Bab 5 Bimbingan Kerjaya
Bab 5 Bimbingan Kerjaya
Bimbingan Kerjaya
Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:
5.1 Pengenalan
Bimbingan kerjaya merupakan bidang bimbingan yang perlu diberikan perhatian dan
penekanan dalam sistem pendidikan. Melalui bimbingan kerjaya para pelajar dapat
dibantu untuk meneroka, mendapatkan maklumat dan membuat pilihan kerjaya yang
sesuai dan kongren dengan kemampuan, minat, nilai dan pencapaian mereka.
Suradi (1996) pula mengatakan bimbingan kerjaya sebagai bidang bimbingan yang
merangkumi perkara yang berhubung dengan pemilihan pekerjaan atau perancangan
kerjaya, persediaan kerjaya dan penempatan dan penyesuaian dalam pekerjaan.
Definisi yang lebih klasik telah dikemukaan oleh Super iaitu seorang tokoh dalam
bidang kerjaya yang telah mengemukakan teori perkembangan kerjaya Super. Super
(1951) telah mendefinisikan bimbingan kerjaya sebagai “a process of helping a
person to develop and accept an integrated and adequate picture of himself and his
role in the world of work, to test his concept against reality and to convert it into
reality with satisfacation to himself and benefit to society.”
Secara mudahnya dapat disimpulkan bahawa bimbingan kerjaya adalah aktiviti yang
dirancang untuk membantu seseorang individu supaya mengenali dirinya dan
50
persekitaran pekerjaan seterusnya membuat pemilihan kerja yang sepadan dan
bersesuaian dengan dirinya.
51
Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa bimbingan kerjaya diperlukan bagi
membantu para pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat,
personaliti, nilai, kebolehan dan pencapaian mereka di samping membantu
melengkapkan diri mereka dengan kelayakan dan kemahiran atau persediaan untuk
memasuki bidang kerjaya yang menjadi pilihan mereka.
Data-data dari pencapaian akademik dan ujian-ujian psikologi seperti inventori minat
kerjaya, inventori personaliti dan lain-lain boleh digunakan secara proaktif untuk
melihat atau mengesan kecenderungan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang
pekerjaan.
Perkhidmatan ini menyediakan maklumat masa kini dan masa depan yang berkaitan
dengan pendidikan, pekerjaan dan perkara sosial. Maklumat yang diberikan mestilah
tepat dan kemas kini.
52
Maklumat sosial ialah maklumat yang dapat menolong individu memahami keadaan
manusia dan persekitaran sesuatu pekerjaan itu dan bagaimana ia diharapkan untuk
menghubungkan dirinya dengan persekitaran tersebut.
Ketiga-tiga maklumat ini ada hubungannya antara satu sama lain walaupun kadang
kala tidak dapat dilihat secara langsung. Maka menjadi tanggungjawab kaunselor
untuk menolong pelajar melihat hubungan ini dan seterusnya membantu mereka
menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan yang berkenaan.
Menurut Mizan (1992) ada beberapa sebab mengapa pelajar tidak dapat membuat
keputusan dan memerlukan kaunseling kerjaya. Antaranya adalah
2. Klien mempunyai kurang maklumat dan tidak tahu apa yang ia tahu untuk
membuat keputusan itu.
53
3. Klien mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah tentang dirinya
dan tentang kerjaya yang diminati dan yang dikehendakinya
6. Memerlukan pengukuhan.
5. Mempunyai maklumat yang tidak tepat atau melihat masalah dengan tidak
tepat.
Pada amnya terdapat berbagai teori telah dikemukakan dalam kaunseling kerjaya.
Untuk kursus ini hanya lima teori kerjaya sahaja yang akan dibincangkan secara
ringkas iaitu teori Super, teori Anne Roe, teori Krumboltz’s, teori Ginzberg dan teori
Holland. Maklumat yang lebih mendalam mengenai teori-teori berkenaan atau teori-
teori yang lain boleh anda perolehi dari buku rujukan yang disenaraikan.
54
Donald Super telah mengemukakan satu teori perkembangan kerjaya. Super
berpendapat bahawa konsep kendiri merupakan kuasa pendorong yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang sepanjang hayatnya. Pada pandangan Super, pemilihan
kerjaya adalah suatu usaha yang merealisasikan konsep kendiri seseorang itu. Super
telah mencadangkan beberapa usul untuk menjelaskan teorinya. Usul-usul tersebut
adalah seperti berikut
5. Proses itu berlaku dalam satu siri peringkat kehidupan seperti berikut:
55
c. Peringkat Pengukuhan (25 – 44 tahun)
10. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana
seseorang itu dapat menggunakan kebolehan, minat ciri-ciri personaliti dan
nilai-nilainya.
56
5.5.2 Teori Ann Roe
Ann Roe menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Seseorang individu itu akan
menggabungkan tenaga dan pengalaman ketika kanak-kanak untuk membentuk satu
gaya demi memenuhi keperluan hidupnya sepanjang hanyat termasuklah dalam soal
keperluan memilih pekerjaan.
Dalam menerangkan teorinya Ann Roe telah menggunakan konsep penyaluran tenaga
jiwa dan pengalaman semasa kanak-kanak yang dikatakan mempengaruhi cara hidup
seseorang dari Garner Murphy. Ann Roe juga telah menggunakan konsep hieraki
keperluan dari Abraham Maslow untuk menerangkan teorinya.
Teori Roe terdiri daripada dua peringkat. Pada peringkat pertama, Roe berpendapat
bahawa minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik.
Tenaga jiwa yang terdapat dalam baka genetik ini pula tidak dapat dikawal
sepenuhnya oleh individu tersebut. Gabungan faktor-faktor genetik ini dan tuntutan
hieraki keperluan seseorang akan mempengaruhi pemilihannya terhadap sesuatu
pekerjaan. Kekuatan motivasi untuk mencapai matlamat kerjaya pula bergantung
kepada susunan dan struktur keperluan seseorang. Susunan dan kekuatan motivasi ini
diperolehi dari pengalaman-pengalaman yang dilalui semasa kanak-kanak.
Peringkat kedua lebih tertumpu kepada kekuatan desakan keperluan asas yang
dipengaruhi oleh pengalaman semasa kanak-kanak. Contohnya jika seseorang itu
kekurangan pujian dan penghormatan semasa kanak-kanak maka dia akan cuba
mendapatkan pekerjaan yang akan lebih memberikannya pujian dan penghormatan
apabila dia dewasa nanti.
Roe juga telah membahagikan pekerjaan kepada dua kategori iaitu pekerjaan yang
berorientasikan manusia dan pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia. Roe
mengandaikan bahawa individu-individu yang berada dalam kategori pekerjaan yang
berorientasikan manusia biasanya berasal dari keluarga yang penuh dengan
keseronokan dan kasih sayang serta diterima dan dihormati oleh kedua ibubapanya.
Manakala mereka dari kategori pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia
biasanya adalah individu-individu yang mengalami suasana hidup yang dingin dan
diabaikan.
1. Suasana rumah tangga yang mesra dan penuh kasih sayang akan
menyebabkan individu itu berorientasikan terhadap manusia dan akan
menceburkan diri dalam bidang pekerjaan perkhidmatan, perniagaan,
organisasi, seni dan hiburan.
57
2. Suasana rumah tangga yang mana kakank-kanak diabaikan, ditolak atau
bersahaja menyebabkan individu berorientasikan bukan terhadap manusia.
Pekerjaan yang akan mereka pilih adalah berkaitan dengan teknologi, kerja
luar dan bidang sains.
Menurut Roe lagi, setinggi mana seseorang individu akan meningkat dalam kumpulan
pekerjaan yang diminatinya akan bergantung kepada baka genetik, taraf sosio
ekonomi dan peluang-peluang yang ada pada satu-satu masa itu.
Secara amnya teori Reo cuba menerangkan hubungan dan perkaitan antara
pemeliharaan kanak-kanak, kepuasan pencapaian keperluan-keperluan dengan bidang
pekerjaan yang diminati oleh seseorang individu.
58
5. Kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya bergantung
kepada kesepadanan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaan.
Ciri-ciri enam jenis personaliti yang dikemukakan oleh Holland adalah seperti
berikut:
59
mengawal diri. Mereka meminati kerja-kerja perkeranian dan mengira
yang biasanya berkaitan dengan perniagaan.
Teori ini menyatakan bahawa terdapat tiga peringkat penting dalam proses pemilihan
kerjaya. Peringkat-peringkat tersebut adalah
3. Peringkat Realistik. Peringkat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap
penerokaan di mana individu giat melaksanakan pilihan tentatif, tahap
penghabluran di mana pilihan yang dibuat menjadi lebih tetap dan jelas
dan tahap pengkhususan di mana bentuk pekerjaan ditetapkan.
Ginzberg dan rakan-rakannya juga telah mengelaskan manusia kepada dua kumpulan
besar. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang berorientasikan pekerjaan.
Kumpulan ini memberi nilai yang penting kepada pekerjaan. Mereka lebih
mementingkan kepuasan intrinsik yang boleh diperolehi dari pekerjaan yang
dilakukan.
60
Mereka lebih mementingkan keseronokan dan sengaja mengelakkan diri daripada
pekerjaan.
Teori ini menganggap bahawa kewujudan personaliti dan tingkah laku seseorang
individu adalah hasil dari pengalaman pembelajaran mereka yang unik. Pengalaman
pembelajaran ini berkait rapat dengan pengukuhan analisis kognitif sama ada yang
bersifat positif atau negatif terhadap sesuatu peristiwa yang pernah dialami oleh
individu berkenaan.
Baka keturunan dan kebolehan khas merangkumi kualiti-kualiti diri yang diwarisi dari
ibubapa yang boleh menghadkan peluang-peluang kerjaya seseorang. Faktor-faktor ini
boleh mempengaruhi proses pemilihan kerjaya.
Peristiwa dan situasi persekitaran adalah faktor-faktor yang diluar kawalan seseorang.
Apa yang ditekankan di sini ialah terdapat peristiwa-peristiwa atau keadaan tertentu
dalam persekitaran individu itu yang memberi kesan kepada perkembangan
kemahiran-kemahiran, aktiviti-aktiviti dan keutamaan kerjaya. Contohnya polisi
kerajaan dan sumber-sumber bahan mentah ( seperti bijih timah) yang terdapat di
persekitaran individu akan menentukan peluang-peluang pekerjaan yang ada. Semua
ini adalah diluar kawalan individu yang berkenaan.
61
negatif mereka. Contohnya, kenyataan “guru adalah ibubapa yang baik” dan “semua
usahawan adalah orang kaya” akan mempengaruhi persepsi seseorang individu
terhadap kerjaya guru atau ahli perniagaan. Perkaitan ini diperlajari melalui
pemerhatian-pemerhatian, bahan-bahan bacaan, media dan lain-lain.
Kemahiran melaksanakan tugasan adalah set-set kemahiran atau perlakuan diri yang
telah dibangunkan dalam diri seseorang individu seperti kemahiran menyelesaikan
masalah, tabiat kerja, set mental, tindak balas emosi dan tindak balas kognitif.
Kemahiran-kemahiran dan perlakuan ini akan menentukan bagaimana cara seseorang
individu menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan yang akan dihadapinya.
Contohnya seorang pelajar sekolah yang cara belajarnya ialah dengan mengulangkaji
nota yang diberikan oleh guru, dengan menggunakan kaedah ini beliau mungkin
berjaya diperingkat sekolah tetapi jika keadah yang sama digunakan di universiti,
beliau mungkin gagal. Oleh itu beliau perlu mempelajari teknik yang baru.
5.6 Aktiviti
4. Sila temuduga seorang kaunselor sekolah. Bincangkan sama ada beliau ada
mengendalikan aktiviti bimbingan kerjaya dan baggaimana aktiviti
tersebut dilaksanakan.
62