Anda di halaman 1dari 2

Dong Jiao Zong Memang Rasis

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

MOHAMED KHALED NORDIN

Jarang saya sehaluan pandangan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi kali ini saya
bersetuju. Kenyataan beliau bahawa Dong Jiao Zong adalah pertubuhan rasis, sangat tepat dan
berasas.

Inilah pandangan terpendam kebanyakan parti politik, pertubuhan, individu berpengaruh dan
kebanyakan masyarakat Melayu. Sokongan kepada pandangan Tun Mahathir ini bersandarkan
kepada beberapa alasan.

Pertama, kalau kita semak, selama berpuluh-puluh tahun, pendidikan Cina di negara ini
dilaksanakan tanpa sebarang sekatan dari Kerajaan. Dari bahasa pengantar, kurikulum, kaedah
pengajaran dan segala-galanya, semuanya tiada elemen nasional dan kepentingan watan.
Semuanya adalah tentang pendidikan, budaya, citra dan aspirasi yang tidak selari dengan
kemajmukan Malaysia. Sekali pun begitu, kerajaan tetap memberi muka. Dana dan infrastruktur
dari kerajaan juga bertambah saban tahun.

Malangnya,barusahajaKerajaaninginmemperkenalkansetakat6mukasurat pendidikan seni khat


tulisan jawi dalam sukatan mata pelajaran bahasa Melayu, mereka melatah, melompat dan
dengan pantas melabelkan ikhtiar tersebut sebagai usaha Islamisasi yang sistematik.

Ternyata mereka tidak memahami apa itu Islamisasi. Mereka hanya hidup dalam kepompong
sendiri sehingga tiada secebis pun kefahaman tentang Islamisasi. Melabelkan pendidikan khat
sebagai Islamisasi adalah kenyataan yang xenophobic, Islamofobik malah ‘Melayufobik’.

Punca kepada penentangan melulu tersebut hanya satu - prejudis dan kebencian yang menebal
kepada Islam, Melayu dan warisan negara.

Kedua, mereka lupa mereka tinggal di Malaysia – tempat yang mereka gelar tanah air secara
berpilih-pilih dan bermusim. Negara ini adalah negara yang majmuk dengan multibudaya. Apakah
sangat jelik untuk belajar tentang budaya dan tradisi bangsa lain sebanyak 6 lembar dalam
tempoh 11 tahun tempoh sekolah kebangsaan? Sedangkan, manfaat besar latihan tanpa
peperiksaan tersebut mampu membenih kefahaman tentang kemajmukan Malaysia yang
meraikan kepelbagaian.

Ketiga,selama wujudnya Dong Jioa Zong ini,selama itulah saya tidak pernah mendengar
sumbangan mereka ke arah mengukuhkan pendidikan nasional. Yang hanya mereka perjuangkan
adalah pendidikan Cina dengan segala karakter kecinaannya. Bukan bersumberkan aspirasi
nasional.

Tidak pernah kita dengar sebarang kompromi, toleransi mahupun solusi kepada pendidikan
nasional. Yang ada, hanya kepentingan mereka yang langsung tidak boleh dibincangkan oleh
bangsa lain. Jika tidak, timbullah hujah penindasan, hujah hak asasi, hujah demokrasi yang sekali
lagi digunakan secara berpilih-pilih.

Terakhir, kepada mereka yang merasakan khat adalah sia-sia, ingatlah bahawa setiap ilmu itu,
penting dan bernilai. Warisan negara tidak akan pernah hilang nilai dan kepentingannya.

Sarjana Oxford yang tersohor, Keith Thomas turut mengungkapkan betapa "The position of non
STEM [science, technology, engineering, maths] subjects is seriously threatened."

Ini mengingatkan saya kepada amaran sarjana terkemuka Salters Sterling yang menyedarkan kita
bahawa, "Any government worth its salt must be every bit as concerned with the humanities as
with technologies.”

Fahamilah bahawa pendidikan bukan tentang melahirkan robot dan jutawan semata-mata. Ia misi
melahirkan insan terbaik untuk masyarakat dan negara.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar yang hanya dikerah menghafal segala macam rumus dan fakta
yang pelbagai tetapi sempit pemikiran dan kecil jiwanya. Kita ingin melahirkan manusia yang tidak
hanya memikirkan markah dalam peperiksaan tetapi berani bermimpi mengejar pelangi.

* Penulis ialah Naib Preside UMNO

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan
pendirian Utusan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai