Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 3 RASM UTHMANI W 33

Topik 3 X Rasm Uthmani


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan Rasm Uthmani;
2. Menjelaskan hukum mempelajari, permasalahan serta
keistimewaannya;
3. Menghuraikan nisbah Rasm Uthmani dan faedah-faedahnya; dan
4. Membincangkan tentang hukum menggunakan Rasm Uthmani.

X PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan perkara-perkara asas Rasm Othmani. Bermula
dengan pengenalan makna Rasm Othmani, terus kepada pengasas, nama dan
sandaran. Topik ini juga membincangkan hukum mempelajarinya dan
keistimewaannya. Dalam topik ini juga mempelawa untuk berbincang tentang
nisbah, faedah dan hukum mempelajarinya.

3.1 PENGENALAN
Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sudah tentunya dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada dalam bentuk lisan dan
bentuk penulisan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui
Malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk
membentuk kalimah Al-Quran. Di sana juga, para ulamaÊ telah mengesan
beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah
tersebut dinamakan kaedah Rasm Othmani.
34 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

Jika ianya bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu kaedah
ini tidak diguna pakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat.
Di sini kita boleh membuat rumusan bahawa kaedah tersebut amat unik dan
yang jelas banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga
Rasulullah dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya.

3.1.1 Latihan

AKTIVITI 3.1

Bayangkan betapa pentingnya Rasm Uthmani dalam kita mempelajari Al-


Quran. Untuk memantapkan lagi dapatkan nama-nama kitab yang
berkaitan dengannya serta berikan secara ringkas sinopsis kandungan.

3.1.2 Pengertian Rasm Uthmani


(a) Pengertian Rasm
Pembentukan (taswir) lafaz atau
perkataan melalui penggabungan
huruf-huruf Hijaiyah atau;

Rasm adalah gambaran-gambaran


kalimah yang seterusnya dapat
diujarkan/dituturkan atau;
Rasm adalah petunjuk adanya sesuatu
Rasm ialah Taswir
lafaz, Ianya juga boleh ditakrifkan
sebagai apa sahaja yang berkaitan
dengan apa-apa saja jenis Khat.

(b) Ilmu Rasm


Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara penulisan
serta pembentukan lafaz/kalimah. Ia merangkumi cara menjaga lafaz huruf
atau mengekalkan bentuk tulisan asalnya atau melalui beberapa
penambahan, pengurangan, pemisahan (fasal), perangkaian (wasal) atau
penggantian (badal).
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 35

(c) Rasm Uthmani


Manakala Rasm Uthmani pula, ilmu yang membincangkan kaedah
penulisan kalimah-kalimah ayat-ayat Al-Quran yang digunakan dan
persetujui oleh Saidina Othman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran.

Ia juga diistilah sebagai „Rasm Mushaf‰ oleh „MajmaÊ Buhuth al-


Islamiyyat‰ yang memberi maksud;

' 
       
   !" #$ %&“
()* #$ +, -  , . , / 0
 -*
0 #$  1*
"2) 

Yang bermaksud „ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina


Uthman ibn Affan bersama sahabat-sahabat lainnya ketika penulisan
(penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-hurufnya, yang
terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan
Bandar, serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Uthman ibn Affan
sendiri‰.

Pada asasnya dalam penulisan bahasa Arab apa yang tertulis harus sesuai dan
menepati seperti apa yang diungkapkan tanpa ada penambahan dan
pengurangan sesuai dengan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh pakar dalam
bidang ini. Tetapi formasi atau bentuk penulisan al-Quran dalam mushaf-mushaf
Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa
Arab secara konvensional.

Atas gambaran di atas ada sebahagian ulama mengkhususkan takrifan „rasm al-
Mushaf‰ sebagai;

 
     ! "#$ %& ' ( )* + “
”( &

Bermaksud: „apa-apa yang ditulis oleh para sahabat nabi berkaitan dengan lafaz
al-Quran dalam mushaf „uthmani‰ dengan bentuk dan format tersendiri yang
berbeza dengan kaedah-kaedah penulisan bahasa Arab‰
36 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

3.1.3 Perbincangan tentang Pengertian (Ta’arif)


Namun begitu, bila kita membicarakan tentang TaÊarif, terdapat perselisihan
pendapat. Ada ulamaÊ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang
berlainan dengan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini kerana adanya penambahan,
pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu Al-
Quran.

Dr. Syaaban Mohd Ismail memperincikannya


sebagai „satu keterangan yang
membincangkan cara penulisan mushaf pada
zaman Saidina Uthman.‰

Antara Rasm lama


Apabila sesuatu Rasm dinisbah kepada
sahabat-sahabat yang bertanggungjawab
menulis mushaf-mushaf dengan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu ianya
juga dipanggil Rasm Istilahi.

Begitu juga dipanggil Rasm Taufiqi, ini kerana kebanyakan ulamaÊ berpendapat
bahawa Rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah yang diajarkan secara
langsung oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan di
dalam penulisan Al-Quran ketika itu.

3.1.4 Nama dan Sandarannya


Ia merupakan Ilmu Kitabah (penulisan), ia lebih dikenali dengan ilmu Rasm
kerana berkaitan dengan pembentukan penulisan Al-Quran.

3.2 HUKUM MEMPELAJARI RASM UTHMANI


Hukum mempelajarinya adalah Fardu kifayah.

3.2.1 Permasalahannya
Ianya satu keperluan, di mana ia dapat menentukan cara menulis sesuatu
kalimah contohnya huruf TaÊ ditulis dengan TaÊ maftuhah atau TaÊ marbutoh.
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 37

3.2.2 Keistimewaannya
Daripada perbincangan tentang taÊarif di atas, menunjukkan bahawa Rasm
Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji khususnya apabila kita hendak
menulis dan membaca kitab suci Al-Quran.

Melihat dari kepentingan ilmu ini, kita dapat memikirkan bahawa terdapat
beberapa faktor yang dijadikan sandaran oleh para ulamaÊ untuk
memperkukuhkan kenyataan tersebut.

Antara keistimewaan ialah;

1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi

Ianya boleh ditakrifkan bahawa Rasm adalah berpunca daripada bimbingan


dan tunjuk ajar Rasulullah secara langsung. Lebih jelas dan apa yang kita
yakini, setiap yang perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah, sudah tentu
ianya datang daripada Allah. Secara dasarnya, Rasulullah tidak mengajar
sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu
daripada Allah. Hadis berikut dijadikan sandaran;

/'0# 5 /6 '705 /8 9 5 '7 <#!5 / =* >?5 / 8$ @#05 / A5 “
“ B #+C? )H! I#7 BC?  B E5 / 80# FG5

Bermaksud „Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan


huruf baÊ, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada
penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-
Rahmaan, dan lagukan bacaan al-Rahiim, letakkan pena kamu di atas
telinga kirimu, maka sesungguhnnya ia akan mengingatkan kamu‰

Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi
pegangan untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui
pegangan sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali
mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza daripada
kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya
terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang
mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku
kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-
kalimah seterusnya kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang
mutawatir.
38 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

Penulisan al-Quran seperti ini juga berterusan pada masa Saidina Abu
Bakar dan juga pada masa Saidina Uthman, hinggalah pada masa tabiin
dan tabiÊ tabiin. Dengan itu ia merupakan ijmak para sahabat. Jelas para
sahabat tidak mungkin melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
ketentuan nabi.

Penulisan al-Quran mesti dikawal


Ada juga sebahagian ulama yang
menyatakan bahawa format
penulisan al-Quran dalam mushaf
Uthmani hanya merupakan ijtihad
para sahabat Nabi, tidak bersifat
tauqifi. Pada mereka tidak ada nash
yang jelas baik berupa ayat al-Quran
ataupun as-Sunnah yang
menunjukkan secara khusus adanya
kewajipan menulis al-Quran
berdasarkan format atau pola penulisan tertentu. al-Qadi Abu Bakar al-
Baqillani menyatakan seperti berikut;

) ( + ' 0? T 5 /V TG5 8T '*L 85 (N"#$) )J#( #KL N+ O 6 PJ9 N?“
L#L N+ ' 8TV5 /W
 X#  & > &L ' 8TV! /0 YZ[  [ B\5
'L$ =]T5 ^( 0 > &L N_G \ `Gq5 vxZ BC NK( ) z$VL5
"{ =]T5 YZ( > &L N_G5

Bermaksud „sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk menulis


al-Quran tetapi beliau tidak menentukan atau menunjukkan secara jelas
bentuk tertentu kepada para sahabat, dan tidak juga ia melarang menulisnya
dalam bentuk tertentu‰. Kerana itu berbeza format penulisan al-Quran dalam
mushaf-mushaf mereka: ada yang menulis sesuatu lafaz al-Quran bertepatan
dengan pengujaran lafaz tersebut, dan ada yang menambah atau
mengurangkan huruf tertentu dalam struktur kalimah, kerana mereka tahu
bahawa bentuk tersebut adalah suatu cara pembentukan dan penjagaan
kepada pengujaran kalimah-kalimah al-Quran.

Pendapat kedua ini menggunakan dua hujah berikut sebagai sandaran;

x Nabi Muhammad adalah seorang ummi tidak boleh membaca dan


menulis. Jika begitu tentulah nabi S.A.W. tidak mungkin mampu
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 39

„mengimlakkan‰ (memberi petunjuk atau bimbingan) kepada para


penulis wahyu.

x Sekiranya rasm uthmani bersifat tauqifi berdasarkan petunjuk khusus


daripada nabi kenapakah istilah yang digunakan ialah Rasm Uthmani
atau Rasm Istilahi dan bukan Rasm Nabawi.

AKTIVITI 3.2

Cari pada mana-mana „mukjam al-Quran‰ dan pastikan berapa kalikah


kalimah „ummi‰ di sebut dalam petikan ayat al-Quran serta nyatakan
dengan jelas apakah pendapat ulama tafsir terhadap makna perkataan
tersebut dalam petikan ayat-ayat tersebut.

Apa yang perlu kita fahami dan sangat nyata pada kebanyakan ulama
Islam bahawa setiap huruf Al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri dan
sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan
atau penambahan pada kalimah-kalimah atau huruf-huruf al-Quran ianya
akan menjejaskan dan mengurangkan keagungan dan kemukjizatan Al-
Quran.
Selain daripada itu ia juga menjadikan umat Islam;

x Memiliki kitab suci yang seragam dalam bentuk penulisannya


bertepatan dengan tulisannya yang asal.

x Lagipun kelainan dan perbezaan dalam penulisan Uthmani tidak


begitu ketara dan sebahagian besar penulisannya menepati kaedah
Rasm Imlai.

2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan
mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang
mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama
bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya ialah
menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang
dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang
disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Perlu diingat pembacaan yang tidak
menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat
tidak mengakui „quraniyyat‰ (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas
qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang
40 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

terkenal diakui kequranannya seperti yang diungkapkan oleh sebahagian


ulama;

“T '* 5 A9T} A=#$ #7


AC} A=#$ ' $”

Majoriti ulama juga tidak membenarkan bacaan qiraat syazzah baik di


dalam solat mahupun di luar solat.

Ulama Ibn Khalawayh (W 370 H) dan Makki Ibn Abi Thalib (W 437H)
menggunakan ungkapan berikut dalam menentukan syarat ini: ( $(Z)
8J# A=#$ manakala Kawasyi (W 680 H) menggunakan istilah (8J# $(Z)
manakala imam yang sangat sinonim dengan ilmu Qiraat Ibn al-Jazari (W
833H) menggunakan istilah yang lebih luas iaitu (#L$ 5 8J# $(Z) yang
bermaksud: qiraat tersebut sesuai dengan rasm al-Mushaf walaupun tidak
sepenuhnya (taqdir).

3. Meliputi Tujuh Huruf

Antara faktor utama dan mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani


perlu diberi keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini
menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan Rasulullah
kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat utama
mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh
kebanyakan ulamaÊ ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur
berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak dan sama
ada ia muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu),
perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu
huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi
menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan
perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam
dan sebagainya.

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti


mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya
menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat
mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh
yang lain.
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 41

AKTIVITI 3.3

Kemukakan dengan jelas hadis-hadis yang menjelaskan maksud tujuh


huruf.

4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir

Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui
sejarah Islam, rasul melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan
Malaikat Jibril dan Zaid b. Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat
dengannya turut berada bersamanya. Di antara dengan keadaan
tersebutlah, Zaid b Thabait diberi tanggungjawab untuk menulis dan
mengumpul Al-Quran oleh dua khulafaÊ Ar-Rashidin Saidina Abu Bakar
dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan
semasa hayat nabi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir
adalah sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak
menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa yang terkandung dalam
Mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf-mushaf peribadi yang
terdapat Saidatina Aisyah, Saidina Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat
kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.
(i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.

(ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal.

(iii) Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna


yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang
sebenar. Contoh yang mudah ialah pada kalimah „maliki‰ dalam
surah Fatihah ada yang membaca dengan hazaf alif dan ada yang
membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna kalimah tersebut
tidak terkeluar daripada maksud yang dikehendaki malahan ia saling
mengukuh dan meluaskan makna.

(iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatit pada lafaz yang


sama seperti dalam firman Allah (8T7
  NL 5) kalimah (NL)
boleh dibaca dengan dua wajah Qiraat iaitu (NFL) dan (NL)
dengan kho berbaris dommah.

(v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih.


42 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

(vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat.

(vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran .

(viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan


mutawatir.

(ix) Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat


dan hujah-hujah yang jelas.

(x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

(xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi


mengekal dan menggugurkan huruf.
Contohnya dalam surah Zariyyat ayat 47 (
NJ 5 L( VV( =75) kalimah
ayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya
kerana memberi petunjuk kebesaran
kekuasaan Allah khususnya dalam
penciptaan langit dan alam semesta.
Antara penulisan dengan
rasm Imlai

3.2.3 Nisbahnya
Ianya tergolong dalam ilmu adabiah.

3.2.4 Faedah-faedahnya
Setelah kita mempelajari dan mengkaji konsep ilmu Rasm Uthmani, kita dapat
membuat satu kesimpulan, faedah-faedahnya ialah ianya dapat memelihara dari
kesalahan dalam penulisan Al-Quran, ini kerana sekiranya dengan penulisan kita
dapat membaca apa yang kita tulis. Bayangkan jikalau tulisan sesuatu kalimah
atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Perlu diingat bahawa
penulisan betul adalah perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu
kalimah.

Hukum Penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani

Ulama berbeza pendapat adakah kaum Muslimin diwajibkan mengikuti rasm


Uthmani dalam penulisan al-Quran apakah dibolehkan menulisnya dengan rasm
Imlai.
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 43

Ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi berpendapat wajib
mengikuti rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Sehubungan dengan itu
Ahmad Ibn Hambal menyatakan „haram hukumnya menyalahi rasm Uthmani
seperti dalam hal penulisan huruf „ya‰ atau „alif‰ atau „wau‰ manakala Imam
Malik ketika ditanya „bolehkah al-Quran di tulis dalam bentuk penulisan gaya
baru? Beliau menjawab „tidak boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang
pertama kali‰

Ulama yang tidak mengakui bahawa rasm Uthmani itu bersifat taqifi
berpendapat „tidak mesti kita mengikut rasm Uthmani dalam penulisan al-
Quran. Dengan mudah ia bermaksud dibolehkan kita menulisnya dengan rasm
imlai. Mereka menyandarkan pendapat tersebut berdasarkan ungkapan Sheikh
Labib al-Saed dalam bukunya „Al-JamÊal al-Sauti al-Awwali li al-Quran al-
Karim‰

8J#5 /~ T! A=#$ )G5 


L 8J9 `+5 /%95 %x  7 €J#5 YZ N“
"* ‚5 X# ! 8TL5 V ' #+  }L ƒF =x  L C 

Yang bermaksud: sesungguh bentuk dan format penulisan tidak lain melainkan
hanyalah merupakan tanda-tanda atau simbol-simbol. Jadi bentuk serta format
tulisan al-Quran yang menggambarkan atau menunjukkan arah bacaan yang
tepat, dapat benarkan. Manakala rasm Uthmani yang berbeza dengan rasm imlai
sebagaimana yang dikenali menyusahkan orang awam juga mengakibatkan
kesusahan dan kekeliruan dalam pembacaan.

Seterusnya golongan ini menjelaskan;

“ 5 ˆ ‰( ?#$V ^( )* & &! / )†


V / ‡?#$ N N?#$ ( + ' „#…
"‰ & ƒ € )( > &L ^( 6 €x+ $L N ! &

Yang bermaksud: maksud atau tujuan daripada penulisan al-Quran ialah agar
kita membaca atau menghafalnya dengan tepat. Untuk apa kita menulisnya
secara salah manakala tujuannya kita dapat membaca dengan tepat. Apa pula
hikmahnya Firman Allah ditulis dalam bentuk yang tidak sesuai dengan apa
yang ada dalam mana-mana kitab pun‰.

Ada pula sebahagian pendapat yang lebih selektif. Mereka berpendapat wajib
ditulis dengan rasm imlai dalam penulisan al-Quran yang diperuntukkan bagi
orang awam. Namun begitu penulisan dengan rasm ‘Uthmani juga wajib
dipelihara dan dilazimkan sebagai warisan yang sangat berharga.
44 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

Sehubungan dengan pendapat ini Sheikh al-Zarqani menyatakan ungkapannya


seperti berikut;

@5# 8J#( # `+ ! ) ( +  0 /' 0 ' N#$ Y 0  L9  €$L ƒ?# \5”
}L '5 N!9 ‡Š#$L P5  )J9 =$( 05 /N#$ ! ^5 ‹* ' V  F( /)!
"* q 8T

Yang bermaksud: „pendapat ini dimaksudkan untuk memelihara ketulenan al-


Quran dari dua aspek. Pertama: berupa penulisan al-Quran dengan bentuk
penulisan seperti yang dikenali agar kaum Muslimin terhindar daripada
kekeliruan dan kesalahan ketika membacanya. Kedua: usaha penyelarasan al-
Quran dengan Rasmnya yang asal ditentukan bagi kaum Muslimin yang tidak
dikhuatirkan terjadi kekeliruan dalam bacaannya‰.

Pendapat yang Rojih (Terpilih)

Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui
bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya.

Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitab „fatawa al-Maashirah‰ menerima dan


mempertahankan pendapat ini secara panjang lebar;

x Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang
ditulis ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh
Zaid.

x Umat Islam juga bersepakat mashaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia


ditulis tidak diubah atau ditukar meskipun cara penulisan sekarang sudah
berkembang dan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan
yang perlu yang tidak merubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini
merangkumi dari segi titik-titik huruf dan baris-baris.

x Mashaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah
sebagai langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran
dari sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama
ada secara tersilap atau disengajakan.

x Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan


semua bunyi-bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod
dan to.
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 45

x Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan


dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para
orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak
mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh
berlaku kepada orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-
bunyi hurufnya secara tepat.

x Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia


dituturkan dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga „tanwin‰
bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf).
Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin dalam
ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai
melalui latihan.

x Walaupun begitu di dalam keadaan amat dharurah kemungkinan


dilonggarkan bagi mereka yang sukar mempelajari secara lisan dan di
dalam penulisan selain daripada penulisan mashaf. Tetapi perlu diingati
keharusan dalam dhorurah adalah sekadar yang perlu sahaja seperti
terdapat di dalam kaedah syarak.

Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut
mengakui kenyataan di atas. Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah pertama
„majmak Buhuth Islamih‰ (Majlis Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam
persingan keenamnya pada 30 Muharram 1391H, „haiah Kibar Ulama‰ (kesatuan
ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 Syawal 1399H dan
ketiga „Majmak Fiqh Islami‰ (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami
(Liga Islam sedunia) Riyadh menetapkan bahawa;

x Mengekalkan penulisan al-Quran secara rasm Uthmani sahaja bagi


mengelakkan sebarang penyelewengan dalam penulisannya.

x Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah rasm Uthmani sahaja


kerana ia adalah satu sunnah para sahabat yang diambil daripada
Rasulullah bertepatan dengan hadis „alaikum bisunnati...‰.

x Mengelakkan penulisan resm Uthmani dan mengikut penulisan rasm Imlai


dengan tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran
atau penambahan huruf al-Quran tanpa disedari.

x Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan


mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui
perantaraan kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian
bacaan.
46 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

x Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w
bukan melalui sesuatu fatwa.

Al-Quran dalam Pasaran

Pada permulaannya menurut Ibn MasuÊd seseorang yang menginginkan satu


mushaf akan pergi menjumpai sukarelawan dan dengan mudah meminta
bantuannya. Pendapat sebegini juga di dokong oleh Ali h Hussein (w 93h) yang
berpendapat bahawa mushaf tidak boleh djualbeli dan bahawa seseorang akan
mengambil kertasnya sendiri ke mimbar dan meminta sukarelawan
menuliskannya. Seorang penulis sukarelawan kemudian akan melaksanakannya
secara bergilir-gilir sehinggalah selesai. Semasa Muhil bertengkar dengan
Ibrahim NakhaÊi berkenaan dengan masyarakat yang memerlukan Mushaf untuk
dibaca, Ibrahim menjawab „beli kertas dan pen (tinta) dan minta bantuan
sukarelawan‰. Tetapi setelah jumlah umat Islam bertambah begitu ketara dan
permintaan terhadap naskhah al-Quran meningkat memaksa penulis
sukarelawan mengusahakannya secara lebih gigih dan menimbulkan fenomena
baru di mana penghasilan al-Quran perlu dibayar.

Fenomena ini menimbulkan dilema teologi (hukum) tentang mengupah


seseorang yang mengabdi kepada Kalamullah. Seseorang boleh memberi
pelbagai alasan jika ingin menjual sesuatu barang tapi atas dasar apakah al-
Quran boleh dijual sedangkan ia bukan kepunyaan perseorangan tetapi
kepunyaan pencipta. Menurut Ibn Abu Daud dalam „Al-Masahif‰ bahawa
majoriti ilmuan Islam tidak setuju dengan naskhah yang dibayar dan menjadikan
mushaf seperti bahan pasaran Komoditi. Antara mereka ialah Ibn MasuÊd (w
32h), Alqamah (w 60h), Masruq (w 63h), Shuraih (w 80h), Ibrahim an-Nakhai (w
96h), Abu Milaz (w 106h), dan lain-lain lagi. Walaupun begitu ada beberapa
ilmuan menyokong hujah tersebut dengan menyebutkan bahawa bayaran itu
bukan untuk Kalam Allah tetapi untuk bahan penulisan dan tenaga.

Dalam tradisi sejarah Islam Ibn Abu Daud juga menjelaskan bahawa Amr b
Murrah (w118h) adalah hamba pertama yang melakukan inisiatif melaksanakan
jual-beli Mushaf. Hamba Ibn Abbas juga dijelaskan memberi 100 dirham untuk
menulis (menyalin) al-Quran. Jual-beli Mushaf jelas berlaku pada awal
pemerintahan Muawiyah. Perkembangan ini menyebabkan adanya kedai-kedai
yang menjual mushaf secara khusus yang Ibn Umar (w73h) dan Salim b
Abdullah (w106h) akan mengatakan „jual-beli yang menakutkan‰, manakala
Abu al-Aliya (w90h) menginginkan seksaan bagi orang yang menjual beli al-
Quran‰. Suasana yang lebih berpengaruh timbul bila Ibn Abi Laila (w83h)
membina perpustakaan umum yang hanya mengandungi kitab suci al-Quran, di
mana orang-orang akan berkumpul dan membacanya.
TOPIK 3 RASM UTHMANI W 47

Pada masa ini antara al-Quran yang dicetak


menepati kaedah resm Uthmani ialah yang
dicetak oleh Percetakan al-Quran Raja Fahd
Abd Aziz Arab Saudi atau lebih masyhur
dikenali dengan Mushaf al-Madinah. Banyak
sudah negara termasuk Malaysia yang
mencetak al-Quran menepati rasm Uthmani.
Cetakan itu diakui dan disahkan oleh lembaga
pentashihan al-Quran negara masing-masing
yang dianggotai oleh ulama-ulama yang
Pameran al-Quran hasilan
mempunyai kepakaran dalam ilmu al-Quran, Malaysia oleh Yayasan Restu
penulisannya, tajwid dan Qiraat bagi
memelihara kesahihannya.

Lebih menarik lagi ada pelbagai bentuk penaik tarafkannya yang dilakukan
antaranya meletakkan titik perkataan, baris-baris, tanda-tanda hukum-hukum
bacaan (akan dijelaskan pada tajuk berikutnya secara lebih khusus) dan antara
terbaru ialah dengan penambahan warna-warna yang memberi petanda hukum-
hukum tajwid tertentu.

x Dalam topik ini anda didedahkan dengan perkara utama dalam mana-
mana perbincangan Rasm Uthmani.

x Kefahaman yang jelas diperlukan pada bahagian ini supaya pada modul-
modul anda dapat mendalaminya dengan penuh tanggungjawab.

x Perkara-perkara berkaitan mabadi menjadi asas kepada pada mana-mana


ilmu. Ia merangkumi perkara yang sangat asas iaitu pengertian dan
hukum-hukum berkaitan Mushaf Uthmani.

x Ungkapan tauqifi dan taufiqi tentunya sudah dapat dibezakan dengan jelas.

x Pembentangan aspek-aspek hukum tentunya menjadikan anda begitu peka


dengan sebarang bentuk penulisan al-Quran.
48 X TOPIK 3 RASM UTHMANI

Qiraat Syazzah Taufiqi


Tauqifi ImlaÊ

UJIAN
1. Nyatakan maksud Rasm Uthmani dan pengasasnya.

2. Kemukakan keistimewaan Rasm Uthmani.

3. Kenapakah kita perlu mempelajari Rasm Uthmani, bincangkan.

4. Senaraikan kaedah Rasm Uthmani Istilahi.

Anda mungkin juga menyukai