Anda di halaman 1dari 72

Bab 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan

“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena
mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker

1.1 Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre”yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai
“untuk mengambil alih”.

Zaman Konsep dan Teori


 bmula zaman Marco Polo yg
melakukan perjln pdagangan
ke Timur Tengah.
 mtangani kontrak perjanjian
dgn kapitalis yg merupakan
penanggung risiko yg pasif.
Pada  keuntungan akan dibahagikan
zaman diantara kapitalis dgn
pmulaan pedagang tsb.
 mereka sbg sorg yg tlibat di
dlm mjaga & mengawal proj
produksi yg besar.
 mgunakan sumber yg
disediakan oleh krjn.
 mereka tidak menanggung
sbrg risiko krn mereka adalah
Pada seorg yg mengawal kerja2
zaman pbinaan spt bangunan awam
ptengahan & gereja.
 Tdpt hub diantara risiko &
usahawan.
 Mereka mnandatangi kontrak
pjanjian & kerajaan utk
sediakan perkhid/ mbekalkan
produk yg tlh ditentukan.
 Harga kontrak adalah tetap
jadi rugi / untung ditanggung
oleh usahawan.
Abad ke  Pakar ekon Richard
17 Cantillion bpdpt mereka
mrupakan penerima risiko.
 mereka dipisahkan drp pbekal
kapital (pemodal).
 Ini kerana pkembangan ind &
pciptaan yg blaku diseluruh
dunia. spt Eli Whitney &
Thomas Edison merupakan
Abad ke seorg pgguna kapital,
18 BUKAN pbekal modal
 bidang pengurusan spt pereka
cipta (mencipta idea, produk,
Abad ke teknologi baru) dikenali
19 dan 20 sebagai usahawan.
 mereka sbg seorg hero utk
pasaran Free Enterprise.
 mencipta banyak produk &
perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko
 ramai orang mengatakan
usahawan adalah perintis
Abad ke (pelopor) di dalam mencipta
21 perniagaan baru
1.2 Konsep Keusahawanan

1.2.1 Keusahawanan
Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mcipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya /
proses mcipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.

Tdpt empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) mcipta sesuatu proses yang baru & mpunyai nilai kpd usahawan & pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) perlukan kesetiaan thdp masa & usaha yg dilakukan.
3) individu yg sanggup menerima bbg risiko di dlm bidang pniagaan masing2 terutama dr aspek kewangan, psikologi & sosial.
4) menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar
(environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

1.2.2 Siapakah Usahawan?


 perintis (pelopor)
 pengesan peluang yang ada
 membawa kepada pendapat baru (innovate)
 prestasi yg baik mjadi satu piawai di dlm era ‘free enterprise”.
Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988) “Seorg yg mcipta suatu pniagaan baru & mghadapi suatu keadaan yg tidak pasti demi utk mperolehi keuntungan &
ptumbuhan dgn mgenal pasti peluang & myediakan sumber utk mcapainya. Usahawan selalunya bmula hanya dgn idea yg ada & selalunya idea yg mudah & myediakan
sumber yg perlu utk memindahkan idea tsb kpd pniagaan yg bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) –


“Seorg yg brusaha utk mengatur, mengurus & mgambil risiko di dlm pniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg mgunakan carian dgn maksud
ttentu, perancangan teliti & ptimbangan yg sesuai apabila mbuat sbrg proses pniagaan. Dgn optimistik & komited, usahawan bekerja dgn kreatif utk mperolehi sumber baru
& mperbaharui sumber yg lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

1.3 Kepentingan Keusahawanan


 pemangkin kpd perubahan & pkembangan ekonomi.
 meningkatkan kadar per kapita pgeluaran & pdptan.
 mlibatkan prubahan kpd struktur pniagaan & masyarakat dgn cara ptumbuhan & pningkatan pengeluaran.
 membina produk / perkhidmatan baru di dlm pasaran.
 mendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur & menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.
 mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.
 mencari kaedah yg lebih baik utk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran.
 mendorong pembahagian kekayaan.

1.4 Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Mitos (dongeng) Fakta


 mereka juga
merupakan seorg
pemikir & pelaksana.
 merancang sesuatu
seorang yang dgn teliti.
bertindak/berbuat  menyediakan pelan
sesuatu, bukan alternatif sekiranya
seorang pemikir mgalami kegagalan.
 kajian tlh mbuktikan
usahawan boleh
Usahawan diajar & dipelajari.
dilahirkan secara  Ia mpunyai model,
semula jadi, proses & tdpt kajian
tidak boleh kes yg mbolehkan
dicipta topik tsb dipelajari
 tdpt byk usahawan
yg bjaya bukannya
pcipta spt Ray Kroc
tlh jadikan
McDonald sbh syt
mkanan segera
tbesar di dunia.
Usahawan  idea kreatif &
selalunya inovatif di adalah
seorang pencipta ciri2 yg blh
dipelajari
 Menurut sejarah,
pendidikan &
organisasi sosial
Usahawan adalah tidak mengesahkan
bersifat usahawan.
akademik &  usahawan tdk lagi
merupakan dianggap sbg seorg
seorang yg tidak yg tidak dpt
dpt myesuaikan diri ttp
menyesuaikan sbgi seorg
diri (anti sosial) profesional.
 byk buku & artikel
yg myenaraikan ciri2
usahawan yg bjaya.
 ia hanya bdasarkan
kpd kajian kes yg
dilakukan ke atas org
yg telah berjaya.
 utk capai profil
100% seorg
usahawan adalah
mustahil.
 Kebanyakkan
usahawan yg bjaya
hari ini tidak
Keusahawanan mpunyai kesemua
mesti sepadan ciri2 profil apabila
(fit) dengan memulakan
“Profile” perniagaan
 benar, peniagaan
perlukan kapital &
kebanyakkan punca
kegagalan
perniagaan adalah
tidak cukup
Kesemua pbiayaan.
usahawan  wang adalah sumber
memerlukan ttp bukan semuanya
wang bgantung kpd wang
 “berada pada tempat
yang betul pada
masa yang betul”
 wbgm “Keuntungan
tjadi bila psediaan
Semua usahawan mjumpai peluang”.
bergantung  yg penting, seorg
kepada nasib usahawan mestilah
mbuat rancangan,
psediaan, tekad,
keinginan, pgetahuan
& inovatif
 Kunci utama utk
kejayaan adalah
perancangan yg teliti
& persediaaan yg
mencukupi.
 perlu mengenal pasti
kekuatan &
Kebodohan kelemahan, tetapkan
(ketidaktahuan) masa serta sediakan
adalah rancangan utk
kebahagiaan mengatasi sebrg
(kepuasan) untuk masalah dgn melalui
usahawan perancangan yg teliti
 Usahawan belajar dr
kegagalan sendiri
Usahawan serta kegagalan
mencari kejayaan orang lain sbg
ttp mgalami rujukan & panduan
kegagalan yg mereka dimasa akan
tinggi. datang.
 Risiko merupa
elemen utama di
dalam proses
keusahawanan.
 usahawan selalunya
mencari informasi &
mbuat prancangan
sebelum melakukan
sbg aktiviti selalu
Usahawan adalah melakukan kerja
penanggung secara moderat dan
risiko yang mengira risiko yang
ekstrim akan berlaku

1.5 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia


 bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing.
 British tlh menukarkan struktur sosial dgn mjlnkan pemerintahan “Pecah & Perintah”. iaitu kaum Melayu sbg pentadbir & disektor pertanian, kaum Cina disektor
perlombong & berniaga, & India disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dlm soal pniagaan bbanding dgn kaum Melayu & kaum India.
 Selepas merdekaan, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang.
 DEB (1971-1990), Dasar Pbangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan & mberi sokongan terhadap pembangunan
keusahawanan di Malaysia.
 Krjn tlh mberikan pgiktirafan kpd keusahawanan krn mrk blh myumbang kpd pbangunan negara. Tahun 1995, krjn menubuhkan Kem. Pbangunan
Keusahawanan sbg badan yg mgawal & mpromosi pbangunan keusahawanan & kini tlh ditukar kpd Kem. Pbangunan Keusahawanan & Koperasi.
Bab 2 Mengenal Pasti Ciri2 Keusahawanan

2.1 Ciri-ciri Usahawan yang berjaya

1. Inisiatif dan bertanggungjawab


mencari dan mengambil inisiatif & sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku serta menyelesaikan masalah yg timbul.

2. Komitmen yang tinggi


Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan serta terhadap idea dan pelaburan bagi menentukan kejayaan pelaburan yang
mereka usahakan.

3. Orentasi Peluang (kesempatan)


Usahawan mpunyai kebijaksanaan di dlm mcari peluang yg ada & mcari peluang pniagaan baru serta kebolehan utk meraih peluang tsb.

4. Mengambil Risiko Secara Sederhana


Mereka bukanlah sorg yg mgambil risiko secara mbabi buta tlh diambil kira segala kemungkinan demi utk mgelakkan usahawan tsb menanggung risiko yg tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan Optimistik


Usahawan mpunyai keyakinan diri yg tinggi dgn itu tidak hairanlah byk usahawan yg pernah gagal berkali2 akhirnya mjadi seorg usahawan yg bjaya.

6. Kreatif dan Inovatif


Fikiran yg kreatif, inovatif & daya imaginasi, usahawan blh mhasilkan produk yg khusus & perkhid kpd para pengguna & kreativiti ini boleh dipelajari.

7. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)


Usahawan suka mgetahui bgm prestasi mereka & sering kali cuba mperbaikinya melalui m/balas yg diterima.

8. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)


Kejayaan merupakan motivasi utama utk seorg usahawan serta mpunyai semangat utk myelesaikannya, mgejar cita-cita yg mcabar & wang sekadar menunjukkan kejayaan
yg mereka kecapi ttp bukan pemacu motivasi.

9. Kebolehan menentukan Visi


Mereka mpunyai visi / konsep ttp tidak semua usahawan mpunyai visi diawal pbukaan firma ttp visi dibangunkan stlh usahawan mula myedari apa yg tlh blaku kpd firma
tsb.

10. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)


Usahawan bkebolehan memilih & mgumpul para pekerja spt yg dikehendaki utk mjayakan tugas tsb & bkebolehan utk mengurus sumber mereka secara bkesan utk
menukarkan visi mjadi realiti.

11. Kawalan Fokus Dalaman


Gagal / bjaya berada di dlm kawalan & pengaruh mereka, mereka blh mpengaruhi akibat yg akan blaku hasil dr tindakan yg mereka lakukan.

12. Toleransi terhadap Kegagalan


Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa & sedih apabila mgalami kegagalan. Mereka belajar dr kegagalan berbanding dgn kejayaan.

13. Lebih Bertenaga(High level of Energy)


Usahawan adalah lebih bsemangat utk mbolehkan mereka mgung beban yg besar & tekanan yg akan mereka hadapi.

14. Semangat Berpasukan (Team Building)


Usahawan yg bjaya selalunya mpunyai standard (kualiti) yg tinggi, bsemangat utk mbantu syarikat bkembang & mbangun.

15. Berdikari (Independent)


Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka &mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

16. Fleksibel
Mereka amat fleksibel & bkebolehan utk menukar cara & mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan krn ekonomi dunia yang sering berubah, sikap
tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri

Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan
interaktif secara talian (online). Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.

2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)

a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan


Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, wbgm semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya
mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil Usahawan


Memulakan aktiviti pniagaan dgn tujuan Memulakan perniagaan, mgambil alih
utk mperoleh keuntungan utk menanggung kepimpinan & mgembangkan pniagaan
keluarga (pelaburan) utk memenuhi impian sendiri
& mcapai prestasi spt yg dikehendaki
Risiko yang rendah Risiko yang sederhana
Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila Mengambil kira semua risiko. (produk atau
sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan usaha tersebut belum dibuat oleh org lain,
oleh pasaran maka segala risiko perlu di ambil kira)
b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan


Sangat mgikut peraturan & pantang larang Melihat peraturan hanya sebagai panduan
Konsep masa hadapan bgantung kpd
Sensitif thadap masa hadapan & sanggup keinginan peribadi & tidak mudah putus
menunda ganjaran asa
Mpunyai perasaan kearah mgawal,
kejayaan & bt/jawab. Blh manipulasi &
Amat mlukan sambutan (penerimaan) mpergunakan orang lain
Boleh mengenal pasti sebrg masalah yg Tidak sabar dengan diskusi & teori. Lebih
dihadapi. Mbuat peranc dgn teliti kpd tindakan & suka menurut kata hati.
Daftar:

Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan

Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu novel (entah le) dan mengeluarkan idea yang berguna.

Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti yang sangat perlu ada pada setiap usahawan.

Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan

3.1 Apa itu kreativiti?

Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang
tidak tetap.
3.2 Proses Kreativiti

Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan
dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:
1) Pgumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)

2) Inkubasi (Incubation) à Penetasan???

3) Idea

4) Penilaian dan Pelaksanaan

a) Pengumpulan Pengetahuan
Perlu bersedia mengumpul semua informasi & melaku penyelidikan yg
bkaitan. Ini melibatkan akitiviti mbaca, pbincangan dgn rakan yg bekerja dlm
bidang yg sama, menghadiri seminar profesional / bengkel & sebagainya

b) Inkubasi
Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang
tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi

c) Idea
Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea
untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.

D) PENILAIAN DAN PELAKSANAAN


Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

3.3 Sekatan Terhadap Kreativiti

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)


Masalah utama yg menjadi pghalang kpd kreativiti adalah kepercayaan yg kita tidak kreatif ttp perlulah kita belajar utk mjadi seorang yg kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)


Mereka takut org akan mgatakan idea mereka gila, bodoh & tidak praktikal oleh itu tidak akan melakukan pkara yg bbeza & hanya jadi pengikut.
c) Pengurusan yg berlebihan (Over-Management)
Persaingan, tugasan, jadual yg padat, tpt kerja yg tidak selesa & pmintaan segera akan myebabkan kurangnya daya kreativiti pekerja tsb akan lakukan tugas hanya utk
mmenuhi kehendak tugasan.

d) Tekanan (Stress)
Tekanan myebabkan mereka merasa tidak pasti sama ada dpt melakukan tugas tsb dengan efektif & melemahkan tenaga seseorang malah ia tidak elok utk kesihatan.

3.4 Bagaimana untuk membina idea yang kreatif

a) Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yg berkuasa & selalu digunakan utk mhasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mcadangkan idea & idea tsb
kemudiannya akan dibincang bsama. Kump brainstorming selalunya diantara 4 – 7 org. William, 2000 mjelaskan tdpt 4 peraturan apabila melakukan brainstorming:

i) lagi banyak idea, lagi baik

ii) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila / tidak betul

iii) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea

iv) Idea bbentuk kritikan / penilaiain tidak dibenarkan

b) Analogi Paksaan (Forced Analogy)


Analogi paksaan teknik yg bguna & amat bkesan utk mjana idea. Sebuah idea akan dibandingkan dgn masalah yg mpunyai sedikit / tiada kaitan langsung utk mdapat
pandangan baru. Perhub secara paksaan boleh mbantu mbina pandangan baru & juga mcari jln alternatif yg lain. Utk mbina suatu hub, ia mmlukan pilihan tdpt sesuatu objek
/ kad bgambar yg akan mbantu mjana idea. Pilih objek / kad tsb secara rawak dan apa jenis hubungan yg boleh dipaksa.

c) DO IT

D à Define problem (k/pasti masalah & jika masalah tsb nampaknya tlalu besar, pecahkan masalah tsb kpd bahagian-bahagian yang kecil & ringkaskan )

O à Open mind and apply creative technique

(Bfikiran tbuka & lakukan teknik kreatif iaitu keluarkan idea sebanyak yg mungkin tanpa mengira ia baik / buruk)

Ià Identify best solution (k/pasti penyelesaian tbaik)

T à Transform (pembinaan produk yg bsesuaian dari idea yg dihasilkan, pasaran & strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga)

d) Peta Minda (Mind Mapping)


Teknik ini membolehkan sorg menggunakan gambar / perkataan utk mengurus (organise) dan mbangunkan pdpt bagi membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah & jalan
penyelesaiannya.

Mind mapping digunakan juga semasa:


 Brainstorming
 Mengambil nota (taking notes)
 Myegarkn ingatan mrk (refreshing memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan utk mjana produk baru, myelesaikan masalah, plan strategi / mbangunkan sesuatu proses. Sama spt brainstorming,
semakin berserabut hub tsb semakin baik. Oleh itu, jln pyelesaian yg benar2 inovatif akan dpt dihasilkan.

e) Kumpulan Nominal (Nominal Group)


Mjana idea & mcari jln penyelesaian dgn cara bsemuka (face-to-face) dlm satu kump; setiap ahli kump akan mcatatkan idea mereka & setiap ahli kump akan myatakan idea
mereka & idea tsb akan dibincangkan utk mperolehi pjelasan & penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yg terbaik.

Ciri-ciri individu yang kreatif

1. Individu kreatif adalah sorg yg merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.
2. Kebanyakkan individu yg kreatif perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mrk juga mrupakan seorg yg sangat obj
mengenainya.
3. Individu kreatif adalah berani utk mcuba idea yg baru.
4. Individu kreatif bsifat tbuka apabila menerima kritikan.
5. Individu kreatif mpunyai kombinasi sorg yg suka bmain & sorg yg disiplin / seorg yg bt/jawab & tidak bt/jawab.
6. Ind kreatif sering kali mpunyai kawalan diri yg baik.
7. Ind kreatif, ind yg mpunyai matlamat tidak tergesa2 & mbuat ptimbangan di dlm mbuat sebrg keputusan
8. Ind kreatif sanggup mgambil risiko yg tlh dik/pasti.

3.6 Apa itu Inovasi?

Kreativiti adalah syarat awal kpd inovasi. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mcari jln utk mghasilkan produk baru, produk & perkhid yg lebih
baik. Oleh itu, setiap skt samaada berasaskan keuntungan/tidak, tidak akan mbenarkan syt mrk bpuas hati dgn apa yg ada, terutama sekali apabila pesaing akan mghasilkan
idea yg kreatif.

Usahawan mcipta pmintaan baru di dlm pasaran dgn menukar kombinasi faktor pgeluaran utk mcipta sesuatu yg baru..

3.7 Jenis Inovasi

1. Penciptaan (Invention) – mcipta produk, pkhid/ proses yg baru & yg asli/tidak pernah dicuba. Spt: Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse
2. Perluasan (Extension) – Penambahan / tambahan kpd produk, pkhid / proses yg sedia ada. Spt: Samsung yg tkenal dgn produk elektrik & elektronik tlh
mpluaskan pniagaan kpd automobil.
3. Duplikasi (Duplication) – Proses mbuat pendua thdp produk, pkhid/proses yg ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat2 ttp menambah fungsian tambahan
kpd produk, pkhid/proses sedia ada. Spt: Fungsi tel bimbit di mana tlh mpunyai fungsian tambahan spt pemain mp3, MMS & WAP.
4. Perpaduan (Synthesis) – Proses utk mgabkan bah2 lain utk mjadi sesuatu produk/ aplikasi yg baru dgn mgambil kira bberapa idea/ barang yg tlh sedia ada. Spt:
Gab diant komputer/rangkaian mghasilkan Internet.

3.8 Sumber kepada Inovatif

a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)


Peristiwa yg tidak disangka memberi peluang yg baik sekali utk usahawan krn kejayaan / kegagalan yg tidak disangka blh mjadi sumber utama kepada inovatif apabila
sesuatu tersebut tidak menarik perhatian atau tidak dirancang.

b) Konsep pengetahuan yang baru – Pengetahuan baru blh diperoleh melalui pbacaan, mghadiri seminar / persidangan / perbincangan diantara para profesional.

c) Perubahan Demografis – Perubahan demografis thdp umur, peringkat pdidikan, pdapatan & jenis pekerjaan tlh mjadi sumber utama kpd inovatif kpd usahawan.
Penukaran thdp ciri2 demografis tlh mcipta peluang yg besar utk usahawan.

d) Keperluan Proses (Process Needs)


Keperluan proses perlu wujud di dlm proses perniagaan, industri / pkhid. Ia akan mjadikan proses yg sedia ada mjadi spurna, mgantikan mana yg lemah, mereka bentuk
semula proses sedia ada dan sbg. Semua ini menyediakan peluang utk usahawan utk mhasilkan produk, pkhid/proses yg sesuai dgn kehendak & keperluan pguna. Contoh: di
dlm proses utk mjadi masyarakat yg sihat, manusia akan mula melakukan lebih kerap senaman. Dgn ini, usahawan boleh myediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka
yang berminat.

3.9 Halangan kepada Inovasi

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif


Sesetengah organisasi berpuas hati dgn apa yg ada & tidak mahu sebrg perubahan. Ini boleh mengancam budaya & prosedur organisasi tsb & kemungkinan perubahan akan
mgancam kedudukan mrk. Jadi, pihak pengurusan akan menolak/mengelak utk mberi phargaan kpd inovatif di dlm organisasi & adakan batasan diantara jabatan yg blainan
turut juga mhalang blakunya komunikasi utk inovatif idea dikalangan kakitangan.

b) Tidak cukup sumber


Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan dan kelengkapan yang menjadi satu
benda yang penting untuk menjayakan inovatif.

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan


Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan drp mjadi kreatif. Ini blaku apabila pgurusan dikawal olh k/tangan yg tlh lama btugas & mereka ini masih mengekalkan cara
mereka berfikir dan menolak sebarang perubahan.

Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang dari sikap individu itu sendiri seperti:

1. Takut untuk mencuba (fear to trying)


2. Takut untuk melakukan kesilapan
3. Motivasi yang salah (improper motivation)
4. Takut kepada perubahan
5. Takut kepada kegagalan (fear to fail)
6. Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut.

3.10 Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan

a) Utk memastikan organisasi bjaya mengharungi halangan – Mbolehkan sesebuah organisasi btahan dalam j/panjang krn sesebuah organisasi tidak lagi boleh
menunggu pmintaan drp pengguna, organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya.

b) Untuk meneroka pasaran baru


Seorg usahawan yg kreatif & inovatif akan sentiasa bfikir utk mguasai pasaran baru dgn mgenalkan produk & pkhid baru. Spt: apabila Philips mperkenalkan pemain DVD
yg ptama di pasaran pd 1995, ia bjaya menguasai pasaran seluruh dunia.

c) Untuk mengguna sumber asli


Usahawan seharusnya mgunakan sumber ini tanpa melakukan sebrg kerosakkan kpd alam sekitar. Malah kreativiti & inovatif adalah pcipta sumber. Usahawan adalah seorg
yg b/jawab utk mcipta ‘nilai’ thdp sumber asli tsb utk kegunaan manusia.
3.11 Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting utk mgetahui yg kita mampu utk selesaikan masalah secara kreatif & inovatif. Ttp bhati2 dgn kebolehan
sendiri agar ia tidak mjadi phalang kpd mencari jln penyelesaian.

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah/peluang dr bbagai sudut. Mguji masalah & peluang tsb dgn memecahkannya mjadi
pecahan2 kecil, cari masalah sebenar/jln penyelesaian yg tbaik.
iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang
melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

Bab 4 Penilaian Persekitaran Pelaburan (Ventures Environment Assessment)

Pengenalan

Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai pasaran, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

4.1 Komponen Persekitaran pelaburan (The components of ventures’ environment)

Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan
mereka sedang berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran

2) Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

a) Persekitaran Luaran (External Environment)


Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:

 Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)


 Ekonomi
 Kebudayaan Sosial
 Teknologi

Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara
langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri atau Persekitaran Tugas.
Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:

 Pengguna
 Pesaing (Competitors)
 Pembekal
 Institusi Kewangan
 Organisasi bukan Kerajaan
 Agensi Kerajaan

Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk ancaman
terhadap kemasukkan pesaing baru, produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran
Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang yang dibuat.

b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)


Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran
Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:

 Struktur Organisasi
 Budaya
 Sumber

4.2 Pengaruh Persekitaran Makro

Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi dan kebudayaan sosial. Dalam
bahagian ini, kita akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan.

4.2.2 Politik dan undang-undang yang dibuat

Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi
perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan
undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana
perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & Undang-undang yang dibuat à Isu global à

a) Halangan Perdagangan & tarif

b) Risiko politik

c) Perjanjian Perdagangan à Isu nasional à

d) Cukai e) Peraturan

Isu Global
a) Halangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas
dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia.

b) Risiko Politik

Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang
risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal,
pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.

c) Perjanjian Perdagangan

Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA
apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

Isu Nasional

d) Cukai

Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:

 Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur.
 Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

e) Peraturan

Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut.
Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara
dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

4.22 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan
penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi
perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau
bagaimanapun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan
mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan
berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.
Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim
perniagaan.

 Apakah keadaan ekonomi semasa?


 Apakah suasana pasaran buruh?
 Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
 Apakah nilai pertukaran mata wang?
 Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
 Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
 Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
 Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
 Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
 Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?

4.2.3 Kebudayaan Sosial

Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:

 Demografis
 Aliran budaya dalam masyarakat

a) Perubahan demografis

Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk
distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan
aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh:
Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Sosial

Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan
memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:

i) pembentukan rumah tangga


ii) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh

iii) tahap pendidikan

iv) Corak pembelanjaan

v) Corak waktu lapang (leisure)

Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan
menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan.

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis
teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan
Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif.

a) Penemuan Tulin

Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan
tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan tersebut. Walaupun begitu,
terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh:
penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.

b) Proses Inovatif

Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan
teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang
dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut.

4.3 Persekitaran Mikro

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan
mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri.
Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.
a) Pengguna

Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh
menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk
digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.

b) Pesaing

Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak
pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau
bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori
perniagaan.

Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan
kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.

c) Pembekal

Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga
boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.

d) Insitusi Kewangan

Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan
sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan
baru. Oleh demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

e) Agensi Kerajaan

Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi
memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga
menyediakan sokongan kepada usahawan.

f) Organisasi Bukan Kerajaan

Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan
yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai
sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.
4.4 Organisasi Persekitaran Dalaman

Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang
dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.

a) Sumber

Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri
peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di
dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

b) Struktur

Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

c) Budaya

Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.

4.5 Pengenalan kepada Peluang Perniagaan

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka
(2000), peluang boleh didefinasikan sebagai:

“Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang nyata oleh pengusaha perniagaan, ia akan menghasilkan keuntungan kewangan.”

Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan.

Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai
pada inovatif dan penciptaan. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta yang baru yang melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik,
sosial dan keadaan (suasana) demografis.
Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam
mengenal pasti peluang yang bakal mereka perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau
bagaimanapun, pengguna, rakan sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran dan orang teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan
yang baru.

4.5.1 Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap Keusahawanan

Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia
mengenal pasti peluang yang ada. Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada
pelabur baru yang berminat.

Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi tiada apa akan berlaku pada
peluang ini sehingga adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut.

Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan yang ada. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar
peluang tersebut. Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan mendapat peluang dari keadaan yang untung. Usahawan yang
mengejar peluang seharusnya menambahkan nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan, pengedar dan penjual. Peter Drucker, adalah seorang penulis
pengurusan yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

No Peluang dari Sumber Keadaan/Kedudukan


Peluang boleh juga diperolehi apabila situasi dan
kejadian yang tidak diharapkan. Kejadian tersebut boleh
terjadi secara tidak diduga sama ada berita
Keadaan yang tidak kejayaan/baik atau beriya kegagalan/buruk boleh
1 diduga. menjadi suatu peluang yang baik untuk usahawan
mengejarnya.
Situasi yang tidak logik boleh berlaku apabila terdapat
ketidak stabilan yang muncul. Sebagai contoh: Adalah
terdapat peluang untuk direbut apabila cara pemikiran
konvensional tidak lagi menjadi perkara benar. Di dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya memikirkan
Bertentangan (tidak sesuatu cara diluar tradisi akan memperolehi peluang
2 logik) tersebut.
Peluang keusahawanan boleh diperolehi dari proses
yang ditemui hasil dari proses kajian dan pembangunan
yang dilakukan oleh para pengaji dan pakar teknikal
yang menghasilkan produk dan perkhidmatan. Malah
sebelum sesuatu penemuan ditemui, berbagai peluang
yang akan wujud untuk digunakan oleh usahawan
3 Keperluan proses semasa proses tersebut.
Perubahan teknologi, nilai sosial dan citarasa pengguna
boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi
seperti ini akan memberikan usahawan peluang untuk
Struktur industri dan melakukan sesuatu yang inovatif terhadap produk dan
4 pasaran perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Pertukaran demograhics akan mempengaruhi industri
dan pasaran terhadap sasaran pasaran dan segmen
pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan
untuk melibatkan diri dan memenuhi kehendak
5 Demographics penduduk.
Persepsi adalah satu pandangan realiti. Pertukaran
terhadap persepsi boleh mempengaruhi hati manusia
secara profil psikographics terhadap nilai yang mereka
ada, apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka
Perubahan Persepsi ambil berat. Pertukaran sikap dan nilai ini boleh
6 (perhatian) mencipta peluang pasaran untuk para usahawan.
Pengetahuan baru adalah sumber peluang untuk
usahawan. Contoh pengetahuan baru adalah teknologi
baru dan penemuan baru yang boleh menjadi sumber
informasi untuk keusahawan mencipta. Dengan
mengunakan pengetahuan ini , usahawan boleh
menghasilkan produk dan proses baru, serta berupaya
7 Pengetahuan baru untuk bersaing dengan produk keluaran lain.

4.5.2 E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru


Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce
boleh memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan
katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’. Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi
bantuan kepada pengguna membuat keputusan.

Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Ia membolehkan
syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut
kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce boleh mengurangkan kos
transaksi.

4.6 Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan

Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna, teman sejawat perniagaan, melalui rakan atau orang teknikal. Setiap peluang mestilah ditapis dan dinilai
dengan berhati-hati. Penilaian merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses keusahawanan. Jadual pada muka surat 41 (modul OUM), menunjukkan proses penilaian
yang mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan itu ada, ia adalah nyata dan mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan kelebihan di dalam persekitaran yang penuh
dengan persaingan.

Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan matlamat usahawan tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek, fokus terhadap
peluang tersebut dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture). Plan tersebut mestilah mempunyai asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap
peluang yang ada atau tidak. Plan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mestilah juga
ditentukan. Akhirnya, usahawan mestilah menggunakan sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut.

Aspek terhadap Proses Keusahawanan

Sumber
Kenal pasti dan Membina plan yang Mengurus
menilai peluang perniagaan diperlukan syarikat
 Ø Ciptaan dan
lamanya 1.0 Penerangan
peluang yang terhadap perniagan
ada 2.0 Penerangan
 Ø Nyata dan terhadap industri
mengetahui nilai
sebenar
3.0 Plan pemasaran
 Ø Risiko dan
pulangan
terhadap 4.0 Plan
peluang tersebut Pengeluaran
 Ø Peluang
melawan
5.0 Plan Organisasi
kemahiran dan
matlamat
individu 6.0 Ringkasan
 Ø Situasi
persaingan
 Ø Apendik
 Ø Judul
 Ø Sumber 4.6.1 Magnitude(besarnya)
Halaman
usahawan yang Terhadap Peluang
 Ø
sedia ada
Kandunga
 Ø Jurang
n Magnitud terhadap peluang
sumber dan bergantung kepada faktor di
 Ø bawah:
pembekal yang
Executive
ada
summary
 Ø Sumber boleh
dicapai apabila
dikehendaki  Nilai yang
usahawan itu mahu cipta.
 Ø Corak  Saiz peluang
yang akan menarik perhatian
pengurusa pelabur

n  Faktor ekonomi
yang memerlukan kecekapan
 Ø Kunci menggunakan aset.
 Keperluan
yang perniagaan untuk menarik
rakan sepasukan untuk
berbagai menjayakan perniagaan.
untuk
kejayaan
 Ø Kenal Walau bagaimanapun,
usahawan berasaskan
pasti dan perkembangan tidak hanya
mempertimbangkan
kemungki magnitud peluang yang ada
tetapi mesti juga
nan menimbangkan harapan
kadar pertumbuhan akan
masalah datang. Kadar pertumbuhan
yang terlalu pantas untuk
yang ada jangka masa yang lama akan
 Ø memberikan kesan yang
negatif kerana ia memerlukan
Melaksan peruntukkan kewangan yang
banyak dan berterusan.
akan Manakala sekiranya kadar
pertumbuhan yang terlalu
sistem rendah akan menyebabkan
usahawan gagal
kawalan menimbulkan keinginan
untuk mencipta dan tidak
berjaya menarik pelabur.

Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:

 Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain


 Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea baru
 Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan atau pengkongsian

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat baru perlu hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk bersaing dan
membuat duit.
4.6.2 Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan Baru

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah situasi dimana perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial atau keadaan demographics
akan menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual di bawah menunjukkan lima contoh peluang yang berbeza apabila berlaku perubahan teknologi

Contoh idea
perniagaan
yang
dihasilkan
Jenis Perubahan dari peluang
No Peluang teknologi tersebut Alasan
Ia digunakan
Produk atau Internal utk
perkhidmatan combustion mengerakkan
1 baru engine Automobil automobil
Internet
membolehkan
penjual
Penjualan menjual
Cara baru buku secara produk tanpa
2 mengurus Internet online mebuka kedai
Petisejuk di
dalam kapal
memboleh
penjualan
daging
Petisejuk keseluruh
3 Pasaran baru Peti sejuk kapal negara
Komputer
membenarkan
pereka
mencipta
produk tanpa
Rekabentuk membina
Pengeluaran menggunakan prototaip
4 cara baru Komputer komputer secara fizikal
Petrol
dihasilkan
dari kilang
Bahan Penghasilan penapisan
5 mentah baru Minyak petrol untuk
digunakan
pada
kenderaan

4.6.3 Peluang (kesempatan) dan Firma Baru

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di dalam mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang baru. Apabila
syarikat telah berniaga beberapa ketika, ia telah mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baru seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

No Kelebihan Alasan
Syarikat baru belum lagi
habis proses pembelajaran
dan masih menghasilkan
produk dan pasaran yang
kurang baik. Walau
Proses bagaimanapun, hasil akan
pembelajaran bertambah baik apabila
(learning telah lama
1 curve) menghasilkannya
Kajian telah menunjukkan
manusia suka membeli
produk dari pengedar yang
2 Reputasi mereka kenali dan percaya
Sekiranya perniagaan
berjaya, mereka
mempunyai aliran tunai
yang positif yang boleh
digunakan untuk
membangunkan produk
dan perkhidmatan baru,
Mereka juga boleh
mengunakan wang
tersebut untuk melabur di
dalam menghasilkan
produk dan perkhidmatan
Aliran Wang baru untuk memenuhi
3 (tunai) permintaan pengguna
Skala ekonomi memberi
Skala manfaat kepada syarikat
4 ekonomi yang telah kukuh
berbanding dengan
syarikat baru kerana ia
telah pun menghasilkan
produk dan perkhidmatan.
Syarikat yang telah kukuh
ini berhadapan dengan kos
yang jauh lebih rendah
dari syarikat baru kerana
ia telah menghasilkan
lebih banyak produk atau
perkhidmatan
Aset sampingan akan
digunakan oleh usahawan
untuk menghasilkan
produk baru atau
pengedaran produk.
Syarikat baru selalunya
menghadapi masalah
untuk bersaing dengan
syarikat yang telah kukuh
Aset kerana mereka kekurangan
5 sampingan aset sampingan
Kelebihan syarikat yang kukuh berbanding syarikat baru

Dimensi Peluang Apakah Pilihannya


Syarikat yang telah kukuh
Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

 Bergantung sepenuhnya terhadap reputasi Syarikat yang telah kukuh


 Mempunyai kekuatan proses pembelajaran
 Mengambil banyak kapital
 Berkehendakkan skalau ekonomi Syarikat yang telah kukuh
 Memerlukan aset sampingan di dalam pemasaran
dan pengedaran
 Bergantung kepada peningkatan kebaikan produk
 Mengunakan kemampuan untuk membinasakan
Syarikat yang telah kukuh
inovasi
 Tidak memberi keperluan kepuasan pada
pengguna yang telah menggunakan produk dari Syarikat baru
firma utama
 Bergantung sepenuhnya kepada inovatif yang
diskret
 Bergantung kepada kapital manusia
Syarikat baru

Syarikat baru

Syarikat baru

Glosari

Venture Environment
(Persekitaran Pelaburan)
Situasi di mana operasi pelaburan syarikat berlaku
Juga dikenali sebagai persekitaran mikro. Persekitaran diluar
External Environment
organisasi yang mengandungi elemen seperti: politik dan
(Persekitaran Luaran)
undang-undang yang dibuat, ekonomi, budaya sosial dan
teknologi
Juga dikenali sebagai persekitaran mikro iaitu sebahagian
Industrial Environment
daripada persekitaran luaran yang mengandungi elemen
(Persekitaran Industri)
seperti: pengguna, pesaing, pembekal, Institusi kewangan,
agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)
Internal Environment Situasi di dalam organisasi dimana mengandungi struktur
(Persekitaran Dalaman) organisasi, budaya dan sumber
Trade barriers and tariff
(Sekatan perdagangan Dikuat kuasakan oleh kerajaan terhadap barang dan
dan tarif) perkhidmatan yang didagang di pasaran antarabangsa
Social-cultural
(Budaya Sosial)
Merujuk kepada demographics dan budaya pasaran pada
masyarakat
Grid yang boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisa
Resources based dan meletakkan paras kedudukan (rank) pesaing di dalam
competitives analyses industri
Adalah konsep perniagaan menjadi nyata apabila idea
Business opportunity bertukar menjadi produk atau perkhidmatan yang akan
(Peluang Perniagaan) membawa keuntungan kepada syarikat
Ujian 1

1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?


2. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
3. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
4. Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?
5. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
6. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
7. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

Ujian 2

1. Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang-undang yang dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan.
2. Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu.
3. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru?
4. Apakah rupabentuk perubahan teknologi?
5. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
6. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
7. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
8. Apakah faktor-faktor peluang?

Topik 5: Pelan Perniagaan

Pengenalan

Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam
persaingan, seorang usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai
objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan yang dapat meyakinkan dan menarik minat para pelabur.

Para pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu realistik dan akan di ramalkan
akan membawa keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan
kepada pasaran, barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan akan menghasilkan kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang
perniagaan.

5.1 Apa itu Pelan Perniagaan?

Pelan Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya. Walaupun
usahawan telah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan perniagaan yang telah dibuat dengan teliti membolehkan usahawan untuk menilai semula perniagaan yang
sedang dijalankan atau melakikan pertimbangkan untuk membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat,
dipersembahkan dalam format perniagaan piawai yang logik dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita dengan jelas. Untuk menyempurnakan
perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara yang dinyatakan:
i) Fokus kepada bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.

ii) Memahami sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan menyenaraikan pelanggan yang diharapkan.

iii) Untuk memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu daripada mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.

Menurut Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu
ambil semasa mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan dapat menjelaskan apa yang usahawan bertujuan untuk melakukan, bagaimana hendak
melakukannya, bila usahawan hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan mengapa usahawan percaya yang ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan
daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan petunjuk yang tersusun untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan.

Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk menyemak faktor dan pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di dalam tindakan.
Ianya memberi usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong usahawan untuk
mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya, dan perkara terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang untuk meraih keuntungan dan ancaman yang harus
dihadapi. Semua perkara ini akan menentukan bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang perniagaan.

Pada amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk perkara seperti:

a) Ianya memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan berstruktur.

b) Ianya membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti aktiviti, tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai.

c) Ianya mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku.

d) Ianya menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif.

e) Ianya bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan perniagaan mereka.

f) Ia membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi apabila menjalankan perniagaan.
5.2 Kepentingan dalam Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah sangat penting kepada usahawan untuk pelbagai masalah:

1. Meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan

Pelan perniagaaan yang lengkap boleh dikenali melalui pencapaian yang sepatutnya dicapai didalam perniagaan. Pelan perniagaan akan menentukan perubahan yang
sepatutnya diambil untuk memastikan kejayaannya. Setiap perubahan yang perlu diambil mestilah mengambil kira struktur organisasi, pengenalan kepada teknologi baru,
teknik pengeluaran terbaru dan program terbaru untuk kepentingan meningkatkan komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan juga perlu meningkatkan pengetahuan dan
kepakaran, dengan ini ia meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.

2. Membina Misi Perniagaan

Pelan perniagaan boleh menjelaskan misi dan visi perniagaan. Ini membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa
hadapan. Misi dan Visi akan berfungsi seperti rumah api untuk membolehkan usahawan benar-benar tahu kemana mereka akan bergerak. Usahawan mestilah memberitahu
misi dan visi kepada para pelabur untuk mendapat keyakinan daripada mereka.

3. Menentukan Pesaing Utama

Pelan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama meraka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk
menghadapi mereka. Semua ini akan dilakukan oleh penganalisa untuk mengenalpasti pengeluaran pesaing ataupun perkhidmatan bahagian pemasaran mereka. Usahawan
perlu mengenalpasti semua pesaing untuk setiap produk dan perkhidmatan dan cuba untuk menentukan berapa lama masa diambil sebelum pesaing baru masuk kedalam
pasaran.

4. Menentukan Jalan yang betul untuk Menguruskan Perniagaan

Pelan perniagaan memberi ruang kepada para usahawan dan pekerjanya untuk membina strategi yang efektif untuk menjalankan perniagaan. Mereka boleh menentukan
siapa, bila dan bagaimana untuk menawarkan pengetahuan mereka, kepakaran dan kemampuan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan mesti juga menentukan bahawa
produk dan perkhidmatan mereka selari dengan citarasa pelanggan, polisi kerajaan dan sebarang perubahan dalam persekitaran perniagaan.

5. Meningkatkan Keyakinan Pemegang Saham

Setiap pelabur yang berminat didalam perniagaan berkeinginan untuk mengetahui kekuatan syarikat seperti kewangan, sumber kekayaan dan keadaan syarikat. Maklumat ini
diperlukan untuk para pelabur menentukan pulangan mereka terhadap pelaburan yang dikeluarkan. Seperti contoh, sebelum sesuatu institusi kewangan bersetuju untuk
memberi pinjaman yang diperlukan oleh usahawan samada untuk memulakan ataupun memperkembangkan perniagaan, mereka mestilah hendak tahu harapan terhadap
perniagaan itu, dan kemampuan untuk mereka membayar semula pinjaman. Dalam hal yang berlainan, pembekal juga perlu tahu kekuatan kedudukan kewangan usahawan
sebelum mereka membuat persiapan untuk memberi hutang terhadap barangan mereka. Agensi kerajaan juga perlu tahu latar belakang dan keseluruhan berkaitan perniagaan
sebelum mereka memberi kebenaran untuk syarikat berkenaan beroperasi.

6. Menentukan Rintangan (Kekangan) Dalam Perniagaan

Semasa menjalankan perniagaan, usahawan akan menghadapi banyak rintangan. Rintangan ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan kemajuan usahawan
sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, usahawan perlu tahu apakah rintangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan perniagaan dan
mengambil tindakan yang perlu untuk menghadapinya. Usahawan tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya.

7. Sebagai Alat Pengukur Kejayaan

Pelan perniagaan merupakan peralatan operasi yang mana, sekiranya disediakah dengan betul, akan membantu usahawan dengan lebih berkesan untuk mencapai kejayaan.
Pelan perniagaan akan memberi usahawan untuk menetapkan sasaran yang realistik bagi mencapai kejayaan. Walaubagaimanapun, pelan perniagaan akan menyediakan
penilaian asas dan mengawal kemajuan syarikat di masa hadapan, dalam hal keuntungan, kos dan kualiti. Ianya juga digunakan untuk mencapai target, untuk menganalisa
kehendak pelanggan, kekuatan pesaing dan keadaan ekonomi dalaman dan luaran.

5.3 Siapa yang memerlukan Pelan Perniagaan?

Pelan perniagaan sangat penting kepada pelbagai pihak. Diantara yang memerlukan pelan perniagaan adalah:

a) Kumpulan Pengurusan
Pelan perniagaan membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat. Ia dapat memberikan
mereka peluang untuk melakukan analisis kritikal situasi yang akan menghalang perjalanan perniagaan. Selain dari itu, ia juga boleh memberikan gambaran awalan
perubahan yang mungkin akan berlaku dimasa hadapan. Kumpulan pengurusan juga mesti menganalisa sebab musabab kejayaan dan kegagalan syarikat, ancaman dan
peluang yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Oleh itu, kumpulan pengurusan perlu membina dan memeriksa strategi dan kelebihan yang sepatutnya perlu dinyatakan
dan dikatakan secara jelas untuk memastikan perkembangan syarikat. Pihak kumpulan pengurusan bertanggungjawab untuk menetapkan tanda aras (benchmark) yang sesuai
supaya syarikat mengetahui mereka telah mencapai kejayaan. Selain dari itu, pelan perniagaan akan memudahkan kumpulan pengurusan untuk mengenal pasti kesukaran
dan halangan yang dihadapi oleh para pekerja untuk mencapai sasaran.

b) Pemegang Saham (Pelabur)


Pelan perniagaan juga amat penting kepada pemegang saham. Mereka perlu mengetahui bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka
adalah diperlukan sekiranya terdapat perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana mereka perlu mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum
mereka boleh meluluskan. Pelan Perniagaan merupakan dokumen yang penting sekali bagi mereka kerana mereka memainkan peranan penting untuk menilai secara kritikal
terhadap draf pelan tersebut. Usahawan mesti menyatakan kepada mereka pasaran di masa hadapan, seperti mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Pelan
perniagaan juga penting untuk pelabur baru atau perniagaan baru dalam usaha memastikan perniagaan tersebut menarik perhatian pelabur.

c) Bank atau Pemberi Pinjaman


Sebelum sebarang permohonan diluluskan, bank akan melakukan penelitian terhadap pelan perniagaan usahawan tersebut. Pelan tersebut akan memberikan mereka tanda
atau petunjuk mengenai pulangan yang boleh mereka perolehi dari pinjaman yang diberikan dan membolehkan mereka menyukat (mensasarkan) keadaan pelaburan dan
keuntungan yang akan diperolehi dalam tempoh masa yang munasabah. Pelan perniagaan juga boleh memberikan bank idea mengenai strategi dan keutamaan perniagaan
tersebut. Ini haruslah jelas tertulis (dinyatakan) di dalam pelan dan mestilah dilaksanakan dengan tetap pada keseluruhan strategi polisi jabatan, objektif tugasan dan
keperluan laporan. Dari pelan perniagaan, bank juga akan dapat memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperolehi geran (grants) kerajaan dan cukai insentif.

d) Pengguna
Pengguna juga berminat untuk mengetahu pelan perniagaan mengenai syarikat tersebut yang mana mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk mengunakan
produk atau perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan. Isu yang menarik perhatian termasuklah kualiti dan keselamatan terhadap produk syarikat tersebut. Untuk
mendapatkan keyakinan pengguna, pelan perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri, dan sokongan tambahan atau perkhidmatan lepas
jualan (after sales services). Pengguna akan berasa lebih yakin sekira produk tersebut menggunakan teknologi baru, diluluskan oleh pihak tertentu seperti SIRIM dan
JAKIM, dan selaras (selari) dengan budaya mereka (pengguna).

e) Pembekal
Pembekal memerlukan pelan perniagaan tersebut untuk menimbangkan kelulusan dalam memberikan hutang (kredit) perniagaan. Pembekal juga ingin melihat kebolehan
perniagaan tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan. Pelan perniagaan yang baik berupaya memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan
perniagaan tersebut.

f) Para Pekerja
Kebanyakkan bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan prestasi syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi
tersebut. Mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pelan perniagaan.

