Anda di halaman 1dari 14

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN ................................................................................................ 2

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK ........................................................................ 2

3.0 OBJEKTIF DAN FUNGSI PROJEK ................................................................. 6

4.0 JADUAL KERJA .............................................................................................. 7

5.0 DESKRIPSI OBJEK........................................................................................ 9

6.0 ANALISIS SWOT ........................................................................................... 12

7.0 RUJUKAN ................................................................................................................... 14

1
1.0 PENGENALAN

Bagi menyempurnakan tugasan Lukisan Berbantu Komputer (RBTS3033), saya telah


melaksanakan satu perancangan penghasilan projek inovasi yang akan membantu
menyelesaikan masalah yang saya hadapi sekali gus melancarkan urusan seharian saya.
Pada masa yang sama, tugasan ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan
kemahiran dalam menggunakan perisisan AutoCAD ini sama ada secara 2D atau 3D. Semasa
menyiapkan tugasan penghasilan projek ini, saya mampu mengaplikasikan segala ilmu dan
kemahiran yang telah dipelajari. Penghasilan projek yang telah saya pilih adalah merupakan
satu inovasi kepada meja solek yang diberi nama “Multifunctional Desk”.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Pernyataan masalah

Produk kecantikan dan solekan wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Sehubungan dengan itu, golongan wanita lebih gemar membelanjakan wang untuk membeli
produk kecantikan dan alat solekan bagi menghias diri seterusnya meningkatkan keyakinan
diri. Namun, kebanyakan wanita mempunyai satu masalah di mana mereka tidak mempunyai
tempat yang sesuai untuk meletakkan dan menyimpan alat-alat solekan berkenaan.
Tambahan lagi, ruangan bilik tidur yang terhad menambahkan lagi masalah mereka. Pada
masa yang sama, mereka juga mungkin mahu menggunakan meja solek tersebut untuk
kegunaan lain contohnya untuk mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan tugasan. Di sini,
kebanyakan wanita atau remaja perempuan mempunyai dua masalah yang perlu diselesaikan
di mana mereka memerlukan tempat untuk menyimpan alat solekan serta meja belajar yang
mempunyai ukuran yang sesuai dengan ruangan yang terhad. Justeru, saya telah merancang
untuk menghasilkan satu projek inovasi di mana masalah kebanyakan wanita boleh
diselesaikan menggunakan inovasi ini.

2
2.2 Produk sedia ada

Setelah meneliti beberapa produk meja solekan yang sedia ada di pasaran, saya
mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan pada produk-produk tersebut yang kurang
membantu saya untuk menyelesaikan kedua-dua masalah yang saya hadapi. Sebagai
contoh, terdapat dua produk yang telah dipasarkan namun tidak dapat memenuhi kehendak
saya.

Produk 1

Kelemahan:
- Menggunakan ruang yang banyak untuk dipasang.
- Lebar meja adalah kecil dan tidak sesuai untuk digunakan semasa belajar.
- Ruang penyimpanan untuk alat solekan adalah terhad dan tidak mencukupi.

Jadual 1: Contoh produk yang terdapat di pasaran.

3
Seterusnya, terdapat juga produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah
saya namun tidak secara keseluruhan. Sebagai contoh, produk meja solekan ini seperti di
dalam jadual di bawah. Produk ini sudah mampu menyelesaikan masalah saya untuk
menggunakan meja ini sebagai meja belajar kerana ukurannya yang sesuai dengan ukuran
komputer riba saya. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan produk ini
tidak mampu menyelesaikan masalah saya secara menyeluruh.

Produk 2

Kelemahan:
- Ukuran meja ini yang panjang akan menggunakan banyak ruang.
- Meja ini tidak mampu untuk menyimpan alat solekan dalam kuantiti yang banyak.
- Cermin meja solek ini tidak kelihatan begitu kukuh.
Jadual 2: Contoh produk yang terdapat di pasaran.

4
2.3 Cadangan Projek

Bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi secara keseluruhan, saya telah
merancang satu projek yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut secara
serentak. Pertama sekali, ukuran meja “Multifunctional Desk” itu perlulah sesuai dengan
ukuran bilik saya di mana meja tersebut tidak terlalu panjang agar penjimatan ruang dapat
dilakukan secara maksimum.

Seterusnya, saya bercadang untuk mereka bentuk satu meja yang mempunyai ukuran
yang sesuai untuk dengan saiz kebanyakan komputer riba kerana ruang yang terlalu kecil
akan menyukarkan individu untuk lebih fokus semasa menyiapkan tugasan serta menjadikan
suasana tidak kondusif. Ruang meja yang terlalu kecil juga akan menyukarkan seseorang
individu untukbekerja secara efisien.

Selain itu, saya bercadang untuk mereka bentuk satu projek yang mempunyai banyak
bahagian-bahagian yang boleh digunakan untuk meletakkan koleksi alat solek. Sekiranya
ruang yang disediakan adalah terhad, bahagian atas meja perlu digunakan untuk meletakkan
alat solek dan hal ini akan menimbulkan masalah apabila meja tersebut digunakan untuk
melakukan kerja. Pada masa yang sama, ruang di atas meja juga perlu dipantau untuk
kelihatan tersusun agar tidak bersepah.

Di samping itu, saya bercadang untuk mereka bentuk satu projek meja solek di mana
cermin meja solek tersebut tidak diletakkan di atas meja. Hal ini kerana, adalah lebih selamat
sekiranya bahan yang mudah pecah seperti kaca tidak diletakkan di tempat yang terbuka.
Pada masa yang sama, individu yang mempunyai ketakutan terhadap cermin atau
spectrophobia dapat dibantu, di mana dia akan berasa seolah-olah ada individu lain yang
terlihat di cermin. Justeru, saya telah membuat inovasi di mana cermin meja solek tersebut
berada di bahagian dalam meja. Apabila saya hendak menggunakan cermin tersbut, saya
boleh mengeluarkannya apabila perlu serta menyimpannya kembali apabila tidak digunakan
lagi. Dengan cara ini, meja solek ini lebih selamat terutamanya bagi rumah yang mempunyai
kanak-kanak kecil serta tidak menganggu ketenteraman mereka yang mempunyai fobia
terhadap cermin.

Akhir sekali, saya bercadang untuk menggunakan bahan yang tidak mudah berkarat
semasa membina projek ini. Bahan yang akan saya gunakan untuk mencipta produk ini
adalah MDF kerana lebih ringan dan lebih tahan karat. Meja solek ini juga perlu mempunyai
bentuk yang ringkas agar tidak memakan ruang yang banyak.

5
3.0 OBJEKTIF DAN FUNGSI PROJEK

3.1 Objektif projek

Objektif projek ini dihasilkan adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang
dihadapi iaitu:

1. Menyelesaikan masalah kekurangan ruang untuk meletakkan meja di dalam bilik tidur.
2. Menggunakan meja tersebut sebagai meja solek dan juga meja belajar atau kerja.
3. Menyimpan koleksi alat solekan dalam kuantiti yang banyak.

3.2 Fungsi projek

Fungsi projek ini dibina dan dihasilkan adalah untuk membantu wanita dan remaja
perempuan menyimpan barang solekan serta menyediakan satu tempat untuk bersolek. Pada
masa yang sama, projek ini mampu membantu menyediakan satu tempat untuk membuat
kerja dengan kondusif. Projek ini juga berfungsi untuk menjimatkan ruang yang ada di dalam
bilik atau ruagan seterusnya membolehkan individu meletakkan perabot yang lain di dalam
bilik tersebut.

6
4.0 JADUAL KERJA
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah merancang pelaksanaan projek ini daripada
peringkat awal sehingga akhir projek menggunakan carta alir dan carta gantt.

