Anda di halaman 1dari 1

Pihak kerajaan berperanan dalam usaha memupuk akhlak terpuji dalam diri seseorang.

• Mengadakan kempen kesedaran yang efektif dari semasa ke semasa.

• Untuk memastikan semua pihak mengetahui matlamat kempen kesedaran ini,pihak kerajaan
boleh menggunakan kecanggihan media massa sebagai wadah untuk menyebarkan kepentingan
akhlak terpuji dlm diri seseorang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada era
modenisasi ini kerana mata pena lebih tajam drpd mata pedang. Menurut Vergillius “usaha
yang berterusan tanpa megenal putus asa pasti akan membuahkan hasil” maka, kempen-
kempan seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ haruslah dilakukan secara
berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana hanya akan mengakibatkan
kerugian terhadap negara kita sendiri.

• Kempen yang dilancarkan hendaklah dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun
agar berupaya untuk menyuntik kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja
yang merupakan tonggak kepepimpinan negara.

• Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk masyarakat di desa dan di


bandar-bandar besar supaya mesej yang hendak disebarkan dapat disampaikan kepada semua
pihak.

• Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak
kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi dan akan
dipengaruhi oleh budaya-budaya barat seperti budaya kuning serta budaya hidonisme yang
mementingkan keseronokkan semata-mata.

• Usaha pihak kerajaan untuk mengadakan kempen spt ini bukan sahaja dapat memastikan
golongan masyarakat Malaysia yang merupakan tulang belakang negara terus dibasahi dgn
akhlak-akhlak yang terpuji malah dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni
melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi intelek, emosi,rohani dan jasmani.

• Sesungguhnya, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Anda mungkin juga menyukai