Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

Satu pandangan masadepan yang jauh dengan matlamat yang pasti.


1. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan.....
A. Arah tuju
B. Wawasan
C. Sasaran
D. Harapan

2. Negara kita mempunyai wawasan iaitu.....


A. Wawasan 2015
B. Wawasan 2005
C. Wawasan 2020
D. Wawasan 2030

3. Antara yang berikut, yang manakah merupakan usaha yang harus diambil oleh seseorang
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berwawasan menjadi Akuakultur Moden?
I. Belajar di Universiti dan memperolehi Ijazah Sains Pertanian
II. Bekerja dengan agensi pertanian akuakultur
III. Membuka tapak akuakultur sendiri
IV. Menggalakkan orang ramai menceburi dalam bidang pertanian
A. I dan II
B. I dan IV
C. I,II dan III
D. I,II,III dan IV

4. Saya bercita – cita menjadi peguam dalam masa sepuluh tahun akan datang. Saya perlu
mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Pernyataan diatas merupakan.................. diri seorang murid tingkatan 4.
A. Objektif
B. Pelan Induk
C. Tindakan
D. Matlamat

5. Tiga ciri utama wawasan diri ialah seseorang itu perlu ada.........

I. Hala tuju diri


II. Usaha yang cemerlang
III. Sikap yang berwawasan
IV. Falsafah kendiri
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. I,II,III dan IV

6. Mengapakah seseorang itu harus menampal “aku janji wawasan diri” di dinding biliknya?
A. Dapat meningkatkan semangat dan berusaha mencapai wawasan diri tersebut
B. Boleh melakukan perubahan pada wawasan diri pada bila – bila masa
C. Boleh menambahkan wawasan diri dari semasa ke semasa
D. Memudahkan ahlikeluarga lain mengetahui wawasan diri kita

7. Bagaimanakah cara membina jasmani yang sihat dan cergas


A. Membaca pelbagai bahan bacaan
B. Menonton rancangan motivasi
C. Bersyukur kepada Tuhan
D. Bersenam dan menjaga pemakanan

1
8. Antara berikut yang manakah ciri orang yang mempunyai rohani teguh?
I. Berakhlak mulia
II. Sentiasa berserah kepada nasib
III. Sentiasa percaya kewujudan Tuhan
IV. Bersikap ikhlas dan jujur semasa menunaikan tanggungjawab
A. I,II danIII
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

9. Zaid murid yang cemerlang dalam kelasnya. Dia aktif berpersatuan dan bersukan. Dia juga
taat mengerjakan sembahyang. Zaid menunjukkan perkembangan diri dari aspek...................

A. Intelek an rohani
B. Emosi dan jasmani
C. Intelek, rohani dan jasmani
D. Intelek, rohani dan jasmani

10. Bagaimanakah cara seseorang itu mengawal perasaan marahnya?

A. Berdiam diri
B. Bertindak agresif
C. Bertenang dan berusaha mengawal emosi
D. Melepaskan kemarahannya dengan membaling barang

Rohani yang teguh penting dalam kehidupan manusia

11. Mengapa?

A. Membentuk individu yang berakhlak mulia


B. Dapat mengembangkan bakat serta kemahiran
C. Dapat mengawal perasaan gemuruh
D. Dapat melakukan aktiviti riadah

12. Antara yang berikut, manakah kepentingan mempunyai daya intelek yang tinggi?

I. Berfikir kritis dan kreatif


II. Menghasilkan idea – idea yang bernas
III. Mampu berfikir secara matang dan logik
IV. Memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. I,III dan IV

13. Apakah tujuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganjurkan
program “Utamakan Keluarga Semakin Hari Semakin Sayang”?

A. Bagi melahirkan keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu, berdaya tahan,
beriman dan harmoni
B. Bagi melahirkan keluarga yang bebas daripada masalah kewangan
C. Bagi melahirkan keluarga yang mewah
D. Bagi melahirkan keluarga yang berkomunikasi dan berinteraksi secara positif

2
14. Antara program yang berikut, yang manakah tidak dianjurkan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mewujudkan keluarga yang bahagia?

A. Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang


B. Rumahku Syurgaku
C. Budaya penyayang
D. Keluarga Terbilang

Tanggungjawab ketua keluarga


# menyekolahkan anak- anak
# menyediakan keperluan asas kepada anak-anak

15. Tanggungjawab di atas merupakan kewajipan...


A. Sosial
B. Ekonomi
C. Politik
D. Agama

16.Bagaimanakah kamu membantu mengatasi masalah kewangan keluarga?

I. Berbelanja dengan berjimat cermat


II. Berkongsi makanan dengan kawan pada waktu rehat
III. Berhenti sekolah
IV. Mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga
A. I danII
B. I dan III
C. II dan III
D. I dan IV

17. Apakah tindakan kamu sekiranya calon pilihan pasangan hidup kamu tidak dipersetujui oleh
ibu bapa?
A. Bertengkar dan memastikan keluarga menerimanya
B. Berbincang dan memberitahu kelebihan pilihan pasangan hidup kamu
C. Bersetuju dengan keputusan ibu bapa
D. Lari dan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa

18. Antara yang berikut, yang manakah bukan masalah sosial dalam masyarakat?
A. Penagihan dadah
B. Lumba haram
C. Merosakkan harta benda awam
D. Penemuan mesin berteknologi tinggi

Membasmi penyalahgunaan dadah merupakan tanggungjawab kita


bersama

19. Sebagai salah seorang anggota masyarakat yang prihatin, bagaimakah kamu dapat
menjayakan program di atas?

A. Melaporkan aktiviti penagihan dadah di tempat tinggal anda


B. Melibatkan diri dalam politik
C. Menghebahkan program tersebut kepada rakan- rakan dan saudara- mara
D. Menjauhkan diri daripada bekas penagihan dadah.

3
20. Apakah tindakan anda jika ternampak rakan anda melakukan perkara diatas?
A. Mendiamkan diri
B. Memberitahu hal tersebut kepada rakan yang lain
C. Melaporkan kepada ibu bapanya
D. Melaporkan kepada guru
Akta X
Dibawah akta ini
seseorang itu boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika terlibat dalam aktiviti pengedaran
dadah
.
21. Apakah Akta X?
A. Akta Dadah Merbahaya 1952
B. Akta Penagih Dadah
C. Akta Dadah 1990
D. Akta Racun 1952

“KATAKAN TIDAK KEPADA GENGSTERISME”


22. Bagaimana anda menyahut seruan tersebut?
A. Jauhkan diri daripada pelajar nakal
B. Menjadi Ahli Rakan Cop
C. Memberitahu nama pelajar-pelajar nakal kepada rakan cop
D. Mencalonkan diri untuk menjadi pengawas di sekolah

23. Kesalahan yang dilakukan oleh Juvenil akan dibawa ke mahkamah


A. Agama
B. Syariah
C. Juvenil
D. Rendah
X

.... ialah peraturan atau amalan – amalan yang


menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti

24. Apakah X?
A. Adat masyarakat
B. Norma komuniti
C. Peraturan
D. Undanhg- undang

25. Antara yang berikut, yang manakah bertentangan dengan norma hidup masyarakat?
A. Membuang sampah merata-rata
B. Tidak meludah semasa berada di khalayak ramai
C. Memberikan tempat duduk kepada warga tua semasa berada di dalam bas
D. Berbaris semasa membeli tiket

4
26. Yang berikut adalah norma yang perlu dipatuhi oleh pelajar, kecuali...
A. Bertanggungjawab setiap masa
B. Memanggil rakan – rakan dengan gelaran tertentu
C. Berdisiplin sepanjang masa
D. Mempunyai hubungan baik dengan rakan

27. Mengapakah kebanyakkan pesalah kanak – kanak tidak dihantar ke penjara?


A. Supaya mereka tidak takut
B. Kerana pesalah kanak – kanak bukan dewasa dan pendekatan hukumannya berbeza
C. Kerana mereka tidak boleh dihukum
D. Keran di penjara mereka mudah dijangkiti penyakit

# Mencuri
#Bergaduh
#ponteng Sekolah
#Peras ugut

28. Di bawah jenayah Juvenil, kes – kes diatas dikategorikan sebagai jenayah...
A. Kegilaan sosial
B. Kecil
C. Besar
D. Keruntuhan akhlak

29. Manakah antara tindakan berikut mematuhi peraturan dan undang – undang keselamatan
jalan raya?
A. Menunggang motosikal melebihi had laju
B. Berlumba – lumba di jalan raya
C. Tidak mencelah – celah ketika menunggang motosikal
D. Mengekori kenderaan depan rapat- rapat

Jangan bising
Jaga kebersihan
Sila tanggalkan kasut

30. Peraturan diatas mungkin terdapat di....


A. Dewan orang ramai
B. Makmal sains
C. Hospital
D. Surau

5
Bahagian B

1. Kategorikan tindakan di bawah mengikut perkembangan diri yang sesuai, berdasarkan pilihan
jawapan yang diberi.

Jasmani Intelek
Emosi Rohani

TINDAKAN PERKEMBANGAN DIRI DARI ASPEK

Setiap hari Faizal meluangkan masa selama


11
30 minit untuk bermain dengan rakan-
rakannya

Prasand letih, abangnya pula mendengar


radio dengan kuat. Prasand tidak marah. Dia
menegur tindakkan abangnya dengan baik

Setiaphari
Setiap hariAS
Ahad, Kevin menghadiri kelas
agama bagi mendalami ilmu keagamaan

Wong sentiasa bersabarmelayan karenah


adiknya yang nakal sewaktu ketiadaan ibu

Ranjit sentiasa mengamalkan pemakanan


yang seimbang dalam dietnya

Suhana tidak pernah ketinggalan


menghadiri kelas tambahan di sekolahnya

Watson membuat kebaikan dengan ikhlas


kerana dia tahu setiap perbuatan itu
sama ada baik atau buruk ada
pembalasan Tuhan

Farihin berusaha mencari pelbagai


maklumat daripada banyak sumber untuk
menghasilkan karangan yang baik

[ / 8 markah]

6
2. Tandakan (/) pada aktiviti yang sesuai dilakukan bersama anggota keluarga dan tandakan (x)
pada aktiviti yang tidak sesuai.

AKTIVITI ( / ATAU X)
1. Meraikan hari – hari istimewa seperti
sambutan Hari Lahir, Hari Ibu dan Hari
Bapa
2. Duduk di kedai mamak sambil berborak –
borak pada jam 12 tengah malam
3. Membeli – belah bersama- sama sebagai
persediaan perayaaan
4. Makan bersama- sama
5. Gotong – royong merbersihkan halaman
rumah
6. Melancong bersama kawan – kawan di .
pusat peranginan
7. Melepak di pusat membeli – belah
bersama kawan - kawan
8. Melakukan aktiviti riadah pada hujung
minggu bersama keluarga di Taman
Reakreasi

[ / 8 markah]

3. Berikan maksud bagi perkataan berikut beserta contoh

Perkataan Maksud dan Contoh

1. Norma Maksud :__________________________________________


komuniti Contoh :__________________________________________

2. Peraturan Maksud :__________________________________________

Contoh :__________________________________________

3. Undang - Maksud :_________________________________________


undang Contoh :__________________________________________

Maksud :_________________________________________
4. vandalisme
Contoh :__________________________________________

[ / 4 markah]

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan Oleh

_____________ _________________ __________________

(WAN ZURAIHAN W MUSA)

Guru Matapelajaran PSK

Anda mungkin juga menyukai