Anda di halaman 1dari 1

MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:


1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
saya → dia kamu. → dia
kami → mereka hamba → dia
di sini → di situ/di sana begini → begitu
kini → ketika itu
4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
contoh:
mengapa → punca/sebab bagaimana → cara/keadaan
berapa → jumlah/harga bila → masa
5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan
sebagainya yang sesuai dengan situasi.
Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat tanya bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
Ayat seruan Amboi - memuji Hai - menegur
Cis - berasa marah Syukurlah - mengucapkan
syukur
Syabas - mengucapkan Eh - berasa terkejut
taniah
- Oh begitu - mengiyakan
Wah - berasa kagum Aduh - mengaduh
Wahai - mengingatkan/ Ah - melehirkan
menasihatkan perasaan tidak
bersetuju
6. Contoh penukaran ayat:
(a) Ayat Suruhan Contoh : “Bawa minuman itu ke situ.” Kata Ali
Jawapan : Ali menyuruh membawa minuman ke situ.
(b) Ayat Larangan Contoh : “Jangan bermain di tepi sungai tu kerana bahaya,” kata Ali
kepada Ahmad.
Jawapan: Ali melarang/menegah Ahmad bermain di tepi sungai itu
kerana berbahaya.
(c) Ayat Permintaan Contoh : “Tolong bawa kerusi ini ke kelas,” kata Cikgu Ali kepada
pelajar itu.
Jawapan: Cikgu Ali meminta pertolongan daripada pelajar untuk
membawa kerusi itu ke kelas.
(d) Ayat Silaan Contoh : “Silalah masuk,” kata Ali kepada kawannya
Jawapan : Ali mempersilakan/ menjemput kawannya masuk
* Ayat Silaan yang tidak menggunakan kata-kata perintah tetapi
menggunakan kata penegas “lah”
Contoh : “Duduklah,” kata Ali kepada Ahmad
Jawapan : Ali mempersilakan Ahmad duduk
(e) Ayat Seruan Contoh : “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Ali
Jawapan : Ali mengaduh kerana kakinya sakit

Anda mungkin juga menyukai