Anda di halaman 1dari 25

1.

0 BIODATA

1.1 NAMA IPGK : BATU LINTANG

1.2 Gambar :

1.3 Nama Pelajar : PUN YI BOON ALEXANDRA

1.4 No. KP : 980701-12-6586

1.5 Alamat & No. Telefon : Lot 131, Astana Heights, 90000,
Sandakan, Sabah. 0164126131

1.6 E-mel : xandra-1998@hotmail.com

1.7 Ambilan & Pengkususan : Matematik (SJKC) Ambilan Jun 2017

1.8 Tahun & Semester : Tahun 1 Semester 2

1.9 Tarikh PBS : 26 - 30 Mac 2018

1.10 Nama Pensyarah : Puan Seah Ai Kuan


2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 Sebelum PBS

Sebelum saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya


telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS di IPG Kampus Batu Lintang untuk
memahami tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS. Taklimat telah
diadakan di Bilik Seminar di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Program
ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam
persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, guru pelatih diberi peluang untuk memerhatikan


suasana di sekolah rendah, memahami sistem pengurusan sekolah, pengurusan
bilik darjah dan juga membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab sebenar
seorang guru.

Antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada guru
pelatih tentang budaya sekolah, melatih guru pelatih untuk menyesuaikan diri di
sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi
pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk
memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Pengalaman kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu
di antara objektif PBS. Guru pelatih juga dapatmembina kemahiran inkuiri penemuan
dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal serta membina sikap positif
terhadap profesion keguruan.

Pada akhir program PBS,guru pelatih dikehendaki membuat refleksi


mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman
yang dilalui supaya dapat dibincangkan bersama pensyarah semasa sesi refleksi
nanti. Bagi semester ini, saya memilih untuk menjalankan PBS di sekolah (SJKC)
Cheng Min.
Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, saya juga
dikehendaki mencari bahan di sekolah untuk tugasan bagi kerja kursus Murid dan
Pembelajaran. Saya telah diberi 1 minggu untuk mengumpulkan maklumat di
sekolah untuk menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan tugasan yang telah


ditetapkan oleh pihak institut. Antaranya ialah pelan bilik darjah semasa membantu
mentor melaksanakan PdP,bagaimanakah bahan dan sumber PdP dipamerkan di
bilik darjahdigunakan secara berkesan, nyatakan bahan dan sumber PdP yang
mudah digunakan oleh murid, mengenalpasti adakah murid diberi peluang
mengunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK serta sejauh manakah
murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran dan
bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu.
2.2 Semasa PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah


melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih.Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah.Sekolah ini diuruskan oleh 4
orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar.Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar,
Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta guru perempuan. Guru-guru yang
mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian


mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah
saya dapat memasuki kelas 1A. Setiap darjah mempunyai lebih kurang 3 atau 4
kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan
yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini,
saya telah menemubual guru besar, penolong kanan hal ehwal murid dan guru-guru
di sekolah bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Selain itu,
semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan Murid dan Pembelajaran, tugasan
ini mengkehendaki saya melakukan pemerhatian terhadap murid yang mempunyai
latar belakang akademik yang berbeza dalam sesebuah kelas.

2.3 Selepas PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul


dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya kumpulkan. Saya telah
meningkatkan ilmumempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan
yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada
mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk
memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan
teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila
kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi
seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal
menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar
sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu,
seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan
saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap
semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah
serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina
perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi
mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik
dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan
merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.
Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang
tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan
kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil
akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang
masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam
ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.
2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan


beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan.Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti
di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang
tempoh PBS di SK Sultanah Asma

Bil. Tarikh Tindakan


1. 26 Mac - Melapor diri melalui Guru Besar
2018 - Menghadiri perhimpunan rasmi
(Isnin) - GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guru-
guru dan staf sekolah.
- GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia
Pendidikan Matematik untuk membimbing.

2. 27 Mac - Mengambil gambar perjalanan sekolah


2018 - Mengumpul maklumat sekolah
(Selasa)  Sejarah
 Carta organisasi
 Kemudahan
- Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan guru
Pn. Noryusniza bt. Md. Yusup
- Mengambil gambar persekitaran sekolah

3. 28 Mac - Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat


2018 sumber sekolah
(Rabu) - Mengemaskini laporan
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas
mengikuti guru.

4. 29 Mac - Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan


2018 pembelajaran murid tahun 1 bagi subjek Bahasa Melayu
(Khamis) - Bertemu bual pelajar berkaitan dengan tugasan kursus.
- Mengemaskini laporan dan maklumat
Catatan :.

2.5 Penilaian dan Laporan

Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 26 Mac
2018 hingga 30 Mac 2018 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Saya
memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cheng Min. Seperti yang kita semua tahu,
sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota
individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah
hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi
pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan
harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami suasana alam


persekolahan dan memahami suasana sebenar di sekolah. Sebelum ini saya hanya
mempunyai ilmu mengenai sekolah secara abstrak sahaja. Pengalaman yang dilalui
semasa menjalani PBS yang pertama ini telah melatih saya supaya lebih
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya
berpeluang untuk memerhati tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, saya dapat melihat sendiri
bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru
juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana setiap murid mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah
dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya,
seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah.
Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru
yang lain.

Selain daripada itu, saya juga dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar di
sekolah. Pengalaman berasaskan sekolah ini telah memberikan impak yang besar
kepada saya kerana melalui seminggu ini, saya dapat meningkatkan kemahiran
sosial yang merupakan aspek yang amat penting sebagai seorang guru. Dalam
melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data
yang telah dikumpul telah direkodkan dalam senarai semak. Aktiviti pengumpulan
data ini telah membantu saya lebih memahami budaya dan pengurusan sekolah.
Data-data yang ingin dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana
sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan


sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi
perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka
terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami
ke atas para pelajar. Melalui temubual ini juga melatih saya supaya bersikap berani
dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah telah membawa


banyak manfaat serta sikap positif dalam seseorang guru pelatih. Dengan ini, saya
berharap PBS ini akan dapat memantapkan lagi ilmu keguruan supaya dapat
menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru pada masa yang
akan datang.
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa


kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.
Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang
hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur
bangunan yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk
mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di
persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-
dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar
dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut
akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.
Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru
penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru
penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan
sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan
beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik.
Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan


kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah
ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang
menarik mengenai sekolah ini.

4.0 KOLABORASI

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama


beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi
yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa,
kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga
meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.
Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat sebelah.

4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah


4.2 Perbincangan dengan Guru-guru
4.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah
4.4 Interaksi dengan Murid
5.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib


bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi
pelajar-pelajar IPG. Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ditugaskan
untuk mengikuti PBS pada semester kedua. Program PBS ini bertujuan untuk
memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif
seorang guru.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah


sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS
pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar
dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan


yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus
tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi
mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur
dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah :


 Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
 Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan
dengan sistematik.
 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan
aktiviti yang difokuskan.
 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /
tindakan susulan.
Objektif :
 Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :
 Memahami budaya sekolah
 Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah
 Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid
 Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran
 Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
 Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,
iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah
 Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal
 Membina sikap positif terhadap profesion keguruan
 Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru
 Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi

5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman


tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan
bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan
mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited.
Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih
sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding
pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan
sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek
agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Ayer Limau yang telah
dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut
menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat
ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap
selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan
guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk
modal insan yang gemilang.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman yang kurang sempurna


kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan
cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong
kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi
sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran
Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam
perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri.
Banyak perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa
pihak seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak
malu untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran
yang baru, tetapi ia cuba diadaptasi.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan


Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah
peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses
perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas
atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan
yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal
ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-
soalan juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah:


 Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?
 Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?
 Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?
 Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan
akademik?
 Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
 Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam
memantapkan akademik murid?
 Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
 Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?

5.3Soal Selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.
Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas
menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai
murni di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam
seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat,
keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik
hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan
sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami
memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang
sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan
para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba
mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Cheng Min merupakan sekolah kerajaan yang terbesar di


Sandakana suatu ketika daulu. Ia dibina pada tahun 1959. Pembinaan sekolah ini
adalah daripada bantuan kerajaan iaitu sebanyak RM888,999.

Pada 11 September semasa zaman penjajahan British, Pegawai Pendidikan


Sandakan mengadakan mesyuarat penggabungan 3 buah sekolah daerah bandar.
Sekolah tersebut ialah sekolah Mng Sin, Sekolah Pui Chi dan Sekolah Nam
Fah.Pengarah-pengarah sekolah dan guru-guru besar dari ketiga-tiga sekolah
daerah bandar tersebut dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Pengumuman
Pegawai Pendidikan bahawa pihak pejabat pendidikan telah merancang
pengabungan sekolah-sekolah daerah bandar mulai tahun 1954 supaya
menubuhkan sebuah sekolah rendah cina yang besar dengan bantuan dari segi
kewangan, fasiliti dan tenaga manusia. Penubuhan ini juga bagi menggantikan
ketiga-tiga buah sekolah tersebut yang sudah rosak. Di samping itu, murid-muridnya
dapat belajar dalam keadaan yang harmoni dan aman.

Pada Ogos 1956, satu jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan.


Jawatankuasa ini bertugas untuk melancarkan rancangan pembinaan sekolah baru
ini. Tapak sekolah beralamat di atas satu kawasan belakang Rumah Bulan Sabit
Merah, Sandakan. Kawasan ini cukup luas, udaranya nyaman dan segar, jauh dari
kesibukan bandar dan suasana yang cantik.

Pada 1955, pihak Pejabat Pendidikan telah melancarkan perancangan penubuhan


sekolah, makan jawatankuasa ini berasa bahawa telah tiba masanya untuk
memulakan rancangan pembinaan sekolah barunya.Malangnya, sebaik sahaja pihak
Jawatankuasa Pembinaan Sekolah ini memohon peruntukan kewangan, SRJK
Chung Hwa, K.K juga membuat pemohonan yang sama. Keputusannya, pihak
jawatankuasa sekolah telah mengalami halangan dan kegagalan dalam permohonan
tersebut.

Semasa En. Ng Chu Hoi mengunjungi sabah, beliau mencadangkan bahawa semua
Sekolah Rendah Cina diuruskan oleh kerajaan. Tetapi cadangan beliau tidak dapat
diluluskan. Pada 1955, kerajaan mengumunkan bahawa urusan terhadap masalah
pendidikan Bahasa Cina, Bahasa Melayu dalam rancangan Buku Kulit Putih. Pada
Julai 1955, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji masalah
tersebut.

Kabinet negeri telah mengemukakan cadangan supaya menubuhkan jawatankuasa


pendidikan diperingkat negeri dan mengadakan cawangannya di daerah masing-
masing. Cadangan tersebut telah diluluskan . Selanjutnya dari suara orang ramai,
urusan pendidikan adalah dipegang kuasa oleh kerajaan dan jawatankuasa
pengarah pendidikan. Pengarah Pendidikan Borneo, Encik Mike telah
mengemukakan cadangannya terhadap penggabungan ketiga-tiga buah sekolah
tersebut.

Setelah mengalami beberapa perubahan dan rintangan, sebuah sekolah yang


tersergam indah telah berjaya dibina. Sekolah ini mengandungi 14 buah bilik darjah,
sebuah kantin dan sebuah gelanggang bola keranjang. Ia dibina dengan bantuan
kewangan dari Pejabat.

BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN © CHENG MIN

 LOGO SEKOLAH

 LAGU SEKOLAH
VISI SEKOLAH

“KECEMERLANGAN DALAM SEMUA ASPEK DAN MELAHIRKAN


PELAJAR YANG BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN
BERKEMAHIRAN MENEPATI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN DAN WAWASAN 2020”

MISI SEKOLAH

1. Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang merangsang


pengajaran dan pembelajaran.
2. Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
3. Menghasilkan pelajar berakhlak mulia.

Struktur Organisasi Sekolah


PELAN SEKOLAH
Susun Atur Bilik Darjah
Sepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana. Rata-rata setiap kelas di
sekolah tersebut mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan
pelan susun atur kelas 3 Bestari :
Aktiviti PBS

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

Pelan susun atur kelas 1A:


b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah
tersebut digunakan secara berkesan.

Guru selalu menggunakan papan hitam untuk melaksanakan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian yang
saya dapati semasa membantu mentor melaksanakan PdP untuk subjek
matematik, guru telah menggunakan alat bantu seperti kad-kad nombor yang
berwarna-warni untuk pengajaran matematik. Hal ini dapat menarik perhatian
murid-murid untuk belajar.

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?
Buku teks, pensel, pembaris dan pemadam.

d. Adakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?
Ya. Sekolah telah menyediakan kelas untuk mempelajari komputer kepada
murid-murid. Murid-murid diberi peluang untuk pergi ke bilik komputer untuk
belajar kemahiran-kemahiran asas penggunaan komputer.
e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?
Guru memanggil nama murid berdiri untuk menjawab soalan yang
dinyatakan. Guru juga menyediakan warna pensel yang mencukupi semasa
PdP.
f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?
Gurumembahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan di mana
sesuatu kumpulan mempunyai murid yang pandai dan murid yang lemah. Hal
ini adalah supaya murid yang pandai boleh membantu murid yang kurang
faham dengan pengajaran guru.

Pelan Tindakan

Tarikh Tindakan dan Aktiviti


26 Mac 2018 - Melapor diri kepada Guru Besar
(Isnin) - Menghadiri perhimpunan rasmi
- Guru Besar membawa saya berjumpa
dengan guru mentor, Chong Oi Lin
- Membuat pemerhatian di sekeliling
sekolah

27 Mac 2018 - Mengambil gambar perjalanan sekolah


(Selasa) - Mengumpul maklumat sekolah
 Sejarah
 Carta organisasi
- Mendapatkan maklumat sekolah
selanjutnya dengan guru besar
- Mengambil gambar persekitaran
sekolah

28 Mac 2018 - Membuat pemerhatian sesi pengajaran


(Rabu) dan pengajaran di kelas
- Membuat temu bual dengan guru, murid
dan guru besar
- Mengemaskini laporan
-
29 Mac 2018 - Membuat pemerhatian aktiviti
(Khamis) pengajaran dan pembelajaran murid
tahun 1 bagi subjek Matematik
- Bertemu bual dengan pelajar berkaitan
dengan tugasan kursus
- Membuat soal selidik untuk guru dan
pelajar
- Mengemaskini laporan dan maklumat
Kawasan dan Infrastruktur Sekolah

Anda mungkin juga menyukai