Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

SK SENTOSA 2014

Bismillahhirrahmannirrahim

Bunga kecubung berwarna ungu


Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu

Yang dialukan,

1. Yg Berusaha En Fairuzzabadi b. Zamzuri – Guru Besar SK Sentosa, Kampar.


2. Yg Berusaha En. Ahmad Tarmizi b. Sharif, PK Pentadbiran SK Sentosa
3. Yg Berusaha Pn. Rohani bt Ahmad, PK HEM
4. Yg Berusaha En. Ahmad Suhaime b. Khalid, PK Kokurikulum
5. Para ibu bapa, tuan-tuan puan-puan, para hadiran dan seterusnya murid-
murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Aluan Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran


kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-
sama dalam Majlis Perjumpaan Ibu Bapa & Akujanji Murid Tahun 6, SK Sentosa
Tahun 2014.

Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi


terima kasih diatas kesudian tuan puan para ibubapa kerana dapat hadir pada
petang ini walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Semoga tindakan
dan sokongan yang diambil oleh ibu bapa pada petang ini dapat memberi impak
yang besar kepada anak-anak kita yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

1
Tetak buluh panjang tujuh
Buat menjolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon mendapat berkat

Para hadirin sekalian,


Bacaan
Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Tn.
Hj. Rosli b. Suhaime, untuk mengetuai bacaaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya.


Insya-Allah.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,


Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim
sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama
antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat
mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernasdaripada warga sekolah
mahupun para ibu bapa sekelian.
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi
mahupun ukhrawi..insyaAllah.

Adat bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Para hadirin sekalian,

UCAPAN Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis
ALUAN mempersilakan Yang Berusaha En. Fairuzzabadi b. Zamzuri, Guru Besar SK
GB
Sentosa untuk menyampaikan ucapan & Taklimat UPSR. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu
tadi.
Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi
renungan dan panduan untuk kita bersama.

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa bersama pihak sekolah.
Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga adalah amat
Sesi Soal Jawab dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak
lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada
tahun ini. Insya Allah.

2
Majlis petang ini diteruskan lagi, dengan sesi Bacaan Ikrar Lafaz Akujanji Murid-Murid
Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun 2014 ini. Lafaz Ikrar ini akan diketuai
oleh _____________________________________________.
Semoga apa yang dilafazkan oleh anak-anak kita tadi dapat dikotakan dan
direalisasikan.

Untuk pengetahuan para ibubapa, pihak sekolah bersama unit Bimbingan dan
Kaunseling telah mengambil inisiatif menempahkan satu lencana/pin lambang 5A.
Mohon anak-anak tahun 6 bergerak mendapatkan ibubapa masing-masing dan
mohon untuk ibubapa menyematkan lencana itu pada baju anak. Harapan dan Doa
kita untuk kejayaan anak.

Dengan berakhirnya majlis akujanji ini maka, maka berakhirlah sudah majlis kita
pada petang ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan
sepanjangmengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk
itudatangnya dari diri saya sendiri.

Tiada ucapan seindah kemaafan;


Tiada kemaafan semurni keikhlasan;
Tiada keikhlasan setulus kesyahduan;

Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan;


mencampakkan sauh pelayaran; dan merehatkan lelah kepenatan;

Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis aku janji yang indah permai ini,
Penutup dengan penuh harapan kita menyusun kalimat refleksi agar

penganjuran mengundang kesan;


perbelanjaan tidak dipersiakan;
pengetahuan sudi dikongsikan;
kesamarataan dalam pendidikan kita sama-sama perjuangkan

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB..

Kalau hendak bertani inilah batasnya,


Kalau hendak bertandak, inilah pentasnya,
Kalau hendak berperang, inilah medannya,
Kalau hendak menuntut ilmu, SK Sentosa inilah tempatnya.

Ramai orang menggali perigi,


Parang tajam tidak berhulu,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana ilmu..

3
4

Anda mungkin juga menyukai