Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN & UNIVERSITI

___________________________________________________________________

Peraturan Kolej Kediaman Universiti Teknologi MARA untuk penginapan Atlet


Sukan Malaysia ke-18 (SUKMA XVII) adalah seperti berikut :

1.0 Pendaftaran Kolej

1.1 Atlet adalah dikehendaki mendaftarkan diri dengan melengkapkan


maklumat di dalam buku daftar kemasukan penghuni.

1.2 Hanya atlet yang berdaftar sahaja yang boleh tinggal dan bermalam di
dalam bilik kolej kediaman.

1.3 Pengurus pasukan bagi setiap kontigen dikehendaki mengisi borang


Akujanji Penerimaan Perabot Kolej Kediaman bagi mewakili atlet yang
terlibat.

1.4 Pengurus pasukan dikehendaki memastikan semua kunci dan cadar


serta sarung bantal dipulangkan ke Pejabat Kolej ketika pendaftaran
keluar penginapan.

2.0 Peraturan Kolej

2.1 Setiap atlet dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh


Universiti Teknologi MARA Perlis.

2.2 Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik.

2.3 Pakaian hendaklah disimpan di dalam almari dan tidak disidai atau
digantung di merata tempat.

2.4 Kasut dan selipar hendaklah disusun di atas rak dan tidak berselerak.

2.5 Berjimat dalam penggunaan air dan elektrik. Lampu-lampu dan kipas
angin hendaklah dipadamkan jika tiada penghuni di dalam bilik.

2.6 Penggunaan alat memasak air (Immersion Heater) adalah tidak


dibenarkan sama sekali.

2.7 Membuang sampah melalui tingkap adalah dilarang sama sekali.

2.8 Atlet adalah dilarang dari memiliki atau melakukan perkara-perkara


berikut:

1
2.8.1 Berjudi

2.8.2 Penyalahgunaan dadah

2.8.3 Minuman keras

2.8.4 Membawa binatang seperti anjing, kucing dan sebagainya

2.8.5 Memiliki, mengedar, menjual serta menghisap rokok di dalam


kawasan kolej dan universiti

2.8.6 Bermain mercun / bunga api di kolej kediaman

2.8.7 Menunggang / membawa sebarang kenderaan di koridor kolej


dan di dalam kolej

2.9 Atlet di larang sama sekali menggantung pakaian untuk tujuan


mengeringkan pakaian tersebut pada kipas angin.

2.10 Tidak dibenarkan mengalih kedudukan perabot / kelengkapan di dalam


setiap bilik.
Cth : Tilam, Katil, Kerusi, Meja Belajar Dan Lain-Lain

2.11 Bertanggungjawab ke atas segala kerosakan yang dilakukan terhadap


sesuatu benda kepunyaan / bawah kawalan dan jagaan universiti.

2.12 Kadar kerosakan perabot adalah mengikut harga sebenar dan dituntut
kepada pihak penyewa.

2.13 Menjaga keselamatan barang-barang milik sendiri. Pihak Universiti


tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan / kerosakan yang
berlaku.

SELURUH KAWASAN KAMPUS ADALAH ZON LARANGAN


MEROKOK. MOHON KERJASAMA SEMUA
ATLET/PEGAWAI/URUSETIA DAN SEMUA YANG TERLIBAT
UNTUK MEMATUHI PERATURAN LARANGAN MEROKOK DI
DALAM KAWASAN KAMPUS

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan

Anda mungkin juga menyukai