Anda di halaman 1dari 24

Buaya adalah reptila bertubuh besar yang hidup di air.

Secara
ilmiah, buaya meliputi seluruh spesies anggota suku
Crocodylidae, termasuk pula buaya sepit (Tomistoma schlegelii).
Meski demikian nama ini dapat pula dikenakan secara longgar
untuk menyebut ‘buaya’ aligator, kaiman dan gavial; iaitu kerabat-
kerabat buaya yang berlainan suku.

Buaya umumnya menghuni habitat perairan tawar seperti sungai,


danau, rawa dan tahan basah, namun ada pula yang hidup di air
paya seperti buaya muara. Makanan utama buaya adalah
haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptila dan
mamalia

Dalam bahasa Inggris buaya dikenal sebagai crocodile. Nama ini


berasal dari penyebutan orang Yunani terhadap buaya yang
mereka saksikan di Sungai Nil, krokodilos; kata bentukan yang
berakar dari kata kroko, yang berarti ‘batu kerikil’, dan deilos yang
berarti ‘cacing’ atau ‘orang’. Mereka menyebutnya ‘cacing
bebatuan’ karena mengamati kebiasaan buaya berjemur di tepian
sungai yang berbatu-batu.
Binatang ini memiliki rahang yang sangat kuat, dimana ia dapat
menggigit dengan kekuatan luar biasa. Ini menjadikan buaya
sebagai haiwan dengan kekuatan gigitan yang paling besar.
Tekanan gigitan buaya ini tidak kurang dari 5,000 psi (pounds per
square inch) atau ia setara dengan 315 kg/cm²). Ini jika dibuat
perbandingan dengan kekuatan gigitan Anjing Rottweiler yang
hanya 335 psi sahaja. Gigi-gigi buaya runcing dan tajam dimana
ia amat berguna untuk memegang mangsanya.

Buaya lazimnya akan menyerang mangsanya dengan cara


menerkam sekaligus menggigit mangsanya itu dan kemudian
menariknya dengan kuat dan tiba-tiba ke air. Ini disebabkan otot-
otot di sekitar rahangnya berkembang baik sehingga dapat
mengatup dengan amat kuat mangsa dalam mulutnya. Mulut
yang telah mengatup demikian juga amat sukar dibuka. Akan
tetapi sebaliknya berlaku dimana otot-otot yang berfungsi untuk
membuka mulut buaya amat lemah.
Para saintis buaya selalu melilitkan pita perekat besar beberapa
kali atau mengikatkan tali getah di hujung muncong buaya. Ini
dilakukan semasa saintis hendak membuat penelitian mengenai
buaya tersebut dengan mengikat bahagian mulutnya dengan
selamat. Kuku buaya amat kuat dan tajam tetapi sebenarnya
dibahagian lehernya amat kaku sehingga buaya tidak begitu
mudah menyerang ke kiri-kanan atau menyerang di belakang.

Makanan buaya secara semulajadi dalam habitatnya adalah


seperti ikan, burung, mamalia dan kadang-kadang juga buaya lain
yang lebih kecil atau bangkai buaya dewasa. Reptilia ini
merupakan jenis haiwan pemangsa yang akan menyerang
dengan 'serang hendap' dimana ia akan menunggu mangsanya
haiwan darat atau ikan mendekat, lalu menerkamnya dengan
tiba-tiba. Sebagai haiwan yang berdarah dingin maka predator ini
dapat bertahan cukup lama tanpa makanan dan jarang benar-
benar perlu bergerak untuk memburu mangsanya. Meskipun
nampaknya lembab namun buaya merupakan pemangsa hebat
dimana ia boleh menyerang ikan yu dan lembu yang besar. Ada
juga buaya yang mengangakan mulut ditepi sungai berjemur dan
burung datang masuk mulut buaya untuk makan tetapi apabila
mulut buaya 'ngap' maka settlelah buaya yang kelaparan itu.
Buaya mengawan dan akan bertelur dimana masa ini buaya
amat sangat agresif dan mudah menyerang manusia atau haiwan
lain yang mendekatinya. Di musim bertelur buaya amat buas
menjaga sarang dan telur-telurnya dan merbahaya untuk didekati.
Induk buaya betina umumnya menyimpan telur-telurnya dengan
membenamkannya di bawah longgokkan tanah atau pasir
bercampur dengan perca daun dan ranting. Induk tersebut
kemudian menunggu sarang telur dari jarak sekitar antara 2
meter dan amat garang.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal daripada
bahasa Arab, iaitu arnab[1] (‫)أرنب‬. Perkataan "kelinci" pula lebih
banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal daripada
bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak
arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada
perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau
Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang
baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae"
pula berasal daripada perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa
Latin.

Bermacam-macam jenis arnab tinggal di kawasan padang


rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah lembap mengikut
kesesuaian dengan spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab
tinggal dalam sarang bawah tanah yang dimasuki melalui lubang,
tetapi berbeza pula dengan arnab dalam genus Lepus yang
bertempat tinggal di atas tanah dengan kawasan rumput yang
rata sebagai sarang. Kebanyakan spesies arnab tinggal secara
berkelompok.

Arnab merupakan mamalia bersaiz kecil atau sederhana,


mengikut spesiesnya, iaitu sekecil Brachylagus idahoensis yang
panjangnya 25–29 cm dari kepala hingga ekor, dan beratnya
sekitar 300 gram, hingga sebesar Lepus europaeus yang
mencapai kepanjangan 50–76 cm dan berat 2.5 hingga 5
kilogram.

Bulu arnab biasanya tebal dan lembut, berwarna perang, kelabu,


atau kuning pucat. Ekornya berbentuk segumpal kecil bulu
berwarna keperangan (berhujung putih bagi arnab ekor kapas).
Arnab liar tidak ketara perbezaannya dari segi kadaran tubuh
atau cara berdiri, dengan tubuh badan yang montok dan
berbentuk telur.

Arnab merupakan haiwan digitigrad, iaitu berjalan secara


menjengket. Arnab mempunyai sepasang kaki belakang berjari
empat yang panjang, dan kaki hadapan berjari lima yang lebih
pendek (termasuk kuku embun pada tapak kaki).Arnab
mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat. Tapak kakinya
berbulu supaya mudah mencengkam tanah ketika berlari, apatah
lagi dilengkapi kuku yang kuat di kesemua jari kakinya.

Arnab juga terkenal dengan telinga yang panjang dan boleh


digerakkan, serta deria pendengaran yang hebat sekali. Matanya
besar dan penglihatannya bagus pada waktu malam,
mencerminkan kehidupan arnab liar sebagai haiwan nokturnal
(berjaga malam) atau krepuskul (berjaga senja). Telinga arnab
yang sepanjang 10 cm (4 in) atau lebih, mungkin merupakan
kesan adaptasi untuk mengesan pemangsa.

Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan


perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk
bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu
biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing
yang penuh dengan nitrogen, untuk meningkatkan daya
pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah
perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan proteinnya
Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal
dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam
petak atau sangkar, ataupun diletakkan dalam tempat yang
selamat untuk berkeliaran atau bersenam, seperti ruang tamu.
Arnab boleh dilatih untuk menggunakan kotak jerami (untuk
membuang air) ataupun menyambut panggilan orang. Arnab bela
jinak yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya ditempatkan
dalam sangkar di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal
dalam sangkar di luar pada waktu siang untuk mendapatkan
udara segar dan cahaya matahari, kemudian dibawa masuk pada
waktu malam. Arnab dalam genus Lepus jarang sekali dijadikan
haiwan belaan.

Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk


daging sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah,
Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab
masih dijual dalam pasar dan kedai daging di United Kingdom,
tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar
tani dan juga Borough Market yang terkenal di London, di mana
bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung
bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain.[25] Daging
arnab pernah dijual secara besar-besaran di Sydney, Australia,
tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang
diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi
arnab buas.
Harimau (Tulisan Jawi: ‫ ;هريماو‬Panthera tigris) (juga dipanggil
harimau belang atau pak belang) merupakan spesies binatang
terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus
Panthera, dan anggota famili Felidae.Harimau yang berasal dari
Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan
maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah
panjang 3.3 metre (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).
Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang
dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap
yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah
kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri


dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke
padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya.
Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan
berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan
habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu
mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan
di dunia yang paling padat kependudukan manusianya,
menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan
manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden
sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya
digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau
terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga
kegiatan memburu.

Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan


memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan
terdapat banyak mangsa. Harimau Benggala tinggal di semua
jenis hutan, termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar
hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta Ganges;
hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding
singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana
penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal
tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing
besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai berenang; harimau
sering ditemui mandi dalam kolam, tasik dan sungai. Berbeza
dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau
mencarinya secara aktif. Semasa waktu panas hari, harimau
sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air.

Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal


(selain singa). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang
berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih
melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang,
kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk
dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain
(di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia
berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain).
Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang.
Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh
itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu,
seperti mana cap jari digunakan untuk mengenal pasti orang.
Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana
sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin
sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk
membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-
telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil
menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak
belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti
spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang
kedua-dua belah telinga harimau.

Harimau boleh mengawan bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi


bulan November hingga April menjadi pilihan kebanyakan haiwan
ini. Seekor harimau betina hanya membuka dirinya kepada
pasangan selama beberapa hari, dan ketika inilah pengawanan
kerap berlaku. Sepasangan harimau bersanggama dengan kerap
dan bisingnya, seperti jenis kucing yang lain. Tempoh
kebuntingan harimau adalah selama 16 minggu, kemudian
menghasilkan seperinduk tiga atau empat anak harimau yang
beratnya 1 kilogram (2.2 lb) seekor dan lahir dalam keadaan buta
dan lemah. Ibu harimau bersendirian melindungi anaknya dengan
melindunginya jerumun seperti belukar dan rekahan batu. Bapa
harimau pula biasanya tidak berbuat apa-apa pun untuk menjaga
anak-anaknya. Harimau jantan yang tiada pertalian saudara juga
boleh membunuh anak harimau semata-mata untuk membukakan
hati harimau betina, kerana harimau betina boleh beranak lagi
dalam masa 5 bulan sekiranya kehilangan anak-anak yang
sebelumnya.
Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga
Elephantidae dan order Proboscidea. Secara tradisional, terdapat
dua spesies yang diakui, iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana)
dan gajah Asia (Elephas maximus), walaupun beberapa bukti
menunjukkan bahawa gajah semak Afrika dan gajah hutan Afrika
merupakan spesies yang berbeza (L. africana dan L. cyclotis).
Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan, dan
Asia Tenggara. Elephantidae adalah satu-satunya keluarga
daripada order Proboscidea yang masih ada; keluarga lain yang
kini sudah pupus termasuk mammoth dan mastodon.

Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan


tinggi yang dapat mencapai 4 m (13 ka) dan jisim hingga 7,000 kg
(15,000 lb). Gajah mempunyai ciri-ciri khusus, dengan yang
paling mencolok adalah belalai yang digunakan untuk banyak
perkara, terutamanya untuk bernafas, menyedut air, dan
mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang
dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk memindahkan
benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu
mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang
lebih besar dan punggung yang cekung, sementara telinga gajah
Asia lebih kecil dan punggungnya cembung.

Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai


habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Gajah cenderung
berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies kunci kerana
impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan lain cenderung
menjaga jarak daripada gajah, dan pemangsa seperti singa,
harimau. dubuk, dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah
muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan keluarga,
yang terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau
beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya.

Gajah adalah haiwan darat terbesar di dunia. Tinggi gajah Afrika


lebih kurang 3–4 m (10–13 ka) dan jisimnya berbagai-bagai
antara 4,000–7,000 kg (8,800–15,400 lb), sementara tinggi gajah
Asia adalah 2–3.5 m (7–11 ka) dan jisimnya 3,000–5,000 kg
(6,600–11,000 lb). Baik pada gajah Asia mahupun Afrika, gajah
jantan lebih besar daripada gajah betina. Di antara gajah-gajah
Afrika, gajah di hutan lebih kecil daripada gajah di savana.
Rangka gajah terdiri daripada 326–351 tulang. Tulang
belakangnya terhubung dengan persendian yang erat, sehingga
membatasi fleksibilitas tulang tersebut. Gajah Afrika mempunyai
21 pasang rusuk, sementara gajah Asia mempunyai 19 atau 20
pasang.
Gajah tergolong dalam keluarga Elephantidae, satu-satunya
keluarga dalam order Proboscidea yang masih wujud. Saudara
terdekat yang masih ada meliputi sirenia (dugong dan lembu laut)
dan hyrax; gajah berada dalam klad yang sama, iaitu klad
Paenungulata dalam superorder Afrotheria. Gajah dan sirenia
juga tergolong dalam klad Tethytheria. Secara tradisional,
terdapat dua spesies gajah yang diakui, iaitu gajah Afrika
(Loxodonta africana) dan gajah Asia (Elephas maximus). Gajah
Afrika mempunyai telinga yang besar, punggung yang cekung,
kulit yang lebih berkerut, kawasan perut yang miring, dan dua
sambungan seperti jari di hujung belalai.

Telinga gajah Asia lebih kecil, punggungnya cembung, kulitnya


lebih halus, kawasan perutnya mengufuk dan kadang-kadang
melengkung di tengah, dan hujung belalainya hanya mempunyai
satu sambungan. Tonjolan di gigi geraham gajah Asia lebih
sempit bila dibandingkan dengan geraham gajah Afrika yang
berbentuk seperti berlian. Gajah Asia juga mempunyai benjolan di
bahagian dorsal kepalanya dan tanda depigmentasi di kulitnya.
Secara umum, gajah Afrika lebih besar daripada gajah Asia.

Telinga gajah mempunyai dasar yang tebal dan hujung yang


nipis. cuping telinga gajah, atau pina, mempunyai sejumlah
saluran darah yang dipanggil salur darah kapilari. Darah yang
hangat mengalir ke saluran darah kapilari, sehingga membantu
mengeluarkan panas tubuh yang berlebih. Ini berlaku ketika pina
berada pada posisi diam, dan gajah dapat mengeluarkan lebih
banyak panas dengan mengibaskan cuping telinganya. Semakin
luas permukaan telinga, semakin banyak jumlah saluran darah
kapilari, sehingga lebih banyak panas yang dapat dikeluarkan.

Belalai adalah gabungan hidung dengan bibir atas, walaupun


pada tahap janin bibir atas dan belalai masih terpisah. Belalai
gajah panjang dan dikhususkan agar dapat dengan mudah
digerakkan. Belalai mempunyai lebih kurang 150,000 fasikel otot,
tanpa tulang dan sedikit lemak.

Gading gajah merupakan pengubahsuaian gigi kacip di rahang


atas. Gading tersebut menggantikan gigi susu ketika gajah
berumur 6–12 bulan dan tumbuh dengan laju pertumbuhan
sekitar 17 cm (7 in) per tahun. Gading yang baru tumbuh
mempunyai lapisan enamel yang kemudian akan luntur. Dentin
pada gading dipanggil gading dan pada penampang lintangnya
terdapat pola garis yang berselang-seli, yang menghasilkan
kawasan berbentuk berlian. Sebagai jaringan yang hidup, gading
sendiri agak lembut; gading gajah lebih kurang sekeras mineral
kalsit.
Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan
kelas burung. Itik kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil
daripada saudaranya iaitu joyinah dan angsa, dan boleh ditemui
di air tawar dan laut.Itik dipelihara untuk daging atau telurnya. Di
Malaysia, negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang.Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata
dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan
seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil,
cacing dan moluska kecil.

ITIK (Ducks) merupakan sejenis haiwan daripada keluarga


Anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian)
yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air
tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada
kumpulan angsa. Saya dapati itek ini diternak bertujuan untuk
mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara
didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air
sebagai keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan
berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan
bau kuat serta bunyi bising dan kuat apabia bergerak
berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakan untuk
menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek
yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia,
serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah
makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Penternakan itek di
Malaysia banyak terdapat dibeberapa negeri di Malaysia dimana
ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum
Cina seperti di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Itik
mempunyai daya tahan hidup yang tinggi dan tidak mudah
diserang penyakit.
Itik perlu diberi makan dengan jumlah yang mencukupi untuk ia
membesar dan seterusnya mampu mengeluarkan telur itik.
Persoalan yang kita perlu tahu adalah kuantiti dan kekerapan
untuk memberi makan itik agar ia mencukupi. Saya juga banyak
lihat itik yang lapar akan mengigit bahagian belakang itik lain
sehingga berdarah. Warna darah merah ini juga akan
menyebabkan itik-itik lain akan mengigit sehingga boleh
menyebabkan kecederaan serius dan boleh menyebabkan
kematian kepada mangsa. Jika anda menggunakan makanan
yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur
memerlukan 140 - 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah
dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 - 200
gm sehari.