PROJEK
MULA

MENGENALPASTI MASALAH

ANALISIS PRODUK PASARAN

PENCETUSAN IDEA

LAKARAN IDEA

PEMILIHAN LAKARAN

LUKISAN CAD

PENGHASILAN PROJEK

PENGUJIAN PROJEK

TIDAK BERJAYA?

YA
KEMASAN

PROJEK
TAMAT

Rajah 2: Carta alir pelaksanaan projek

7
Saya juga menggunakan carta gantt dalam merancang pelaksanaan projek.

Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5
Taklimat penghasilan projek
Mengenalpasti masalah
Pencetusan idea
Penghasilan lakaran idea
Pemilihan lakaran
Penghasilan lukisan CAD
Menyenaraikan bahan projek
Penghasilan projek
Pengujian projek
Membuat kemasan
Penghantaran projek

Jadual 3: Carta Gantt pelaksanaan projek

8
5.0 DESKRIPSI OBJEK
5.1 Bahan yang digunakan

Bil. Bahagian projek Bahan Bilangan (unit)


1. Kaki meja MDF 1 (5 x 5 x 53 mm) 4
2. Bahagian meja MDF 2 (38 x 19 x 2 mm) 3
MDF 3 (56 x 19 x 2 mm) 1
MDF 4 (56 x 38 x 2 mm) 1
MDF 5 (39 x 17 x 2 mm) 1
3. Penutup cermin MDF 6 (39 x 41 x 2 mm) 1
4. Penutup laci MDF 7 (38 x 20 x 2 mm) 1
5. Cermin Kaca (33 x 36 x 0.5 mm) 1
6. Laci MDF 8 (17 x 20 x 2 mm) 1
MDF 9 (17 x 18 x 2 mm) 1
MDF 10 (33 x 17 x 2 mm) 2
MDF 11 (33 x 18 x 2 mm) 1
7. Kerusi MDF 12 (5 x 5 x 43 mm) 4
MDF 13 (20 x 5 x 2 mm) 4
MDF fabrik (30 x 30 x 2 mm) 1

Jadual 4: Bahan yang digunakan untuk projek

9
5.2 Carta pembinaan

Cara pemasangan projek:

1. Pasangkan bahagian
yang bernombor 2,3,4,7 2. Pasangkan bahagian
untuk membuat yang bertanda a,b,c,d,e
bahagian meja

3. Pasangkan cermin dan


penutupnya yang 4. Pasangkan bahagian
bertanda nombor 6 pada penutup meja yang
bahagian meja bertanda nombor 5.
menggunakan engsel.

6. Untuk bahagian kerusi,


5. Pasangkan kaki meja
pasangkan terlebih
(MDF 1) kepada
dahulu bahagian fabrik
bahagian meja yang
dengan MDF yang
telah siap dipasang.
bertanda A,B,C,D.

7. Akhir sekali,
pasangkan kaki kerusi
pada bahagia tempat
duduk yang telah siap
dibina.

Rajah 3: Cara pemasangan projek

10
Gambar 1: Rujukan untuk pemasangan projek

11
6.0 ANALISIS SWOT
Sepanjang pelaksanaan projek ini dilaksanakan, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity), dan ancaman
(threat) yang dapat dianalisis daripada projek ini.

Kekuatan projek inovasi ini ialah mampu menjimatkan ruang kerana rekannya tidak
besar dan sangat fleksibel bagi ruangan yang terhad. Berbeza dengan kebanyakan meja
solek di pasaran, produk ini mempunyai bentuk yang tidak terlalu panjang. Rekaan produk ini
yang boleh dibuka dan ditutup membuatkan produk ini tidak memerlukan ruangan yang besar
untuk ditempatkan. Produk ini juga merupakan perabot dwifungsi di mana mampu untuk
berfungsi sebagai meja solek dan meja belajar. Ruang penyimpanan yang besar juga
menjadikan produk ini amat sesuai untuk digunakan sekiranya barang yang hendak disimpan
adalah dalam kuantiti yang banyak. Seterusnya, produk ini menggunakan bahan MDF dan
tidak mudah berkarat.

Seterusnya, produk ini turut mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki. Produk ini
menggunakan bahan MDF untuk dibina yang membuatkannya kurang sesuai digunakan bagi
kawasan yang kerap hujan kerana bahan ini mudah kembang jika terkena air dan ditumbuhi
kulat. Kerusi yang digunakan dalam produk ini juga tidak mempunyai penyandar
menyebabkan pengguna mungkin kurang selesa sekiranya menggunakan meja ini dalam
jangka masa yang lama.

Selain itu, produk ini mampu menembusi pasaran kerana masih kurang
pengeluarannya secara menyeluruh kerana permintaan masyarakat lebih tertumpu kepada
meja solek yang panjang dan kelihatan mewah. Namun kini, masyarakat lebih gemar terhadap
design yang ringkas dan kelihatan moden. Sehubungan dengan itu, produk yang direka ini
mampu menarik minat masyarakat kerana rekaannya yang lebih ringkas dan kontemporari.
Produk ini mampu menembusi pasaran global sekiranya bahan MDF yang sensitif terhadap
kelembapan dan air ditukarkan kepada bahan yang lebih berkualiti dan tahan terhadap air dan
suhu. Sekiranya kerusi pada produk ini diubah suai dengan diwujudkan penyandar di
bahagian belakang, sudah pasti produk ini mampu dipasarkan dengan lebih meluas atas
faktor ergonomik.

Akhir sekali, ancaman produk ini terhadap pengguna ialah kualiti dan ketahanan projek
ini tidak dapat dipastikan dan tidak terjamin. Hal in kerana produk ini mudah bertindak balas
terhadap kehadiran air. Justeru, pengguna perlulah menggunakan produk ini dengan cermat
serta menjaganya dengan baik agar ketahanan produk ini dapat diguna dengan lebih lama.

12
Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weakness)

- Projek ini mampu menjimatkan - Bahan seperti MDF mudah


ruang. kembang apabila terkena air &
- Projek ini merupakan perabot mudah ditumbuhi kulat pada musim
dwifungsi. (sebagai meja solek & hujan.
meja belajar) - Kerusinya tidak mempunyai
- Menggunakan bahan MDF yang penyandar, boleh menyebabkan
tidak mudah karat. sakit belakang ketika belajar.

Analisis
SWOT
Peluang (Opportunity)

- Menggunakan papan MDF yang lebih


mahal agar tidak terlalu sensitif akan
Ancaman (Threat)
kelembapan.
- Mereka bentuk satu kerusi yang - Projek mudah rosak sekiranya
mempunyai penyandar agar lebih kondusif terdedah kepada air.
dan ergonomik. - Kualiti ketahanan projek tidak
- Boleh dipasarkan di pasaran kerana tidak terjamin.
ada lagi produk seperti ini dihasiikan.

Rajah 2: Analisis SWOT terhadap produk

13
7.0 RUJUKAN

Andi Khrisbianto. (2009). AutoCAD: Teori, Tutorial dan Training. Jakarta: Penerbit PT Elex
Media.

Bordegoni M. & Rizzi C. (2011). Innovation in Product Design: From CAD to Virtual
Prototyping. London: Springer-Verlag London Limited.

Cresswell L., Goodier A., Fielding-Smith D., Sheehan D., Lambert B., & Chapman C. (2002).
Product Design: Graphics with Materials Technology. Chicago: Reed Educational &
Professional Publishing Ltd.

McEvoyT., & Loberg K. (2017). The Makeup of a Confident Woman: The Science of Beauty,
the Gift of Time, and the Power of Putting Your Best Face Forward. United States:
Harper Collins Publishers.

Zakaria Mat Lazim. (1997). Bahan dan Binaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14