Anda di halaman 1dari 2

Di suatu hari yang indah, burung-burung berkicauan merdu di pepohon, arnab saling

berkejaran dan helang sedang sibuk mencari mangsa di Hutan Rimba. Ketika itu, Sang
Katak sedang mengenang nasib malangnya di sebuah paya.

Kasihan katak, sudah hampir mencecah 30 tahun, namun masih tiada bunga yang
disuntingnya.

Katak: Aduhai, malang sungguh nasib aku. Sudah berumur, tapi masih tiada teman di sisi.
Haih, bilalah jodoh hendaklah bertemu?

“Beginilah nasib diriku yang malang, sudahlah tua tiada pasangan. Sungguh nasibku”

Ketika itu, Sang Kucing sedang bermain seorang diri di hutan. Sang Kucing teruja
melihat bunga-bunga yang mekar dan cantik. Katak yang sewaktu itu sedang menikmati
pemandangan tasik, terpukau apabila terpandang Sang Kucing buat kali pertama.

Kucing: “ Dari ulat jadi kepompong,

Tidur nyenyak dalam kelongsong,

Cukup masa kelongsong pecah, Pom! Pom!

Jadilah rama- rama yang indah.

Wah! Cantiknya bunga-bunga di sini. (sedut nafas) Harumnya! Saya sukax2

Dup Dap! Dup Dap! ( Bunyi jantung)

Katak: Ush! Cantiknya. Baru mengeluh, terus rezeki datang. Aku mesti dapatkan dia.

...................................................................................................................................................

Malam itu, katak merenung dirinya di sebalik pantulan lopak air. Katak asyik
memikirkan kekurangan dirinya dan cara untuk menambat hati Sang Kucing tadi. Tiba-tiba,
sebuah idea datang.

Katak: Haih, macam mana aku nak pikat hati Sang Kucing itu? Dia dah la cantik, pasti ramai
peminat. Aku pulak, rupa seperti rumah tak siap. Mahukah dia untuk terima diri aku ini?
Haish! Haaa! Aku tau. Gitar! (Lagu Katak)

Pada keesokan harinya, Sang Katak menanti dengan penuh sabar kedatangan Sang
Kucing di tasik semalam. Seperti biasa, Sang Kucing datang bermain di kawasan tasik itu.
Peluang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sang Katak.

Katak: Hai kucing, Sudikah kamu terima sekuntum ros yang mekar cantik seperti kamu? Eh,
jangan lari! Sebentar!

“ Kan kucari hatimu, Menyamun senyumu, kan ku culik cintamu, Macam ku saksikan
lirikmu, kau tak perasan aku sukaku, Dari dulu lagi, kau simpan hatiku, dari darjah,
darjah satu”

Singa: Huaaa Wui! Siapa yang duk melalak pagi-pagi buta ini! Suara macam katak! Aku nak
tidur. La. Ish!
Katak: Pagi buta apanya, matahari dah terpacak atas kepala dia masih sibuk buat taik mata.
Eh Singa, kau tahu tak orang yang tidur siang-siang ni lambat kahwin.

Singa: Ah! Mengarut kau, Habistu yang kau tak kahwin 2x lagi kenapa ? Ni, kau tahu tak
suara kau tu macam tongkang pecah.

Katak: Suka hati akula, singa. Sekurang-kurangnya aku ada usaha nak pikat hati kucing.

Singa: Kucing cantik tu? Hahaha! Kau fikir kau layak ke? Kau tu dah la godoh, belengaih,
suara macam kambing ada hati nak curu hati kucing itu. Daripada dia pilih kau, baik
dia pilih aku. Aku ni kuat, sado, kacak, bergaya dan semua haiwan di hutan ini
sukakan aku. Ha, kau ada?

Katak: Berlagak kau kan Singa. Kalau betul kau sehebat seperti yang kau cakapkan tadi,
tunjukkan kelebihan yang kau ada.

Singa: Okay. Kau mula dahulu.

.....................................................................................................................................................

Katak: Heh, aku nak tanya ni. Kau reti main gitar? Ha, tak tahu kan. Kau ni tak ada la hebat
mana pun. Kau sama sahaja seperti aku. Jadi, kau tu yang sepatutnya sedar diri.

Singa: Kurang ajar!

Kucing: Berhenti! Singa, apa yang kamu buat ni? Kamu tahu tak perbuatan kamu ni biadab.
Tiada guna semua kelebihan kamu jika kamu tidak reti menghormati orang lain.

Sang Singa berasa malu apabila dimarah begitu lalu melarikan diri. Semenjak itu, kelibat
Sang Singa tidak lagi kelihatan.

Kucing: Katak tak cederakan?

Katak: Baiknya hati kamu kerana risaukan saya. Kucing okay?

Kucing angguk.

Katak: Wahai kucing, saya sebenarnya ingin meluah sesuatu. Sudikah kamu menjadi
sebahagian daripada hidup saya?

Kucing: Maafkan saya, katak. Kamu sungguh baik dan kelakar namun hati ini telah menjadi
kepunyaan orang lain.