Anda di halaman 1dari 54

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER


SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING
DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
PENGAJIAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
PENGAJIAN
KEJURUTERAAN
MEKANIKAL

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
Malaysia.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-404-4
KANDUNGAN
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Aluan ix
Pendahuluan 1
Panduan Pelaksanaan BSTEM 3

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran :


Sistem Pengangkat Beban
Pengenalan 7
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 11
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 13
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 15
Lampiran:
A Rajah sebab dan Akibat 20
B Rajah SMART 21
C Rajah Analisis SWOT 22
D Contoh Kandungan Laporan Projek 23
E Ujian Pra 24
F Ujian Pasca 25
G Lembaran Kerja Murid 26
H Rubrik Penilaian Prototaip 28
I Exit Card 33
Rujukan
Penghargaan
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii
KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian


Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan
Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan
kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017
merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat pra
sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM di
semua peringkat.

BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan
membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan
kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang
disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta
yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai
visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi kepuasan dan
motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam bidang STEM.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM,
PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix
PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan


minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah


membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali
sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik
(BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan
sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri
BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017
BSTEM 2016 BSTEM 2017

Pengajian Pengajian
Pengajian
Biologi Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Awam
(Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.)
(Sek. Men.) (Sek. Men.)

Grafik Komunikasi Reka Bentuk dan


Fizik Sains Rumah Tangga
Teknikal Teknologi
(Sek. Men.) (Sek. Men.)
(Sek. Men.) (Sek. Men.)

Kimia Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan


(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Matematik
Matematik Sains Pertanian
Tambahan
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
(Sek. Men.)
Reka Cipta Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Reka Bentuk dan Pembelajaran


Sains Komputer
Teknologi Bersepadu -
(Sek. Men.)
(Sek. Ren.) (Pra Sekolah)

1
Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.

Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi


menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.

BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi
tajuk lain dalam mata pelajaran ini.

2
PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang


melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran
melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu, Inisiatif Perkukuhan
STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan STEM dalam kalangan
murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang


menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi dua
contoh PdP untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Contoh PdP ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru untuk membina lebih
banyak aktiviti PdP STEM berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai.
Secara umumnya, setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran:
 Ujian Pra
 Ujian Pasca
 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian
 Exit Card
 Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan borang penilaian yang


disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip,
penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian
pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.

3
PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu dilalui oleh murid
adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti


Mengemukakan soalan
masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.
dan mendefinisi masalah

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber


Mencari dan mengumpul (temu bual, kajian, internet, media cetak dan lain-lain).
maklumat melalui inkuiri

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam


Merancang dan bentuk inkuiri.
menjalankan penyiasatan

4 Murid menggunakan pemikiran matematik dan


Menganalisis dan komputasional dalam membentangkan data supaya
menginterpretasi data boleh difahami, digunakan serta dikongsi bersama.

5 Membina penyelesaian Murid menstrategi dan merangka pelan penyelesaian.


dan mereka bentuk Murid mereka cipta dengan mengulangi proses/ kaedah
penyelesaian secara sistematik untuk menambahbaik produk.

6 Murid membentangkan produk dengan justifikasi


Mempersembahkan
produk berdasarkan evidens. Rakan lain diberi peluang untuk
berkomunikasi dengan memberikan komen membangun.

7 Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan


Menambah baik produk
masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM


dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang
harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya menjadi lebih
berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP STEM bagi

1Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan
Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KPM

4
setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah 2.
1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar.
2. Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai
bagi tujuan di atas.
FASA
SEBELUM 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi
PdP
PdP.
4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan
peralatan yang diperlukan. Memilih tempat dan tarikh
yang sesuai bagi PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set


induksi bagi mencetus minda murid dan menarik
pelibatan murid.
7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis
panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini.
FASA
SEMASA 8. Menggalakan murid menjana idea semasa
PdP perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian
masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalan-
soalan yang telah disediakan guru semasa Fasa
Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian


murid/ kumpulan.

10. Mentadbir Ujian Pasca.


FASA
SELEPAS 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
PdP dilaksanakan.

12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang


akan datang.

