Anda di halaman 1dari 7

Ringkas Sahaja

Blog Berkongsi Ilmu,Pengalaman Dan Apa Sahaja Yang Mungkin


Menarik

JJuum
maaaatt,, 1199 O
Oggooss 22001166

4G15P Master Brake Pump

M aste r B rake P um p P ro t o n W ira


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya ada sedikit waktu
terluang mencari semula gambar-gambar lama sewaktu diy kereta Proton
Wira dulu dan saya nak kongsikan di sini yang mana salah satunya cara
menukar master brake pump.Cara nak buka dan pasang taklah susah
sangat,cuma bila berkaitan dengan brake dan sistem hydraulik kita mesti
peka dengan proses bleeding.Ini bertujuan membuang angin atau
gelembung angin yang ada dalam sistem brake,kerana jika tidak
melakukan proses ini ianya akan memberi kesan pada kecekapan pada
brake itu sendiri sewaktu menggunakannya..

Masalah yang selalu timbul pada master brake pump ini adalah
kebocoran "leaking" yang menyebabkan minyak keluar dari tangki
brake.Dan ini disebabkan usia master pump itu sendiri bila "berkhidmat"
terlalu lama maka "calar" telah berlaku antara piston assembly dan
cylinder body kerana geseran..Gambar di bawah diambil dari laman web
akan memberi sedikit pencerahan.
Gambar bawah - Ini akan menjelaskan apa saya kata tadi.Kebocoran
menyebabkan minyak keluar dari tangki sehingga kering.anak panah
hijau menunjukkan wayar yang perlu dibuka bagi step pertama dalam
proses membuka master pump ni.
Gambar bawah - Buka 2 skrew pada bulatan merah kalau tak silap
size12.Dan 5 skrew size8 pada brake line,lihat bulatan hijau.

Anak panah biru menunjukkan charcoal canister.Ianya sangat penting


bagi menapis wap merbahaya dari petrol sebelum pembakaran bagi
menjaga udara persekitaran.

Gambar bawah - Ini keadaan bila dah dibuka.Minyak brake telah


merosakkan lapisan warna pada servo.
Gambar bawah - Boleh nampak minyak di sekeliling piston.

Gambar bawah - Ini adalah gambaran keadaan master pump baru,di


ambil dari laman web
Gambar bawah - Lihat anak panah merah,itu adalah tube,piping
lama.Buka dari master pump asal,plug and play..Kemudian bolehlah
pasangkan semula master pump baru ke servo dan temukan semua
wiring dan pipe line seperti asal...Isikan minyak brake hydraulic jenis
DOT3 (kegunaan biasa) sehingga batas yang ditentukan.Kemudian
barulah buat bleeding process ke-4-4 roda.
Ini keadaan setelah beberapa hari dipasang,servo tiada kebocoran
kelihatan kering sahaja.

Sekian untuk kali ini,bertemu di perkongsian ilmu yang seterusnya...


Wassalam...
Master Asia di 9:06 PTG

Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

‹ Laman utama ›
Papar versi web

M
Meennggeennaaii S
Saayyaa

Master Asia
Ikut 7

Lihat profil lengkap saya

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai