Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PERMAINAN HOKI

TARIKH 29 MAC 2017


MASA 1 jam

Kemahiran Menggelecek
Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan
semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan
kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Kemahiran menggelecek bola yang ditekankan
dalam rancangan pengajaran harian ini ialah menggelecek longgar.

Gambar Rajah Butir Mengajar / Ciri-ciri


- Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang
tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit
pegangan tangan kanan.
- Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibongkokkan.
- Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
- Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di
hadapan kaki kanan.
- Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Anda mungkin juga menyukai