Anda di halaman 1dari 1

Kaedah Abjad/huruf

- Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja.


- Kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu
- Kemudian diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan.

Langkah-Langkah:
1. Menyebut Nama Huruf Abjad A hingga Z
Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama huruf vokal terlebih dahulu, diikuti dengan konsonan.
Kemudian, mereka akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf
kecil.
Kaedah ini dimulakan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil.

2. Menyebut Suku Kata V dan KV


Murid-murid dibimbing pula menyebut suku kata. Contohnya ba, ce, di, fo, gu…

3. Menyebut Perkataan
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja
perkataan diadakan.

Kaedah Pandang dan sebut


- Kaedah pandang dan sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid menyebut perkataan
yang disebut guru terlebih dahulu setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut.
- Kaedah dimulakan dengan memperkenalkan perkataan bukannya huruf atau suku kata.
Langkah-langkah:
1. Menyebut Perkataan

Guru memaparkan kad imbasan dan menyebut perkataan Murid -murid akan mengikut menyebutnya secara
beramai-ramai atau berkumpulan.

Semasa kad perkataan itu dipaparkan kepada murid-murid, mereka diajar menyebut dan membacanya. Misalnya
guru menunjukkan kad perkataan buku, ibu, nenek, rambutan, meja, baju terlebih dahulu. Kemudian murid-murid
disuruh menyebut perkataan-perkataan yang guru tunjukkan itu.

2. Mencerakinkan Perkataan menjadi Suku Kata

Setelah murid-murid mampu menyebut perkataan-perkataan yang guru tunjukkan, guru boleh mencerakinkan
perkataan itu menjadi suku kata agar murid-murid lebih mudah memahami. Pada awal pengajaran mereka
diperkenalkan dengan perkataan ‘baju;. Murid-murid telah mampu menyebut perkataan baju dan memahami maksud
baju. Oleh itu, guru boleh mencerakinkan perkataan baju itu menjadi suku kata pula. Begitu juga dengan perkataan-
perkataan yang lain.
Contoh:
baju = ba+ ju
guru= gu + ru
kawan= ka + wan
cawan = ca + wan

Anda mungkin juga menyukai