5.4 Elemen Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik

Setiap pelan perniagaan yang berjaya perlu disertakan sekali dengan perkara di bawah keana ia merupakan element penting untuk menunjukkan Pelan Perniagaan yang
dihasilkan adalah yang terbaik.

a) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)


Ringkasan Eksekutif merupakan bahagian yang paling penting di dalam pelan perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu diberi perhatian dan ia boleh
memberitahu pembaca di mana kedudukan syarikat itu sekarang dan kemana arah tujunya. Antara yang ada di dalam ringkasan eksekutif adalah:

1. I. Kenyataan Misi Syarikat


2. II. Tarikh bila perniagaan akan dimulakan
3. III. Nama Pengasas dan peranan yang akan mereka lakukan
4. IV. Jumlah pekerja
5. V. Lokasi perniagaan dan cawangan atau cabang tambahan
6. VI. Penerangan mengenai kilang atau kemudahan
7. VII. Produk yang akan dihasilkan
8. VIII. Nama Bank pembiayai
9. IX. Kemajuan dan perkembangan syarikat
10. X. Status kewangan
11. XI. Ringkasan pelan masa hadapan pihak pengurusan

b) Analisis Pasaran

Bahagian Analisis pasaran mengambarkan pengetahuan usahawan mengenai industri yang ingin diceburi. Ia juga menerangkan pandangan secara menyeluruh dan
kesimpulan terhadap kajian permasaran yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan pada bahagian ini tetapi
diletakkan pada lampiran (appendix). Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran,
masa memimpin (lead times) dan penilaian terhadap persaingan.

c) Strategi Pemasaran dan Jualan


Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik perhatian pengguna kepada perniagaan. Usahawan sepatutnya menyedari pengguna merupakan nadi utama perniagaan
mereka. Pelan perniagaan mesti mengandungi ramalan penjualan berdasarkan analisis pemasaran. Di bahagian ini, perkara paling penting adalah untuk menjelaskan strategi
pemasaran. Strategi pemasaran mestilah sesuatu proses penilaian yang dilakukan secara berterusan dan tersendiri (unique) untuk syarikat tersebut. Keseluruhan strategi
pemasaran mesti mengandungi strategi untuk menembusi pasaran, perkembangan perniagaan, saluran pengedaran dan komunikasi. Keseluruhan strategi penjualan mesti
mengandungi strategi penjualan yang bertenaga dan aktiviti penjualan. Adalah amat penting juga memasukkan bajet pemasarangn di dalam bahagian ini.

d) Perkhidmatan atau Barisan Produk (Produk line)


Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang syarikat tawarkan dan faedah yang akan diperolehi oleh pengguna sedia ada dan bakal pengguna.
Usahawan mesti fokus kepada kelebihan yang ada dengan mengenal pasti masalah sedia ada pada produk atau perkhidmatan dengan menyediakan jalan penyelesaiannya.

e) Organisasi dan Pengurusan


Bahagian ini mengandungi struktur organisasi syarikat, butir terperinci mengenai pemilikan syarikat, profile mengenai kumpulan pengurusan dan kelayakkan ahli dalam
lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran.

f) Permohonan Pembiayaan
Bahagian ini fokus kepada jumlah pembiayaian yang diperlukan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario
yang berlainan untuk pembiayaian diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, di bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan
projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi, keperluan pembiayaan untuk masa hadapan (5 tahun kehadapan), bagaimana mereka akan menggunakan
pembiayaan yang diterima dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi impak (kesan) terhadap kemajuan kewangan syarikat.

g) Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas analisis pemasaran dan objektif dinyatakan dengan jelas. Bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang anjuran kewangan
seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian. Serta anjuran ‘balance sheet’ (ini utk akaun kira-kira).

h) Lampiran (Appendix)
Bahagian lampiran mesti menyediakan pembaca bahan secara am sahaja. Dengan kata lain, pelan perancangan utama tidak dimasukkan di bahagian ini. Pelan perniagaan
adalah alat komunikasi. Ia akan dilihat oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah perhargaan, resume pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, Kajian
pemasaran secara terperinci, artikel dari majalah berkaitan, lesen, permit, dokumen undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan,
termasuk peguam dan akauntan.

5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan

Untuk menghasilkan pelan perniagaan yang efektif, terdapat enam panduan untuk menyediakannya.

1. 1. Pelan Perniagaan Mestilah Ringkas


Pastikan pelan perniagaan seringkas yang boleh tanpa mengabaikan deskripsi mengenai pelaburan dan keupayaan. Nyatakan semua isu penting yang akan menarik perhatian
para pelabur dan tinggalkan perincian (details) kedua untuk perjumpaan (meeting) dengan para pelabur.

1. 2. Perlu Fokus (tumpuan)


Jangan membuat berbagai spekulasi. Perhatian perlu ditumpukan kepada satu atau dua perkhidmatan atau barangan dan pasaran kerana perniagaan baru tiada pengalaman
untuk merebut banyak peluang.
1. 3. Mengumumkan orang yang terlibat dan peranannya
Jangan letakkan yang tidak bernama, orang misteri di dalam pihak pengurusan. Seperti Mr. X yang mana menyertai syarikat sebagai Naib Pengerusi Kewangan. Pelabur
mesti nak tahu siapakah sebenarnya Mr.X dan apakah komitmennya.

4. Hindarkan dari menggunakan bahasa yang sukar difahami


Jangan terangkan teknikal produk ataupun proses pengilangan menggunakan bahasa yang sukar difahami dan hanya orang yang pakar sahaja mengetahuinya. Kebanyakkan
pelabur tidak suka melabur di dalam apa yg mereka tidak fahami atau tidak faham cadangan tersebut.

5. Informasi mestilah berdasarkan pengetahuan


Jangan menganggar penjualan berasaskan kepada kemampuan kilang. Oleh itu perancang mestilah menganggarkan potensi penjualan dengan teliti berasaskan kepada kajian
pemasaran dan dari anggaran ini, keperluan kemudahan pengeluaran dapat ditentukan. Seterusnya, kenyataan (ayat) yang digunakan pastikan tidak umum (samar-samar),
tidak terang atau tidak kukuh kerana ia akan memperlihatkan perancangan tersebut seperti ahli fikir yang dangkal (shallow) dan tidak jelas. Jika perancangan ingin
menggunakan data yang kukuh, dia perlulah menganalisa masa yang lampau, masa sekarang dan unjuran kadar perkembangan dan saiz pasaran.

6. Perlu Realistis (realistic) dan mempunyai matlamat(Objective)


Perancangan mesti kelihatan realistis dan mempunyai matlamat di dalam membuat penilaian dan membicara mengenai risiko.

5.6 Kesukaran yang bersembunyi(pitfalls) perlu dihindari semasa Perancangan

Menurut Kuratko (2004), terdapat beberapa bahaya yang terselindung yang patut dihindari oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengahnya adalah masalah
yang kerap dilakukan oleh usahawan. Disertakan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan dan langkah untuk mengatasinya.

Pitfalls Fakta Cara mengatasi


Sesetengah pelan perniagaan tidak
mengandungi matlamat yg nak dicapai dan Mengandungi perancangan
Tiada tujuan yg nyata untuk usahawan mencapainya, yg jelas dengan langkah-
tujuan yg tiada tempoh masa yg ditetapkan, tiada langkah yg perlu dlm masa
realistik keutamaan dan tiada langkah-langkah diambil. ditetapkan
Kadang-kadang usahawan terlalu
memberanikan diri mengenai idea mereka dan Kalau boleh hindari
tidak melihat kemungkinan masalah yang akan masalah ini dengan
Kegagalan timbul. Tiada tanda yang menunjukkan masalah menyenaraikan rintangan
utk tesebut, tiada pengakuan berlakunya kesilapan yang akan datang dan
menghadapi aau kelemahan yang ada pada plan dan pelan langkah untuk
rintangan sokongan tidak ada. mengatasinya.
Tiada Usahawan kurang komitmen dalam perniagaan. Usahawan sepatutnya
Komitmen Mereka tidak sepatutnya menunjukkan bahawa mengikuti temujanji yang
dalam kerja mereka tidak mengambil berat terhadap penting dan bersedia untuk
yang perniagaan seperti sering melengahkan, tidak membuktikan komitmen
dilakukan hadiri temujanji, tidak mahu mengeluarkan kewangan untuk perniagaan
modal sendiri dan hanya hendak memperolehi mereka.
keuntungan segera.
Mereka perlu membuktikan
pengalaman peribadi dan
latarbelakang pelaburan
tersebut dan sekiranya
Kelemahan Pelabur melihat usahawan melalui pengalaman mereka tidak mempunyai
dalam dan tidak hanya idea, dan siapa yang betul- kemahiran atau
perniagaan betul berpengetahuan di dalam perniagaan yang pengetahuan tertentu.
atau dicadangkan. Usahawan perlu menunjukkan Mereka mesti mendapatkan
pengalaman pengetahuannya dan latarbelakangnya dalam bantuan dari mereka yang
teknikal dunia perniagaan. pakar.
Usahawan tidak mengenalpasti potensi Menentukan segmen
pelanggan untuk barangannya. Banyak pasaran secara khusus dan
barangan yang berpotensi tidak sampai membuktikan kenapa dan
Tiada ketangan pelanggan kerana tiada pasaran yang bagaimana produk atau
pasaran sesuai atau tiada pasaran untuk barangan perkhidmatan akan sampai
yang sesuai tersebut ketangan kumpulan sasaran.

Usahawan perlu menghindari bahaya yg terselindung yang telah dibincangkan bagi memastikan perniagaan mereka berjaya. Ini akan membantu usahawan mengukuhkan
kedudukan dalam membuat pelan perniagaan yag efektif.

Daftar

Business Plan – dokumen bertulis yang menerangkan dengan terperinci secara keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan berniat untuk melibatkan diri.

Executive Summary – Bahagian di dalam pelan perniagaan yang boleh memberitahu pembaca arah tunjuk syarikat tersebut.

Management Function – Terdiri daripada empat element seperti perancangan, menguruskan, kepimpinan dan kawalan.

Ujian 1

1. Berikan definasi pelan perniagaan


2. Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan
3. Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?
4. Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?
5. Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?
Ujian 2

1. Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan perniagaan?
2. Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk kepada bahagian 5.4 di dalam modul
 Executive Summary
 Analisis Pasaran
 Organisasi dan Pengurusan
 Strategi Pemasaran dan Penjualan
 Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)
 Permohonan Pembiayaan
 Kewangan
 Lampiran (appendix)
1. Apakah itu analisis pasaran?
2. Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran dan penjualan?
3. Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?
4. Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

Bab 6 Memulakan Perniagaan Usahawan Baru

Pengenalan

“Di Amerika Syarikat, kajian mendapati semakin ramai orang memulakan perniagaan mereka sendiri dari berkahwin atau memperolehi bayi! Satu dari 25 orang dewasa aktif
secara langsung untuk memulakan perniagaan”

Zimmerer dan Scarborough

Pengurusan Perniagaan Kecil dan Keusahawanan

6.1 Jenis-jenis Pelaburan

Usahawan mempunyai berbagai cara untuk memulakan pelaburan. Selalunya terdapat tiga cara pelaburan iaitu:

a) Bermula (start-up)

b) Membeli syarikat yang telah sedia ada.

c) Franchising
6.2 Bermula (start-up)

Paragraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ‘start-up’:

a) Definasi Start-up
Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

 Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka sendiri.


 Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang diperolehi dari wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.
 Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai banyak pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap bidang yang mereka
ceburi.
 Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil ciptaan produk atau perkhidmatan baru.

b) Fasa Start-up
Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:

 Fasa Prestart-up
Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka perniagaan

 Fasa Start-up
Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu perniagaan yang konkrit

 Fasa Poststartup
Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau usahawan tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti perniagaan tersebut

Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya semasa fasa prestart-up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor kritikal yang perlu
diambil kira untuk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)


2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
3. Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa start-up
4. Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)
5. Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa
c) Kelebihan dan kelemahan Start-up

Kelebihan Kelemahan
1. Ia memerlukan banyak masa, wang
dan usaha yang gigih untuk mencari
lokasi strategik, mendapatkan lesen,
membeli mesin, mencari pembekal
1. Bebas membuat keputusan sendiri baru, upah dan melatih pekerja baru
seperti persoalan bila, macam mana untuk menjalankan aktiviti
dan jenis produk atau perkhidmatan pengiklanan

1. Pada peringkat permulaan pelaburan,


usahawan akan memperoleh
keuntungan yang minima atau
1. Berpeluang menggunakan satu idea kerugian kerana kos pembelanjaan
dan mengembangkan idea sendiri yang tinggi semasa memulakan
dengan mengikut emosi pengguna. perniagaan

1. Bebas untuk memilih lokasi, kilang,


peralatan, produk atau perkhidmatan, 1. Tiada rekod sejarah perniagaan yang
pekerja, pembekal dan bank. Peluang membolehkan usahawan
seperti ini boleh menentukan meramalkan penjualan,
kejayaan di dalam pelaburan pembelanjaan dan keuntungan.

1. Tidak ada pengguna asal, usahawan


1. Kemampuan untuk mengelakkan perlu berusaha lebih keras untuk
sebarang kejadian yang tidak menarik pelanggan baru dan
diingini, polisi, prosedur dan perniagaan berkembang dengan
komitmen undang-undang yang ada perlahan dan mengambil masa untuk
pada firma memperolehi keuntungan.

1. Kesukaran untuk memperolehi


pinjaman dari institusi kewangan
kerana institusi kewangan kurang
1. Reputasi perniagaan tidak akan yakin dengan perniagaan baru
terjejas kerana ia merupakan berbanding dengan perniagaan yang
pelaburan baru. telah lama bertapak

1. Kemampuan untuk melakukan


perubahan perniagaan
6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada

a) Definasi “Membeli Perniagaan Sedia Ada”


Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau kesemua aset kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat yang telah mapan
(kukuh) akan mengurangkan kerja berbanding dengan memulakan perniagaan dari mula. Menurut pandangan pakar peniagaan, membeli perniagaan yang telah mapan
merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan. Bagaimana pun, kita harus menggunakan banyak masa dan usaha untuk
mencari perniagaan yang sesuai untuk kita. Dengan membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan syarikat mengembang dan menyediakan peluang untuk memasuki pasaran
baru.

b) Langkah dan proses membeli Perniagaan Sedia Ada


Apabila membeli perniagaan sedia ada, terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu diambil kira iaitu:

(i) Keutamaan Peribadi


Usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi (cita-cita). Kita harus memikirkan apa yang boleh kita kepada perniagaan dan apa yang akan
kita perolehi sebagai pulangan.

– Pengharapan anda mengenai perolehan – apakah kadar keuntungan yang diperlukan untuk menampung keperluan hidup anda?
– Komitmen anda – adakah anda bersedia untuk bekerja kuat dan menyediakan wang yang banyak untuk digunakan di dalam perniagaan agar mencapai kejayaan?
– Kekuatan anda – Perniagaan jenis mana yang sesuai dengan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?
– Jenis perniagaan – Berhad, Sdn. Bhd, Enterprise yang anda minta untuk membeli
– Sektor perniagaan yang anda berminat – belajar sebanyak yang boleh mengenai industri yang telah anda pilih untuk membolehkan anda membuat perbandingan
perniagaan yang berbeza.

(ii) Peluang Perniagaan


– Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca iklan, berbincang mengenai peluang dengan broker perniagaan dan memeriksa dari sumber industri. Perlu
menahan diri dari godaan membeli perniagaan yang nampaknya bagus pada pandangan pertama; berhenti dahulu (step back) dan lihat objektif syarikat tersebut.

– Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk permulaan pengenalan mengenai peluang yang ada. Mereka sepatutnya menyediakan secara ringkas
laporan kewangan, sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini membolehkan anda mengetahui mengenai perniagaan tersebut dan sudah berapa lama perniagaan
hendak dijual.

(iii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran


Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan bagaimana ia telah diuruskan dan dijaga. Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan, berjumpa dengan para
pekerja dan pengguna. Sediakan ‘checklist’ terhadap maklumat yang dikehendaki, ini termasuk:

– Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

– Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baru, termasuk pecahan untuk semua inventori yang sama seperti perkiraan yang terakhir dahulu.

(iv) Aturan untuk Pembiayaan (Financing)


Tanpa pembiayaan yang sempurna, tidak ada perniagaan yang dapat maju kehadapan dengan jayanya. Terdapat beberapa pilihan untuk memperolehi pembiayaan. Mereka
mesti memilih dengan berhati-hati agar ia sesuai dengan kehendak mereka. Pemberi hutang selalunya memerlukan:

– Butir terperinci mengenai perniagaan dan jualan

– Akaun untuk tiga tahun sebelum ini

– Anggaran kewangan (sekiranya tiada mempunyai rekod kewangan)

– Butir terperinci mengenai aset dan liabiliti anda.

(v) Menjalan due diligence (Conduct due diligence)


Nota: diligence = kerajinan, ketekunan
Due diligence seperti pekerjaan seorang detektif. Ia adalah proses mengumpul maklumat dengan menjalankan penyiasatan, carian dan pertanyaan dan ia adalah amat penting
dalam membeli saham atau aset. Hasil yang diperolehi dari due diligence (penyiasatan) boleh membantu anda membuat keputusan:

– Sama ada meneruskan proses pembelian (acquistion)

– Sama ada membeli saham atau aset

– Berapa banyak yang perlu dibayar dan bagaimana meletakkan harga untuk dibeli.

– Apakah perkara yang perlu dimasukkan di dalam perjanjian pembelian agar anda dilindungi

Proses ini sepatutnya memberikan panduan untuk anda membuat keputusan dengan menyediakan maklumat dalaman yang berguna di dalam perniagaan baru dan
memberikan anda angaran yang baik mengenai nilai transaksi yang sepatutnya diambil. Jaminan dan ganti rugi sepatutnya diperolehi dari pembekal adalah sebahagian dari
perjanjian.

(vi) Perjanjian Rasmi (formal)


Persediaan untuk perjanjian rasmi memberikan setiap pihak berpeluang untuk melihat perjanjian secara asas dan menyenaraikan semua perkara kecil yang mungkin tidak
dibincangkan antara kedua pihak semasa proses awalan tawar menawar. Tiga komponen asas yang perlu di dalam perjanjian rasmi adalah:

 Elemen Asas
Bahagian pertama daripada perjanjian selalunya merangkumi elemen asas seperti:

– pihak yang terlibat

– aset atau saham yang diperlu

– harga pembelian

– perubahan harga pembelian

– bagaimana

– bila harga pembelian dan perubahan akan dibayar

– bagaimana cukai dikendalikan


 Gambaran dan jaminan
– Gambaran dan jaminan akan diberikan oleh penjual merupakan perkara yang penting dalam pembelian perniagaan. Pertama, anda harus menimbangkan fakta, isu
yang penting untuk anda membuat keputusan untuk membeli perniagaan, dan jumlah wang yang sanggup anda bayar. Kemudian, dengan menggunakan hasil dari
penyiasatan (due diligence) yang telah dilakukan anda boleh melihat sama ada gambaran dan jaminan yang telah diberikan adalah benar atau palsu. Ini dilakukan untuk
memastikan tidak ada fakta tersembunyi yang tidak diketahui oleh anda, atau penjual tidak cuba mengelirukan anda dengan beberapa perkara yang penting.

 Penutup perkara (closing matters)


– Bahagian ini di dalam perjanjian biasanya menentukan tarikh terakhir dan apa pertukaran perlu dilakukan pada masa tarikh penutup tersebut. Bahagian ini juga akan
menyatakan sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum penjualan dapat dilaksanakan. Syarat khas yang selalu dikenakan untuk penutup (closing) perjanjian:

– Semua gambaran dan jaminan adalah benar dan tepat sehingga pada tarikh penutupan.

– Anda akan menerima pembelian aset atau saham bebas dari sebarang beban (halangan) kecuali perkara yang telah anda setuju sebelum ini.

– Sebarang lesen atau kebenaran khas telah anda terima.

– Sebarang sijil kebenaran dari kerajaan telah anda terima.

– Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan perjanjian perniagaan telah ditanda tangani dan diterima.

– Pembayaran tender telah anda lakukan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.

(vii) Sedia untuk Perniagaan


Pada langkah ini, anda merupakan pemilik kepada syarikat baru. Sekiranya anda telah melakukan kaji selidik (due diligence) dan perjanjian jual beli yang baik, anda berada
dalam keadaan baik untuk mencapai kejayaan. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pemilik asal untuk mendapatkan khidmat perundingan (nasihat). Oleh itu adalah
menjadi satu langkah yang bijak sekiranya anda mempunyai hubungan yang baik dengan pemilik asal. Anda juga mungkin perlu bantuan yang berterusan walaupun
perjanjian jual beli telah selesai, ini kerana kerja anda baru sahaja bermula.

c) Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada


Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.

1. Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.

1. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan
diambil alih.

1. Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.

1. Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan
mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.

1. Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.


1. Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

1. Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

1. Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.

1. Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari
mula.

d) Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada


Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti
peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat
tersebut.
3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh
pemilik yang lama.
4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik
hendak menjual syarikat tersebut.
5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
6. Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)
7. Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.

6.4 Franchising

(a) Definasi Franchising


Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal membenarkan tanda perniagaan (trademark), nama perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan
dan dijual barangan atau perkhidmatan.

(b) Kelebihan Franchising


(i) Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)
Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada adalah latihan dan panduan yang akan diberikan
kepada pembeli francais.

(ii) Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)


Individu yang membeli franchise nasional yang telah dikenali, terutama yang besar dan ternama akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka
membeli produk atau perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang kurang dikenali jenamanya.

(iii) Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang sedia ada telah terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka telah berada dipasaran
sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu, sudah terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan
laporan kewangan yang memberansangkan.
(iv) Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana franchisor boleh membantu bakal pemilik untuk memperolehi bantuan kewangan untuk
menjalankan operasi perniagaan. Malah terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka dan hanya perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan
baik. Dengan kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi bantuan kewangan.

(c) Kelemahan Franchising


(i) Yuran Franchise
Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser, maka yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh mencecah RM 5K sehingga RM100K.
Franchise yang kecil mungkin mengenakan bayaran yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan modal untuk bangunan dan produk untuk disimpan. Franchise perlu
membayar royalti yang berterusan mengikut hasil jualan pada kadar 5 sehingga 12%. Selalunya franchise perlu ada 25 sehingga 50% wang tunai sebagai permulaan
perniagaan dan bakinya boleh dipinjam dari organisasi tersebut. Kos untuk francishing termasuklah perbelanjaan:

– Yuran franchising
– Insuran

– Membuka produk inventori

– Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling & leasehold)

– Bayaran utiliti, gaji, hutang servis

– Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan para profesional

– Lesen kerajaan setempat dan negeri

– Permit dan sijil kebenaran

(ii) Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)


Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua aktiviti para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada syarikat kecil. Sekiranya individu membuka
syarikat perniagaan sendiri, ia berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor mengawal operasi untuk memastikan keseragaman boleh
dicapai. Sekiranya usahawan tidak mengikut arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas tamat kontrak.

(iii) Janji tidak dipenuhi (Unfulfilled Promises)


Ada sesetengah kes, franchisors yang kurang nama, para franchisees (usahawan) ini tidak memperolehi apa yang dijanjikan. Banyak franchisees dapati jenama tersebut gagal
menarik perhatian pelanggan. Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan sebelum ini tidak ditunaikan. Harga barang yang dibeli dari syarikat franshisor adalah jauh
lebih mahal dari harga pasaran. Sekiranya franchisees membuat aduan, lesen mereka akan ditamatkan, diambil atau tidak diperbaharui.

6.5 Struktur perniagaan yang sah untuk perniagaan baru

Sebelum memilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan, bakal usahawan perlu tahu struktur perniagaan yang sesuai dengan pelaburan mereka. Usahawan
bertanggungjawab untuk mengetahui perubahan undang-undang percukaian, situasi bebanan (liabiliti), keupayaan modal dan kerumitan membentuk perniagaan.

Terdapat tiga struktur organisasi iaitu Perniagaan Tunggal (sole proprietorship), Syarikat Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Setiap jenis struktur
organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.

6.5.1 Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)

Suatu perniagaan yang dipunyai oleh seorang pemilik. Macam syarikat enterprise yang perlu bayar RM 25 untuk dapatkan lesen perniagaan. Individu ini mempunyai hak
mutlak terhadap keuntungan dan memikul segala hutang dan bebanan perniagaan. Individu mempunyai tanggunjawab yang tidak terbatas kerana perniagaan dan aset
peribadinya berdiri dibelakang segala operasi yang dijalankan. Sekiranya perniagaan tidak dapat memenuhi bebanan kewangan, pemilik terpaksa menjual kereta, rumah dan
apa saja yang boleh melunaskan hutangnya.
Untuk menjalankan perniagaan tunggal, seseorang memerlukan lesen perniagaan sama ada dari kerajaan setempat atau negeri atau kedua-duanya. Individu boleh
menggunakan nama syarikat seperti DonationWare atau menggunakan namanya sendiri sebagai nama syarikat seperti ‘Syarikat Rozaimy’. Bayaran yg dikenakan untuk
Syarikat DonationWare adalah RM 50 setahun. Manakala ‘Syarikat Rozaimy’ dikenakan RM 25 setahun.

Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan
Mudah untuk Tanggungan
ditubuhkan tidak terhad
tidak perlu formal dan individu yang
kurang pembatasan di memiliki perniagaan
dalam menubuhkan tunggal
syarikat. Tidak bertanggungjawap
memerlukan kebenaran sepenuhnya terhadap
atau sedikit kebenaran untuk perniagaan.
dari kerajaan. Tidak Tanggungan ini
mahal untuk meliputi kesemua
ditubuhkan harga/aset pemilik.

Tidak
mempunyai
kesinambungan
syarikat enterprise
(tunggal) mungkin
Keuntungan hak
pincang atau
mutlak pemilik ditamatkan
perniagaan tunggal perniagaan apabila
tidak perlu berkongsi pemilik sakit atau
keuntungan mati

Kurang modal
Membuat keputusan selalunya syarikat
dan mengawal tetap enterprise
(vest) dalam tangan mempunyai modal
pemilik yang sikit jika
tidak perlu rakan untuk dibandingkan
meminta nasihat di dengan organisasi
dalam menjalankan seperti Perkongsian
operasi perniagaan dan Syarikat

Sukar memperolehi
pinjaman jangka
panjang
Fleksibilitas Oleh kerana
(flexibility) enterpise bergantung
pengurusan berupaya kepada seorang
untuk menjawab dan pemilik, maka sukar
membuat keputusan untuk beliau
dengan cepat sebarang memperolehi
keperluan perniagaan pinjaman jangka
seharian panjang

Pandangan dan
pengalaman yang
Secara relatif bebas terhad
dari kawalan kerajaan operasi bergantung
Kerajaan kurang kepada seorang
campur tangan dalam individu maka
urusan perniagaan kemampuan, latihan
tunggal dan pengalaman
akan menghadkan
arah tuju dan skop
perniagaan

Bebas dari dikenakan


cukai perniagaan
syarikat
Perniagaan tunggal
dikenakan cukai
sebagai cukai individu
bukan cukai perniagaan
(cukai perniagaan 28%)

6.5.2 Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian melibatkan perkongsian dua atau lebih orang yang bertindak sebagai pemilik bersama terhadap perniagaan tersebut untuk memperolehi keuntungan.
Setiap dari mereka akan menyumbangkan duit, buruh atau kemahiran dan setiap dari mereka berkongsi sama ada keuntungan ataupun kerugiaan yang dialami oleh syarikat.
Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyatakan bahagian masing-masing secara bertulis, namun ia digalakkan kerana jika berlaku sesuatu, makhamah akan
mengandaikan pembahagian keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan lain-lain dibahagi secara sama rata KECUALI ianya dinyatakan secara bertulis (perjanjian).
Perjanjian perkongsian menyatakan dengan jelas sumbangan kewangan dan pengurusan untuk setiap rakan kongsi dan dengan jelas merancangkan peranan setiap rakan
kongsi di dalam perniagaan perkongsian.

Di bawah adalah contoh informasi yang ditulis di dalam perjanjian.

1. Nama, maksud, kedudukan (domicile)


2. Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasa
3. Ciri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)
4. Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)
5. Pembahagian keuntungan dan kerugian
6. Gaji
7. Hak rakan kongsi untuk kesinambungan
8. Kematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)
9. Melepaskan dari hutang
10. Perbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)
11. Hutang terpisah (seperate debts)
12. Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan perniagaan)
13. Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kira
14. Menjual kepentingan pengkongsian
15. Usaha perantaraan (arbittration)
16. Penyelesaian dari pembantahan
17. Tambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsian
18. Perbuatan yang diperlukan dan dilarang
19. Kekurangan dan kelemahan
20. Pengurusan kakitangan
Sebagai tambahan kepada ayat yang ditulis, usahawan perlu mempertimbangkan beberapa perbezaan perjanjian perkongsian. Bergantung kepada keperluan, satu atau lebih
perjanjian diperlukan. Perkara yang penting perlu diingat adalah: sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi mesti menjadi rakan kongsi am yang bertanggungjawab terhadap
hutang syarikat dan siapa yang mempunyai tanggungan tiada had.

Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan Kelemahan
Tanggungan tidak terhad sekurang-
kurangnya seorang rakan kongsi
Meskipun sebahagian rakan kongsi
MUDAH UNTUK DITUBUHKAN mempunyai tanggungan yang terhad,
Peraturan undang-undang dan perbelanjaan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi
adalah sedikit jika dibandingkan dengan am akan mempunyai tangunggan tidak
enterprise atau Syarikat. terhad

TIDAK MEMPUNYAI
KESINAMBUNGAN
Sekiranya ada rakan kongsi yang mati, gila
atau mengundur diri dari perniagaan,
GANJARAN SECARA
perjanjian perkongsian tamat dengan
LANGSUNG sendirinya. Walau bagaimanapun operasi
Rakan kongsi memberi rangsangan perniagaan boleh berjalan seperti biasa
(motivasi) dengan memberi sepenuh tenaga kerana rakan kongsi lain boleh mengambil
mereka dengan cara berkongsi keuntungan rakan kongsi baru

Secara relatif sukar memperolehi modal


MEMUDAHKAN yang besar
Kebanyakkan perkongsian menghadapi
PERKEMBANGAN DAN
masalah untuk memperolehi modal yang
KEMAJUAN besar terutama apabila melibatkan
Dalam perkongsian, adalah pinjaman jangka panjang. Selalunya harga
berkemungkinan untuk memperolehi kekayaan rakan kongsi menentukan jumlah
modal dan kepakaran tambahan berbanding modal perkongsian yang boleh dikenalkan
dengan perniagaan tunggal terutama semasa perniagaan dimulai

DIBATASI PERBUATAN
SEORANG RAKAN KONGSI
Fleksibilitas (Flexibility) Rakan kongsi am boleh melakukan kontrak
Perkongsian selalunya berupaya untuk dan tanggungan boleh dibuktikan
memberi maklum balas dan keputusan mendatangkan bencana kepada perniagaan
dengan pantas untuk keperluan perniagaan secara amnya dan kepada rakan kongsi lain

Secara relatif bebas dari kawalan dan Kesukaran membuang kepentingan


peraturan kerajaan rakan kongsi
Campur tangan kerajaan adalah sangat Untuk membeli kepentingan rakan kongsi
sedikit dalam operasi perkongsian adalah sukar kecuali aturan khusus di
dalam perjanjian ada tercatat

KEMUNGKINAN KEUNTUNGAN
CUKAI
KEBANYAKKAN RAKAN
KONGSI MEMBAYAR CUKAI
SEBAGAI CUKAI INDIVIDU,
DENGAN INI MEREKA
TERLEPAS DARI CUKAI
PERNIAGAAN YANG TINGGI

6.5.3 Syarikat (Corporation)

Syarikat adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation of law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan demikian,
Syarikat (corporation) adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang menjadi pemiliknya.

Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini disahkan
pada April 15 1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987. Akta ini berdasarkan kepada undang-undang syarikat yang
disahkan di Australia dan di United Kingdom.

(a) Sifat-sifat(ciri-ciri) Syarikat

(i) Hak dan Tanggungjawab


Syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal dan tindakan undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Syarikat
tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan oleh agen perlaksana.

(ii) Jangka Hayat (life span)


Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan diteruskan walaupun terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat. Walau bagaimanapun
Syarikat boleh ditamatkan sekiranya semua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

(iii) Tanggungan/liabiliti (liabilities)


Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah saham yang dilanggan (dimiliki). Oleh itu, ahli tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada
Syarikat walaupun ianya diisthiyarkan bangkrup. Syarikat tidak sama dengan perniagaan tunggal dan pengkongsian dimana di dalam Syarikat terdapat pemisahan di dalam
aset peniagaan dan aset peribadi. Dengan kata lain, tanggungan hutang atau pemiutang tidak boleh menuntut aset individu untuk menyelesaikan hutang Syarikat.

(Nota: aku ubah ayat di atas. Tetapi maksudnya lagi jelas iaitu kalau guna syarikat tunggal atau perkongsian, hutang boleh dituntut dari aset peribadi pemilik TETAPI untuk
Syarikat TIDAK BOLEH)
(iv) Ahli-ahli (members)
Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah penduduk tetap Malaysia. Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor dan menjadi orang penting
dalam Syarikat. Dalam Syarikat, ahli akan memilih Lembaga Pengarah (board of directors), di mana mereka akan bertanggungjawab di dalam perjalanan Syarikat serta
mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Syarikat 1965.

(b) Jenis-jenis Syarikat


Terdapat tiga jenis Syarikat di dalam akta 1965:

(i) Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)


Syarikat jenis ini banyak beroperasi di Malaysia. Tanggungan ahli terhad kepada jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

(ii) Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by Guarantee)


Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah dipersetujui oleh semua ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum perkongsian. Syarikat jenis
ini selalu ditubuhkan untuk tujuan menganjur atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri, seni, sains, agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat.
Sekiranya Syarikat ini memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi akan dimasukkan semula pelaburan tambahan untuk
mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini bukan semata-semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis amanah, tabung dan kebajikan yang bertujuan
membantu mereka yang miskin, memberi biasiswa kepada pelajar miskin atau membina hospital untuk orang yang tidak bernasib baik.

(iii) Syarikat Tidak Terhad oleh Saham (Corporation Unlimited by shares)


Tanggungan ahli adalah tidak terhad. Perbezaan diantara Syarikat dan perkongsian adalah Syarikat mempunyai entitinya sendiri, Sesetengah organisasi jenis ini adalah
seperti firma broker, firma saham and firma arsitektural (architectural).

(c) Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)


Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga kategori seperti berikut:

(i) Syarikat Sendirian (Private Corporation) – Sendirian Berhad

(ii) Syarikat Awam (Public Corporation)

(iii) Syarikat Asing (Foreign Corporation)

Syarikat Swasta
Kebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar adalah dari jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai
Syarikat Swasta (Private Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited Company) sekiranya mereka mengikut peraturan di bawah:
(i) Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu masa.

(ii) Mesti mempunyai ketaatan sepenuhnya kepada kuasa untuk membuat pemindahan saham ahli-ahli.

(iii) Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk membuat pilihan untuk menjual atau berlangganan saham atau obligasi kepada masyarakat umum.

(iv) Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat untuk masa tertentu.

(v) Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat “Sdn. Bhd. “ atau “Sendirian Berhad” dihujung nama syarikat tersebut.

Selain dari peraturan yang dinyatakan tadi, syarikat Sendirian Berhad mesti mempunyai dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan pretasi
mengenai aktiviti perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih lanjut. Keperluan syarikat Sendirian Berhad seperti di bawah:

1. Setiausaha Syarikat (Company Secretary)


2. Auditor Syarikat (Corporation Auditor)
3. Cap (tanda) Syarikat (Corporation Seal)
4. Kuasa Peguam (Power of Attorney) à kena check ni.
5. Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)
6. Artikel Perkongsian (Articles of Association)
7. Berkongsi Modal (Capital Share)
8. Lembaga Pengarah (Board of Directors)
9. Pemegang Saham
10. Pejabat berdaftar (Registered Office)

(d) Kelebihan dan kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan
Tanggungan Terhad
Pemegang saham mempunyai tanggunan
yang terhad bergantung kepada pelaburan Aktivit Terhad
mereka. Paling teruk pun kehilangan wang Akitiviti syarikat adalah terhad kepada
pelauran mereka piagam dan pelbagai undang-undang

Pemindahan Hak milik Perwakilan tidak mencukupi


Pemilikan boleh dipindahkan melalui Pemegang saham majoriti di dalam
penjual saham kepada pembeli yang syarikat akan berkuasa (outvotes) terhadap
berminat pemegang saham yang kecil

Jangka hayat tidak terhad


Syarikat mempunyai jangka hayat yang
Peraturan
terpisah dan bebas dari pemilik, boleh
Peraturan kerajaan yang banyak dan
beroperasi dalam jangka masa yang tidak
laporan diperlukan oleh agensi tempatan
terhad
dan kerajaan selalunya memberi kesan
yang besar terhadap kertas kerja dan
birokrasi.

Mudah memperolehi modal yang besar


Modal boleh diperolehi dengan
mendapatkan pinjaman jangka pendek
dengan menggunakan aset perniagaan atau Perbelanjaan Organisasi
jaminan peribadi dari pemegang saham Sejumlah besar wang diperlukan untuk
majoriti. menubuhkan syarikat.

Meningkatkan kemampuan dan


kemahiran
Berupaya menarik banyak individu
kemampuan dan berkemahiran, dari Cukai Dua Kali
barisan pemegang saham utama sehingga Cukai pendapatan dikena kepada
kepada pengurus profesional di dalam keuntungan syarikat dan pendapatan
syarikat. individu serta dividen yang diperolehi.

Perbandingan Tiga Jenis Perniagaan

Ciri-ciri Tunggal Perkongsian Syarikat


Ditubuhkan
dengan Ditubuhkan
Ditubuhkan perjanjian dengan cara
sendiri oleh antara rakan berdaftar dengan
pemilik kongsi pendaftar Syarikat
Cara
penubuhan
Selalunya ada
entiti undang-
Tidak ada Tidak ada undang yang
entiti entiti undang- nyata dan
berasingan, undang yang berasingan dari
Kedudukan
perniagaan berasingan pemilik
undang-
undang
Tanggungan
Tanggungan terhad terhadap
tidak terhad pemegang saham.
(kecuali rakan Pemegang saham
Tanggungan
kongsi terhad tidak
tidak terhad
di dalam bertanggungjawab
Tanggungan pengkongsian diatas hutang
terhad) syarikat.

Ditamatkan
bergantung
kepada
perjanjian
dengan rakan
kongsi,
kematian
seorang atau
lebih rakan
Ditentukan kongsi, rakan
oleh pemilik, kongsi keluar
automatik dari
bubar apabila pengkongsian, Boleh kekal
pemilik mati muflis dll selamanya
Jangka
Hayat
Walaupun
kepentingan
rakan kongsi
Kepentingan boleh
boleh dipindahkan,
dipindah ia tidak
milik kepada mempunyai
individu lain kuasa penuh
dan tamat di terhadap Saham boleh
situ sahaja pengkongsian dipindah milik
Pemindahan
kepentingan
Setiap rakan
kongsi
mempunyai
suara dan
kuasa yang Pemegang saham
sama penting memilih pengarah
Bergantung kecuali yang kemudian
sepenuhnya dinyatakan di akan menentukan
kepada dalam polisi dan
kebijaksanaan perjanjian menentukan
pemilik perkongsian pegawainya
Pengurusan
Pemilik Setiap rakan Cukai dua kali,
membayar kongsi syarikat
cukai membayar membayar cukai
pendapatan cukai secara pendapatan
individu pro data terhadap
Cukai terhadap terhadap keuntungan
keuntungan keuntungan bersih, tanpa
syarikat bersih tanpa potongan untuk
mengira sama dividen, dan
ada ia pemegang saham
dibahagikan yang menerima
atau tidak dividen perlu
membayar cukai
tersebut

Bayaran
organisasi,
bayaran
lesen
tahunan dan
Tidak ada Tidak ada Semua diperlukan
laporan
tahunan
Selalunya mesti
berkelayakkan
untuk
menjalankan
perniagaan dan
memperolehi sijil
Perjanjian
Tidak ada Tidak ada dari pihak
perdagangan
batasan batasan berkuasa
ke negara
lain
Ditubuhkan
dengan
perjanjian
untuk
memperolehi
keuntungan
dalam
perniagaan,
Ditubuhkan
sekurang-
Ditubuhkan dengan membuat
kurangnya
sendiri oleh perjanjian dengan
seorang rakan
pemilik rakan kongsi.
kongsi
dengan tujuan Surat akuan
sebagai rakan
untuk tanggungan
kongsi am
memperolehi terhad rakan
dan yang lain
keuntungan. kongsi difailkan,
rakan kongsi
Mesti piagam
terhad, surat
didaftarkan di dikeluarkan oleh
akuan rakan
pejabat pejabat
kongsi terhad
pendaftaran pendaftaran
difailkan,
syarikat syarikat
Cara piagam mesti
penubuhan dikeluarkan
oleh negeri

6.6 Sumber Modal Untuk Aktiviti Keusahawanan

Terdapat berbagai sumber modal yang boleh usahawan perolehi untuk memulakan, mengembangkan dan membangunkan perniagaan. Jangkamasa yang diperlukan
bergantung kepada jenis sumber kewangan yang sesuai untuk anda dan perniagaan anda. Terdapat enam sumber kewangan:

(i) Simpanan Peribadi


Simpanan peribadi anda adalah sumber pertama modal anda. Ia merupakan simpanan yang anda simpan untuk suatu jangkamasa di dalam akaun simpanan, akaun semasa,
simpanan di rumah atau tunai yang boleh digunakan apabila diperlukan. Selalunya simpanan peribadi akan cepat kehabisan apabila usahawan memulakan perniagaan.

(ii) Keluarga dan Kawan-kawan


Apabila anda kehabisan wang dari simpanan peribadi, tempat seterusnya untuk memperolehi wang adalah dari keluarga dan kawan-kawan. Mereka mungkin rakan sejawat
yang mampu memberikan pinjaman. Walaupun ia mungkin merupakan idea yang baik masa tersebut, kadang kala mereka mahukan anda memulangkan wang mereka
semasa anda sedang kesempitan wang. Oleh itu adalah amat penting anda membuat perjanjian bertulis untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan nanti.

(iii) Akaun Persaraan


Anda telah membuat simpanan untuk hari persaraan. Oleh itu, anda boleh menggunakan wang ini untuk membangunkan perniagaan anda. Walau bagaimanapun,
pembangunan teknologi perniagaan penuh dengan risiko. Sekiranya perniagaan anda gagal, anda perlu lebih berjimat cermat sepanjang persaraan.

(iv) Bank dan Institusi Kewangan Lain


Institusi seperti ini memberikan pinjaman kepada orang yang mempunyai aset yang bertindak sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Terdapat tiga jenis pinjaman dari
institusi kewangan iaitu:

a) Pinjaman Jangka Panjang – dipinjam dari sumber luaran untuk jangka masa di antara 5 sehingga 25 tahun. Cagaran komersil atau perjanjian pinjaman jangka
panjang dari bank utama adalah contoh pinjaman jangka panjang. Duit tersebut boleh digunakan untuk pembukaan aset tetap seperti kilang dan peralatan.

b) Pinjaman Jangka Sederhana – sebarang pinjaman diantara 2 – 7 tahun boleh dikategori sebagai pinjaman jangka sederhana. Bantuan kewangan selalunya mengenai
perjanjian anda dengan organisasi yang memberikan pinjaman. Pinjaman ini akan dapat membayar sewa beli, sewaan dan perjanjian pinjaman.

c) Pinjaman Jangka Pendek – Overdraft adalah jenis pinjaman jangka pendek yang selalu digunakan. Walaupun kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi, anda
mempunyai kelebihan kerana hanya perlu membayar faedah (bunga) pada jumlah wang yang dikeluarkan. Seperti mana pinjaman bank lain, anda harus membayar faedah
samada anda mengunakan semua pinjaman tersebut atau tidak.

(v) Pinjaman Kerajaan


Kerajaan mengambil sikap positif untuk membantu perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Kerajaan telah memberikan geran atau subsidi pinjaman untuk
mengalakkan pelaburan dan pembangunan. Terdapat program kerajaan sedia ada yang boleh mengurangkan dengan berkesan kadar faedah pinjaman bank dan membolehkan
para peniaga membuat pinjaman. Secara amnya, kerajaan membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran dan juga perkembangan dan perbaikan industri terutama
kawasan pendalaman.

(vi) Pasaran Saham


Modal jenis ini boleh diperolehi dengan menawarkan saham syarikat kepada orang awam. Saham awam perlu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Selalunya,
perkhidmatan pelaburan dari bank digunakan. Sebagai pertukaran kepada pelaburan modal, anda perlu menawarkan peratusan pemilikan syarikat tersebut. Dengan ini ia
memberikan para pelabur kuasa yang terhad untuk mengawal syarikat dan berkongsi keuntungan mengikut peratusan pemilikan. Ia mungkin dalam bentuk dividen.
Uian 1

1. Jelaskan jenis-jenis perniagaan


2. Terangkan fasa start-up
3. Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.
4. Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia ada.

Ujian 2

1. Apa itu franchising?


2. Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.
3. Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.
4. Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

Bab 7 Rangkaian Usahawan

Pengenalan

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna
luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka.
Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran
rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

7.1 Apa Itu Rangkaian

Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang
mana syarikat asalnya membawa kepada rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari analisa
tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina melalui
pergaulan. Ini boleh dianalisa melalui pandangan konvensional berdasarkan kuasa yang mungkin ada pada syarikat.

7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian Yang Baik

(a) Kemudahan Mencapai (Accessibility)

Rangkaian adalah amat penting untuk usahawan mendapat sama ada sumber nyata atau tidak nyata secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber nyata adalah
sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk, harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran.
Manakala sumber tidak nyata adalah seperti sokongan moral, pimpinan dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan di dalam menjalankan
operasi perniagaan.
(b) Reputasi

Reputasi merujuk kepada kebolehan dimana usahawan mesti menunjukkan ciri kepimpinan atau cuba mempengaruhi di dalam membuat keputusan terhadap rakan rangkaian
lain, berdasarkan kepada pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik perhatian rakan ke dalam lingkaran rangkaian untuk memberikan
keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh mereka.

(c) Jangkaan/Pengharapan (Expectations)

Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai contoh, rakan rangkaian mungkin mengharapkan yang syarikat tersebut secara efektif
menentukan harga untuk banyak syarikat lain. Dengan kata lain, syarikat tersebut diandaikan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga apabila produk tersebut
berkurangan di dalam pasaran atau menurut kepada persaingan konvensional atau menetapkan piawai ethik yang tinggi dari yang lain.

7.3 Apa Itu Strategi Rangkaian?

Strategi bermaksud usahawan adalah seorang yang impikan masa hadapan dan mengambil langkah tertentu untuk mencipta masa hadapan tersebut. Strategi rangkaian
kemudian memperolehi perjelasan terhadap matlamat dan objektif yang usahawan ingin capai di dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya interaksi
dengan rakan rangkaian mereka dan menentukan cara tindakan terbaik yang perlu dilakukan. Ketika melakukan tindakan, adalah amat penting kepada usahawan untuk
memahami dimana mereka sekarang dan kemana mereka hendak tuju. Rangkaian yang berjaya adalah hasil dari perancangan betul dan berhati-hati dalam membangunkan
dan melaksanakan. Usahawan perlu mencari jalan dan cara untuk mencipta rangkaian yang baik dan memperolehi manafaat semaksima yang boleh darinya. Rangkaian
mestilah menjadi salah satu taktik utama dalam pemasaran untuk kebanyakkan profesional bebas dan pemilik perniagaan kecilan. Usahawan mesti menggunakan rangkaian
pusat pengguna (client-centered networking) untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan menyebarkan maklumat. Dalam jangka panjang, membina strategi
perniagaan akan menghasilkan ganjaran kepada usahawan dengan aliran pelanggan baru tetap selain memelihara pelanggan sedia ada.

7.4 Jenis Rangkaian

Terdapat dua jenis rangkaian iaitu rangkaian rasmi dan rangkaian tidak rasmi.

(a) Rangkaian Rasmi (Formal Networking)

Rangkaian rasmi adalah hubungan yang sedia ada diantara pelbagai orang yang mempunyai hubungan symbiotic dengan usahawan. Mereka yang mempunyai pertalian
rangkaian amatlah perlu bersedia untuk mengambil sikap inisiatif untuk mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi didalam belenggu
rangkaian. Setiap rakan di dalam lingkaran rangkaian mesti bersedia berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk memperolehi kelebihan bersama.

(b) Rangkaian Tidak Rasmi (Informal Networking)

Rangkaian tidak rasmi terjadi melalui hubungan semasa zaman kanak-kanak, rakan kepada salah seorang keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang sama. Ini
membolehkan usahawan berbincang mengenai perniagaan secara tidak formal tanpa perlu membuat temujanji.
Rangkaian tidak rasmi memberi peluang kepada usahawan untuk memperolehi maklumat baru atau pertukaran maklumat. Perkhidmatan yang didapati dari rangkaian tidak
rasmi selalunya percuma atau dengan bayaran yang minima. Selalunya rangkaian tidak rasmi membolehkan usahawan memperolehi sokongan pendapat, nasihat, moral dan
kewangan. Dengan sokongan tersebut ia dapat membantu usahawan memperolehi lebih keyakinan dan meningkatkan kebolehan mereka dalam membuat keputusan dan
mengurankan risiko perniagaan. Rakan dalam rangkaian tidak rasmi boleh melibatkan kawan, mentor dan profesional.

7.5 Pentingnya Rangkaian

(a) Membina Keyakinan (build confidence)

Dalam perniagaan, usahawan mungkin akan menghadapi keadaan yang tidak pasti, sebagai contoh: pelaburan, kerugian, persaingan dan produk yang tidak bolem menebusi
pasaran. Rangkaian yang baik boleh mengurangkan keadaan yang tidak pasti ini. Usahawan boleh memperolehi informasi yang boleh dipercayai mengenai peluang
pelaburan, pasaran saham dan produk pilihan. Rangkaian juga membantu usahawan untuk menghadapi perubahan di dalam persekitaran perniagaan seperti:

(i) Strategi pesaing bertukar

(ii) Pertukaran demographics

(iii) Pertukaran kepuasan pelanggan

(b) Mengurangkan Birokrasi (reduce bereaucracy)

Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Rangkaian boleh mengurangkan birokrasi di dalam membuat keputusan melalui:

(i) Mempercepatkan proses permohonan

(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain

(iii) Menghalang usahawan dari melakukan kesalahan yang sama berulang kali

(iv) Mengelakkan berlaku aktiviti-aktiviti tolak menolak dalam urusan yang dilakukan (Avoid passing the buck phenomenon) – contoh: bila kita pergi kaunter A,
org kat kaunter A suruh pergi ke kaunter C, dan org kat kaunter C pulak kata. “ini bukan kat sini, cuba pergi kaunter Z”…

(c) Meningkatkan Informasi (Increase Information)

Rangkaian akan meningkatkan reputasi usahawan dikalangan rakan mereka di lingkaran rangkaian, mereka akan tahu apa yang usahawan itu lakukan. Pada masa yang sama,
usahawan boleh mendapat informasi mengenai siapa yang boleh melakukan apa dan maklumat ini penting untuk usahawan itu berjaya.
(d) Membina Kepercayaan (develop trust)

Kepercayaan adalah faktor yang paling penting apabila membuat rangkaian. Dengan kepercayaan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan bersedia memberikan perhatian
yang lebih terhadap produk atau perkhidmatan yang usahawan sediakan. Kepercayaan juga akan memberikan motivasi kepada orang untuk mempromosikan produk atau
perkhidmatan usahawan tersebut dari mulut ke mulut.

(e) Wujud Situasi Tanggungan (Exist Dependent Situation)

Kejayaan seseorang mungkin datang dari sumbangan orang lain. Mungkin kejayaan anda datang dari sumbangan orang lain. Manusia memang sering kali bergantung kepada
orang lain. Oleh itu, apa yang kita lakukan mestilah memberi manfaat kepada yang lain. Setiap orang mesti mempunyai semangat simbiotik. Oleh itu, konsep ‘give and take’
adalah satu kemestian untuk membina hubungan rangkaian yang baik.

(f) Sumber Kreativiti (Source of Creativity)

Rangkaian juga merupakan sumber kepada kreativiti untuk usahawan menjalankan perniagaan. Kumpulan yang berlainan di dalam lingkaran rangkaian akan membantu
membina idea baru untuk mencipta produk atau perkhidmatan baru, dan cara baru menghasilkan produk dan pemasaran. Sebagai tambahan, rakan di dalam lingkaran
rangkaian akan menyediakan peluang perniagaan yang baru. Semua idea ini mungkin datang dari kawan, rakan sekerja, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan pelbagai
sumbangan dari pelbagai rakan di dalam lingkaran rangkaian membolehkan usahawan untuk:

(i) Meningkatkan kualiti produk

(ii) Meningkatkan pengedaran

(iii) Meningkatkan teknik pengeluaran

(iv) Meningkatkan teknik yang lebih baik ‘khidmat lepas jualan’

(v) Mencadangkan cara baru mempromosikan produk (barangan)

7.6 Bagaimana Untuk Menubuhkan Strategi Rangkaian Untuk Usahawan

Terdapat tiga cara untuk usahawan menubuhkan strategi rangkaian seperti:

(a) Cipta Perancangan Yang Baik (Create Good Planning)

Usahawan perlu mempunyai perancangan yang baik untuk mencapai kejayaan di dalam proses keusahawanan dan pengurusan. Setiap perancangan mesti bermula dengan
menanya soalan pada diri sendiri mengenai cita-cita yang ingin dicapai, kekuatan, kelemahan dan apa yang anda ingin capai dengan menggunakan rangkaian.
(b) Tanya Diri Sendiri (Ask Yourself)

Setiap usahawan perlu tahu apa yang ingin dicapai di dalam melakukan rangkaian. Usahawan harus bertanya pada diri sendiri mengenai apa yang dikehendaki dan berapa
banyak hubungan rangkaian yang diperlukan di dalam satu bulan. Kemudian anda harus kenal pasti pelanggannya, keuntungan jenis yang ingin diperolehi di dalam
perniagaan dan apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada yang lain.

(c) Belajar Teknik Rangkaian (Learning Networking Technique)

Sebagai usahawan, anda perlu mengenali perhubungan yang relevan untuk anda masuk seperti persatuan perniagaan, sukan dan komputer. Kemudian anda mesti membuat
satu usaha untuk menghadiri mesyuarat atau keramaian, yang mana akan memberikan manfaat kepada peniagaan anda. Anda harus mengumpul segala maklumat yang
berkaitan dan mengenali lebih ramai orang yang mempunyai perniagaan yang sama seperti anda.

7.7 Usahawan dan Rangkaian

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan yang lain. Di sini dinyatakan strategi untuk membina rangkaian
yang efektif:

 Bersedia untuk mendengar


 Bersedia untuk bertolak ansur
 Kemahiran di dalam memberikan keyakinan
 Sangat suka kepada keamanan

Apabila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan memperolehi sedikit idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain
dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang berhajat untuk mempunyai strategi rangkaian yang baik mesti mempunyai kualiti ini. Sebarang kegagalan untuk
membina rangkaian yang baik akan melibatkan:

 Kenaikan kos
 Membuat masa
 Membuat sumber syarikat
 Merosakkan reputasi usahawan
 Merosakkan reputasi syarikat
 Menghasilkan dilema

7.8 Strategi Gabungan Rangkaian (Strategic Networking Consolidation)


Strategi ini adalah teknik yang digunakan di dalam membina hubungan diantara usahawan dan orang lain untuk membina rangkaian yang baik. Hubungan yang baik dengan
orang lain boleh membantu kita membuat perubahan positif. Strategi ini juga boleh membantu usahawan untuk mengatasi perubahan yang berlaku. Strategi adalah seperti di
bawah:

(a) Strategi untuk Gabungan Rangkaian

Strategi ini adalah teknik untuk membina hubungan diantara usahawan dengan orang lain yang mempunyai kemahiran berniaga dan sesiapa yang akan terlibat di dalam
perniagaan di masa hadapan. Sebagai tambahan, usahawan mesti melakukan ikhtiar untuk menyimpan orang lain di dalam ingatan walaupun mereka tidak terlibat di dalam
sebarang peniaga waktu itu. Terdapat banyak cara untuk membina strategi gabungan rangkaian. Antaranya adalah:

 Lawatan
 Ikut serta penjumpaan formal atau informasi
 Berikan cenderamata
 Hantar kad
 Hantar kad ucapan taniah
 Hantar kad ucapan takziah
 Kad jemputan
 Surat
 Balas surat
 Kad perniagaan
 Email
 Facsimile
 Telefon

(b) Strategi untuk Membina Keyakinan Diri

Usahawan mesti menunjukkan kebolehan mereka, keperibadian (personality) dan kemahiran apabila tanggungjawab diberikan kepada mereka. Mereka juga harus
menunjukkan sikap bertanggungjawab dan memastikan orang yang telah memberikan mereka tanggungjawab itu berpuas hati dan dengan ini mereka akan diberi lebih
tanggungjawab di masa hadapan. Apabila kita membuat perubahan kita mesti bertanggungjawab untuk melakukannya sebaik mungkin, dengan itu idea kita tidak akan gagal.
Sedikit perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:

 Berkebolehan melakukan sesuatu yang orang lain tidak boleh lakukan


 Berkebolehan menyelesaikan masalah yang orang lain tidak boleh selesaikan
 Berkebolehan menghasilkan idea yang berguna apabila dikehendaki
 Berkebolehan untuk menunjukkan yang kita boleh bersaing dengan yang lain
 Berkebolehan untuk membuat penjelasan (tafsiran/penerangan)
 Berkebolehan menunjukkan yang kita menjadi tempat rujukan pada orang lain
 Mesti sentiasa betul dalam membuat sebarang keputusan
 Membuatkan seseorang berasa selesa atau gembira apabila berkomunikasi dengan kita
 Pernyataan atau pengucapan tidak menunjukkan yang kita seorang pemimpin yang cuba mendominasi mereka
 Berkebolehan untuk mengawal nada suara apabila berbual
 Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain
 Selalu bersedia bercakap benar
 Bersedia untuk menerima pendapat orang lain
 Bersedia untuk menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka
 Menerima nasihat orang dan memberi nasihat kepada orang lain
 Berkebolehan mengawal diri sendiri
 Fleksibel
 Sanggup memberi dan menerima (give & take) apabila berlaku konflik

Strategi seperti ini boleh membantu usahawan untuk mengatasi banyak hal peribadi yang tidak memuaskan dan membolehkan anda untuk menjalankan perniagaan sebaik
mungkin dengan orang yang terlibat sama.
7.9 Teknik Untuk Membina Keyakinan Di Kalangan Usahawan

Sebagai usahawan, anda mesti mempunyai keyakinan dari kebanyakkan orang. Orang akan lebih berkeyakinan dengan usahawan tersebut sekiranya ia boleh menunjukkan
kebolehannya untuk melakukan kerja dengan baik. Terdapat sedikit strategi yang boleh memberikan anda keyakinan diri:

(a) Berkomunikasi secara efektif dan dengan penuh keyakinan

Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan informasi dan data yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar pendapat anda mungkin
mempunyai pendapat yang berlainan. Hadapi perubahan dengan penuh keyakinan dan bersedia untuk bercakap mengenai sebarang masalah dan idea untuk menyelesaikan
masalah yang ada.

(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain

Orang akan yakin dengan anda apabila mereka tahu anda boleh melakukan tugas yang telah diamanahkan. Sebagai usahawan, anda perlu membuktikan yang anda
berkemampuan untuk menguruskan sebarang perubahan dan memberikan panduan kepada orang lain untuk menghadapi perubahan tersebut.

(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain

Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila anda bersedia untuk membantu orang lain, mereka akan sentiasa mengingati anda. Anda boleh memberi
panduan kepada orang yang menghadapi masalah terhadap perubahan yang berlaku.

(d) Selalu bersikap adil

Sekiranya anda tidak bersikap adil, ia akan memusnahkan rangkaian yang telah anda bina. Oleh itu, elakkan dari tidak berlaku adil semasa memberi nasihat, begitu juga
apabila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan di dalam kumpulan.

(e) Selalu bersedia untuk mengakui kesalahan sendiri

Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Oleh itu apabila anda melakukan kesilapan bersedia untuk mengakuinya. Dengan tindakan ini, ia menunjukkan anda seorang
yang jujur pada padangan orang lain. Anda juga harus bersedia bertanya mengenai apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanya soalan yang bertujuan untuk menguji orang
lain. Apabila anda mengeluarkan idea anda kepada orang lain, anda perlulah bersedia menghadapi perubahan. Ini kerana anda mungkin akan menerima lebih banyak idea.
Anda harus membuat keputusan yang baik.

(f) Tunjukan semangat berpasukan

Kita juga harus senantiasa menganggap diri kita sebahagian dari kumpulan dan memastikan orang lain berasa juga berasa begitu. Elakkan menyendiri atau menyisih orang
lain. Kita mesti bersikap mesra dengan semua rakan dalam kumpulan untuk mengetahui perasan mereka terhadap organisasi. Dengan ini kita boleh bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah dan membuat sebarang perubahan baru.
(g) Berkeyakinan dengan orang lain (kita yakin dengan kebolehan orang lain)

Apabila kita menunjukkan keyakinan kita terhadap orang lain, mereka juga akan cenderung mempercayai kita. Salah satu cara untuk menunjukkan bukti kita adalah dengan
bersedia berkongsi maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang akan terima idea kita dan kerjasama dari mereka akan mudah diperolehi.

7.10 Halangan Di Dalam Membina Strategi Rangkaian

Terdapat 5 halangan utama yang perlu usahawan elakkan di dalam membina strategi rangkaian yang efektif. Sekiranya kita gagal melaksanakan strategi rangkaian yang
efektif, kita akan gagal untuk menerima perubahan. Yang pertama, usahawan perlu mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut
adalah:

(a) Emosi

Halangan boleh berlaku dari kekurangan (kecacatan) emosi di dalam sifat, keperibadian dan ego yang ada pada usahawan. Halangan ini akan mencipta ruang sosial yang
akan memisahkan usahawan dengan orang lain. Ruang sosial akan menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Halangan emosi
disebabkan oleh elemen atau kekurangan di dalam keperibadian usahawan tersebut.

 Kebangkitan secara agresif


 Ketakutan
 Ucapan yang berbau mengkhianati memperlihatkan kecenderungan negatif kepada kuasa prinsip kepimpinan
 Cuai dalam melakukan aktiviti
 Pemikiran dan perlakuan yang kelihatan seperti menyatakan satu cadangan lebih baik dari cadangan yang lain
 Keangkuhan (arrogance)
 Kemunafikan (kepura-puraan)
 Kearah menjadi kesempurnaan tetapi melakukannya terlalu ekstrim
 Seorang pemimpin yang tidak tahu anggapan mengenai adat
 Tidak pernah tepati masa
 Enggan mengaku kesalahan sendiri
 Tidak sudi memberi perhargaan kepada kebolehan dan kemampuan orang lain

(b) Fizikal

Halangan fizikal mungkin timbul dari usahawan yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri atau sikap tidak keperihatinan beliau mengenai tingkah laku dan cara
pemakaian. Usahawan yang mempunyai masalah mengenai tingkah lakunya sendiri, akan gagal menyakinkan rakan sekerja. Ini kerana mereka merasakan usahawan tersebut
tidak berupaya utnuk mengurus organisasi dengan baik. Rakan sekerja ini akhirnya cenderung menerima sebarang perubahan yang dicadangkan oleh usahawan tersebut. Di
bawah disenaraikan tingkah laku fizikal yang akan menjadi halangan untuk membina strategi rangkaian.

 Pakaian tidak sesuai


 Penampilan fizikal kelihatan seperti seorang yang tidak sihat atau kepenatan
 Kurang atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan
 Tingkah laku yang sering gelisah
 Tingkah laku atau ucapan yang menunjukkan kurangnya keyakinan
 Habit yang mengelak dari memandang mata (elak eye contact) secara terus semasa bercakap
 Wajah yang tidak mesra
 Pergerakkan badan yang salah (body language) semasa berkomunikasi dengan orang lain
 Percakapan dengan nada yang tidak tepat

(c) Psikologi

Faktor dan keperibadian akan mempengaruhi tata rupa psikologi seorang usahawan dan akhirnya akan mengganggu kebolehannya untuk membina strategi rangkaian.
Halangan psikologi akan mempengaruhi usahawan untuk berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh; sekiranya usahawan seorang yang suka menyendiri, beliau akan
menghadapai masalah untuk membina rangkaian yang efektif. Usahawan yang mempunyai psikologi yang seimbang akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk
mendapat inspirasi dan keyakinan serta mempunyai peluang yang besar untuk membawa perubahan yang bermakna kepada organisasi. Seseorang yang tidak mempunyai
keseimbangan akan memperlihatkan pengaruh yang tidak baik dan akan menghadapi masalah memperolehi sokongan.

Halangan psikologi:

 Kegelisahan/kegugupan
 Tidak boleh membuat keputusan
 Masalah emosi yang dihasilkan dari perasan yang kuat seperti kebencian atau kemarahan terhadap orang lain
 Kesunyian/keseorangan
 Kekecewaan/kegagalan
 Kegagalan mencapai cita-cita
 Keseganan/pemalu
 Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan
 Keinginan untuk menjadi istimewa (mengatasi yang lain)
 Obsessive passion
 Tidak berkebolehan membincangkan masalah

(d) Kelakuan

Cara kita berkelakuan boleh menentukan sama ada kita rapat atau jauh dari orang lain. Kelakuan yang baik akan menolong kita menghasilkan perubahan yang baik.
Kelakuan yang tidak baik termasuklah:

 Memfitnah orang lain


 Cuai dalam membuat keputusan
 Selalu hendak menjadi yang pertama
 Sering menganggu orang lain
 Membuatkan orang lain rasa seperti dibodohkan
 Berpura-pura tahu semua perkara
 Berfikir dan bertindak seolah-olah beliau tidak akan melakukan kesilapan
 Keengganan menerima pendapat
 Tidak menghargai sumbangan orang lain

(e) Pengucapan/Pernyataan (expressions)

Pengucapan boleh membantu membina strategi rangkaian dan juga boleh merosakkan rangkaian yang baik. Cara kita memperlihatkan diri kita adalah amat penting. Apabila
kita gagal untuk memperlihatkan diri kita, kita mungkin dengan mudah menyinggung orang lain. Memperolehi sokongan mereka dalam rangkaian akan menjadi sukar.
Pengucapan yang perlu dielakkan adalah:
 Pengucapan yang menunjukkan kekuasaan
Contoh: “Anda mesti siapkan kerja ini”

“Kenapa anda tidak pernah membuat kerja yang diberi”, “Jangan buat apa yang aku buat, tetapi buat apa yang aku suruh”

 Pengucapan yang berupa mengusik atau ejekan, Contoh: “Kerja yang mudah macam ini pun awak tak boleh siapkan dalam dua hari”, “Dia tidak tahu apa-apa
pun, tetapi berlagak macam tahu semua apabila dihadapan pemimpin”

 Pengucapan yang menunjukkan sifat yang komplek yang kurang baik (memburukkan diri sendiri). “Sebagai seorang yang cuai dan malang, saya rasa saya tidak
boleh membuat perniaggan ini”. “Orang macam saya ni, siapalah yang sudi nak tolong dalam perniagaan”

 Pengucapan yang menunjukkan perangainya ego. “Saya yakin saya boleh melakukan kerja ini kerana saya mempunyai 10 tahun pengalaman”

Sebagai usahawan, beliau perlu mengelakkan diri dari 5 halangan ini apabila membina strategi rangkaian. Dengan keyakinan melaksanakan pengetahuan yang ia ada,
usahawan akan boleh membina rangkaian yang efektif untuk berjaya dalam perniagaan. Rangkaian seperti ini akan memberi banyak kelebihan kepada usahawan dan juga
orang lain di dalam rangkaian. Usahawan yang bersemangat untuk mencapai cita-cita melalui rangkaian yang baik akan memahami yang beliau TIDAK boleh bekerja keras
untuk menguasai orang lain. Sebagai ganti, adalah penting untuk mencari kerjasama dan kesepakatan kepada semua yang terlibat dan sebarang situasi dimana perubahan
perlu dilakukan, buah fikiran rakan lain perlu diambil kira. Melayan rakan sekerja atau rakan sejawat dengan pertimbangan dan rasa hormat akan menghasilkan keputusan
yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung mereka ke dalam pengajuan(submission).

BAB1
1 Sebutkan empat aspek asas di dalam keusahawanan.

4 aspek asas di dalam keusahawanan itu terdiri daripada;

5) Penglibatan di dalam mencipta sesuatu proses yang baru yang mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

6) Memerlukan kesetiaan terhadap masa dan usaha yang dilakukan.

7) Sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

8) Menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan àkebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

1. Apakah 10 mitos keusahawan?


1 Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir

2 Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta

3 Usahawan selalunya seorang pencipta

4 Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial)
5 Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”

6 Kesemua usahawan memerlukan wang

7 Semua usahawan bergantung kepada nasib

8 Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan

9 Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.

10 Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

3 Bincangkan kepentingan keusahawanan.


 Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
 Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
 Melibatkn perubahn kpd struktur perniagaan n masy. Perubahn ini disertai oleh pertumbuhn n peningkatn pengeluarn.
 Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) utk melabur di dalam peluang baru yg dicipta.
 Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dlm dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru
tercipta n mengurangkan kadar pengangguran.
 Melalui proses kreativiti n innovasi mencipta produk baru n memberikan perkhidmatan utk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk or
perkhidmatan yg diperlukan oleh pengguna. Di dlm menghasilkan produk n perkhidmatan yg baik, mereka akan mencari kaedah yg >baik untuk memaksimakan
sumber n mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masy akan mendapat produk n perkhidmatan yg >baik pada harga yg >murah.
 Membantu memperbaiki kehidupan berjuta manusia melalui produk n perkhidmatan baru yg diperkenalkan kpd pasaran.
 Individu yg bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

4 Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.


 Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dgn pedagang asing.
 British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir n disektor pertanian, kaum Cina
berkerja dilombong n berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina >kedepan dlm soal perniagaan berbanding dengan
kaum lain.
 Selepas kemerdekaan.. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) n Wawasan 2020, semua pihak mengalakkn n memberi
sokongn terhadap pembangunn keusahawann di M’sia.
 Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan n memberikan pengiktirafan kpd keusahawann kerana mereka boleh menyumbang kpd
pembangunan negara. Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunn Keusahawann sebagai badan yg mengawal n mempromosi pembangunn keusahawann
di M’sia.
 Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan n Koperasi.

5 Siapakah usahawan?
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yg berusaha utk mengatur, mengurus n mengambil risiko di dlm perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg menggunakan carian
dgn maksud tertentu, perancangan teliti n pertimbangan yg sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dgn optimistik n komited, usahawan bekerja dgn kreatif utk
memperolehi sumber baru n memperbaharui sumber yg lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan utk mencipta keuntungan.”
6 Nyatakan evolusi keusahawanan
Zaman permulaanà Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak
perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam
urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan
pedagang.
Zaman pertengahanà Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak
menanggung sebarang risiko.
Abad ke 17à Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah
ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah
seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Abad ke 18àUsahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai
contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20à Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali
sebagai usahawan.
Abad ke 21à Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya.

Bab 2
1 Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?
– Inisiatif dan bertanggungjawab
– Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada
pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

– Komitmen yang tinggi


– Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

– Orentasi Peluang (kesempatan)


– Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

– Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)


– Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.

– Keyakinan dan Optimistik


– Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini
berdasarkan kepada keadaan sebenar.

– Kreatif dan Inovatif


– Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti
boleh dipelajari.

– Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)


– Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka.

– Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)


– Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

– Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)


– Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka.

– Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)


– Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.

– Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)


– Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.

– Toleransi terhadap Kegagalan


– Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.

– Lebih Bertenaga(High level of Energy)


– Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.

– Semangat Berpasukan (Team Building)


– Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
– Berdikari (Independent)
– Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

– Fleksibel
– Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan
suasana perniagaan.

2 Adakah seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya? Kenapa?
Boleh, ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian yang telah dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya. Ini kerana semua ciri yang
dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri yang positif.

3 Apakah maksud “mempunyai komitmen yang tinggi untuk usahawan”?


Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.
Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

4 Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian “menilai diri sendiri”?
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh
menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh mengetahui
tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan.

5 Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan


Ahli perniagaan kecil-kecilan, betul ke? Tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Sebahagian ahli
perniagaan mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil


àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga

àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

Usahawan
àMemulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi seperti yang
dikehendaki

àRisiko yang sederhana

à Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh orang lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

5 Siapakah dia peniaga kecilan? Berikan contoh spesifik?


Ahli Peniagaan Kecil
àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga
àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

1. a. Bincangkan perbezaaan diantara pengurus konvenstional dan usahawan.

Pengurus Konvensional
àSangat mengikut peraturan dan pantang larang

àSensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran

àAmat memerlukan sambutan (penerimaan)

àBoleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan dengan teliti

Usahawan
àMelihat peraturan hanya sebagai panduan

àKonsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah putus asa

àMempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh manipulasi dan menpergunakan orang lain

àTidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka menurut kata hati.

Bab 3
1. 1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?
Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan
permasalahan yang tidak tetap.

1. 2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.

e) Pengumpulan PengetahuanàPerlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini
melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar
profesional atau bengkel dan sebagainya

f) InkubasiàPembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini
boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau
sedang meditasi

g) IdeaàJalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-
kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.
H) PENILAIAN DAN PELAKSANAANÀMENUKAR IDEA TERSEBUT MENJADI REALITI. INI MERUPAKAN
SATU FASA YANG SUKAR KERANA IA MEMERLUKAN KEBERANIAN, DISIPLIN, KEYAKINAN YANG TINGGI
DAN KETEKUNAN.

1. 3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan untuk pengumpulan pengetahuan.
 Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang
yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya.

1. 4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.


 Menukar idea tersebut menjadi realiti.
 Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.
 Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan.
 Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang
terakhir.
 Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

1. 5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?


a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)
Kepercayaan yang kita tidak kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)


Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal.

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)


Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti.

d) Tekanan (Stress)
Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan
mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif.

1. 6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?


 Brainstroming
 Analogi Paksaan (Forced Analogy)
 Do it
 Peta Minda (Mind Mapping)
 Kumpulan Nominal (Nominal Group)

1. 7. Terangkan singkatan DO IT.


DO IT singkatan untuk:

D à Define problem (kenal pasti masalah)

O à Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik kreatif)

I à Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)

T à Transform (lakukan)

1. 8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?


 Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non
linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.
 Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu proses.
 Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya
dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini,
jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

1. 9. Apa itu kumpulan nominal?


 Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli
kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas.
 Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian.
 Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

10 Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif


 Seorang yg merendah diri (humble) n bangga diri (proud) dalam waktu yg sama.
 Perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yg sangat objektif mengenainya.
 Berani utk mencuba idea yg baru.
 Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.
 Kombinasi seorang yg suka bermain (playfulness) n seorang yg disiplin or seorang yg bertanggungjawab n tidak bertanggungjawab.
 Mempunyai kawalan diri yg baik.
 Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa n membuat pertimbangan di dlm membuat sebarang keputusan
 Sanggup mengambil risiko yg telah dikenal pasti.

11 Apa itu inovasi?


 Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya
melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi.
 Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik.

12 Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi


 Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.
 Perluasan (Extension) – Penambahan or tambahan kpd produk, perkhidmatan or proses yg sedia ada.
 Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-
bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.
 Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk or aplikasi yang baru dengan mengambil kira
beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.

13 Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi


 Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse
 Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.
 Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah
mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.
 Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet.

14 Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru, perkhidmatan dan proses?
i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri
Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah or peluang dari berbagai sudut.
ii) Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam
mencipta sesuatu yang unik.
iii) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

15 Apakah halangan untuk inovasi?


a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif

b) Tidak cukup sumber

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan

d) Takut untuk mencuba (fear to trying)

e) Takut untuk melakukan kesilapan

f) Motivasi yang salah (improper motivation)

g) Takut kepada perubahan

h) Takut kepada kegagalan (fear to fail)

i) Tidak percaya pada diri sendiri

16 Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.


a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan

b) Untuk meneroka pasaran baru


c) Untuk mengguna sumber asli

BAB 4

Ujian 1
1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?
2. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
3. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
4. Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?
5. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
6. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
7. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?
8. Kenapa usahawan perlu mengetahui mengenai politik dan undang-undang yang dibuat berdasarkan di mana operasi syarikat akan dijalankan.
9. Beri contoh dari isu global yg pengusaha perlu tahu.
10. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru?
11. Apakah rupa bentuk perubahan teknologi?
12. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
13. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
14. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
15. Apakah faktor-faktor peluang?

Ujian 2

BAB 5
Ujian 1
1. Berikan definasi pelan perniagaan
2. Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan
3. Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?
4. Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?
5. Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Ujian 2
1. Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan perniagaan?
2. Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk kepada bahagian 5.4 di dalam modul
 Executive Summary
 Analisis Pasaran
 Organisasi dan Pengurusan
 Strategi Pemasaran dan Penjualan
 Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)
 Permohonan Pembiayaan
 Kewangan
 Lampiran (appendix)
1. Apakah itu analisis pasaran?
2. Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran dan penjualan?
3. Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?
4. Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

BAB 6

Ujian 1
Jelaskan jenis-jenis perniagaan

1. Terangkan fasa start-up


2. Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.
3. Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia ada.

àDefinasi Start-up
Merupakan syarikat yg baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka
kerana:

 Banyak usahawan memulakan perniagaan baru utk diri mereka sendiri.


 Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yg diperolehi dari wang simpanan sendiri or meminjam dari pihak lain.
 Usahawan yg memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai byk pengalaman, pengetahuan, kemahiran n minat terhadap bidang yg mereka ceburi.
 Perniagaan yg bermula dari awal selalunya terlibat d’dlm hasil ciptaan produk or perkhidmatan baru.

àKelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada


 Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan utk memulakan perniagaan.
 Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah utk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.
 Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori n senarai pemiutang yg sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pd hari pertama perniagaan diambil
alih.
 Pasaran utk produk or perkhidmatan telah sedia ada.
 Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yg dipercayai, reputasi kpd pemberi modal n mempunyai
rangkaian perhubungan yg berguna.
 Pelan perniagaan & aedah pemasaran telah sedia ada.
 Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.
 Byk masalah yg telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
 Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.
 Persaingan yg kurang persaingan (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yg wujud sekiranya anda membuka perniagaan
dari mula.

àKelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada


1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yg banyak sebagai pendahuluan n kena membuat bajet utk bayaran khidmat pakar seperti peguam
(solicitors), pengukur (surveyor), akauntan n sebagainya.
2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat utk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati or berunding semula mana-mana perjanjian or kontrak yg telah ditangani oleh
pemilik yg lama.
4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yg tak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda tahu kenapa pemilik nak menjual
syarikat tersebut.
5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar or tidak sehaluan dgn pengurus n pekerja sedia ada.
6. Produk Kuno – Inventori n peralatan mungkin tlh lama (tak boleh dpakai lagi)
7. Hutang yg tak dpt diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yg ada di dlm senarai kemungkinan tak akan membayar hutang mereka.

Ujian 2
1. Apa itu franchising?
2. Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.
3. Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.
4. Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

àfaktor kritikal yg perlu diambil kira utk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)


2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
3. Jangkaan penjualan n keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa start-up
4. Kesediaan produk pd kedua-dua fasa (prestartup & startup)
5. Kesediaan pengguna pd kedua-dua fasa

Anda mungkin juga menyukai