Anda di halaman 1dari 3

Subjek Kenegaraan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia mewajibkan kepada pelajarnya mengambil subjek
bersifat kenegaraan dengan hasrat topik-topik yang dipelajari oleh pelajar akan meniupkan
semangat patriotisme dan cinta negara lebih tinggi. Jika di peringkat sekolah menengah rendah
dan atas para pelajar didedahkan dengan subjek Sejarah yang menghuraikan topik kenegaraan
dan sejarah negara, juga berhasrat memupuk semangat cinta negara dengan kefahaman yang
jelas. Di peringkat IPT pelajar sekali lagi disogok dengan topik kenegaraan.

IPT swasta juga tidak terkecuali dari menawarkan subjek kenegaraan ini kepada pelajarnya.
Subjek ini menjadi salah satu keperluan bagi pelajar untuk melengkapkan kursus di peringkat
ijazah pertama. Ia bukan saja wajib diikuti malah subjek ini merupakan subjek wajib lulus.
Antara subjek kenegaraan yang ditawarkan di IPT adalah Pengajian Malaysia, Hubungan Etnik,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan di beberapa IPTS terdapat juga subjek seperti
Perlembagaan Malaysia (Malaysian Constitution).

Semua subjek-subjek ini jika dilihat dari segi topik-topiknya hampir sama. iaitu menjelaskan
kepada pelajar berkaitan sejarah negara bermula dari zaman sebelum penjajahan, menuntut
kemerdekaan, penubuhan Malaysia, keadaan ekonomi, politik, sosial di Malaysia dan semua
perkara yang berkaitan dengan Malaysia. Cuma tumpuannya berbeza berdasarkan fokus
subjek tersebut.

Persoalannya, berjayakan subjek-subjek kenegaraan ini mencapai objektif penawarannya.


Objektif utamanya untuk memupuk, mendidik, dan menggalakkan pelajar menyayangi
negaranya serta wujud semangat partiotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar yang
mengikutinya. Semangat patriotisme ini diharap mampu dicapai setelah para pelajar memahami
dengan jelas setiap topik yang dibincangkan melalui subjek ini. Hal ini amat berkait dengan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlangsung di IPT tersebut. Sejauh mana
pencapaian pelajarnya terhadap subjek ini boleh diukur kepada sejauh mana pencapaian
proses P&P berlangsung.

(1) Negara Bangsa — Presentation Transcript

 1. NEGARA BANGSA BAB 1

 2. Objektif Memahami istilah-istilah yang penting dalam subjek


Kenegaraan Malaysia Dapat membezakan antara kenegaraan dan sejarah.
Mengenali konsep negara bangsa Membezakan maksud Malaysian Malaysia.

 3. Kursus yang sama dengan Sejarah? Ilmu Kenegaraan Maksud


Kenegaraan Malaysia

 4. Maksud Kenegaraan Malaysia Bidang ilmu yang dibentuk khusus


untuk mewujudkan rasa jati diri malaysia sekaligus melahirkan warganegara
yang baik dan bertanggungjawab. Ilmu yang terbentuk hasil gabungan ilmu
sejarah, sosiologi, antropologi, sains politik, agama, undang-undang dan
ekonomi. Ilmu ini merentasi di antara bidang ilmu.
 5. Sejarah sebahagian komponen ilmu kenegaraan Intipati ilmu
kenegaraan Sejarah – penghubung masa lalu dan masa kini. Sejarah – identiti
bangsa PERBEZAAN KENEGARAAN MALAYSIA DAN ILMU SEJARAH

 6. Negara sesuatu kawasan atau wilayah mempunyai penduduk yang


menetap kerajaan yang mempunyai kedaulatan

 7. Negara Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab


dan kuasa menjalankan pentadbiran sendiri Penduduk Sempadan Kerajaan
Kedaulatan Definisi Elemen negara :

 8. Negara ( Rumusan ) Istilah 'negara' merujuk kepada sebuah unit


politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk
menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara berfungsi sebagai perantaraan
antara pemerintah dengan masyarakat.

 9. Segala tindakan dan kegiatan yang dilakukan oleh sesebuah negara


tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang sah. Negara boleh
diumpamakan sebagai sebuah keluarga kerana negara mempunyai unsur-unsur
yang saling berkait antara satu sama lain.

 10. Ras, Etnik dan Bangsa Dari sudut biologi, 'ras' merujuk kepada satu
kelompok manusia yang mempunyai persamaan daripada segi fizikal seperti
warna kulit, bentuk kepala, mata, hidung, bibir, telinga dan lain-lain

 11. Ras, Etnik dan Bangsa 'etnik', anggota masyarakatnya mempunyai


rasa 'kekitaan' atas ciri-ciri persamaan bagi membezakan antara 'mereka' dan
'orang lain’. bangsa, unsur politik memainkan peranan yang sangat penting.

 12. Ras, Etnik dan Bangsa Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa


konsep 'ras' atau 'etnik' diasaskan kepada ciri-ciri, nilai, budaya, sejarah dan
warisan daripada satu kumpulan sahaja.

 13. Manakala 'bangsa' pula boleh merangkumi beberapa kumpulan 'ras'


atau 'etnik' yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan
perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi
perlembagaan 'bangsa' itu.

 14. Kepelbagaian Kaum di Malaysia Kepelbagaian kaum ini menjadikan


masyarakat yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamnya
terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian, kesenian, pakaian dan
makanan yang ada antaranya boleh dikongsi bersama.

 15. NEGARA BANGSA sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya


hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit
mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem
pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut

 16. NEGARA BANGSA “ ...membentuk sebuah negara yang bersatu


padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu
mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya,
menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak
dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
 17. Faktor Pembentukan Negara Bangsa Lingua Franca Integrasi
Kewarganegaraan Patriotisme Demokrasi

 18. Fokus dan strategi pelaksanaan Negara Bangsa Memperkasakan


Bahasa Kebangsaan Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa Membina jati
diri dan semangat patriotik dalam diri individu

 19. MALAYSIAN MALAYSIA dibawa oleh Lee Kuan Yew Malaysia for
Malayan berusaha untuk mempengaruhi orang bukan Melayu di Malaysia ingin
mengenepikan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang
Melayu “ persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan
ekonomi

 20. MALAYSIAN MALAYSIA seakan sama dengan rancangan Malayan


Union rancangan ini mendapat bantahan yang keras dari orang Melayu.

 21. SEBAB-SEBAB PENOLAKAN “MALAYSIAN MALAYSIA”


Mengenepikan agama Islam sebagai agama rasmi. Menafikan kewujudan
institusi beraja. Menolak bahawa Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
Menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera

 22. KEPENTINGAN MATAPELAJARAN KENEGARAAN Memberi


kefahaman tentang latar belakang, proses dan perkembangan sejarah
pembinaan negara supaya nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya dapat
difahami dan dihayati sepenuhnya. Membantu melahirkan sebuah masyarakat
Malaysia yang mempunyai nilai-nilai moral dan keperibadian yang tinggi serta
berpegang teguh kepada nilai-nilai dan amalan agama yang dianuti

 23. KEPENTINGAN MATAPELAJARAN KENEGARAAN Membentuk


masyarakat supaya mempunyai keyakinan yang teguh terhadap kemampuan
dan kebolehan diri sendiri bagi menghadapi pelbagai masalah dan cabaran
yang bakal ditempuhi. Meninggalkan sebuah negara Malaysia yang cemerlang
dan gemilang sebagai satu warisan untuk diperturunkan kepada generasi yang
akan datang.

 24. KESIMPULAN Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai


kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap sanubari rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat
wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Walau bagaimanapun bukan mudah untuk membentuk Malaysia sebagai negara
bangsa. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan
harus konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa Malaysia
tercapai dan menuju ke arah negara maju.

Anda mungkin juga menyukai