Anda di halaman 1dari 4

BACHELOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MAY 2019

MPU 3112

HUBUNGAN ETNIK
(Laporan reflektif)

NAMA : HELINA KASTURI


MATRICULATION NO : 760311145226001
IDENTITY CARD NO. : 760311145226
TELEPHONE NO. : 0162532581
E-MAIL : helinakasturi@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : PJ LEARNING CENTRE
MPU3112

1) APAKAH YANG ANDA PELAJARI UNTUK SUBJEK HUBUNGAN


ETNIK?
Subjek hubungan etnik telah memberi saya kesedaran terhadap perpaduan di
kalangan kaum . Dimana konsep asas antara masyarakat serta budaya dapat
dikekalkan melalui kesefahaman yang dapat dilakukan jika terdapat penghargaan
bersama di antara setiap kaum dan kewujudan toleransi dalam kehidupan
seharian. Seterusnya, saya juga dapati bahawa hubungan etnik dapat disatukan
dengan menghormati sistem Perlembagaan Malaysia, Sikap imaginatif dan
prasangka terhadap pentadbiran politik patut dielakkan sesama kita. Oleh itu, saya
dapati konsep segregasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang
membentuk toleransi antara etnik kearah menghasilkan perhubungan sosial dalam
kehidupan seharian.

2) PERASAAN DAN PENGALAMAN SUBJEK HUBUNGAN ETNIK


Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa bangga untuk mempelajari subjek
Hubungan Etnik. Ini kerana ,melalui subjek ini saya dapat marasakan bahawa
sesebuah Negara yang aman dan damai hanya dapat dibina melalui persefahaman
antara setiap kaum atau bangsa yang berbeza hidup didalam persekitaran yang
sama . Selain hidup dalam persekitaran yang sama saya rasa sikap bertolak ansur
dengan tidak mencaci sesebuah kaum dalam apa jua suasana harus ditanamkan
dalam diri setiap orang. Saya merasainya apabila saya dapat bergaul bersama
rakan-rakan berbagai bangsa dan agama semasa belajar serta tempat bekerja.
Sebagai rakyat Malaysia saya rasa Hari Kemerdekaan merupakan satu peringatan
bagi setiap rakyat Malaysia bahawa kemenangan kita dari British tidak dapat
diperolehi tanpa gabungan kaum Melayu, India dan Cina. Selain itu, melalui
Wawasan 2020 serta dalam Rancangan Malaysia ke9 banyak cadangan telah
dikemukakan untuk memastikan hubungan kaum-kaum di Malaysia dapat
dieratkan lebih lagi. Oleh itu, integrasi sosial dapat saya rasakan dengan kadar
yang cukup tinggi apabila saya lihat di tempat-tempat awam seperti kedai mamak,
sesuatu perayaan, majlis perkahwinan serta jamuan rumah terbuka. Saya juga

1
ingin menekankan bahawa konsep 1Malaysia di bawah kepimpanan Dato’ Sri
Najib Tun Razak telah berjaya menyatupadukan berbilang etnik. Keunikan
pelbagai kaum dapat hidup bersama, serta hormat menghormati cara hidup,
kepercayaan serta kehidupan seseorang.

3) APAKAH CADANGAN SAYA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI


PEMBELAJARAN KURSUS INI?
Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Semangat patriotisme
merupakan semangat yang dapat memupuk setiap individu. Semangat ini harus
dipupuk serta ditanamkan dalam jiwa setiap anak-anak sejak kecil lagi. Tugas
ibubapa sangat penting kerana anak-anak akan melihat cara mereka menghormati
setiap bangsa di Negara kita dan akan mencontohi ibubapa mereka. Malahan,
sejarah Negara sepatutnya diserapkan didalam anak-anak mereka melalui bahan-
bahan yang dapat menunjukkan bagaimana setiap kaum telah memainkan peranan
masing-masing dalam kemerdekaan serta pembangunan Negara ini. Selain itu,
guru-guru juga tidak harus ditepikan dalam isu ini kerana merekalah harus
membimbing pelajar-palajar yang berbilang kaum di sekolah mereka. Mereka
harus melayan setiap pelajar dengan adil dengan apajua kaum pelajar mereka .
Sekolah harus melibatkan pelajar yang berbilang kaum disekolah tersebut tanpa
meminggirkan kaum-kaum tertentu. Kerajaan boleh memperkenalkan bahasa-
bahasa kaum lain sebagai satu subjek kapada semua kaum dan bukan sahaja
mengalakkan bahasa Malaysia. Cara ini setiap pelajar akan dapat mempelajari
sedikit sebanyak mengenai bahasa ibunda kaum lain. Mereka juga dapat
berinteraksi bersama-sama apa jua pelajar berlainan bahasa. Selain itu, institusi-
institusi juga harus menekankan semangat patriotisme ini di kalangan mahasiswa
dan mahasiswi. Kerajaan sepatutnya mengambil hubungan etnik ini sebagai satu
isu semasa yang dapat membina Negara kita. Ia juga harus diberikan tumpuan
yang lebih dan tidak mengunakannya sebagai kepentingan politik masing-masing.
Apabila semua ini diambil sebagai satu isu yang serius malah penting maka segala
provokasi dapat dielakkan dalam usaha membina Negara yang mempunyai
semangat Patriotisme dikalangan rakyat jelata. Program Rukun Tetangga harus

2
MPU3112

dijadikan satu aktiviti setempat yang sangat penting di setiap tempat perumahan
dan bukan sahaja sesetempat. Program ini merupakan satu usaha yang dapat
membawa jiran berbagai kaum untuk bergabung dan menjaga keselamatan serta
keharmonian di seluruh tempat tinggal mereka.

Anda mungkin juga menyukai