Anda di halaman 1dari 11

KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN NEGERI

JOHOR DARUL TAKZIM

MAKANAN

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan


kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya
begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di
keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan
adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:

o Laksa Johor ; makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang
kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.

o Mi bandung ~ juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di
Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi
membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.

o Mi rebus ~ adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di


hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.
o Arisa ~ adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor.
Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.

o Sate ~ makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor
malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis
daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam
mana-mana sahaja sekitar Johor.

o Telur pindang ~ amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini


adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah
dan daun-daun.

o Roti Kirai/Roti Jala ~ Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan
jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan
yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di
masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang
dimakan bersama.

o Otak-otak ~ Antara otk-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-
otak gelang patah’.

o Nasi beriani Gam ~ Amat terkenal di daerah Batu Pahat

o Soto ~ Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet

o Burasak ~ sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan


menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati
pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

Pengaruh masakan Jawa juga banyak menyumbang kepada masakan Johor.


Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang
dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan
untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana
terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan
sebagainya.
Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang
membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa
pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada


permulaannya, ini disebut sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh rendah
berasal dari Tanah Arab.

Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-
Lingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian
ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga,
Singapura.

Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar,


Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut
memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.

Ghazal terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do
(Gendang). Kemudian ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar,
kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik
lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta
menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.

Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi
konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang
diiringi oleh penari-penari Warisan Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran
Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal tersebut.

Tarian kuda kepang

Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor, terutamanya
Jawa. Ia berupa patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia diperbuat
daripada buluh anyaman atau kulit yang dicorakwarnakan supaya lebih menarik.

Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai


ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang
menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis
keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan,
meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.

Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu
dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa.
Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi
untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60inci.
Zapin Johor

Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangan, zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi
ragamnya yang nyata tradisional sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional
hanya tersebar ke daerah tentu dan satu genre zapin yang dinamik dikatakan masih
terdapat di Johor.

Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab)
melihatkan bezanya dari unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu
berasal dari 1 kesenian Arab di bawah Hadramaut.

Satu hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan


persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di
kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di
khalayak ramai.

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju Riau

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri
atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang
kelima dari keturunan Bugis

Baju Belah Kebaya Panjang


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara
tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan
Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’
dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup
dengan kancing atau kerongsang tiga.

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini
berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau
leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk
leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan
oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju
ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai
ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki
yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan
perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu
hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek
manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi
pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti
‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju
yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-
bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama
namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan Sepak Raga
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad,
putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola
raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan Gasing
Permainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia
bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar
bermain gasing.
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.

Permainan Konda Kondi


Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini
memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran,
l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran
2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu.
Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
REKA BENTUK RUMAH

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor danTerengganu. Maksud Limas


adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang
berbentuk tirus ke atas seperti piramid.
Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan
keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi mengelakkan
dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah
limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran
atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan
tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.
Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai "kolong" iaitu bahagian bawah
rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas
sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.
Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai
tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki
jala.

Rumah Limas di Johor

Seni bina rumah limas tergolong dalam budaya kebendaan. Sebenarnya, seni
bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar. Antaranta penjajahan Belanda
dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama Islam serta pengaruh
daripada seni bina rumah Indonesia. Hal ini demikian dapat dilihat melalui
transformasi rumah bumbung panjang iaitu rumah tradisional Melayu Johor kepada
rumah limas. Masyarakat Melayu tradisional Melayu Johor telah mengadaptasi seni
bina luar ke dalam seni bina rumah limas. Contohnya melalui pembinaan tangga
yang mempunyai maksud tertentu. Pengaruh ini bukan sahaja diserap oleh
masyarakat Melayu Johor namun masyarakat Melayu amnya. Seni bina rumah
masyarakat Melayu Johor ini mempunyai nilai estetika yang perlu dikekalkan dan
diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi.
Bahan binaanya adalah daripada kayu cengal, keranji, penak. meranti dan
sebagainya.

PENGANGKUTAN
Pengguna bas dan teksi di Johor Bahru akan menikmati kemudahan lebih selesa apabila
sistem pengangkutan berkenaan ditambahbaik tahun hadapan.
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata penambahbaikan ini bertujuan
memenuhi keperluan penduduk yang kerap menggunakan bas dan teksi ke pelbagai
destinasi.

Katanya, ini termasuk menggantikan bas-bas lama dengan yang baru dan memastikan
operasi pengangkutan awam lebih efisien, sama ada di laluan yang ramai atau kurang
penggunanya.

"Penambahbaikan ini juga adalah langkah permulaan kepada pewujudan sistem


pengangkutan multimodel yang akan dilaksanakan di Iskandar Malaysia dalam tempoh 10
hingga 15 tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Draf
Rancangan Kawasan Khas Pusat Pengangkutan Bandar Senai, di sini.

Abdul Ghani berkata, sistem ini kelak akan melibatkan pelbagai jenis pengangkutan sama
ada Mass Rapid Transit (MRT) atau Light Rail Transit (LRT), serta pengangkutan awam sedia
ada iaitu bas dan teksi.

Jelasnya, laluan yang sudah dikenalpasti akan dihubungkan melalui sistem berkenaan ialah
dari Johor Bahru ke Pasir Gudang, Senai, Skudai, Nusajaya dan Singapura.

Anda mungkin juga menyukai