Anda di halaman 1dari 9

1) Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang

sebenar.
 manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi
 Kesan mengamakan pemikiran naturalis

A) Positif

 Tiada tekanan kerana menerima sahaja apa yang berlaku

B) Negatif

 Tidak berusaha kerana menerima sahaja apa yang telah berlaku

 Tidak berdaya saing untuk memajukan diri

2) Aliran pemikiran emotivis ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta
gedung membeli belah kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak
tersebut.

 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

3) INTUISIONIS

Ada kalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui
orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara–perkara seperti ini.
Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’
secara intelek.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan
pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian
mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak
suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama
dengannya.’

4) RASIONALIS

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Ia bermaksud segala
tingkah laku moral yang rasional dan wajar. Tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian
ialah:

 Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui,

maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

 Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

 Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

5) Pemikiran lateral: satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan
secara logik atau tradisional.

Setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna – warna tertentu:

 Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea
alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

 Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Topi kuning digunakan bagi
mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.
 Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Topi putih digunakan untuk mencari fakta, angka
dan maklumat semata-mata.

 Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Topi hitam digunakan untuk
mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya.

 Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan perasaan
yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.

 Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Topi biru mengawasi topi-
topi lain bekerja.

Enam topi permikiran akan membantu seseorang untuk:

1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih
berstruktur dan sistematik.

2. Berfikir dengan lebih kritikal.

6) SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN PELAKUAN MORAL

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh dihuraikan sebagai satu proses di mana kita belajar
melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana
kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan kelompok

Sosialisasi
a. Pengertian
Sosialisasi adalah satu interaksi sosial melalui proses belajar dan adaptasi, agar dapat berperanan
dalam kehidupan bermasyarakat.

. Tujuan Sosialisasi
1. Membentuk Identiti diri, melalui sosialisasi seseorang dapat mengetahui jati dirinya dalam
kehidupan

Proses Sosialisasi

1. Sosialisasi Primer, sosialisasi dalam keluarga yang menanamkan kaedah-kaedah yang diamalkan
dalam keluarga.

2. Sosialisasi Sekunder, sosialisasi yang dilaksanakan dalam bermasyarakat yang akan dibawa sampai
akhir hayat.

Media Sosialisasi

1. Keluarga, media paling utama yang mengajarkan budaya dan nilai-nilai sosial, juga sebagai pendukung
secara emosional.

7) Agen Sosialisasi
Agen sosialisasi merupakan pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi. Ada beberapa agen
sosialisasi utama iaitu: keluarga, rakan sebaya, kolej, masyarakat, media massa dan badan kerajaan/
badan bukan kerajaan.

Tanggungjawab dan pengaruh agen-agen moral:

i. Kekeluargaan :

James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan


menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

· Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
terhadap keluarga demi melahirkan keluarga bahagia.

Rakan sebaya

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada
pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat
mencorak personaliti individu tertentu.

8) Konsep Moral Di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dengan masyarakat Melayu, Cina dan India hidup aman
bersama.

1. Definisi moral

 Bull N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu
apa itu “kemoralan”. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala perbincangan tentang kemoralan
dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan perkataan “moral” dan “kemoralan”, serta
istilah-istilah yang banyak berkaitan dengan moral, seperti “etika” dan “nilai”; dan seterusnya
mengetahui apa itu “etika moral” dan “nilai moral”.

9) Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

 Memelihara cara hidup demokratik


Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-
undang negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.

10) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Memperkembang Potensi Individu


Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial.

Rakyat Malaysia yang berpengetahuan

Pendidikan merupakan satu proses

yang berlaku sepanjang hayat.

. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan

Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana
kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta
mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan
individu tersebut menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan

11) 9 Cabaran Wawasan 2020

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu


bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal (sama team dengan kebebasan) dan bertolak ansur, rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga
menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara
atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

12) SIKAP MATERIALISTIK

Sikap materialistik bermaksud sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri dalam mengejar kekayaan
dunia sehingga melupakan interaksi sesama manusia.

KAJIAN KES 1

Sikap materialistik dorong pelajar jual tubuh

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata
remaja terutama pelajar sekolah mudah dipengaruhi faktor persekitaran menyebabkan mereka bersikap
materialistik sehingga ada yang sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan wang.

1. 13) INDIVIDUALISTIK

Individualistik bermaksud sikap pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal orang yang
berada di sekelilingnya.

Mereka lebih senang berhubung dan berinteraksi dengan menggunakan web site atau laman sesawang.

Kebaikan & Keburukan

 Kebaikan

Dapat meningkatkan diri sendiri dalam pelajaran.

 Keburukan
Penyakit sosial akan berlaku dikalangan masyarakat jikalau masyarakat mementingkan diri sendiri.

14) SIKAP HEDONISME

Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan tentang kesenangan atau kenikmatan menjadi tujuan
utama hidup manusia.

Perwatakan Hedonisme

Perwatakan hedonisme adalah suka kepada kebendaan dengan ukuran fizikal harta, atau apa saja yang
tampak, yang dapat dinilai dengan wang. Jadi disini orang yang sudah senang kerana harta bendanya
yang banyak, sudah sama ertinya dengan orang yang bahagia atau dengan kata lain :

Bahagia = Kesenangan.

Kesan

1. Masyarakat menjadi alpa/ lalai [lupa pada pelajaran/ keluarga/ kerja dan tanggungjawab kepada
negara]

15) : PERBEZAAN KELAS DAN STATUS SOSIAL

PERBEZAAN KELAS DAN STATUS

Dalam sesebuah negara yang sedang membangun,

tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan individu

yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding

dengan golongan yang lain

Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan

petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampung baru

dan buruh kasar.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru,


bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan
pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan
rakyat.

16)

Anda mungkin juga menyukai