Rajah 2: Langkah Umum Pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan dengan impak yang tinggi dalam memberi peluang dan galakan kepada
murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

5
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran:
Sistem Pengangkat Beban

TOPIK: SISTEM DAN MEKANIK


1. Pengenalan

Projek mini pembinaan pengangkat beban dilaksanakan selepas atau sebelum murid
mempelajari topik Mekanik dan Komponen Mekanikal tingkatan 4. Aktiviti ini
menggunakan pendekatan Project Based Learning (PjBL). Murid didedahkan dengan isu
atau masalah berkaitan penggunaan tenaga, masa dan kos untuk suatu aktiviti dalam
sektor industri dan mereka perlu mencadangkan idea penyelesiaan untuk menangani
masalah yang diberikan dengan menghasilkan satu model. Murid mengaplikasikan
pengetahuan tentang mekanik dan komponen mekanikal disamping mengintegrasikan
nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta suatu produk untuk kebaikan sejagat.
Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah sebanyak 7 jam bergantung kepada
kreativiti dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikannya dengan situasi sekolah, murid dan
faktor lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan,
ruang kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat menggalakkan
murid menghasilkan model yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima. Berikut
adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru disepanjang aktiviti ini:

SESI 1 (2 jam PdP)


Sebelum PdP  Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
khabar, majalah, artikel, video atau imej berkaitan
penggunaan tenaga, masa dan kos yang diperlukan untuk
kerja pengendalian bahan dalam sektor industri.
(Kata kunci: penggunaan tenaga, masa dan kos )
 Menyediakan borang pentaksiran pelajar (kertas Ujian Pra
dan Ujian Pasca : borang penilaian individu, lembaran kerja
murid, senarai semak kompetensi serta helaian penilaian
rubrik)

7
 Melaksanakan pentaksiran awal (ujian pra) ke atas murid.
Semasa PdP  Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/
memberikan bahan rangsangan).
 Memberikan senario atau pernyataan masalah.
 Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
kepada murid melaksanakan projek ini.
 Pemudahcara kepada murid mengenal pasti fokus dan punca
masalah dengan membuat analisis kaedah sebab dan akibat.
(Lampiran a)
 Pemudahcara kepada murid melaksanakan proses sumbang
saran dan menjana idea untuk menyelesaikan masalah
dengan menggunakan kaedah Specific, Measurable,
Achievable, Realistic & Time (SMART). (Lampiran b)
 Pemudahcara kepada murid mendapatkan idea
menghasilkan model pengangkat beban berdasarkan analisis
fokus dan punca masalah.
 Pemudahcara kepada murid menghasilkan lakaran idea
berlabel model pengangkat beban.
 Pemudahcara kepada murid menganalisis dan memilih
lakaran idea pengangkat beban yang terbaik dalam
menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan tenaga,
masa dan kos yang efektif menggunakan kaedah Strength,
Weakness, Opportunity, Threat (SWOT). (Lampiran c)

 Murid mengenal pasti dan mendapatkan bahan keperluan


Selepas PdP untuk membina model bagi sesi PdP yang seterusnya.
 Murid menyediakan lukisan terperinci reka bentuk model gabi
kumpulan masing-masing.

8
SESI 2 (4 Jam PdP)
 Murid menyediakan bahan keperluan untuk membina model
Sebelum PdP bagi sesi PdP yang seterusnya.

 Pemudahcara kepada murid membina model berfungsi


pengangkat beban berdasarkan lukisan terperinci reka
Semasa PdP
bentuk yang telah ditentukan.
 Pemudahcara kepada murid menguji keberkesanan model
i) Berfungsi atau tidak
ii) Berkesan dalam menyelesaikan masalah atau tidak
 Murid membuat penambahbaikan terhadap model dan
pengujian semula.
 Murid mengumpul data bagi menyediakan laporan
pembentangan model pengangkat beban berfungsi (laporan
bertulis, persembahan multimedia dan lain-lain mengikut
kreativiti masing-masing)

Selepas PdP  Murid menyediakan laporan, ulasan model berfungsi murid.


 Murid membuat persediaan persembahan

SESI 3 (1 Jam PdP)


Sebelum PdP  Murid menyediakan peralatan dan keperluan untuk
pembentangan (model berfungsi, komputer riba, projektor
Sesi 3 dan lain-lain) mengikut kreativiti masing-masing.

Semasa PdP  Murid membuat persembahan berkumpulan berdasarkan


model berfungsi masing-masing.
 Menggalakkan kritikan berhemah dan idea penambahbaikan
dalam kalangan murid dan memastikan murid jelas dengan
konsep dan justifikasi STEM bagi penambahbaikan.
 Guru mengumpul semua produk murid.
 Melaksanakan petaksiran akhir (ujian pasca/ rubrik/ senarai
semak/ exit card).
 Murid mengemaskini laporan lengkap berdasarkan
penambahbaikan yang telah dicadangkan semasa
pembentangan dan perlu dihantar kepada guru dalam
tempoh 1 minggu.

Selepas PdP  Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan


penambahbaikan untuk PdP seterusnya.
 Menyemak laporan murid yang telah diterima. Menyimpan
beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan contoh/
pameran pada Minggu Sains dan Matematik/ Hari
Kokurikulum/ Bengkel Sains.

9
Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dengan
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Aliran Pelaksanaan Aktiviti Murid Melaksanakan Kempen Kesihatan (Rajah 1)

1. MENGENAL PASTI FOKUS MASALAH

2. MENGUMPUL & MENGANALISIS MAKLUMAT


(Rajah Sebab & Akibat)

SESI 1 3. MENJANA IDEA-IDEA REKA BENTUK MODEL BERFUNGSI (CIRI)


(2 Jam PdP) (Analisis SMART)

4. MELAKAR IDEA-IDEA AWAL

5. MENGANALISIS & MEMILIH IDEA REKA BENTUK MODEL BERFUNGSI


(Analisis SWOT)

6. MEMBUAT LUKISAN MODEL TERPERINCI

7. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN, KOMPONEN DAN LAIN-LAIN


KEPERLUAN

SESI 2
(4 Jam PdP) 8. MERANCANG & MEMBINA MODEL BERFUNGSI BERDASARKAN IDEA
TERPILIH

9. MENGUJI KEBERKESANAN MODEL BERFUNGSI

TIDAK PROSES
BERJAY PENAMBAH
A BAIKAN
YA
10. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

CADANGAN
SESI 3 BERJAY PENAMBAHBAIKA
(1 Jam PdP) N

11. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Rajah 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan model berfungsi


pengangkat beban
10
2. Rancangan Aktiviti: Pengangkat Beban

Tingkatan: Tingkatan 4

Mata Pelajaran: Pengajian Standard 3.3 Mekanik


Kejuruteraan Kandungan: 5.1 Komponen
Mekanikal Mekanikal

Standard Pembelajaran: 3.3.2, 5.1.1, 5.1.2

Tajuk: Model berfungsi Pengangkat Beban

Tempoh (waktu): 7 jam (2 + 4 + 1)

Ringkasan Aktiviti: Senario:


Anda ialah seorang jurutera mekanikal yang bertugas di
sebuah kilang pembuatan. Peningkatan kos pengendalian
bahan yang semakin tinggi mula memberi kesan kepada
operasi kilang dan keuntungan syarikat.
Sebagai jurutera mekanikal di bahagian pengeluaran, anda
dapati Unit Pengendalian Bahan masih menggunakan
tenaga buruh sepenuhnya. Situasi ini menyebabkan proses
pemindahan bahan mentah memerlukan tempoh masa
yang lama, tenaga kerja yang ramai dan menyebabkan
keperluan kos operasi yang tinggi.
Pihak pengurusan syarikat telah memutuskan bahagian
anda perlu mencadangkan satu reka bentuk alat atau mesin
bagi tujuan penambahbaikan ke arah keberkesanan
tenaga, masa dan kos dalam pengurusan pengendalian
bahan.
Justeru itu, anda perlu mereka bentuk satu model berfungsi
mekanisme yang efisen bagi pemindahan bahan dari satu
tempat ke tempat lain.

11
Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai yang  Menghubungkaitkan masalah dengan konsep
murid perolehi setelah mekanik (daya, hukum newton, keseimbangan
melalui aktiviti ini? daya, momen) (ujian pra & pasca)
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
mereka bentuk kejuruteraan mekanikal dalam
menyelesaikan masalah. (rubrik)
 Melahirkan rasa tanggung jawab sosial dan
kemahiran kerjasama kumpulan. (rubrik)

Apa pengalaman baharu Pengalaman baru murid


murid setelah melalui  Membuat model berfungsi pengangkat beban
aktiviti ini?  Pengetahuan konsep mekanik
 Pengetahuan sifat-sifat bahan kejuruteraan
 Pengetahuan teknik penyelesaian masalah saintifik
 Nilai merekacipta dan menghargai alam sekitar
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
saintifik dalam menyelesaikan masalah sebenar.

12
3. Komponen Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.

Konteks:
/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad ke-21:


/ Kreativiti dan Inovasi

/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

/ Komunikasi dan Kolaborasi

/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya

/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:
Sains: Mengaplikasi konsep daya dan sistem hidraulik

Teknologi: Menghasilkan model pengangkat beban yang efisen

Kejuruteraan: Mereka bentuk model berfungsi pengangkat beban

Matematik: Mengira daya, momen dan had maksimum beban

13
Bahan Sumber:
Alatan & 1. Kertas keras (Mounting board)
Bahan yang 2. Beban pelbagai berat
diperlukan: 3. Alatan tangan
4. Alatan pengukuran
(Cadangan) 5. Picagari
6. Tiub getah
7. Gam
8. Lain-lain alatan dan bahan disediakan oleh kumpulan projek
masing-masing.

Sumber yang ○ Blog dan laman web *(pautan video)


disediakan ○ Surat Khabar
oleh guru: ○ Persembahan Powerpoint
○ gambar

14
4. Aktiviti PdP

Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

Sesi 1 (2 jam)

1. Menentukan Menduduki ujian pra Melaksanakan Set Ujian Pra


pengetahuan pentaksiran awal ke (Lampiran e)
sedia ada murid atas murid

2. Membuat Menonton video Mencetus minda Peka terhadap Borang Sebab


pemerhatian berkaitan aktiviti murid untuk isu dan dan Akibat
dan mengaitkan industri yang mengenalpasti isu masalah dunia (Lampiran a)
pengetahuan, melibatkan kerja dan penyelesaian sebenar.
kemahiran dan pemindahan beban masalah dengan set
nilai sedia ada yang berat induksi. (tayangan
dengan isu menggunakan jentera video/ memberikan
dunia sebenar atau robot untuk bahan rangsangan)
mengenal pasti isu
atau masalah yang
dipaparkan.

3. Meneroka dan Berbincang dan Memberikan senario Inkuiri/ projek/ Borang


mencari menyenaraikan fakta atau pernyataan penyelesaian Analisis
maklumat yang mereka sudah masalah berkaitan masalah dalam SMART
berkaitan tahu, ingin tahu dan aktiviti dalam sektor kehidupan (lampiran b)
penggunaan akan tahu berkaitan industri dengan sebenar.
tenaga, kos dan penggunaan masa, pengggunaan masa,
masa secara tenaga dan kos yang tenaga dan kos yang
efektif dalam paling efektif untuk tidak efisien.
sektor industri mengendalikan aktiviti
di industri. Merangsang murid
untuk mengenal pasti
Mendapatkan keadaan sedia ada &
maklumat untuk cadangan untuk
menyelesaikan menjadikan kerja di
masalah yang sektor industri lebih
diberikan. efisien dari segi
penggunaan masa,
tenaga dan kos.

15
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

4. Merancang kerja Mengenal pasti Mengedarkan Kerja Lembaran


pembangunan masalah berdasarkan lembaran kerja berpasukan Kerja Murid
reka bentuk senario yang aktiviti murid untuk yang produktif (Lampiran g)
produk dan diberikan dengan melaksanakan
mengagihkan membuat analisa projek. Mendapatkan
tugasan dalam menggunakan maklumat,
kumpulan untuk kaedah sebab dan Pemudahcara menilai dan
membangunkan akibat. kepada murid untuk berkomunikasi
model. (Rujuk lampiran a) mengenal pasti fokus tentang
dan punca masalah. maklumat
Membina idea/ tersebut.
cadangan Merangsang murid
penyelesaian untuk membentuk Mengemukakan
masalah dengan cadangan/ idea soalan dan
menggunakan penyelesaian mendefinisi
kaedah Specific, masalah masalah.
Measurable,
Achievable, Realistic Meningkatkan
Menggalakkan murid
& Time (SMART). kepekaan murid
mengintegrasikan
(Rujuk lampiran b). kepada isu dan
elemen kelestarian
masalah dunia
alam sekitar dalam
Menentukan sebenar.
membina cadangan
cadangan penyelesaian Mengumpul
penyelesaian masalah maklumat
masalah yang terbaik
untuk pembinaan Merangasang murid
model menggunakan untuk menentukan
kaedah Strength, kelebihan yang ada
Weakness, pada cadangan yang
Opportunity, Threat dipilih untuk
(SWOT). pembinaan model.
Rujuk lampiran c
Guru memantau dan
Menyediakan lukisan membimbing murid
terperinci reka bentuk untuk mencari
model. maklumat, sumber
dan bahan yang
Mengenal pasti diperlukan.
langkah kerja serta
menentukan bahan
yang diperlukan untuk
membina model.

16
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

5. Bekerja serta Memperincikan Melontarkan soalan Memerlukan


berkomunikasi beberapa model yang yang dapat murid memberi
secara berkesan dicadangkan melalui merangsang pelbagai
dalam kumpulan proses sumbang pemikiran murid jawapan/
untuk saran bersama ahli dalam mereka penyelesaian
menerangkan dalam kumpulan bentuk alat beserta
serta memilih untuk menggalakkan mengangkat beban. justifikasi.
cadangan pemikiran secara
penyelesaian kritikal dan analitikal. Menggalakkan Membina
masalah yang kritikan berhemah penjelasan dan
terbaik untuk Menjustifikasikan dan idea mereka bentuk
proses pilihan yang telah penambahbaikan penyelesaian.
pembinaan dibuat di antara dalam kalangan
model. beberapa cadangan murid dan
penyelesaian yang memastikan murid
dibina untuk jelas dengan konsep
menyelesaikan dan justifikasi STEM.
masalah yang
dinyatakan.
Sesi 2 (4 jam)

6. Membina model Memainkan peranan Membimbing murid Membina Membina


alat pengangkat secara aktif semasa menghasilkan model penjelasan dan model
beban menjalankan aktiviti pengangkat beban mereka bentuk berdasarkan
pembinaan model alat serta memastikan penyelesaian. lukisan
pengangkat beban murid mematuhi terperinci
secara berkumpulan. prosedur yang betul
semasa
Melakukan ujian ke menggunakan mesin
atas setiap bahagian dan peralatan di
model yang dibina dalam bengkel
untuk memastikan kejuruteraan.
kefungsiannya.
Mengawasi aktiviti
murid semasa
berada di dalam
bengkel agar
sentiasa mematuhi
peraturan
keselamatan yang
ditetapkan.

17
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

7. Troubleshoot Menguji kefungsian Memantau aktiviti Melibatkan diri Menguji


masalah yang dan membuat murid dan bertindak dalam keberkesanan
dihadapi penambahbaikan sebagai penasihat perbincangan model
semasa ujian terhadap keseluruhan dan pemudahcara. dan
kefungsian model sehingga perbahasan Rubrik
produk untuk berjaya. berdasarkan penilaian
memastikan eviden. model
model berfungsi Mengumpul data (Lampiran h)
dengan baik. berkaitan kefungsian Menggunakan
dan kebolehan model pemikiran
menyelesaikan matematik dan
masalah yang komputational
dinyatakan.
Sesi 3 (1 jam)

8. Membuat Setiap kumpulan Guru sebagai Melibatkan Senarai semak


dokumentasi berbincang dan fasilitator murid dalam laporan hasil
menentukan rumus inkuiri dan kerja
yang akan digunakan. penerokaan
terbuka Lampiran e
Murid membuat
rujukan dari pelbagai
sumber

9. Membentangkan Mempamerkan dan Guru menilai Memberi Lampiran g,


hasil projek membentangkan hasil prototaip pelbagai Bahagian E
dengan yakin prototaip tersebut berdasarkan rubrik jawapan/ (murid)
beserta kepada kelas untuk penyelesaian
justifikasi dan penilaian kreatif & inovatif
eviden yang berserta
kukuh justifikasi.

10. Menerima Murid dan guru Memberi Lampiran h


teguran dan digalakkan peluang Rubrik
kritikan dengan mengutarakan menambah baik Penilaian
baik dan soalan, ulasan dan idea atau untuk
berhemah serta kritikan berhemah produk pembentangan
membina soalan bagi (guru)
yang baik dan penambahbaikan
relevan projek

18
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

11. Menilai Murid menduduki Guru memberi ujian Ujian Pasca


pembelajaran ujian pasca pasca pembelajaran Lampiran f
mereka melalui
perbandingan
sebelum dan
selepas PdP

12. Membuat Murid membuat Guru memastikan Borang


refleksi diri penilaian rakan murid melengkapkan Penilaian
tentang sebaya dan penilaian Borang Penilaian Rakan Sebaya
pembelajaran kendiri. Rakan Sebaya Dan Dan Penilaian
mereka Penilaian Kendiri Kendiri
dalamPdP tadi Murid membuat serta Lampiran h
refleksi dengan
melengkapkan Exit Exit Card untuk Exit Card
Card membuat penilaian Lampiran i
dan refleksi PdP

Guru membuat
refleksi/ kesimpulan
dan menambah baik
PdP

19
Lampiran A

RAJAH SEBAB & AKIBAT (Fish Bone Diagram)

[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : ............................

