediaan-persediaan melibatkan menganalis, menstruktur dan menyatakan hasil
pembelajaran mengikut kefahaman guru berasaskan kepada bahan /sumber
pengajarannya.

Representation (persembahan idea) melibatkan cara memikirkan bagaimana untuk


mempersembahkan idea / isi pengajarannya kepada pelajar seperti menggunakan analogi,
metafora, contoh, demonstrasi, simulasi dan seumpamanya.

23
iii. Instruksi

Instruksi ialah cara guru memilih kaedah yang paling sesuai untuk menyampaikan
pengajarannya. Contohnya kaedah kuliah, kaedah kumpulan, pembelajaran kooperatif
atau lain-lain seumpamanya.

Adaptasi dan penyesuaian perlu mengikut ciri pelajar. Proses menyampaikan isi
kandungan mestilah mengambil kira ciri-ciri pelajar seperti tahap pelajar, bahasa,
gender, motivasi pelajar dan ciri-ciri berkaitan.

Di peringkat atau proses ini, guru terlibat dalam pelbagai tindakan semasa. Antaranya
kawalan kelas, penyampaiannya, tugasan pelajar dan berinteraksi secara berkesan
dengan pelajar melalui soal jawab, memberi pengukuhan /penghargaan dan sebagainya.

iv. Penilaian
Proses penilaian dilakukan semasa pengajaran berlangsung. Guru mesti membuat
penyemakan ke atas kefahaman pelajar-pelajar.

Guru juga mesti melakukan penilaian yang lebih formal seperti melaksanakan ujian
formatif untuk mendapat maklumat dan membezakan tahap penguasaan pelajar
(grading).

Menurut Shulman proses menyemak/menilai kefahaman pelajar ini memerlukan guru


meggunakan semua kefahaman dan melakukan transformasi yang telah diterangkan di
bahagian (i) dan (ii) di atas.

v. Refleksi

Refleksi ialah peringkat yang memerlukan guru melihat kembali pengajaran yang telah
dilaksanakannya. Dari refleksi ini guru dapat menilai kembali tindakannya dan
mempelajari sesuatu melalui pengalamannya.

Guru dapat membuat penaakulan terhadap tindakan-tindakannya semasa proses


pembelajaran dan pengajaran berlangsung dan membuat penambahbaikan jika perlu

24
atau mengubah amalannya kepada yang lebih baik.

vi. Kefahaman Baharu

Kefahaman baharu ini ialah peringkat permulaan dan juga tujuan akhir dalam proses
penaakulan pedagogi.

Menurut Shulman selepas melaksanakan pengajaran, yang melibatkan penaakulan


pedagogi, guru akan mencapai/mendapatkan kefahaman baharu.

3.3 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

3.3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru

Pendekatan berpusatkan guru ini merupakan satu pendekatan PdP yang aktiviti kelas
tertumpu kepada guru. Guru lebih banyak memainkan peranan menyampai secara satu
hala. Pendekatan ini amnya dikaitkan dengan pendekatan tradisional kepada pembelajaran
bahasa. Pendekatan berpusatkan guru ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada ciri
pelajar, suasana persekitaran dan isi kandungan pelajaran.

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah
lama diamalkan di dalam bilik darjah. Dalam pendekatan ini, guru memainkan peranan
yang utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti
pelajaran, iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.
Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan
yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan
mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan.

a. Ciri-ciri pendekatan berpusatkan guru adalah seperti yang berikut;

 Guru memainkan peranan penting.

25
 Komunikasi sehala, iaitu guru yang banyak bercakap.
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai murni atau
perkembangan emosi dan potensi pelajar.
 Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran adalah berbentuk
mengingat isi pelajaran.
 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang
penting sedangkan murid berperanan sebagai pendengar sahaja.
 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru.
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni
atau perkembangan emosi.
 Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan.
 Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara
menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan
kurang berupaya membuat interpretasi.
 Interaksi antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat
dipupuk.
 Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi
kebolehan dan minat kurang diberikan perhatian.

b. Antara teknik pengajaran berpusatkan guru adalah seperti yang berikut;

 Demonstrasi – satu kaedah mengajar yang guru menunjukkan sesuatu cara atau
perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid.
 Soal jawab – merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid kepada
aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid mengingat kembali fakta-
fakta dan mencungkil fikiran murid.
 Bercerita – Guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif
pembelajaran dan pengajaran.

26
3.3.2 Pendekatan Berpusatkan Murid

Pendekatan berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting


dalam proses pembelajaran. Berdasarkan pendekatan ini, murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid
menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau individu,
lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid,
kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan
pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa
menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

a. ciri-ciri pendekatan berpusatkan murid adalah seperti yang berikut:


 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan
peranan yang aktif manakala peranan guru merupakan
pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran;
 komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah
secara dua hala;
 ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. murid digalakkan
memberi pendapat mereka;
 pendekatan pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan proses pembelajaran murid;
 peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat
sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan
bertolak ansur jelas dapat dipupuk;
 pendekatan ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan.
perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan
perhatian;
 dalam mengelolakan pendekatan berpusatkan murid ini,
lazimnya dapat menjana kreativiti murid; dan
 kemahiran insaniah (soft skills) dapat diaplikasikan dalam
aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dengan berkesan.

27
b. antara teknik pengajaran berpusatkan murid adalah seperti yang
berikut;
 kaedah kumpulan,
 inkuiri penemuan,
 perbincangan,
 penyoalan,
 penyelesaian masalah,
 bermain,
 simulasi,
 teknik komunikatif,
 jiqsaw,
 kaedah think pair share,
 susur galeri ilmu (gallery walk)

3.3.3 Pendekatan Berpusatkan Bahan

Pendekatan berpusatkan bahan bermakna penggunaan bahan menjadi dominan


dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini dapat membantu
pelajar menjadi aktif dalam proses PdP dan objektif tercapai dengan berkesan.

Dengan menggunakan pendekatan berpusatkan bahan ini, guru boleh


menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala
murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa
kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
biasanya boleh dikategorikan kepada dua, iaitu:

Bahan pengajaran
Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar,
slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor, schoology,
kahoot, VLE frog, Internet dan seumpamanya.

Bahan pembelajaran
Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad
aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan

28
komputer, kad situasi, papan putih, kad lampu isyarat, c-map, blended
learning, video kritik, e-learning dan seumpamanya.

a. Antara ciri pendekatan berpusatkan bahan adalah seperti yang berikut:

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan


peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada
penggunaan bahan pelajaran untuk menjalankan aktiviti bagi mencapai objektif
pengajaran;
 Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan
pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran;
 Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di
samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti
pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Dengan adanya ilmu
pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit;
 Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang
melibatkan penggunaan bahan pembelajaran;
 Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui
pengalaman yang sebenar.

b. Antara bahan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:


 Penggunaan pelbagai media cetak dan elektronik;
 bahan pembelajaran seperti panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej
pembelajaran;
 pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom,
multimedia, kumpulan perbincangan komputer;
 video interaktif seperti edpuzzle, video kritik;
 bahan dalam laman web; dan
 skype, telekonferens, konferens video dan telematiks dan seumpamanya.

Rumusan
Ketiga-tiga pendekatan ini saling berkaitan di antara satu sama lain. Untuk itu,
perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang,
menyusun dan menguruskan teknik dam aktiviti mengajar dalam mencapai objektif
yang berkesan dan bermakna.

29
Ketiga-tiga pendekatan yang dinyatakan sememangnya mempunyai
kelebihannya yang sendiri. Namun begitu, pendekatan pemusatan murid adalah yang
paling sesuai dan tepat dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas abad 21.

Tugasan 3a.

Huraikan secara ringkas pendekatan PdP mengikut


Pendekatan PdP
kefahaman anda.

Pendekatan
Berpusatkan Guru

Pendekatan
Berpusatkan Murid

Pendekatan
Berpusatkan Bahan

30
PENYELIDIKAN

Tugasan 3b.

i. Cari dan baca kajian yang bertajuk, “Pendekatan Pengajaran yang


Digunakan oleh Guru Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik” oleh Abdul Razak
bin Idris & Nor Asmah binti Salleh dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

ii.Berdasarkan dapatan kajian tersebut, berikan beberapa cadangan


kajian yang boleh dilaksanakan sesuai dengan bidang pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

3.4 Penaakulan Strategi dan Pendekatan dan Pembelajaran Bahasa Melayu

3.4.1 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pelajar dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Faktor utama dalam penyelesaian masalah ialah penggunaan pengalaman lampau untuk
mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh murid tersebut.

Dalam situasi bilik darjah, pembelajaran berasaskan masalah digunakan dalam bentuk
pencapaian konsep, kerja kreatif dan membuat keputusan dalam kumpulan. Aktiviti untuk
pembelajaran berasaskan masalah perlu diterangkan dengan jelas oleh guru walaupun
penerangannya tidak seharusnya memberikan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi.

Kaedah pelaksanaan:
 Guru menyatakan masalah.
 Murid-murid meneroka masalah.
 Guru dan murid membincangkan masalah dan merumuskan kesimpulan

31
3.4.2 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai tindak balas
kepada bentuk pengajaran tradisional, iaitu murid-murid dikehendaki menghafal maklumat
daripada bahan pengajaran. Falsafah pembelajaran berasaskan inkuiri adalah berlatar
belakangkan teori pembelajaran konstruktivis seperti idea Piaget, Dewey, Vygotsky, dan
Freire yang boleh dianggap sebagai konstruktivis. Pembelajaran inkuiri menekankan idea
pembelajaran konstruktivis, iaitu pengetahuan adalah dibina daripada pengalaman dan
proses terutamanya yang berdasarkan pengalaman sosial. Pembelajaran ini berlaku dengan
baik dalam situasi kumpulan. Kemajuan dan hasil pembelajaran biasanya dinilai dari segi
sejauh mana murid-murid dapat mengembangkan kemahiran eksperimen, analisis dan
bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan.

Rajah 1: Proses Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri merangkumi pelbagai pendekatan untuk pengajaran dan


pembelajaran, termasuk:
• Kerja lapangan
• Kajian kes
• Siasatan

32
Proses pembelajaran tertentu yang melibatkan diri murid dalam pembelajaran berasaskan
inkuiri termasuk:
• Bertanyakan diri sendiri.
• Mendapatkan bukti yang menyokong untuk menjawab soalan.
• Menjelaskan bukti yang dikumpul.
• Mengaitkan maklumat dengan pengetahuan yang diperolehi daripada proses
penyiasatan.
• Mewujudkan hujah dan justifikasi untuk penjelasan.

Rajah 2: Kelebihan Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

3.4.3 Pembelajaran Projek

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek (project based learning - PBL) ialah satu
teknik PdP yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu
teknik pembelajaran abad 21 yang sangat kompresensif kerana menyokong kesemua
kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communication, Collaboration, Critical
Thinking, Creativity).

Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan,
merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (multiple intellegent). Perkara
yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan
isu dan amalan dunia sebenar.

Pembelajaran ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami
suatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui Pembelajaran Berasaskan

33
Projek, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baharu, membuat pertimbangan,
menginterpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh
secara bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel
Futureworks: Trends and Challenges for Works in the 21st. Century, “We are living in a
new economy – powered by technology, fueled by information, and driven by
knowledge”.
Menurut Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula,
terdapat enam kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad 21 ini,
iaitu;
 Tanggungjawab personal dan sosial.
 Kemahiran merancang, berfikiran secara kritikal, menaakulan dan kreativiti.
 Kemahiran komunikasi sangat diperlukan sama ada bagi keperluan untuk
aktiviti bersifat interpersonal atau pun keperluan pembentangan.
 Kefahaman antara budaya.
 Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan.
 Mengetahui bila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal
pasti teknologi yang sesuai untuk suatu tugasan.

Contoh Langkah-Langkah Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek.

 Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian. Topik ini hendaklah diambil daripada


Standard Dokumen. Topik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan kehidupan
sebenar dan sesuai dengan tahap pelajar.

 Membuat perancangan aktiviti. Pada tahap ini, pelajar melakukan sumbang saran
secara berkumpulan tentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses
inkuiri. Projek dan pelaksanaannya dibina oleh pelajar sendiri dengan
pengawasan guru sebagai fasilitator.

 Membuat takwim aktiviti. Bagi melaksanakan projek, pelajar harus membuat


takwim bagi pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.
 Pemerhatian dan pemantauan. Guru sebagai fasilitator haruslah berperanan aktif
sebagai fasilitator. Perkara ini perlu membimbing pelajar dalam semua aspek
yang memerlukan kemahiran sebelum pelajar melakukan sebarang aktiviti.

34
 Membuat penilaian. Penilaian berlaku di sepanjang proses. Penilaian keseluruhan
dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat secara individu ataupun
berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi
membuat penilaian projek, memperbaiki mana-mana bahagian yang kurang
lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui. Guru kemudiannya
boleh mengadakan sesi pembentangan Presentation of Learning (POL) untuk
membentangkan hasil kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran
abad 21.

