Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN PELAPORAN PT3

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


.‫ والصلةا والسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه أجمعين‬,‫الحمد ل رب العالمين‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada hari yang penuh barakah ini, kami bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana
mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis Penyerahan Pelaporan PT3 tahun
2018.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada hari ini juga kami berkumpul bagi menyatakan komitmen
dan iltizam kami serta pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan
mencapai kecermelangan samada dalam bidang akademik mahupun dalam
aspek pembinaan sahsiah insan. Bentuklah kami Ya Allah, sebagai pelajar yang
berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Mu Ya Allah. Hiasilah akhlak kami
dengan akhlak yang terpuji dan hindarilah kami dari sifat-sifat keji dan
tercela.

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam,

Dengan rahmat Mu yang maha luas, apa kiranya Engkau limpahkan


kesejahteraan kepada warga SMK Pasir Gudang ini. Engkau berikanlah
bimbingan dan petunjuk kepada kami agar dapat meneruskan kehidupan yang
penuh cabaran ini. Hindarkan hati kami dari melakukan perkara yang
bertentangan dengan agama dan undang-undang. Sebaliknya , berilah kami
kekuatan untuk menghayati segala ilmu , peraturan serta nasihat dari guru-
guru agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa , berguna kepada agama ,
bangsa dan negara.

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini, kami


akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Pelajar yang
disegani lagi dihormati. Seterusnya mampu menjadi generasi pelajar yang
berjaya di dunia dan akhirat.

‫يا حي يا قيوم يا ذا الجللا والكإرام‬

Jadikanlah perhimpunana kami ini perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan

kami selepas ini perpisahan yang Engkau redhai.

‫ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الخأرةا حسنة وقنا عذاب النار وصلى ال على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم‬

‫والحمد ل رب العالمين‬