Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana telah
memudahkan urusan saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus BMZ1034 ini
sehingga ke akhirnya. Tidak lupa kepada pihak IPG Kampus Ipoh, jutaan terima kasih dan
penghargaan diberikan kerana saya dapat nneyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan lebih
mudah dengan adanya perpusataan untuk saya membuat rujukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rozita Binti HajI
Omar kerana memberikan penerangan yang lengkap dan padat semasa tugasan ini diberikan
dan sudi membimbing dan berkongsi idea semasa tugasan kerja kursus ini disiapkan.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana puan sudi memberi kepercayaan
kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Begitu juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan kerja
kursus ini dengan memberikan wang untuk mencetak dan membeli bahan bagi menyiapkan
kerja kursus ini. Tanpa kalian, tugasan kerja kursus ini tidak akan dapat dihasilkan dengan
sepurna. Tidak terlupa kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi
buah fikiran dalam menjayakan kerja kursus ini, terima kasih saya ucapkan.

Akhir sekali, diharapkan melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi bakal guru kaunseling yang dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang dunia akhirat. Harapan saya agar hasil penulisan ini akan
memberi kesan kepada diri saya begitu juga kepada diri pembaca seterusnya kita sama-sama
dapat menjadi pendidik yang berpengatuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pengajaran malah dalam kalangan masyarakat setempat khususnya
ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

1.1 Asal-usul Bahasa Melayu ------------------------------------------------------------------------------ 1

1.2 Bahasa Melayu Kuno ----------------------------------------------------------------------------------- 2

1.3 Bahasa Melayu Klasik ---------------------------------------------------------------------------------- 2-3

1.4 Bahasa Melayu Moden --------------------------------------------------------------------------------- 3-4

1.5 Pengaruh Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu ------------------------------------------------ 4-5

Rujukan --------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan suatu kelompok manusia manakala istilah melayu digunakan dalam
pengertian yang luas dan juga sempit. Fokus yang diberikan dalam penulisan ini adalah
kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu yang merangkumi asal-usul bahasa Melayu,
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Moden dan pengaruh bahasa
asing dalam bahasa Melayu.

1.1 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Menurut beberapa teori mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal


daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia yang datang dari daerah Yunan
dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia.
Golongan pertama disebut Melayu Proto iaitu pada 2500 sebelum Masihi kemudian diikuti
oleh gelombang kedua iaitu Melayu Deutro pada 1500 sebelum Masihi dan menduduki daerah
pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Namun, menurut Hendrick Kern (1889), orang-
orang Melayu berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang Austronesia
berasal dari Champa iaitu di persisiran pantai Kemboja dan kemudian mereka turun ke
Semenanjung menjadi orang Melayu.

Seterusnya, teori James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar mempunyai
pendapat yang sama namun berbeza dari segi migrasi orang Melayu. Keempat-empat ahli
sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
Teori ini terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah James Collins dan
Nothofer. Mereka berpendapat bahawa orang Melayu dipecahkan kepada tiga. Pertama,
migrasi terawal iaitu orang Melayu berpindah dari selebah barat Pulau borneo ke Sumatera.
Kedua, migrasi ke utara. Orang Melayu dari sebelah barat Pulau Borneo menjadi orang Brunei
yang ada pada masa sekarang. Akhir sekali, orang- orang di sebelah Barat Borneo turun ke
selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang. Kelompok kedua pula ialah Blust dan
Adelaar. Meraka berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya
berlaku sekali sahaja. Seterusnya, orang Melayu berindah ke Sumatera menjadi orang
Melayu di kepulauan Sumatera dan berpindah balik ke Pulau Borneo mewujudkan dua jenis
Melayu iaitu Melayu yang ada pada masa sekarang dan Melayu Iban.

1
1.2 BAHASA MELAYU KUNO

Permulaan perkembangan bahasa Melayu bermula dengan bahasa Melayu Kuno.


Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dari segi penggunaan kosa kata.
Kegemilangan zaman bahasa Melayu Kuno adalah ketika berada di bawah kerajaan Srivijaya.
Buktinya, Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintahan pada ketika itu
seterusnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di kepulauan
Melayu,kepulauan Riau dan Sumatera. Buktinya, batu-batu bersurat seperti batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang (683SM), batu bersurat di Kota Kapur, Pulau bangka (686M), dan
batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M) dijumpai. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa
Tengah (832M) merupakan batu surat pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga
abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.

Bahasa lingua franca banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang banyak
menyumbang kepada kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat
akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan
dan hirarkinya yang tinggi. Antara ciri Bahasa Melayu Kuno ialah banyak kata-kata pinjaman
Sanskrit, sususan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno seperti bulan dieja
wulan dan banyak lagi. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah
kerajaan lama seperti kerajaan Campa dan empayar Funan di Vietnam tengah dan selatan,
Thailand Tengah dan selatan, kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan empayar Srivijaya yang
terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra.

1.3 BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan (1992), Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu iaitu bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa melayu Klasik diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama iaitu kerajaan
Sumadera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan
wujudnya tulisan jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti
bahasa Melayu Klasik di semenanjung Tanah Melayu terdapat di Pangkalan Kempas, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Pada abad ke-13,
peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh agama Islam ke Asia Tenggara
2
mempengaruhi bahasa Melayu dari aspek kosa kata, struktur kata dan tulisannya. Peralihan
bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik dapat dibuktikan dengan penemuan batu-
batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama
yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Bukti
kedua ialah batu bersurat Pagar Ruyung mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat
abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.

Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam Manuskrip Melayu Lama.
Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari Kepulauan
Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Dari segi fonologi,
sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Awang Sariyan mengatakan bahawa
perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja i, a, dan u daripada vokal Arab alif, ya
dan wau. Dari segi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan bahasa Melayu
Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden. Dari segi tatabahasa,
imbuhan yang digunakan sama juga dengan imbuhan yang digunakan dalam bahasa Melayu
Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, pengandaan dan
pemajmukan. Antara ciri bahasa Melayu Klasik adalah ayat yang panjang dan berbelit-belit,
banyak ayat pasif, menggunakan bahasa istana dan banyak lagi. Gaya bahasa Melayu Klasik
memperlihatkan gaya yang tersendiri dan dapat dilihan pada ayat kompleks, ayat pasif dan
ayat songasang. Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya
tersendiri kerana bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden.

1.4 BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Merupakan bahasa yang telah mengalami pelbagai perubahan


berbanding dengan bahasa Melayu sebelumnya menjadikannya semakin mantap dari aspek
tatabahasa, ejaan dan larasannya yang selari dengan perkembangan dunia. Bahasa Melayu
Moden ialah bahasa Melayu yang berkembang pada pertengahan abad ke-19, yang
dipercayai dicetuskan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Bahasa Melayu ini mewarisi ciri
bahasaa Melayu Klasik yang memiliki fungsi yang lebih besar. Bahasa Melayu Moden besifat
dinamik kerana mudah menerima kemasukan bahasa asing, khususnya bahasa Eropah
dalam usaha memperlengkap pengungkapan pelbagai bidang ilmu. Seterusnya, bahasa
Melayu Moden dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia (Perkara 152 dalam Perlembagaan
Persekutuan) semenjak 1957 dan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran (Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67).

3
Perkembangan bahasa Melayu Moden dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu
sebelum merdeka (pramerdeka) dan selepas merdeka (pascamerdeka). Sebelum perang
dunia kedua, bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Banyak
pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik seperti R.O Winstedt, J.R.
Wilkinson dan W. Marsden. Selepas perang dunia kedua, Laporan Razak (1956)
mencadangkan supaya bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
rendah dan menengah bantuan kerajaan. Pada masa ini juga, akta-akta yang menyentuh
kedudukan bahasa Melayu telah digubal, malahan telah ditubuhkan institusi yang
bertanggungjawap untuk mengembangkan bahasa kebangsaan. Akta-akta yang berkaitan
dengan pelaksanaan Bahasa Melayu ialah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan banyak lagi.

1.5 PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU

Unsur bahasa asing banyak terdapat dalam bahasa Melayu Moden. Tujuannya adalah
untuk memastikan bahasa Melayu sentiasa berkembang dan dapat mengungkkapkan
pelbagai laras bahasa. Bahasa Melayu meminjam unsur daripada bahasa asing yang maju
dan bertamadun tinggi dan pernah trlibat dalam sejarah orang Melayu. Peminjaman berlaku
hasil daripada pertembungan dengan bahasa berkenaan melalui peperangan atau penjajahan
politik, perdagangan, pendidikan, penyebaran agama, dan kejiranan dan persahabatan.
Pengaruh pertama pengaruh bahasa dari India. Bahasa tertua yang dipinjam ialah bahasa
Sanskrit yang merupaka bahasa elit India. Peminjaman berlaku semenjak abad ketujuh oleh
bahasa Melayu Kuno untuk mengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu
bersurat. Seterusnya, pengaruh bahasa dari Asia Barat. bahasa Melayu dipengaruhi kuat oleh
bahasa Arab melalui perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bahasa ini menyerap
sistem aksaranya yang dikenali dalam bahasa Melayu sebagai tulisan Jawi di Malaysia atau
tulisan Melayu-Arab di Indonesia.

Ketiga, pengaruh bahasa dari Eropah. Kehadiran penjajah Barat menyebabkan


bahasa Melayu menerima kosa kata daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Keempat, pengaruh bahasa dari China. Bahasa ini terserap melalui pergaulan dengan orang
Cina, khususnya melalui perniagaan semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan
penubuhan Negeri-Negeri Selat (Za’ba 1965:267). Akhir sekali ialah pengaruh bahasa dari
Nusantara. Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Jawa, Sunda, Bugis,
Sumatera dan lain-lain lagi. Bahasa asing ini dipinjam atas dasar keperluan untuk menyatukan
4
atau menamai sesuatu yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu.
Seterusnya, perkembangan dunia ilmu yang pesat memerlukan penggunaan istilah yang
sesuai dan memerlukan masa untuk menciptakanya sendiri.

Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mengalami perubahan dalam beberapa


peringkat. Bermula dari bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik dan berubah
kepada bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu penting dan harus dijaga keasliannya.
Bahasa Melayu boleh menerima unsur lain tapi tidak boleh berlebihan sehingga menghakis
bahasa Melayu itu sendiri. Harapan saya agar bahasa Melayu terus dimartabatkan dan terus
berkembang dan akhirnya menjadi bahasa dunia.

5
RUJUKAN

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain (2006), Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia Publish & Distributors.

AF Yassin (1996), Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan, Shah Alam: Fajar Asia.

Ahmad Sarji (2005), Sekadar Pendapat, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Malaysia.

Asmah Haji Omar (1985), Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan (1998), dipetik dari Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin et al (1997), Pengajian Melayu 1, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Nik Safiah Karim el al (2004), Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai