Anda di halaman 1dari 1

erdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku

diumpamakan sebagai ‘makanan jiwa’.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak


menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai dengan membaca
buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku
berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar akan
kewujudan masyarakat berkualiti bergantung kepada minat membaca.Banyak pihak
telah menyuarakan rasa bimbangan mereka terhadap masa depan negara.Satu
soalan yang pasti berlegar dalam benak kita iaitu,’bagaimanakah budaya membaca
dapat diwujudkan?’

Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan
ibu bapa.Ibu bapa seharusnya menjadi ‘role model’kepada anak-anak.Anak-anak
perlu didedahkan kepada mereka bahan bacaan sejak kecil lagi agar minat membaca
buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian kerana “melentur buluh biar dari
rebungnya”.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku dan inilah proses
pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca dapat dipupuk sejak
kecil,mereka akan menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan.Keadaan inilah
yang sentiasa diharap-harapkan oleh pelbagai pihak.

Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam


sanubari anak-anak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang
faedahnya menimba ilmu pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak
mereka berputus asa dan menjadikan membaca sebagai amalan.Mereka juga
haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang rajin
membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca
dapat diteruskan.

Selain itu,guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk


minat membaca dalam kalangan remaja.Hal in kerana remaja menghabiskan masa
enam jam di sekolah.Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan
bukannya ibu bapa.Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap buku tersebut
dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku tersebut.Di
samping itu,perpustakaan juga perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di
pasaran.Persatuan yang berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus
kepada bahan bacaan.

Sebenarnya kerajaan juga,turut menyumbangkan tenaga dalam usaha


tersebut.Bermula tahun 2000,komponen kesusteraan dimasukkan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.melalui cara ini,pelajar
berpeluang membaca pelbagai genre,bahan sastera dan mengenali tokoh-tokoh yang
terlibat.Di samping memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar,cara ini juga
dapat membentuk keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar.Misalnya
nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel pasti akan meninggal kan kesan dalam
minda pelajar.Pengenalan komponen sastera merupakan satu proses berterusan dan
diharapkan minat membaca pelajar berterusan.

Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada
tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan
sebad itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca.Kita berharap masa
depan dan satu-satunya menjadikan membaca sebagai kemestian.Budaya membaca
masyarakat Malaysia,mampu melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang,dan
terbilang.

Anda mungkin juga menyukai