PERALATAN BAHAN

FOKUS
MASALAH

MANUSIA KAEDAH
BAHAN

Murid mengekstrak informasi

20
Lampiran B

RAJAH SMART

[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : .............................

ANALISIS
BIL IDEA PENYELESAIAN JUMLAH
S M A R T

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

NOTA: S-Specific, M-Measurable, A-Achievable, R-Realistic, T-Time

21
Lampiran C

RAJAH ANALISIS SWOT

[CONTOH PDP 2: ALAT PENGANGKAT BEBAN]

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : ............................

KEKUATAN (STRENGTH) KELEMAHAN (WEAKNESS)

PELUANG (OPPORTUNITY) ANCAMAN (THREAT)

22
Lampiran D

CONTOH KANDUNGAN LAPORAN PROJEK


Biodata Ahli Kumpulan
Penghargaan
Abstrak
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai rajah
Jadual perancangan & perlaksanaan projek
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif projek
1.3 Skop projek

Bab 2 : Rekabentuk Struktur


2.1 Idea atau konsep rekabentuk
2.2 Elemen-elemen struktur rekabentuk
2.3 Analisa kekuatan dan kelemahan rekabentuk

Bab 3 : Pembinaan Projek


3.1 Langkah Kerja Menyiapkan Projek
3.2 Langkah kerja operasi
3.3 Had-had operasi

Bab 4 : Hasil Dapatan Projek


4.1 Analisis Data Dapatan
4.2 Pencapaian Objektif

Bab 5 : Kesimpulan &cadangan

Rujukan
Lampiran

23
Lampiran E

UJIAN PRA

[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


TAJUK : MEKANIK, SISTEM & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : ............................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Nyatakan teori asas hukum Gerakan yang diperkenalkan oleh Sir Isaac Newton? C1

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Apakah kepentingan pengetahuan tentang momen terhadap suatu reka bentuk? C2


________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Rajah 1 berikut menunjukkan satu binaan pengangkat beban. Jika beban yang
ditanggung sebanyak 300kg, tentukan nilai momen pada titik A

Rajah 1

24
Lampiran F
UJIAN PASCA

[CONTOH PDP 1: ALAT PENGANGKAT BEBAN]

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


TAJUK : MEKANIK, SISTEM & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : ............................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Sir Isaac Newton tela memperkenalkan teori asas hukum Gerakan. Nyatakan teori asas
berkenaan. C1

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Suatu reka bentuk produk yang melibatkan daya akan menghasilkan momen.
Terangkan kepentingan pengetahuan tentang momen tersebut? C2
________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Rajah 1 berikut menunjukkan satu binaan pengangkat beban. Jika beban yang
ditanggung sebanyak 300kg, tentukan nilai momen pada titik A

3m

2m 3m

250kg

Rajah 1

25
Lampiran G

LEMBARAN KERJA MURID


[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]

Tarikh:……………….. Sekolah:………………………. Tingkatan:……………….

Nama ahli Kumpulan:

(1) (3) (5)

(2) (4)

Objektif Pembelajaran:

Murid akan dapat:

 Mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar untuk melalui kehidupan yang


selesa
 Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tajuk mekanik dan system hidraulik
bagi mereka bentuk dan membina sebuah prototaip sistem pengangkat beban.
 Bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan.
 Menerangkan dan membentangkan reka bentuk sistem pengangkat beban.

A. Pencarian Fakta
Berdasarkan masalah yg diberi melalui senario dan video, kenal pasti fakta-fakta
yang berkaitan dengan penjimatan tenaga dan kos serta usaha dan cadangan
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

B. PerluTahu/ Isu pembelajaran (RAJAH SEBAB & AKIBAT)

Dengan bantuan fakta-fakta yang dikemukakan, apakah isu yang perlu anda
tahu dan isu pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk menyelesaikan
tugas anda?

C. Pelan Tindakan

Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti,
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan.

26
D. Penyelesaian yang dicadangkan (SMART & SWOT)

1. Melalui sumbang saran, cadangkan beberapa reka bentuk sistem pengangkat


beban yang mungkin dan lakarkan reka bentuk yang terbaik (berskala dan
berlabel)

2. Terangkan ciri-ciri sistem pengangkat beban yang direka bentuk berdasarkan


kriteria yang ditetapkan.

E. Pembentangan

1. Membina prototaip sistem pengangkat beban berdasarkan reka bentuk anda


menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
2. Menyediakan pembentangan (menggunakan ICT atau sebaliknya) untuk
menjelaskan pilihan bahan dan bagaimana reka bentuk prototaip anda menepati
sasaran.

27
Lampiran H

Rubrik Penilaian untuk Pengangkat Beban

[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]

Tarikh: ........................... Kumpulan:………………….................

Kategori 4 3 2 1 Skor

PENILAIAN KUMPULAN

Mengenal
Hanya
pasti fokus Menyatakan fokus Menyatakan dua Fokus masalah
menyatakan salah
masalah masalah iaitu dari tiga fokus yang dinyatakan
satu fokus
(borang sebab menyelesaikan isu masalah tenaga, berbeza daripada
masalah tenaga,
& akibat, tenaga, masa & masa & kos ketiga-tiga fokus
masa & kos
SMART dan kos dengan jelas dengan jelas sebenar.
dengan jelas
SWOT)

Hanya
Hanya
Menganalisis Data analisis yang menyatakan dua Data
menyatakan salah
maklumat lengkap dengan daripada tiga dipersembahkan
satu daripada tiga
(borang sebab punca masalah, perkara berikut: tanpa
perkara berikut:
& akibat, idea punca masalah, menggunakan
punca masalah,
SMART dan penyelesaian & idea borang yang
idea penyelesaian
SWOT) pemilihan idea penyelesaian & dicadangkan
& pemilihan idea
pemilihan idea
Lukisan
mempunyai label
dan dimensi
selain lengkap Lukisan memiliki
dengan lukisan kesemua ciri
Lukisan terperinci Lukisan terperinci
ortografik, yang diperlukan
mengandungi yang dihasilkan
lukisan ceraian, tetapi tidak
Lukisan sekurang- mengandungi
lukisan dipersembahkan
terperinci kurangnya empat salah satu
pemasangan dan menggunakan
daripada perkara daripada perkara
dipersembahkan lukisan terbantu
yang dinyatakan yang dinyatakan
dengan kemas komputer
serta
mengaplikasikan
teknologi
(CAD/lain-lain)

28
Kategori 4 3 2 1 Skor

PENILAIAN KUMPULAN
Agihan tugas
setiap ahli
dinyatakan
dengan jelas
Hanya dapat
beserta prosedur Menyediakan Perancangan kerja
Menyediakan menyediakan dua
kerja pembinaan salah satu perkara yang dihasilkan
perancangan daripada tiga
serta penting dalam tidak jelas dan
(langkah perkara penting
mempamerkan perancangan tidak
kerja) dalam
carta gantt atau kerja didokumenkan
perancangan kerja
menetapkan
tempoh masa bagi
suatu kerja atau
proses
Memilih alat yang
Memilih alat yang Memilih alat yang
Memilih alat yang kurang sesuai
kurang sesuai sesuai untuk
sesuai untuk untuk sesuatu
untuk sesuatu sesuatu kerja dan
sesuatu kerja dan kerja tetapi
kerja tetapi menggunakannya
menggunakannya menggunakannya
Penggunaan menggunakan alat dengan teknik
dengan teknik dengan betul.
peralatan tersebut dengan yang betul tetapi
yang betul serta Walau
betul serta tidak
mematuhi bagaimanapun
mengamalkan mengamalkan
prosedur langkah
langkah langkah
keselamatan. keselamatan tidak
keselamatan. keselamatan
diambil kira
Membuat Membuat
Membuat Membuat
pemilihan bahan pemilihan bahan
pemilihan bahan pemilihan bahan
yang baik dari segi dengan
dengan dengan
Pemilihan fungsi, kos, mengambil kira
mengambil kira mengambil kira
bahan mudah salah satu
tiga daripada dua daripada
diselenggara dan daripada empat
empat perkara empat perkara
bersifat mesra perkara yang
yang dinyatakan yang dinyatakan
alam dinyatakan
Menghasilkan Model berfungsi Model berfungsi Model berfungsi
model berfungsi dibina dengan dibina dengan dibina degan
Penghasilan dengan bentuk bentuk yg sama bentuk yg sama bentuk dan saiz
model dan saiz yg tepat tetapi hanya tetapi kebanyakan yang tidak
berfungsi seperti dimensi sebahagian dimensi tidak menepati dimensi
pada lukisan dimensi menepati menepati lukisan pada lukisan
terperinci. lukisan terperinci terperinci. terperinci

29
Kategori 4 3 2 1 Skor

PENILAIAN KUMPULAN

Model yang dibina


berfungsi
Berfungsi Model berfungsi
sepenuhnya serta Berfungsi
sepenuhnya sepenuhnya tetapi
berkesan untuk sepenuhnya
dengan tidak dapat
Keberkesanan menyelesaikan dengan memenuhi
memenuhi memenuhi ciri
Model masalah dari segi keperluan dua
keperluan satu yang diperlukan
menjimatkan daripada tiga ciri
daripada tiga ciri
tenaga, masa dan yang diperlukan
yang diperlukan
kos untuk sektor
industri

30
Kategori 4 3 2 1 Skor

PENILAIAN INDIVIDU

Menggunakan
aplikasi teknologi
Menggunakan
untuk
aplikasi teknologi
menghasilkan
untuk
bahan
menghasilkan
persembahan
bahan Persembahan Persembahan
(gambar/
persembahan dibuat tanpa dibuat tanpa
audio/video),
Persembahan (gambar/ menggunakan menggunakan
menyampaikan
audio/video), aplikasi teknologi aplikasi teknologi
maklumat dgn
menyampaikan dan kebanyakan dan dan hanya
bahasa yg mudah
maklumat dgn maklumat tidak menyampaikan
difahami, tetapi
bahasa yg mudah disampaikan sebahagian
suara tidak dapat
difahami, suara dpt dengan jelas. maklumat projek.
didengar dengan
didengar dgn jelas,
jelas dan
maklumat projek
maklumat projek
disampaiakn
tidak
dengan tersusun.
disampaiakan
dengan tersusun
Terlibat secara
aktif untuk
memberi
sumbangan
bermula dari
peringkat
perancangan
hingga penghsilan
projek.
Hanya terlibat Hanya terlibat Hanya terlibat
Fungsi dalam
Memberi secara aktif tiga secara aktif dua secara aktif salah
Kumpulan
kerjasama yang daripada empat daripada empat satu daripada
baik kepada ahli perkara yang perkara yang empat perkara
kumpulan untuk dinyatakan dinyatakan yang dinyatakan
mencari
penyelesaian
masalah.

Berupaya
memimpin
kumpulan untuk
merancang kerja
dengan baik

31
Kategori 4 3 2 1 Skor

PENILAIAN INDIVIDU

Menghasilkan Menghasilkan Menghasilkan Menghasilkan


laporan lengkap laporan lengkap laporan tetapi laporan yang
dan kemas dengan tetapi tidak kemas tidak kemas tidak memenuhi
Laporan akhir
kesemua perkara dengan kesemua dengan perkara-perkara
(penilaian
yang dinyataka perkara yang sebahagian yang
indv)
seperti lampiran d dinyataka seperti perkara yang dicadangkan
lampiran d dinyataka seperti seperti lampiran d
lampiran d

Skor Individu

Skor Kumpulan

Jumlah Skor

32
Lampiran I

EXIT CARD

NAMA :

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.

NAMA :

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.

NAMA :

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.

33
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) DALAM Pengajaran dan Pembelajaran. Putrajaya:
KPM

Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4 dan 5.
Semenyih: Technologies Sdn. Bhd.

Aplikasi sistem hidraulik (video) dicapai pada 18 Mac 2017 daripada


https://www.slideshare.net/ShukriSuib/mengaplikasikan-prinsip-sistem-hidraulik-dalam-
kehidupan-seharian

Sistem pengangkat beban (artikel) dicapai pada 20 Mac 2017 daripada


https://cindydevi.wordpress.com/2014/08/25/25-alat-angkut-yang-perlu-anda-ketahui/

34
PENGHARGAAN
PENASIHAT

Tuan Shazali bin Ahmad Pengarah


Bahagian Pembangunan Kurikulum
Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (STEM)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT EDITORIAL

Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan
Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik
Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Pendidikan Teknik & Vokasional
Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor Inovasi & Teknologi
Mohamed Zaki bin Abd Ghani Ketua Sektor Pendidikan Islam

Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial


Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Pendidikan Khas
Mohd Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Kesenian & Kesihatan
Hjh. Norashikin binti Hashim Ketua Sektor Prasekolah

PENULIS

Fazlin Binti Ibrahim Bahagian Pembangunan Kurikulum


Dr. Che Ghani bin Che Kob Universiti Pendidikan Sultan Idris
Faizal bin Bachok Kolej Matrikulasi Teknikal, Johor
Nurul Mukhlis bin Kostor Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
Cheah Hew Mee MDEC

35

Anda mungkin juga menyukai