Anda di halaman 1dari 1

Untuk itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) telah mentransformasi

profesion keguruan menjadi profesion pilihan pada masa hadapan dalam Anjakan ke-4 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Antaranya, hanya calon terbaik sahaja akan dipilih untuk
mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan meningkatkan syarat kelayakan
kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan
memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.
Selain itu, Kementerian juga berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020. Untuk tujuan tersebut,
Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru
cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid.
Di samping itu, guru juga boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi,
potensi, dan minat mereka. Peluang untuk kenaikan pangkat adalah setara tanpa mengira laluan kerjaya
yang dipilih. Kementerian juga akan memberikan tumpuan kepada usaha memastikan semua guru
menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu profesional berkaitan penjadualan
kurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi, dan pentaksiran berasaskan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai