Anda di halaman 1dari 2

Latihan Fartlek

Latihan fartlek ialah ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di
negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan
kepada pembinaan kepantasan atlit.

Aktiviti latihan ini berkaitan dengan pecutan, yang mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut
bertempo atau kadar tertentu yang biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan
maksima.

Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan
raya. Ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap
kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan disepanjang permukaan tanah yang berbeza.

Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tetapi mampu
mengelakkan kebosanan para atlit.

Objektif latihan

1. meningkatkan dayatahan kardiovaskular

2. membina dan meningkatkan kepantasan

Rasional

1. Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit

2. Membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan
kuasa eksplosif.

Prinsip latihan

1. Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan.
Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri.

2. Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa.
3. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging
dan berlari langkah panjang (striding).

4. Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.

Cara melaksanakan latihan fartlek

1. Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.

2. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan
dengan sekolah.

3. Mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, larian
zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.

4. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.

5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.