3.4.4 Pembelajaran Berasaskan Senario

Pendekatan berasaskan scenario juga dikenali sebagai pendekatan situasi. Mackey


(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan
bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga
merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur
tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan scenario berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran


behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang
penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut
sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul. Pendekatan ini berpendapat
bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

 Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak.iap-tiap gerak


balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.
 Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar
pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur.
 Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang
digunakan oleh guru.
 Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan
tersebut.
 Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya
lagi.
 Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi
fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.

35
 Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat
menghasilkan makna digunakan.

3.4.5 Pembelajaran Kajian Masa Depan

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar
lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini,
dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan (KMD)

Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya


menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi
secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akan:

i. Membina generasi masa depan


KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah,
dan peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka
memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian
dalam merancang masa depan mereka.

ii. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir

36
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga
manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain itu, mereka seharusnya
berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.

iii. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik. Pelajar juga dapat mencari
alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

iv. Membawa anjakan paradigma


Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang
berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.

Objektif Kajian Masa Depan

Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:


Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan KMD
boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar
berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan
proses meneroka alternatif dan pilihan.

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan


KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan
dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai-
bagai cabaran hidup.

Membina sikap dan nilai tentang masa depan


KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa
depan mereka.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan


KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam
mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan


Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza dan
menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

37
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan.
Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

3.4.6 Pembelajaran Berasaskan Otak

Pembelajaran berasaskan otak merupakan satu teori yang menyatakan bahawa proses
pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak
dihalang daripada proses-proses semula jadi berlaku, maka akan berlakulah proses
pembelajaran. Menyarankan bahawa proses pembelajaran berlaku mengikut cara otak
berfungsi. Otak secara semula jadi dilahirkan untuk belajar dan menyimpan semua
pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku. Boleh memproses maklumat dalam
pelbagai cara antaranya menganalisis, menghurai, membanding, membeza, menghubung
kait, menilai, membuat keputusan dan sebagainya.

12 Prinsip Pembelajaran Berasaskan Otak


 Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa
aktiviti dalam satu masa.
 Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
 Mencari makna secara dalaman
 Mencari makna melalui pencorakan
 Emosi adalah penting dalam pencorakan
 Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
 Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang
ditumpukan.
 Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
 Terdapat dua jenis ingatan, iaitu spatial dan rote
 Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded)
dalam spatial memory.
 Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
 Otak adalah unik
3.5 Konsep Penggabungjalinan

38
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan
kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek
tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur
tertentu dihuraikan seperti berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh
digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua
kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan
dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai
hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang
dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan;
membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa
serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai
genre penulisan.

3.5.1 Prinsip-prinsip penggabungjalinan

• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

3.5.2 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Melayu

i. . Penggabungjalinan kemahiran
ii. Penggabungjalinan aktiviti
iii. Penggabungjalinan bahan

39
 Penggabungjalinan kemahiran

i. Kemahiran mendengar dan bertutur


ii. Kemahiran membaca
iii. Kemahiran menulis
iv. Aspek Tatabahasa
v. Aspek Seni Bahasa

 Penggabungjalinan aktiviti

Menggabungkan beberapa aktiviti dalam pengajaran seperti nyanyian,


lakonan, drama, main peranan, simulasi, perbincangan, kuiz, teater
pembaca dan seumpamanya.

 Penggabungjalinan bahan

Menggunakan kepelbagaian bahan dalam pengajaran bahasa Melayu seperti bahan


maujud, bahan elektronik seperti e-mel, skype, schoology, kahoot, VLE Frog dan bahan
cetak seperti ensaiklopedia, kamus, tesaurus, gambar tunggal, gambar bersiri, buku
cerita brosur dan seumpamanya.

3.6 Konsep Penyerapan

Penyerapan penting dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk tujuan


memudahkan dan memantapkan lagi penguasaan bahasa pelajar. Melalui penyerapan

40
juga guru berpeluang menjadikan pengajarannya lebih bersepadu sifatnya dengan
memasukkan aspek nilai, kemahiran bernilai tambah, kemahiran berfikir, dan
penggunaan bahan berdasarkan ilmu pengetahuan yang lain. Hal ini disebabkan
pengajaran Bahasa Melayu tidak hanya bermatlamatkan penguasaan bahasa semata-
mata, tetapi meliputi pembinaan diri pelajar serta meningkatkan keupayaan kognitif.

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema
yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang


berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara
sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran


mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

• Mencirikan
• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
• Membuat kaitan dan perhubungan
• Membanding dan membeza
• Menyusun atur
• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
• Membezakan fakta dengan pendapat
• Menganalisis
• Mengesan kecondongan pendapat
• Mengenal pasti sebab akibat
• Meramal
• Mensintesis
• Mengitlak

41
• Membuat analogi
• Membuat inferens
• Membuat kesimpulan
• Menginterpretasi, mentafsir
• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
• Menilai
• Menjana idea
• Merumus, meringkas
• Membuat keputusan
• Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran


berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic
organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan
dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
kebolehan murid serta sumber yang ada.

Tugasan 3c

1. Apakah tujuan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek?


2. Bagaimanakah kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah?

42
UNIT 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang kaedah-kaedah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama,
iaitu Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Semula Jadi, Kaedah Ajuk
Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Oral Aural, Kaedah Terjemahan, Kaedah Psikologi,
Kaedah Eklektik, Kaedah Kod-Kognitif (Ilmu Bahasa), Kaedah Fonetik , dan Kaedah
Khusus.

Unit ini turut membincangkan kaedah Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua,
iaitu Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Gerak Balas Fizikal
Keseluruhan, dan Kaedah Suggestopedia (Memperkaya Multimedia)

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. menjelaskan kaedah-kaedah pengajaran Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Pertama.
2. menghuraikan kaedah-kaedah pengajaran Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kedua.

KERANGKA TAJUK
4.1 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama
4.2 Tatabahasa Terjemahan
4.3 Kaedah Terus
4.4 Kaedah Semula Jadi
4.5 Kaedah Ajuk Hafaz
4.6 Kaedah Linguistik
4.7 Kaedah Terjemahan
4.8 Kaedah Psikologi
4.9 Kaedah Eklektik
4.10 Kaedah Kod-Kognitif (Ilmu Bahasa)

43
4.11 Kaedah Fonetik
4.12 Kaedah Khusus
4.13 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua
4.14 Kaedah Tatabahasa Terjemahan
4.15 Kaedah Terus
4.16 Kaedah Gerak Balas Fizikal Keseluruhan
4.17 Kaedah Suggestopedia (Memperkaya Multimedia)
4.18 Kaedah Oral Aural

Strategi Pembelajaran:
Pembelajaran melalui modul pembelajaran (4 jam). Sila rujuk agihan tajuk pada muka surat
vii. Modul yang disediakan adalah bersifat interaktif untuk membantu pelajar meneroka ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam. Pelajar dingatkan supaya meningkatkan
pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan.

Strategi pembelajaran: Pembelajaran Berdasarkan Modul

Baca nota yang disediakan, tiada interaksi bersemuka atau dalam talian.
3.0 Pengenalan

44
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Pengenalan

Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran
secara teratur dan sistematik. Kaedah juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-
peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan
saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru
mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah
dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila
guru mampu menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarankan dalam bidang
pengajaran bahasa. Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru.
Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling
berkesan dalam pengajaran. Walaupun pedagogi tidak menentukan potensi kaedah-kaedah
tertentu, namun kepakaran guru menggunakannya boleh menjadikan sesuatu sesi
pengajaran itu menarik, bermakna dan menghiburkan. Berikut diperlihatkan secara ringkas
beberapa kaedah yang kerap digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

4.2 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama


4.2.1 Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk kemahiran menulis bukan kemahiran
bertutur dengan mementingkan aspek ejaan, penulisan, dan tatabahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Kaedah ini tidak memetingkan P&P bahasa secara aktif dan
tidak mementingkan aspek fonetik.
4.2.1.1 Tujuan Tatabahasa Terjemaha.
i. Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa
ii. Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang gramatis
iii. Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa ibunda, dan
sebaliknya
iv. Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan

4.2.1.2 Cara Mengajar

i. Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru


memberi penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan
contoh-contoh. Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.
ii. Murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran bahasa
kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda.

45
Murid diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu
berdasarkan peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.

Tugasan 4a
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah
Tatabahasa Terjemahan.

Kaedah Terus
Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920 – 1935 dan digunakan oleh tentera untuk melatih anggotanya dan diplomat dalam
perang. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera adalah kemahiran lisan
dan kemahiran menulis tidak menjadi matlamat penting.

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah askar. Latih tubi digunakan secara intensif
melalui guru bahasa. Kaedah ini ditiru untu mengajar pasukan sukarelawan Amerika untuk
belajar bahasa asing dengan mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan
psikologi kanak-kanak. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa kedua.

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara
perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Pengajaran juga
digunakan dengan menggunakan benda-benda atau objek konkrit.

4.2.1 Tujuan

Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat


kemahiran bahasa, contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu
pelajar-pelajar dapat menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang
berkenaan.

4.2.2 Asas kaedah


a. Hubungan secara langsung antara perkataan dengan benda
b. Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada.
c. Harus menimbulkan bukan perasaan ingin tahu murid melalui soalan.

46
d. Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului kemahiran
bertutur
e. Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului kemahiran
bertutur
f. Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar dan tidak
menggunakan terjemahan langsung
g. Tidak mempelajari sebarang undang-undang tentang bahasa yang hendak
dipelajari
h. Sebutan yang betul diutamakan dan kaedah ini memerlukan pengetahuan fonetik
i. Ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan
j. Mempelajari sesuatu secara keseluruhan dan
k. Pengajaran bermula dari senang ke susah

4.2.3 Ciri-ciri
a. Menggunakan kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari
b. Menggunakan banyak perkara baharu
c. Tatabahasa diajar melalui keadaan
d. Pengajaran tatabahasa dilakukan secara lisan
e. Minggu pertama khusus untuk latihan sebutan

4.2.2 Kaedah Semula Jadi


Kaedah ini diasaskan oleh Tracy Terell, 1977 dan antara tokoh natural yang lain ialah Gouin,
Montaigne dan L. Sauveur. Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The
Natural Approach 1978. Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam
pengajaran bahasa.

Ciri-ciri
i. Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa
bahasa lebih mudah dikuasai secara semula jadi
ii. Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih
berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif
iii. Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa
dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej
iv. Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa
sasaran yang dipelajari

Prinsip-prinsip penggunaan

47
i. Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa
ii. Mengajar perkataan dan ayat harian
iii. Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
iv. Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
v. Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
vi. Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk
kosa kata abstrak
vii. Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
viii. Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.

4.2.4 Kaedah Natural (Semula Jadi)

Langkah-langkah
i. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar
ii. Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-
perkataan yang telah diketahui oleh murid
iii. Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua)
dan tidak menggunakan kaedah terjemahan
iv. Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama
v. PdP dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran
lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

Tugasan 4b.
Sediakan satu aktiviti P&P Bahasa dengan menggunakan Kaedah Natural/
Semula jadi

4.2.5 Kaedah Ajuk Hafaz


Kaedah ini mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua dan amat berkesan
kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif. Kaedah pengajaran ini dilakukan
secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan
tatabahasa, pertuturan, perbendahaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.
Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya
diberi dalam ungkapan biasa bahasa ibunda.

48
Ciri-ciri:

i. Tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan


ii. Makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda
iii. Pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata
iv. Selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang
dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan
tatabahasa dapat dipraktik

Cara Mengajar:

i. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan.


ii. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.
iii. Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi perkataan.
iv. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi
bahasa sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh, diberi dalam bahasa
sasaran dengan persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus
mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-
ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog
dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
v. Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini.
Beliau hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya
latihan bertutur, karangan-karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut
sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa
sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat yang betul.
vi. Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat
penting. Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan
memberi tanggapan yang betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik
pula akan melahirkan satu penguasaan habit bahasa yang baik dan
sempurna.

Latihan 4c:
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah Ajuk Hafaz.

4.6.1 Kaedah Linguistik

49
Merupakan satu kaedah mengajar yang dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang
moden dan saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Kaedah ini
membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah
diketahui oleh murid sama ada bahasa itu bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa
lain. Tumpuan diberikan kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat,
dan makna. Kaedah ini juga mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan
bahasa yang telah diketahui oleh murid.

CirI-ciri
i. Mendahulukan bentuk daripada makna
ii. Memberi pertimbangan kepada pengetahuan fonetik
iii. Mendahulukan bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda, kemudian
diikuti bentuk ayat dalam bahasa yang dipelajari.
iv. Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada
kedua-dua Bahasa

Subjek Perbuatan Predikat / Objek

Saya pergi ke pasar

I Go to market

Dia makan Betik

He eats papaya

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

tea, school, television teh, sekolah, televisyen

bicycle, bus, biscuit, notice basikal, bas, biskut, notis

4.6.2 Kaedah Oral Aural

Pengenalan
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini merupakan kaedah yang menggunakan
dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

50
Ciri-ciri
i. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali.
ii. Dialog dan latih tubi dijalankan secara member perhatian kepada intonasi
yang betul.
iii. Sebutan penutur jati sebagai objektif kaedah ini.
iv. Pita rakaman atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi mendengar
sebutan yang tepat terutama apabila guru bukan penutu jati.
v. Alat pandang-dengar (APD) turut digunakan supaya sebutan lebih realistik
dan bahan latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang
telah diberi disusun dengan rapi.
vi. Sistem tatabahasa diperkenalkan secara induktif.
vii. Kosa kata diajarkan dalam konteks yang bermakna.
viii. Aktiviti menulis dilaksanakan setelah pelajar menguasai aktiviti bacaan.
Bermula dengan penulisan terkawa, kemudian diikuti dengan penulisan
bebas.

Tujuan
i. Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa, iaitu
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, tetapi dalam hal ini mendengar dan
bertutur diberi keutamaan.
ii. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan
dan tulisan.
iii. Membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman.

bahasa.
Tugasan 4d
Perbincangan:
1. Apakah tujuan penggunaan kaedah audio-aural?
2. Bagaimanakah kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Menengah?

51
4.6.3 Kaedah Terjemahan

Kaedah ini merupakan kaedah klasek (Palmer) dan dirancang untuk memberikan kemahiran
menulis dan bukan kemahiran bertutur (tidak mementingkan fonetik) tetapi memberikan
penekanan kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa. Kaedah ini juga menentukan
perbendaharaan kata yang diberi pada awal pengajaran. Melalui kaedah ini, murid-murid
dapat memahami tatabahasa sesuatu bahasa. Pada masa yang sama, mereka juga dilatih
untuk menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, murid-murid juga boleh menterjemahkan
bahasa asing ke dalam bahasa jati atau sebaliknya dan seterusnya dengan perbendaharaan
kata yang luas dapat digunakan dalam penulisan.

4.6.4 Kaedah Psikologi & Kaedah Eklektik


Kaedah ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan
pendekatan induktif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai
pelajar pelbagai kebolehan. Ada kalanya kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk
segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui
kaedah deduktif.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan PnP dengan memberikan contoh dan diikuti dengan
kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan
memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada
pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka kaedah ini lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran
menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu menerusi
pendekatan induktif ataupun PnP yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Guru boleh
mengaplikasikan Pusatan guru, murid dan bahan dalam PnP. Kebanyakan guru akan
menggunakan pendekatan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

4.6.5 Kaedah Kod-Kognitif (Ilmu Bahasa)

Berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu


kreativiti mental. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini menekankan
bentuk dan makna. Harus mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum
dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa sebelum mempelajari sesuatu bahasa.

52
Ciri-ciri
i. Perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan, manakala lisan tidak kuran
diberikan penekanan.
ii. Aspek yang menjadi tumpuan utama ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan
fonologi.
iii. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan dilakukan melalui pendekatan
deduktif. Murid mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa yang hendak
dipelajari itu.
iv. Menggalakkan murid menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif.
v. Makna amat dipentingkan. Oleh sebab itu pengertian dan huraian dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran bahasa itu mestilah diwujudkan.
vi. Dalam menghuraikan bahasa, kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa
transformasi-generatif

4.2.11 Kaedah Bahasa Komuniti


Kaedah ini diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya. Curran
merupakan seorang pakar dalam bidang kaunseling dan salah seorang profesor bidang
psikologi di Universiti Layola, Chicago. Kaedah ini juga disebut sebagai Community
Language Learning (CLL). Untuk melaksanakan kaedah ini, Curran telah menggunakan
teknik psikologi dalam kaunseling untuk pengajaran bahasa. Teknik ini menganggap murid
sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan selain pengetahuan linguistik dan
kemahiran tingkah laku.

Protokol hari pertama kelas CLL oleh Dieter Stroinigs


i. Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat
ii. Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus
iii. Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku
- Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan pelajar yang lain.
Semua murid mudah mencapai alat rangkaian pita dan mikrofon
- Sseorang pelajar memulakan perbualan dalam bahasa ibundanya dengan seorang
murid lain
- Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa asing yang maknanya
serupa dengan ucapan bahasa ibunda tadi
- Murid mengulangi ucapan dan merakamkannya dalam alat rakaman
- Setiap murid mempunyai peluang untuk membentuk dan merakam beberapa mesej
- Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa ketika

53
- Setiap murid mengulangi makna bahasa asing yang didengarnya. Hal ini membantu
menyegarkan ingatan murid yang lain
- Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman mereka secara jujur
dan ikhlas
iv. Berdasarkan bahan rakaman, guru memilih ayat untuk ditulis di papan tulis dan
menekankan aspek-aspek tatabahasa, ejaan, ataupun huruf besar
v. Murid digalakkan untuk menyoal berdasarkan aspek-aspek bahasa
vi. Murid digalakkan untuk menyalin ayat-ayat daripada papan tulis. Catatkan makna
dan kegunaannya. Perkara ini yang menjadi teks untuk membolehkan mereka
belajar di rumah
Ciri-ciri
i. Dalam CLL, murid menjadi ahli dalam satu komuniti
ii. Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam komuniti
iii. Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama
iv. Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud atau makna
yang ingin disampaikan, mengulang pengucapan-pengucapan bahasa sasaran
tanpa ragu-ragu, menyokong ahli-ahli lain dalam komuniti, menyatakan perasaan
dalaman dan kekecewaan, kegembiraan dan keseronokan mereka dan menjadi
kaunselor kepada murid lain
v. Guru sebagai kaunselor, bertindak balas secara tenang serta tidak menghukum,
sentiasa memberi sokongan dan membantu klien untuk memahami masalahnya
dengan lebih baik
vi. Masalah psikologi yang mungkin timbul akibat pembelajaran bahasa kedua akan
diberi perhatian dan layanan.
vii. Guru bertanggungjawab mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bebas
menghalakan tenaganya kepada tugas komunikasi dan pembelajaran

4.2.13 Kaedah Fonetik


Kaedah ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Murid akan
diajar untuk mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.
Asosiasi bunyi – guru membunyikan ’aa’ dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian
di kawasan persekitaran seperti terkena api. Contoh : aaaaaaaaaaaaa panas!’

Asosiasi gambar – guru menggunakan gambar emak untuk bunyi ’ee’.


Guru memperkenalkan bunyi-bunyi ’a’, ’i’, ’u’ dahulu kerana ’e’ dan ’o’ kurang digunakan.
Konsonan pula diperkenalkan dahulu ’k’, ’s’, ’t’, ’d’, ’r’, ’l’, ’m’, ’g’, dan ’n’ kerana bunyi huruf-
huruf ini lebih mudah berbanding konsonan yang lain.

54
Kaedah ini sesuai digunakan kerana huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi
oleh murid dan penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat. Kaedah ini
juga dapat membantu murid mengurangkan beban memori kerana terdapat huruf-huruf
tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu. Walau bagaimanapun, kaedah ini
tidak sesuai untuk murid-murid yang agak lemah dan murid-murid perlu melakukan
persiapan awal sebelum memulakan aktiviti membaca.

4.2.14 Kaedah Gerak Balas Fizikal Keseluruhan ( Total Physical Response : TPR)
Menurut Brown 1977 (seperti dalam Zamri Mahamod, 2007) kaedah ini menggabungkan
kemahiran mendengar, memahami arahan dan bertindak berdasarkan arahan yang diberi.
Melalui kaedah ini juga pelajar harus diberi peluang menunjukkan tindak balas dalam bentuk
gerakan fizikal untuk membuktikan bahawa seseorang memahami maksud perkataan atau
ayat yang dipelajari. Dalam pembelajaran dan pemerolehan B2, guru perlu menggunakan
perkataan atau ayat yang mudah terlebih dahulu sebelum memberikan perkataan atau ayat
yang sukar kepada pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar B2 dapat memahami, mengingati dan
menghafal setiap perkataan atau ayat sama ada ketika berkomunikasi mahupun dalam
bentuk tulisan.

4.2.15 Kaedah Suggestopedia (Memperkaya Multimedia)


Brown 2000 (dalam Zamri Mahamod, 2007) menyatakan bahawa suggestopedia merupakan
satu lagi inovasi dalam pendidikan yang menjanjikan kesan yang lebih hebat apabila
seseorang menggerakkan fungsi otak ketika pembelajaran bahasa. Melalui kaedah ini,
aktiviti yang dijalankan ialah membaca, melafazkan dialog, drama,lakonan dan sebagainya.
Biasanya alunan muzik digunakan sebagai latar. Oleh itu, suasana pembelajaran yang
tenang, selesa dan kondusif berjaya diwujudkan melalui kaedah ini. Menurut Steinberg 1982
(seperti dalam Zulkifley Hamid ,1994) kaedah ini hanya sesuai digunakan untuk kelas yang
jumlah pelajarnya kecil. Kaedah ini kurang sesuai untuk mereka yang tidak menggemari
kesenian halus dan lagu-lagu klasik.

Tugasan 4d
Perbincangan:
1. Apakah tujuan penggunaan kaedah audio-aural?
2. Bagaimanakah kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Menengah?

55
UNIT 5 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang definisi teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Turut dijelaskan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran seperti Teknik pengajaran,
Teknik Bercerita, Teknik Syarahan, Teknik Perbincangan, Teknik Hafalan dan Latih Tubi,
Teknik Penyelesaian masalah, Teknik Sumbang Saran, Teknik Tunjuk Cara, Teknik Main
Peranan dan Teknik Bersoal Jawab.

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1.menjelaskan definisi teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
2. menyenaraikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu

KERANGKA TAJUK

5.1 Definisi teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu


5.2 Teknik pengajaran
5.3 Teknik Bercerita
5.4 Teknik Syarahan
5.5 Teknik Perbincangan
5.6 Teknik Hafalan dan Latih Tubi
5.7 Teknik Penyelesaian masalah
5.8 Teknik Sumbang Saran
5.9 Teknik Tunjuk Cara
5.10 Teknik Main Peranan
5.11 Teknik Bersoal Jawab

56
Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran menerusi talian (5 jam). Sila rujuk agihan tajuk pada muka surat vii.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat berkaitan. Pelajar dingatkan supaya
meningkatkan pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan sebagai
tambahan sebelum memulakan pembelajaran menerusi talian.

Strategi Pembelajaran: Pembelajaran Menggunakan Talian

Baca nota yang disediakan, tiada interaksi bersemuka atau dalam talian.

57
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

5.1 Definisi teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu


Teknik ialah satu cara atau taktik yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Teknik yang
direalisasikan di dalam bilik darjah akan menjadi aktiviti pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik ialah kaedah penciptaan
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Kamaruddin Husin
dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004) pula mengupas teknik sebagai pengendalian sesuatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah untuk mencapai sesuatu objektif
pembelajaran.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti:


i. gaya pembelajaran murid;
ii. tajuk pengajaran;
iii. jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan;
iv. tahap pencapaian murid;
v. persekitaran pembelajaran; dan
vi. nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah untuk:
i. menarik minat murid;
ii. mengekalkan perhatian murid;
iii. membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang
akan dan sedang dilaksanakan.
5.2 Teknik Pengajaran
4.2.1 Teknik Bercerita

Teknik Bercerita menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini
kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah. Teknik ini sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita dapat menarik minat dan
perhatian murid. Melalui teknik bercerita, murid-murid akan lebih cepat menumpukan
perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang
menyeronokkan.

58
5.2.1 Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan


minat murid-murid.
ii. Sesuaikan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan
murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar
atau lain-lain
viii. Bahan bantu mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat
yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan

5.2.2 Kelebihan Teknik Bercerita


i. Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk
belajar.
ii. Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan
iii. Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang
terkandung dalam cerita.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan
gembira.
v. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti
selanjutnya.
vi. Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta
dalam aktiviti susulan
vii. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita
dengan kehidupan mereka.
viii. Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis
karangan.

59
5.2.2 Teknik Syarahan

Teknik syarahan atau teknik kuliah melibatkan pendedahan formal


berterusan atau perbincangan tentang beberapa topik oleh guru. Walaupun teknik ini dikritik
atas gaya autokratik dan bentuk komunikasi sehala, namun kaedah ini biasanya digunakan
untuk memperkenalkan pengetahuan tentang mata pelajaran dan maklumat khusus.
Keberkesanannya banyak bergantung kepada perancangan, penstrukturan, persembahan
gaya guru dan penggunaan alat bantu mengajar.

Teknik syarahan sering diiringi oleh alat bantuan visual untuk membantu murid
menggambarkan objek atau masalah. Teknik ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat
atau mengajar orang ramai mengenai subjek tertentu, contohnya seorang pensyarah
universiti atau kolej. Kuliah digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar
belakang dan teori-teori. Biasanya pensyarah akan berdiri di hadapan bilik dan
menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kandungan ceramah itu.

Teknik syarahan ialah satu cara komunikasi yang tidak melibatkan penyertaan
penonton yang ketara. Oleh itu, syarahan sering berbeza dengan pembelajaran aktif. Teknik
syarahan adalah sebagai satu cara yang cepat, murah dan berkesan dalam bidang
akademik untuk menyampaikan pengetahuan tertentu kepada sejumlah besar murid.
Kaedah syarahan atau kuliah sering dikritik kerana melalui teknik ini dikatakan nota kuliah
profesor terus ke nota kuliah murid, tanpa melalui otak (pemikiran).

5.2.3 Teknik Perbincangan

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas


pendapat tentang sesuatu tajuk (Tuan Jah, 2011). Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

Teknik perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk


perbualan yang dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Teknik ini melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama
dalam mengeluarkan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang
diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

Teknik ini memberikan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk bercakap
terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar menajamkan

60
minda, malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:


i. guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan;
ii. guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai;
iii. guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang
dengan ahli-ahli kumpulan;
iv. ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul; dan
v. setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut mana-mana yang
penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan
sebagainya.

5.2.4 Teknik Hafalan dan Latih Tubi

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu,
teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu:
 Sebutan (accent)
Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

61
 Tatabahasa
Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek.

 Perbendaharaan kata
Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya
dalam situasi tertentu.

 Kefasihan
Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya.

 Kefahaman
Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun
demikian, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan

5.2.5 Teknik Penyelesaian Masalah

Strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang berdasarkan


penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi penyelesaian masalah

Menilai dan
Mengenal
Membuat
pasti
rumusan
masalah

Mencari Membuat Menguji


maklumat hipotesis hipotesis

Rajah 3.5: Penyelesaian masalah

Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi penyelesaian masalah yang boleh
digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk

62
sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah
untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional,
menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia
digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama
dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut.
TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian
masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan:

Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan
diagnosis – menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian yang
mengekalkannya.
Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk
mendapatkan apa yang diingini – preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan
penyelesaian.
Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik yang
boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha kumpulan untuk
melaksanakan strategi – merancang, pembinaan pasukan.

5.2.6 Teknik Sumbang Saran

Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik


ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif
dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea,
pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak. Walaupun idea-idea itu
didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif. Idea-idea yang
disampaikan itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik ini murid-
murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah dikemukakan.
Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan diperkembangkan oleh murid-
murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang
lebih luas.

5.2.6.1 Kelebihan Teknik Sumbangsaran:


a. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea dan
pendapat
b. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.
c. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid.
d. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid

63
untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat secara
analitis, kritis dan rasional.
e. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan
dipertingkatkan.
f. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-
pendapat orang lain.
g. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat
dipertingkatkan.
h. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam
kalangan murid dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

5.2.6.2 Kelemahan Teknik Sumbangsaran:


a. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi
sumbangsaran memakan masa yang banyak.
b. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu
mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan
kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya
rendah.
c. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih
banyak menggunakan masa untuk berbual-bual
daripada memberi sumbangan.
d. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan
boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan
menilai idea-idea pada peringkat akhir.
e. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi
rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid
yang berkenaan.

5.2.7 Teknik Tunjuk Cara

Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik demonstrasi atau tunjukcara
berbeza dari syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar–pelajar
mendengar manakala demonstrasi pula memerlukan pelajar–pelajar memerhati.
Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang
langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan

64
pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea. Biasanya ia adalah
interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran
kolaboratif.

Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana


demostrasi berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan
komentar atau demonstrasi yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru
menunjuk cara sesuatu perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti
tersebut secara individu. Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi
menyediakan model atau contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan
dilakukan. Misalnya untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji.

Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara
berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran
mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi
dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk
membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi.
Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan perhatian dan
mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan peluang untuk
mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi perbincangan
tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan. Kemudian guru membantu
pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti
susulan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar

5.2.8 Teknik Main Peranan

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan,
sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala
disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu
serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan bermaksud
melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan
tokoh, pekerjaan, kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana
peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah
diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan

65
tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber
tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut
keperluan.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan
skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya

Langkah-langkan Main Peranan


i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii.Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat
dalam situasi itu dan tempoh berlakon
iii.Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv.Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah
yang timbul dalam situas.
v.Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan
masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan

Teknik Soal Jawab


Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang


berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah:


 Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

66
 Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatif, logik dan kritis.
 Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar
 mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media


Dapatkan contoh-contoh teknik pengajaran menerusi youtube dan internet.

Teknik penyelesaian masalah memerlukan pelajar menaakul dan mengaplikasi pemikiran


aras tinggi. Bincangkan sejauh mana teknik penyelesaian masalah akan mendorong murid
ke arah pemikiran kreatif dan kritis.

67
UNIT 6 PENGAPILIKASIAN PEDAGOGI MASA KINI

SINOPSIS

Unit ini membincangkan pengapilikasian pedagogi masa kini dalam aspek pengajaran
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.
Pedagogi yang dibincangkan berfokus kepada pembelajaran bermakna.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini pelajar dapat:
1. Menyatakan contoh Pedagogi Masa Kini
2. Menjelaskan dan mengaplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca
3. Menjelaskan dan mengaplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Menulis

KERANGKA TAJUK
6. Pengaplikasian Pedagogi Masa Kini
6.1 Pedagogi masa kini
6.2 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
6.3 Pengaplikasian Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca
6.4 Pengaplikasian Pengajaran Kemahiran Menulis
6.5 Teknik :Peta Min Pemikiran, Penyoalan dan Penerokaan

Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran melalui talian (5 jam interaksi). Sila rujuk agihan tajuk pada muka surat
viii.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat berkaitan. Pelajar dingatkan supaya
meningkatkan pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan sebelum
bermulanya pembelajaran dalam talian.

Tugasan 6:
Anda dikehendaki membuat pemerhatian rakan anda mengajar, kemudian buat satu analisis
terhadap teknik pengajaran yang telah diaplikasikan.

68
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

1. Media boleh digunakan


iii. Facebook Live
iv. Pelaksanaan PnP dalam talian boleh dilaksanakan selama 1 jam/ 2 jam bagi satu
sesi.

2. Tajuk Pembelajaran:
Tajuk 6: Pengapilikasian Pedagogi Masa Kini

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


Pengaplikasian Pedagogi Masa Kini
6.1 Pedagogi masa kini
6.2 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
6.3 Pengaplikasian Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca
6.4 Pengaplikasian Pengajaran Kemahiran Menulis
6.5 Teknik :Peta Min Pemikiran, Penyoalan dan Penerokaan

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


v. Semakan kehadiran
vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk dan pecahan tajuk.
viii. Kesimpulan

E. Pensyarah boleh merakam dan menyimpan (save) dalam fail (folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang mendapatkan maklumat
menerusi buku-buku di perpustakaan.

69
UNIT 7 PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (RPH)
Topik ini akan membincangkan tentang maklumat
yang perlu ada dalam RPH dan contoh-contoh
SINOPSIS
bahan bantu mengajar yang sepadan dengan RPH
yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini pelajar dapat:
1. Membuat satu RPH yang lengkap.
2. Membina bahan bantu mengajar yang sepadan dengan RPH yang dibina.

KERANGKA TAJUK
7.1 Maklumat Umum RPH
7.2 Standard Kurikulum dan Standard
Pembelajaran
7.3 Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
7.4 Set Induksi
7.5 Perkembangan
7.6 Penutup
7.7 Refleksi
7.8 Membina bahan bantu mengajar
bersumberkan TMK, bahan autentik, bahan
grafik dan bahan inovasi

Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran melalui kuliah (6 jam interaksi).
Sila rujuk agihan tajuk, panduan kepada pengguna
pada muka surat lX.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat
berkaitan. Pelajar dingatkan supaya meningkatkan
pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan
perbincangan sebelum bermulanya kuliah

70
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Anda boleh mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang RPH bahasa
Melayu Sekolah Menengah dengan melayari internet. Contohnya di laman
http://www.pendidik2u.my

Tugasan 7:

Menyediakan RPH adalah wajib bagi setiap guru mengikut Perkeliling Iktisas yang sedang
berkuat kuasa. Anda dikehendaki menyediakan satu RPH yang lengkap dan kit
pengajarannya untuk satu tajuk kemahiran yang anda pilih.

71
UNIT 8
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Unit ini menghuraikan pengaplikasian pengajaran


SINOPSIS
mikro dan pengajaran makro di bilik darjah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik pelajar dapat:


1. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam pengajaran makro.
2. Menjelaskan setiap jenis kemahiran mikro yang terkandung dalam pengajaran makro.
3. Membuat simulasi pengajaran makro bersama rakan-rakan.

KERANGKA TAJUK
8.1 Pengapilkasian pengajaran mikro.
8.2 Pengaplikasian pengajaran makro.

Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran melalui kuliah (5 jam). Sila rujuk agihan
tajuk, panduan kepada pengguna pada muka surat lX.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat berkaitan.
Pelajar dingatkan supaya meningkatkan pengetahuan
menerusi pembacaan, kajian dan perbincangan sebelum
bermulanya kuliah

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda disarankan melihat contoh-contoh pengajaran bahasa Melayu PAK-


21 di youtube, kemudian buat analisis kemahiran pengajaran mikro yang
telah dilaksanakan oleh guru tersebut.

Tugasan 8:
Sediakan satu senarai semak Kriteria Kemahiran Pengajaran Mikro bagi tujuan menilai
rakan anda semasa pengaplikasian Kemahiran Pengajaran Mikro di bilik kuliah anda.

72
UNIT 9 REFLEKSI

SINOPSIS Unit ini akan menghuraikan jenis-jenis refleksi dan kepentingannya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini pelajar dapat:


1. Menghuraikan konsep refleksi mengikut jenisnya.
2. Menjelaskan kepentingan aktiviti refleksi kepada pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

KERANGKA TAJUK
9.1 Konsep refleksi
9.2 Kepentingan refleksi
9.3 Jenis-jenis refleksi

Strategi Pembelajaran:
1. Pembelajaran melalui kuliah (3 jam interaksi). Sila
rujuk agihan tajuk, panduan kepada pengguna pada
muka surat lX.
2. Tajuk ini tidak disediakan nota atau maklumat
berkaitan. Pelajar dingatkan supaya meningkatkan
pengetahuan menerusi pembacaan, kajian dan
perbincangan sebelum bermulanya kuliah

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang jenis-jenis


refleksi dalam bahasa Melayu Sekolah Menengah dengan membaca kajian
lepas di internet dan buku-buku di perpustakaan atau pusat sumber yang
berdekatan.

Tugasan 9:
Berpandukan bahan bacaan, perbincangan dan carian yang telah anda lakukan, tuliskan
satu esei tentang kepentingan refleksi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang boleh
digunakan untuk menambah baik amalan P&P guru di bilik darjah.

73
RUJUKAN
Bahan Cetakan:

Akhtiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2015). Rancangan pengajaran harian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Sasbadi Sdn. Bhd.

Evans, M. (2013). Teacher education and pedagogy: Theory, policy and practice.
Cambridge, UK: Cambridge University Press

Faridah Nazir., Faizah Shamsuddin., & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan pembelajaran
abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Teachers’ Pedagogical Knowledge and the Teaching Profession


http://www.oecd.org/edu/ceri/Background_document_to_Symposium_ITEL-
FINAL.pdf

Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational,review

Gudmundsdottir, S. & Shulman, L. 1987. Pedagogical Content Knowledge in Social Studies.


Scandinavian Journal of Educational Research 31, 59‐70.

74
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN
BMMB2023M: PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

NAMA KELAYAKAN
NORIDA BINTI BERHAN (PhD) Kelulusan:
Pensyarah PhD. (Pengajian Bahasa Melayu) UKM
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, M.Sc. ( Pengajaran Bahasa Melayu sebagai
75400 MELAKA. bahasa Pertama ) UPM
Bacelor Pendidikan (PBMP ) UPM

Pengalaman:
Pensyarah Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu

PN. JUNAINI BINTI JOHARI Kelulusan:


Pensyarah Sarjana (Kajian Bahasa Melayu) UKM
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Sarjana Muda (Rancangan Bahasa Melayu)
75400 MELAKA. UM
Pengalaman:
Pensyarah Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu

HAJAH SURIANY BINTI MAT NOOR (EdD) EdD. (Pentadbiran Pendidikan), UNISEL
Pensyarah M.Sc. (Pentadbiran Pendidikan)
IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, Sarjana Muda Sains dan Sastera (program B)
21030 KUALA NERUS, (Bahasa Melayu dan Kimia)
TERENGGANU
Pengalaman:
Pensyarah Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu

75
PANEL PEMURNI MODUL PEMBELAJARAN
BMMB2023M: PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

NAMA KELAYAKAN
Kelulusan:
TN. HAJI MOHD ZAHARUDDIN BIN OMAR Sarjana Pendidikan UKM
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Pensyarah, Kepujian (Pengajian Melayu & Sejarah) UM
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Dip. Pendidikan UM (Pengajian Melayu &
Kuala Nerus, Terengganu. Sejarah)

Pengalaman:
Pensyarah Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu

76
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan.

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

77
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bahan Pembelajaran

Pembelajaran dalam talian

Media Sosial

78
79
80

Beri Nilai