Anda di halaman 1dari 3

JURNAL

Bilangan Jurnal : 8/12


Minggu Praktikum : Minggu 8
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 29 Julai – 2 Ogos 2019
Tajuk Jurnal : Pengurusan bilik darjah

1. Masalah / Peristiwa :

Minggu ini adalah minggu proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Saya telah
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Antara peristiwa yang berlaku pada minggu ini adalah pada 30 Julai telah ditetapkan sebagai
satu cuti am bagi Hari Pertabalan Raja. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti
biasa. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual 3 Mutiara, murid menghasilkan tiga jenis boneka
yang berbeza mengikut kumpulan. Mereka dibahagikan dalam kumpulan bagi memudahkan
kolaborasi dan komunikasi antara rakan dalam kumpulan tersebut. Sepanjang penghasilan
boneka tersebut, terdapat beberapa murid masih lemah berkaitan psikomotor misalnya
menggunting kertas dan gam kertas pada bahagian yang kecil. Namun, hasil boneka murid
tahun 3 Mutiara telah siap sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bagi kelas lain, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Murid bagi tahun
5 Mutiara dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan teori bidang
1 iaitu menggambar aktiviti cetakan. Begitu juga bagi subjek Bahasa Melayu, murid tahun 3
Mutiara dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik kerana saya
telah menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk TMK. Tetapi masalah yang saya hadapi
ketika proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu adalah tahap penguasaan murid
terhadap aspek seni bahasa kerana murid masih tidak faham penghasilan pantun. Masalah
ini dapat dikesan apabila murid tidak dapat menjawab lembaran kerja dengan baik.
2. Analisis :

Antara punca masalah ini berlaku mungkin kerana perancangan yang tidak strategik. Guru
tidak merancang dengan teliti apabila melibatkan murid yang bermasalah.

3. Cadangan Tindakan Susulan :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya perlu mencari satu penyelesaian ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kefahaman murid berkaitan aspek seni bahasa.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan :

1 Minggu

5. Rujukan

Atkinson.R .(1990). Introduction to Psychology. New York: Harcourt Brace


Jovanovich Publishers.
Charles .(2008). Building Classroom Dicipline, United States: Pearson Education
Inc
Rahil Mahyuddin .(2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam:
Karisma Publications
Woody, R.H .(1992). School psychology: A developmental and sosial systems
approach. Boston : Allyn & Bacon.

___________________________ ___________________________

( ) ( )

Guru Pembimbing Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai