Anda di halaman 1dari 29

SELAMAT DATANG

KE KULIAH 10
EX2023 MAKROEKONOMI II
FAKULTI EKONOMI
UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh
mzsaleh@ukm.my
www.ukm.my/zainudin

03/03/2004 Kuliah 10 1
MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR

“Real business cycle models view aggregat


economic variables as the outcome of the
decisions made by many individual agents
acting to maximize their utility subject to
production possibilities and resources
constraitnts. As such the models have an
explicit and firm foundation in
microeconomics.”
Charles Plosser. “Understanding Real Business Cycles,” Journal of Economics
Perspectives, 3 (Summer 1989), hlm. 53.

03/03/2004 Kuliah 10 2
MODEL MAKROEKONOMI MESTI
MEMENUHI 2 CIRI:
1. Agen-agen ekonomi mengoptimisasikan
- setiap agen ekonomi (seperti isirumah,
firma, pelabur) cuba
mengoptimisasikan dalam membuat
keputusan.
2. Mereka percaya kepada kewujudan
keseimbangan pasaran dan oleh itu
mereka mengandaikan semua pasaran
terjelas (markets clear).
03/03/2004 Kuliah 10 3
DUA PERKARA UTAMA UNTUK
MENJELASKAN KENAPA BERLAKU TURUN-
NAIK EKONOMI

1. Penggantian Intertemporal Buruh


2. Kejutan Produktiviti/Teknologi

03/03/2004 Kuliah 10 4
Penggantian Antara Masa Buruh
(Intertemporal Substitution of Labour)
Kuantiti buruh yang ditawarkan pada sesuatu masa
bergantung kepada insentif-insentif ekonomi yang
diberikan. Jika buruh diberikan lebih insentif (seperti
gaji, potongan cukai pendapatan dan faedah
sampingan) maka mereka sanggup menambahkan
jam-kerja dan mengorbankan masa lapang. Jika
mereka diberi insentif (seperti upah) sedikit maka
mereka akan mengurangkan jam bekerja. Kadang-
kadang bila bayaran upah mereka terlampau kecil
maka mereka akan berhenti kerja, setidak-tidaknya
untuk sementara waktu. Kesediaan buruh untuk
menukargantikan masa bekerja dengan masalapang
dari semasa ke semasa ini dipanggil penggantian antara
masa buruh (intertemporal substitution of labour).

03/03/2004 Kuliah 10 5
Kejutan Produktiviti/Teknologi

Mengikut model kitaran perniagaan benar


kejutan produktiviti/teknologi adalah apa-
apa perubahan/kejutan yang boleh
menganjak fungsi pengeluaran sama ada ke
arah atas (kejutan yang positif) atau ke arah
bawah (kejutan yang negatif)

03/03/2004 Kuliah 10 6
yt

yt=z1tF(Kt,Nt)
y1

y1,
yt=z0tF(Kt,Nt)

y0

Nt
N0 N1
Kesan Kejutan Productiviti/Teknologi Dalam Model Kitaran Niaga Benar

03/03/2004 Kuliah 10 7
Keberterusan Kejutan
Adalah penting bahawa kejutan produktiviti/teknologi itu
berterusan untuk banyak tempoh ke depan. Kitaran kesan
kejutan teknologi bergantung kepada sama ada kejutan itu
bersifat sementara (transitory) atau kekal (permanent).
Kejutan teknologi tersebut mempengaruhi output dan guna
tenaga. Seperti yang telah kita lihat dahulu, wujudnya
penggantian antara masa buruh bererti kejutan teknologi
itu juga boleh mempengaruhi gunatenaga. Kritikan utama
Keynesian terhadap Klasik baru adalah teori klasik baru
tidak dapat menjelaskan kenapa wujudnya keberterusan
(persistence) kitaran niaga benar dunia. Ahli-ahli teori
kitaran niaga benar menegaskan tindakbalas-tindakbalas
dinamik daripada agen-agen yang mengoptimisasi
(optimizing agents) terhadap perubahan-perubahan
keadaan ekonomi akan, seperti mana dijelaskan dahulu,
mempunyai kesan yang berpanjangan.

03/03/2004 Kuliah 10 8
Keberterusan Kejutan (samb.)
Jika kejutan produktiviti/teknologi itu sementara
(transitory) maka kesannya terhadap penggunaan
(kesan kekayaan – wealth effect) adalah kecil yang
bererti anjakan keluk permintaan agregat benar
lebih kecil daripada anjakan keluk penawaran
agregat benar. Jika kejutan itu berkekalan
(permanent) maka kesannya terhadap penggunaan
adalah besar yang bererti anjakan keluk permintaan
agregat benar lebih besar lebih besar daripada
anjakan keluk penawaran benar.

03/03/2004 Kuliah 10 9
KOMPONEN ASAS MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR

Citarasa (Preferences)
Tradeoff di antara penggunaan dan masa lapang
U = U( C ,L ) dan unsur penggantian intertemporal buruh

Teknologi Pengeluaran (Production technology)

Output dikeluarkan dengan mengguna input


Yt = z tY ( N t , K t ) buruh dan modal. zt ialah vektor kejutan
produktiviti/teknologi

Pengumpulan Modal (Capital Accumulation)


Yt = C t + St Pendapaan sama ada diguna atau ditabung.

K t + 1 = ( 1 − δ ) K t + St Tabungan dibuat kerana ianya dipercayai akan


K t + 1 = ( 1 − δ )K t + I t bertukar menjadi pelaburan

Kekangan Sumber (Resource Constraints)


C t + I t = Yt dan Lt + N t = T , T=masa yang dimiliki oleh pekerja (24 jam)

03/03/2004 Kuliah 10 10
PENYELESAIAN MODEL
 ∞ 
C t = C ( K t , zt , zt + 1 , zt + 2 ,..., z∞ ) = C 
 Kt , ∑ zt + j  ,

 j= 0 
 ∞ 
N t = N ( k t , z t , z t + 1 , zt + 2 ,..., z∞ ) = N 
 Kt , ∑ zt + j
,

 j =0 
 ∞ 
K t + 1 = K ( k t , z t , z t + 1 , zt + 2 ,..., z ∞ ) = K 
 kt , ∑ zt + j


 j =0 

Persamaan-persamaan di atas menggambarkan bahawa, dalam


keseimbangan, setiap pembolehubah di sebelah kiri (iaitu C t , N t , K t + 1 )
adalah di pengaruhi stok modal semasa ( K t ), kejutan teknologi semasa

( z t ) dan siri aliran kejutan -kejutan teknologi pada masa depan ( z t + 1 ).

Ini bererti laluan masa pembolehubah -pembolehubah benar


berkenaan, selain daripada bergantung kepada stok modal permulaan,
bergantung juga kepada jangkaan -jangkaan terhadap kejutan -kejutan
yang akan wujud pada masa depan.

Satu ciri penting ekonomi ini adalah jika tidak ada urutan kejutan
eksogen, iaitu zt=0 untuk semua t, maka bagi satu nilai permulaan stok
modal K0 , nilai -nilai penggunaan ( C), jam kerja ( N), modal (K) dan
output ( Y) akan menumpu ( converge) kepada pemalar -pemalar yang
digelar nilai -nilai keadaan pegun ( steady state ) bagi pemboleh -
pembolehubah tersebut.

03/03/2004 Kuliah 10 11
Dasar Fiskal
v Dalam model RBC, harga diandaikan fleksibel dan
pekerja melakukan penggantian antara masa. Jadi
kenaikan output adalah kesan daripada kenaikan
penawaran buruh, iaitu pekerja bertindak balas
terhadap kenaikan insentif (seperti pendapatan boleh-
guna) dengan bekerja lebih masa dan mengurangkan
masa lapang.
v Jadi pengaruh dasar fiskal terhadap ekonomi
bukanlah datang melalui kesan ke atas permintaan
agregat, seperti yang dicadangkan dalam model
Keynes, tetapi melalui kesan pihak penawaran (supply-
side effects).
v Menurut RBC matlamat dasar fiskal adalah untuk
mengurangkan herotan cukai.

03/03/2004 Kuliah 10 12
Contoh: Dasar Potongan Cukai
v Potongan kadar cukai ke atas pendapatan buruh atau ke
atas pulangan modal (keuntungan daripada pelaburan)
akan memberi kesan terhadap proses pengoptimaan yang
dilakukan oleh agen-agen ekonomi.
v Potongan cukai pendapatan buruh boleh menambahkan
insentif untuk berkerja. Sebaliknya kenaikan cukai ke atas
pendapatan buruh, yang menyebabkan pendapatan boleh-
guna jatuh, akan menyebabkan individu cenderung untuk
mengurangkan masa bekerja dan menambahkan masa
lapang. Malah cukai sekaligus juga dapat mempengaruhi
gelagat individu kerana ia menjejaskan kekayaan dan
perancangan pada masa depan mereka. . Selanjutnya kesan
ini akan mencipta herotan (distortionary) dalam pasaran
buruh.
v Potongan cukai ke atas pulangan modal (korporat) memberi
insentif kepada pelabur untuk menambahkan pengeluaran.

03/03/2004 Kuliah 10 13
W = P0e g ( N [ t 0 ])
W e g ( N [ t ]) P
W = P0 1
ASLR0 AS LR1
A B
W0
e g ( N [ t ])
W = P1 1 AS SR0

P0 B
A
W1 W = P0 f ( N [ t1 ]) AS SR1
C
P1 C
AD
W = P0 f ( N [ t 0 ]) =
W = P1 f ( N [ t 1 ])

N y
N0 N1 y0 y1

y y

y=y
C y=y(N)
y1
A
y0

45 0
N y
N0 N1

Kesan Potongan Cukai Mengikut Model Kitaran Perniagaan


Benar

03/03/2004 Kuliah 10 14
Dasar Kewangan
v Wang adalah neutral – Wang tidak mempengaruhi
turunnaik pembolehubah benar seperti output, guna tenaga
dan pengangguran.
v Wang hanya mempengaruhi nilai nominal pembolehubah
(seperti output nominal) melalui pengaruhnya terhadap
harga. RBC mencadangkan bahawa dasar kewangan patut
digunakan untuk mengawal tingkat harga. Satu dasar
kewangan yang baik adalah mengawal pertumbuhan
penawaran wang supaya ianya perlahan dan mantap
(steady) kerana ini dipercayai dapat menghasilkan
pergerakan harga yang stabil dan kadar inflasi yang
rendah.
03/03/2004 Kuliah 10 15
Kejutan Bermudarat Penawaran
Contoh:
Kenaikan harga bahan mentah/input atau
barang modal yang diimport. Kenaikan
input yang diimport ini mengurangkan
permintaannya dan jika diandaikan input
yang diimport ini bersifat penggenap
kepada buruh dalam proses pengeluaran
maka permintaan terhadap buruh akan
berkurangan.

03/03/2004 Kuliah 10 16
Tiga Senario
1. Upah benar tegar – Kontrak buruh jangka
panjang - kadar upah wang biasanya dikaitkan
dengan tingkat harga. Ini bererti bila harga
meningkat maka upah wang dinaikkan dengan
peratusan yang sama dengan peratusan kenaikan
harga. Keluk penawaran buruh mendatar.
2. Upah benar fleksibel dan keluk penawaran
buruh adalah bercerun positif.
3. Upah benar fleksibel dan keluk penawaran
buruh menegak. Keluk penawaran menegak
bererti penawaran buruh tidak peka terhadap
perubahan upah benar.

03/03/2004 Kuliah 10 17
(a) (d)
y y

A y=z0 y (N) y=y


y0 A
y=z1 y(N)
y’ 0
D D
y1
C C

y2
B B

450
N y
N2 N1 N0

W
w= W P
P = g( N ) ASLR1 ASLR0
Pe ASLR2 AS’LR0

ASSR1
B
A D
W 0/P0 P2
ASSR0
C
W 0/P1 C P1
B A
D W P0
W 0/P2 = f0(N )
P
W
= f1 ( N )
P
N y
N2 N1 N0 y2 y1 y’0 y0

(b) (c)

Kesan Kejutan Penawaran Terhadap Keluk Permintaan Buruh,


Fungsi Pengeluaran dan Keluk Penawaran Agregat

03/03/2004 Kuliah 10 18
Rumusan
v Ketegaran upah benar. Jika umpamanya kewujudan kontrak
buruh jangka panjang menyebabkan upah benar tegar maka
output semulajadi jatuh dari y0 ke y2 seperti yang digambarkan
oleh pergerakan dari A ke B di atas keluk penawaran agregat
jangka panjang ASLR2.
v Tindakbalas penawaran buruh. Jika upah benar boleh berubah
dan buruh bertindakbalas terhadap kejatuhan upah benar dengan
mengurangkan waktu kerja dan menambahkan masa lapang
maka keluk penawaran agregat yang relevan adalah ASLR1. Ini
bererti titik keseimbangan bergerak dari A ke C.
v Fungsi pengeluaran yang lebih rendah. Jika upah benar boleh
berubah dan buruh tidak bertindakbalas terhadap kejatuhan
upah benar keluk penawaran agregat jangka panjang yang
relevan adalah AS’LR0. Kenaikan harga input yang diimport
menyebabkan firma-firma mengurangkan penggunaan input
tersebut dan ini menyebabkan buruh menjadi kurang produktif
yang seterusnya menjatuhkan output dari y0 ke y’0 ataupun
digambarkan oleh pergerakan dari titik A ke D.

03/03/2004 Kuliah 10 19
PERANAN PENAWARAN WANG NOMINAL
DI BAWAH KEJUTAN BERMUDARAT

Dalam RBC wang adalah neutral - tidak


memainkan peranan dalam mempengaruhi
tingkat output ataupun mana-mana
pembolehubah benar. Kerana harga
diandaikan fleksibel maka wang hanya
boleh mempengaruhi nilai nominal
pembolehubah, melalui pengaruhnya
terhadap harga.

03/03/2004 Kuliah 10 20
PERANAN PENAWARAN WANG NOMINAL
DI BAWAH KEJUTAN BERMUDARAT
Senario 1
Jika Penawaran Wang Tetap
Jika penawaran wang tidak berubah maka
kejutan bermudarat penawaran yang
menyebabkan keluk AS beranjak ke kiri
menyebabkan kejatuhan output disertai
dengan kenaikan harga

03/03/2004 Kuliah 10 21
PERANAN PENAWARAN WANG NOMINAL
DI BAWAH KEJUTAN BERMUDARAT
Senario 2
Jika Penawaran Wang Berubah
1. Jika penawaran wang meningkat maka kejutan
bermudarat penawaran yang menyebabkan keluk
AS beranjak ke kiri menyebabkan kejatuhan output
disertai dengan kenaikan harga

2. Jika penawaran wang jatuh maka kejutan


bermudarat penawaran yang menyebabkan keluk
AS beranjak ke kiri menyebabkan kejatuhan output
disertai dengan kejatuhan harga

03/03/2004 Kuliah 10 22
P
AS LR2 AS LR1 AS’LR0 ASLR0
B’
AS’SR0
P2
E AS SR0
V’
D AD(M 3)
P1 C
V D’ AD(M1)
P0 A AD(M0 )
B

AD(M 2)

y
yN2 y N1 y’N0 yN0

Kesan Kejutan Penawaran dan Anjakan Permintaan Agregat


Mengikut Model Kitaran Niaga Benar

03/03/2004 Kuliah 10 23
KRITIKAN TERHADAP MODEL KITARAN
PERNIAGAAN BENAR

1. Kepentingan kejutan
produktiviti/teknologi
2. Hubungan gunatenaga/pengangguran
dengan penggantian intertemporal buruh
3. Neutraliti wang
4. Keboleh-berubahan harga dan upah

03/03/2004 Kuliah 10 24
1. KEPENTINGAN KEJUTAN PRODUKTIVITI/TEKNOLOGI

v Kejutan teknologi biasanya berlaku perlahan-


perlahan.
v Kejutah teknologi biasanya tidaklah besar
sehingga menyebabkan berlaku turun naik
ekonomi.
v Tetapi bagi pendokong RBC, kejutan teknologi
bermaksud sebarang perubahan yang
menyebabkan fungsi anjakan fungsi pengeluaran

03/03/2004 Kuliah 10 25
2. HUBUNGAN GUNATENAGA/PENGANGGURAN DENGAN
PENGGANTIAN INTERTEMORAL BURUH
v RBC menegaskan perubahan-perubahan gunatenaga yang terjadi
ialah akibat daripada tindakbalas-tindakbalas pilihan sukarela
(voluntary choices) agen-agen ekonomi yang menghadapi
kemungkinan-kemungkinan pengeluaran dan citarasa yang
sentiasa berubah kesan daripada perubahan insentif. Ini ialah
kesan daripada tindakan pengoptimaan setiap agen ekonomi -
buruh bergerak di sepanjang keluk penawaran buruh.
v Pengkritik tidak percaya bahawa perubahan-perubahan
gunatenaga yang terjadi akibat daripada tindakblas-tindakbalas
pilihan sukarela (voluntary choices) agen-agen ekonomi yang
menghadapi kemungkinan-kemungkinan pengeluaran dan
citarasa yang sentiasa berubah. Banyak kes menunjukkan
pengagguran adalah terpaksa (hendak kerja tetapi tak ada kerja)
– bererti pilihan untuk menganggur bukan pilihan sukarela –
tidak bergerak di sepanjang keluk penawaran buruh, tetapi
terencat daripada keluk tersebut.

03/03/2004 Kuliah 10 26
3. NEUTRALITI WANG

v RBC menegaskan wang tidak dapat pengaruhi


pembolehubah benar seperti gunatenaga,
pengangguran dan output.
v Pengkritik: Bukti empiris menunjukkan kejatuhan
pertumbuhan wang dan inflasi biasanya berkaitan
dengan kewujudan pengangguran yang tinggi -
wang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
pembolehubah benar seperti gunatenaga,
pengangguran dan output.

03/03/2004 Kuliah 10 27
4. KEBOLEH-BERUBAHAN HARGA DAN UPAH

v RBC – Andaian harga dan upah tegar tidak


diperlukan untuk menjelaskan berlakunya
turun-naik ekonomi.
v RBC mengandaikan harga dan upah boleh
berubah bebas (tidak tegar) untuk
membersih pasaran.
v Pengkritik – dalam banyak kes upah dan
harga adalah tegar - ketegaran upah dan
harga boleh menyebabkan kewujudan
pengangguran.
03/03/2004 Kuliah 10 28
SEKIAN
TERIMA KASIH

03/03/2004 Kuliah 10 29

Anda mungkin juga menyukai