Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATON

SEMESTER MEI 2019

HDPS3203

BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI

NO. MATRIKULASI : 960129035182001

NO. KAD PENGNEALAN : 960129-03-5182

NO. TELEFON : 0148095714

E-MEL : xiaoting425@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU LEARNING CENTRE


Bahagian 1:

Membaca dan menulis

Membaca dan menulis merupakan kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian.
Kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini dari usia yang muda biasanya dapat
mengharungi dunia akademik dan kerjaya professional dengan jayanya. Pandangan umum
adalah kanak-kanak belajar membaca dan menulis semasa prasekolah atau Darjah 1 sahaja.
Kenyataan ini ada kebenarannya, memang kanak-kanak mula membaca semasa prasekolah,
tetapi sebenarnya apa yang berlaku sebelum itu memainkan peranan yang penting dalam
menentukan bagaimana kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Kajian menujukkan
kanak-kanak dengan kemahiran pertuturan dan bahasa yang baik lebih bersedia untuk
menerima pelajaran, khasnya mereka lebih bersedia dan lebih mudah untuk belajar membaca
dan menulis. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, dan banyak yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak mereka berjaya di sekolah.

Kaedah membaca

Pada tugasan ini, saya memahami tentang membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan
mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Pada masa ini,
terdapat pelbagai definisi tentang membaca. Atan Long (1978) menyatakan proses membaca
melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu
semula kepada bunyi suara dan memahami makna dan tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu manakala bagi Zulkifley (1994), kemahiran membaca tidak dimiliki oleh seseorang
pelajar melainkan beliau mampu melakukan proses-proses mengenali dan membezakan
fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan simbol-simbol fonem
untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada
sistem saraf untuk diterjemahkan dan difahami apa yang dibaca.

Aktiviti membaca

Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemahkan lambang-lambang bertulis


kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa
yang disuarakan itu. Sebagai pembaca yang efektif, kita perlu dapat menyebut perkataan
dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Sesuatu bahan dapat
dibaca oleh kanak-kanak dengan pelbagai kaedah berdasarkan kemampuan mereka dan tahap
penguasaan kemahiran membaca mereka serta sejauhmana kompleksnya bahan yang dibaca.
Tiada kaedah tertentu yang dapat menentukan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak
membaca. Penentuan kaedah yang sesuai digunakan kanak-kanak dalam sesuatu pengajaran
bergantung pada guru dan kanak-kanak sendirinya, berdasarkan bahan yang dibaca,
kemampuan kanak-kanak membaca dan pengajaran aspek tertentu atau persekitaran semasa.
Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa kemungkinan yang akan berlaku bagi
setiap kaedah yang digunakan serta menyedari bila, mengapa dan badaimana mahu
menggunakan kaedah yang dipilih.

Kaedah pengajaranyang digunakan oleh guru dalam mengajar bacaan

Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar
bacaan pada peringkat awal. Pertamanya ialah Kaedah Abjad atau huruf. Kaedah ini
merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca
perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z.
Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au, oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata ba + tu = batu dan
seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kaedah yang kedua ialah Kaedah Fonik atau bunyi. Kaedah fonik adalah antara kaedah
mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-
bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi
huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan
seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus
dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai
contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

Keadah terakhir ialah Kaedah Pandang dan sebut atau Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah ini
sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba
kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran
membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian
yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa
dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang
menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan
yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja
sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi
untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan “rumah”,
guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf “r” iaitu [ r ] dan kalau perlu
membunyikan suku kata [ ru ].

Membaca bersama ibu bapa

Seterusnya dengan mengamalkan budaya membaca diharapkan rakyat akan dapat


menambahkan ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini masih dianggap remeh oleh
sebahagian masyarakat walaupun, isu ini kerap dibincangkan dalam media massa. Oleh itu,
beberapa cara perlu dilaksanakan agar aktiviti membaca menjadi budaya masyarakat. Budaya
membaca perlu bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan pihak pertama yang berupaya
membentuk budaya membaca seseorang individu. Suasana keluarga juga amat mempengaruhi
anak-anak terutama daripada segi amalan membaca. Oleh itu, ibu bapa wajar membelikan
buku untuk bacaan anak-anak sejak mereka kecil lagi. lbu bapa boleh membaca bersama
anak-anak kerana aktiviti sebegini menyeronokkan anak-anak dan ia dapat menggalakkan
anak-anak membaca. Selain ahli-ahli keluarga masyarakat juga berperanan mempengaruhi
generasi muda agar gemar membaca. Ahli-ahli keluarga masyarakat mesti menjadikan
aktiviti membaca sebagai budaya hidup seharian. Aktiviti membaca semasa menunggu bas
dan ketika dalam kenderaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Jepun patut diamalkan oleh
masyarakat di negara kita kerana aktiviti ini banyak kebaikannya. Dengan melakukan aktiviti
pembacaan pada setiap masa, maka akan terbentuklah masyarakat yang berilmu.

Kementerian pelajaran

Selain itu, Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan. Contohnya, Kementerian
Pelajaran boleh menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar dengan mengadakan
pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu pengetahuan seperti pertandingan kuiz dan
pertandingan mengarang. Pihak Kementerian Pelajaran juga perlu melengkapkan
perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan berkualiti bagi mendorong pelajar
untuk membaca. Pada setiap perhimpunan mingguan, pengetua sekolah wajar mengingatkan
pelajar tentang budaya membaca dalam kehidupan seharian. Di samping itu, pihak kerajaan
juga boleh memainkan peranan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan
bagi melaksanakan program yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan
masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperbanyakkan perkhidmatan Perpustakaan
Bergerak di kampung-kampung yang tiada perpustakaan awam. Sesungguhnya, sesebuah
negara akan maju jika masyarakat mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Media massa juga boleh memainkan peranan dalam membentuk budaya membaca. Hal ini
kerana media massa dapat mempengaruhi minda penonton atau audiens. Oleh itu, pihak
media massa perlu menyokong usaha kerajaan untuk membentuk budaya membaca dalam
masyarakat seperti menyiarkan rencana tentang kebaikan membaca. Pada masa yang sama,
harga surat khabar dan majalah juga mestilah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua
golongan masyarakat.

Kemahiran menulis

Dan seterusnya, saya memahami menulis merupakan alat hubungan yang penting walaupun
terdapat berbagai-bagai kemajuan dalam teknologi komunikasi. Asas menulis ialah
pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu, kemahiran asas menulis berkait
rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.
Menulis juga memerlukan kebolehan menggunakan ayat yang penggunaan tanda baca yang
betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman. Menulis tidak dapat dipisahkan daripada
membaca. Di peringkat tadika, kedua-dua kemahiran ini bermula pada asas yang sama iaitu
mengenal huruf. Murid tidak dapat membaca jika tidak mengenal huruf dan begitu jugalah
menulis.

Peringkat kemahiran menulis

i. Kemahiran Mekanis

Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis, kemahiran pertama ialah Kemahiran
Mekanis, pada peringkat ini kanak-kanak dilatih menguasai kemahiran membentuk huruf
bagi menulis dengan tangan dalam sistem tulisan bahasa Melayu. Kanak-kanak juga dilatih
menggunakan tanda baca di tempat-tempat yang betul. Kemahiran ini penting kerana tanpa
penggunaan tanda baca yang betul, hasil penulisan akan menjadi sukar dibaca dan membawa
kepada kesalahan maksud. Setelah kanak-kanak menguasai kaedah menulis tulisan cap (huruf
cerai), latihan selanjutnya yang diberikan kepada kanak-kanak ialah kemahiran tulisan
sambung.

ii. Kemahiran Mengeja

Kemahiran kedua ialah Kemahiran Mengeja, belajar meneja ialah satu proses pembinaan
konsep dan mengeja perlu disepadukan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada
kanak-kanak. Belajar mengeja juga adalah satu proses perkembangan. Kanak-kanak akan
melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu.

iii. Kemahiran Memilih Perkataan dan Kemahiran Tatabahasa

Kemahiran ketiga ialah Kemahiran Memilih Perkataan dan Kemahiran Tatabahasa, kanak-
kanak diajar secara tidak formal tetapi secara sengaja, tentang undang-undang bahasa yang
merangkumi aspek morfologi dan sintaksis, supaya kanak-kanak boleh menggunakan dengan
tepat dan berkesan dalam penulisan, menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam pelbagai
konteks dan membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam pelpagai konteks
penulisan.

iv. Kemahiran Mengumpul, Memilih dan Menyusun Isi

Seterusnya, kemahiran keempat adalah Kemahiran Mengumpul, Memilih dan Menyusun Isi,
kemahiran ini adalah untuk kanak-kanak memilih dan menyusun pengalaman yang berguna.
Pada keseluruhannya, semua jenis penulisan terdiri daripada fakta, pandangan dan pendapat
yang dipilih dan disusun dengan baik bagi tujuan penulisan yang khusus. Kejalasan tujuan,
ketepatan fakta dan kekemasan susunan menentukan keberkesanan hasil penulisan itu.

v. Kemahiran Menggunakan Gaya Bahasa

Di samping itu, kemahiran kelima adalah Kemahiran Menggunakan Gaya Bahasa, bagi
maksud gaya bahasa, Umar Junus (2010) menghuraikannya sebagai cara menyatakan sesuatu
yang lain daripada biasa tanpa kelainan makna. Bagi Rahman Shaari (1993) pula, gaya
bahasa terhasil melalui tulisan. Jika penulis tidak mampu memilih cara yang sesuai untuk
menyampaikan fikirannya, maka karya itu dikategorikan sebagai tidak bergaya. Menurut
beliau lagi, adalah mustahil seseorang itu menulis sebuah karangan tidak menggunakan ayat
transformasi. Melalui bimbingan guru dan latihan yang dilakukan, kanak-kanak seharusnya
dapat membina pemikiran yang tajam tentang kesesuaian bahasa dan bentuk penulisan yang
mereka gunakan. Semasa kanak-kanak berbincang dengan guru atau rakan sekelas tentang
sesuatu penulisan yang dihasilkan, mereka akan dapat melihat betapa pentingnya gaya
persembahan gaya persembahan dalam menentukan keberkesanan penulisan mereka.

vi. Kemahiran Membuat Pertimbangan

Akhir sekali ialah Kemahiran Membuat Pertimbangan, kemahiran ini memerlukan kanak-
kanak menentukan penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang sesuai untuk menulis
jenis-jenis penulisan yang berlainan seperti menulis surat, laporan, pesanan, minit mesyuarat
atau menulis cerita.

(1552 perkataan)
Rujukan:

Abdul Halim Masnan, Loy Chee Luen, Zaharah Osman (2013, April). HDPS 3203, Open
University Malaysia, Edisi kedua, Judul 4, 85.

Aryyz Azueriey (2012, December) Kemahiran Membaca. Kemahiranmembaca. Dicapai oleh


http://aryyzazueriey.blogspot.com/2012/12/kemahiran-membaca.html

Anonymous (2013, May) Kemahiran membaca. Kemahiranmembaca. Dicapai dari


http://kemahiranmembaca123.blogspot.com/

Cikgu Hijau (2013, August) Aktiviti membaca lantang dapat meningkatkan motivasi kanak-
kanak untuk menguasai kemahiran membaca. Aktiviti membaca lantang dapat meningkatkan
motivasi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca. Dicapai dari
https://cikguhijau.blogspot.com/2013/08/aktiviti-membaca-lantang-dapat.html

Nor Zuhaila bt Mahmad Azmi (2017, January) Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis.
Bermainmeningkatkankemahiranmenulis. Dicapai dari
http://www.myhealth.gov.my/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis/
Bahagian 2:

Standard Kandungan dan standard Pembelajaran

Apa itu standard Kandungan dan standard Pembelajaran? Standard Kandungan merupakan
penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk
objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Masa dan aktiviti yang dapat menyeronokkan kanak-kanak semasa membaca

Seterusnya bagaimana menjadikan masa dan aktiviti membaca kanak-kanak sesuatu yang
seronok? Membaca merupakan satu aktiviti yang sering dielakkan oleh sesetengah kanak-
kanak. Ianya sangat membosankan, sukar dan tidak seronok sama sekali. Oleh itu menjadi
tanggungjawab sebagai ibu bapa yang prihatin untuk menggalakkan mereka. Ia boleh
lakukannya dengan berkesan melalui beberapa strategi. Ibu bapa boleh membantu
menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan.

Peringkat kanak-kanak

Pada peringkat yang berlainan, kebolehan kanak-kanak juga tidak sama. Contohnya kanak-
kanak baru lahir hingga 1 tahun dalam kebolehan Fonologi adalah boleh mengeluarkan bunyi
seperti mendekut dan mengagah, bunyi vokal berubah menjadi bebelan seperti “mama
mama” dan boleh menyebut suku kata nama. Dalam kebolehan Sematik, perperkataan kanak-
kanak mula terbentuk, perperkataan awal disebutkan merujuk kepada orang terdekat, benda
yang dapat bergerak dan aksi yang biasa. Kanak-kanak pada peringkat itu juga mula pandai
menggunakan vari asi perkataan untuk memberi maksud yang sebenar dan dapat memahami
perkataan serta menunjuk objek yang dinamakan. Seterusnya dalam kebolehan Pragmatik,
kanak-kanak dapat menunjuk minat untuk melibatkan diri dalam perbualan dan penglibatan
dalam perbualan mula terbentuk.

Bergitu juga, kanak-kanak tadika atau prasekolah juga memerlukan sesuatu aktiviti yang
dapat menyeronakan, seperti mengecan dan memadankan gambar dengan perkataan,
memperkenal dan menambah perbendaharaan kata, menyanyi dan menari, menampal huruf,
membaca lantang (read aloud), bermain suai padan dan sebagainya. Apabila dalam
lingkungan umur taska dua hingga tiga tahun, kanak-kanak ini sudah dapat menggunakan
sekurang-kurangnya kombinasi dua patah perkataan (Bloom, 1998). Pada peringkat awal ini,
kanak-kanak sudah pandai mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam penggunaan ayat
telegrafik yang terdiri daripada kombinasi dua patah perkataan (Bloom, 1990;1991, & Valian
1991). Selain itu, kanak-kanak ini mula menggunakan strategi dengan kreatif dan melanggar
peraturan. Kematangan peralatan vokal dan usaha aktif kanak-kanak membantu mereka
dalam menyelesaikan masalah sebutan. Mengikut Brown (1975), perbendaharaan kata yang
diketahui oleh kanak-kanak berumur tiga tahun hingga enam tahun meningkatan dari 1000
patah perkataan kepada 10 ribu patah perkataan. Dengan pengetahuan yang meningkat ini,
mereka dapat membuat penghurian yang panjang lebar dan cakap dalam perbualan.

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat empat hingga enam tahun dapat menggunakan kata
sambung, ayat berlapis, soalan bertag, dan ayat pasif. Orang dewasa dapat meningkatkan
perkembangan tatabahasa kanak-kanak melalui penambahan perbendaharaan kata untuk
ungkapan kanak-kanak supaya menjadi lebih kompleks dan lengkap, pembentukan semula
ayat supaya ayat menjadi lebih tepat dan betul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berkebolehan
untuk membezakan maksud perkataan melalui penekanan yang diberi pada perkataan yang
disebutkan. Misalnya antara “beri saya sebatang pensel” dengan “beri saya batang kayu”.
Pertukaran penekanan pada sebutan apabila perkataan berubah daripada kata nama kepada
perbuatan. Sebagai contoh di antara “jalan” dan “berjalan”.

Aktiviti yang paling menarikkan kanak-kanak

Aktiviti yang paling menarikkan kanak-kanak adalah menyanyi dan menari. Biasakan kanak-
kanak dengan lagu-lagu fonik yang mengajar bunyi-bunyi huruf sebagai asa dalam proses
membaca. Kaedah fonik terbukti berkesan dan pantas dalam mengajar kanak-kanak untuk
membaca. Perkara ini salaras dengan kajian yang menyatakan bahawa otak manusia
membaca dengan cara menmecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi. Antara lagu-lagu fonik
yang biasa didengar oleh kanak-kanak ialah Didi and friend untuk Bahasa Malaysia dan
Pinkfong untuk Bahasa Inggeri. Mereka boleh menyanyi sambil mengikut pergerakan di
dalam video tersebut. Kaedah ini pasti banyak membantu kanak-kanak untuk mudah
mengingati setiap bunyi huruf yang ditayangkan.

Selain itu, menulis juga penting pada peringkat awal kanak-kanak. Menulis memainkan
peranan penting walaupun dalam era teknologi. Kemahiran menulis sering digunakan oleh
kanak-kanak di sekolah. Menulis adalah satu proses yang kompleks dalam meluahkan
perkataan melalui genggaman pensil, pembentukan huruf dan postur badan. Kecekapan
menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi
tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan. Prevalen masalah
menulis dalam perkembangan kanak-kanak dianggarkan antara 10% hingga 30% dan lebih
ketara kerap berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki daripada perempuan. Tugas utama di
dalam kelas adalah menulis. Kira-kira 30% hingga 60% daripada masa kelas di sekolah
rendah dihabiskan dengan aktiviti menulis dan motor halus. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah dalam menulis akan mengalami kesukaran dalam mengambil nota, ujian atau
menyiapkan kerja sekolah mereka. Ini boleh menjejaskan harga diri, prestasi akademik dan
sikap serta persepsi mereka terhadap sekolah.

Aktiviti dalam kelas

Kebanyakan kelas yang diperhatikan mempunyai alat menulis (misalnya, pencil, penanda,
krayon dan kapur), pelbagai kertas dan alat untuk membentuk huruf (contohnya, stensil, pasir
surat kertas). Malah, kebanyakan bilik darjah mempunyai pusat menulis yang dilengkapi
dengan baik. Yang penting, peratusan besar pusat-pusat seni. Ini menunjukkan bahawa guru-
guru sedar tentang pentingnya menyediakan kanak-kanak dengan peluang untuk mengambil
bahagian dalam penulisan dan aktiviti seni. Walau bagaimanapun, bahan-bahan bertulis
secara eksklusif ditemui di pusat penulisan sahaja dan jarang ditemui di pusat-pusat
pembelajaran yang lain (contohnya, bermain dramatik, blok dan sains). Ini penting kerana
menurut Gerde dan Bingham (2012), kelas biasanya menyediakan bahan-bahan bertulis
tetapi guru-guru jarang menggabungkan aktiviti menulis ke dakam aktiviti harian atau rutin,
menarik perhatian kepada penulisan, di mana guru dan kanak-kanak bersama-sama menulis
atau scaffold penulis kanak-kanak. Ringkasnya, aktiviti penulisan yang menyokong
perkembangan celik huruf tidak secara konsisten dan tidak kerap berlaku di dalam kelas awal
kanak-kanak dan ini berpotensi memberi kesan negatif terhadap perkembangan celik huruf
kanak-kanak.

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk saiz dan
warna, melukis serta mewarna perlu diberi pendedahan kepada kanak-kanak. Latihan begini
boleh membantu kanak-kanak menguasai kordinasi mata tangan dan seterusnya akan
menyediakan seseorang murid itu untuk munulis. Aktiviti bermain meningkatkan kemahiran
menulis perlu ditentukan sebelum mencuba untuk membantu kanak-kanak yang mengalami
kesukaran menulis. Jika kanak-kanak itu mempunyai masalah kemahiran motor halus atau
pembentukan huruf, masalahnya mungkin berkaitan fizikal. Sekiranya kanak-kanak itu tidak
boleh mengingat bagaimana untuk menulis salah satu huruf daripada senarai abjad atau
mengambil masa untuk mengambil keputusan apa yang patut ditulis, maka mungkin ada isu-
isu kognitif.

Kebanyakan masalah menulis adalah faktor fizikal. Latihan motor halus membantu, tetapi
penggunaan motor kasar sama pentingnya. Menulis melibatkan postur badan dan penggunaan
tangan, lengan, kepala, dan mata dengan betul. Antara aktiviti bermain yang dapat
meningkatkan kemahiran menulis, pertama ialah aktiviti di taman permainan contohnya
bermain buaian, gelongsor dan palang bergayut membolehkan kanak-kanak memanjat,
menggantung dan melompat. Aktiviti-aktiviti ini membantu kanak-kanak dalam merangsang
semua deria rasa.

Yang kedua adalah aktiviti permainan luar contoh bermain “kereta sorong manusia”,
merangkak melalui terowong, badminton dan permainan bola keranjang dapat membantu
menghubungkan laluan motor-neural yang diperlukan untuk menulis. Aktiviti ketiga ialah
permainan tradisional dan lagu-lagu bertepuk yang melibatkan kanak-kanak dalam permainan
yang memerlukan koordinasi mata-tangan seperti ‘batu seremban’, ‘kalau anda gembira’,
pick-up sticks, guli dan teng teng.

Aktiviti keempat ialah masa memasak, ibu bapa boleh memain memasak dengan anak anda.
Biarkan mereka menguli doh, menggulung dan memotong dengan pemotong permainan atau
bermain dengan set memasak. Aktiviti kelima dan enam ialah mengukir atau membentuk
play dough atau tanah liat dan melipat Origami atau mengunting kertas. Aktiviti ketujuh dan
kelapan ialah menulis dengan jari seperti melukis garisan dan menyalin bentuk menggunakan
krim pencukur, dulang pasir atau cat jari dan mengambil objek kecil dengan penyepit.
Aktiviti kesembilan dan kesepuluh ialah memegang tiub ubat gigi yang kecil dan memusing
penutup dengan ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah dan memakaikan baju anak patung
seperti mengenakan butang, mengezip dan membuka baju, menyusun dan mengikat tali kasut
anak patung.

(1221 patah perkataan)


Gambar ini menunjukan mengkenali huruf melalui bermain bongkah-bongkah.
Bil Kandungan Hasil pembelajaran
3 Kemahiran Membaca 3.1.1 memadankan gambar suatu objek dengan
3.1 mengecam dan memadankan lakarannya
gambar dengan perkataan 3.1.2 memadankan gambar dengan perkataan
3.2 mengenal bentuk huruf 3.2.1 menyebut huruf mengikut urutan dan
secara rawak
3.2.2 mengitkan huruf dengan bentuk objek di
persekitaran
3.2.3 mengenal bentuk huruf kecil dan huruf
besar
3.3 mengenal huruf vokal 3.3.1 mengecam huruf vokal yang terdapat
dalam perkataan
3.3.2 membunyikan huruf vokal
3.4 mengenal huruf konsonan 3.4.1 mengecam dan membunyikan huruf
konsonan
3.4.2 mengecam bunyi huruf konsonan di awal
dan di akhir perkataan yang diperdengarkan
3.5 memperkenal dan menambah 3.5.1 mengecam dan mengaitkan label pada
perbendaharaan kata pelbagai objek dan tempat
3.5.2 bercerita tentang gambar yang dilihat atau
hasil kerja
3.5.3 mengecam perkataan melalui nyanyian
atau puisi
3.6 membina suku kata dan 3.6.1 menyebut suku kata hasil gabungan huruf
perkataan konsonan dan huruf vokal (kv)
3.6.2 mencantum dua suku kata konsonan dan
vokal (kv+kv) dalam satu perkataan
3.6.3 membaca suku kata terbuka (vkv)
3.6.4 membaca suku kata penutup (kvk)
3.6.5 membaca dua suku kata terdiri daripada
(kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk)
3.6.6 membaca perkataan gabungan dua suku
kata vokal berganding dan konsonan berganding
(kv+vk)
3.7 membaca perkataan dan 3.7.1 membaca perkataan dan rangkai kata yang
rangkai kata bermakna
4 Kemahiran Menulis 4.1.1 melakukan koordinasi mata-tangan
4.1 membina kemahiran menulis 4.1.2 melakukan pergerakan tangan dan jari
untuk membentuk corak mengikut arah yang
betul
4.1.3 memegang alat tulis dengan cara yang
betul untuk menulis
4.1.4 menulis huruf mengikut cara yang betul
4.1.5 menulis nombor mengikut cara yang betul
4,2 menguasai kemahiran menulis 4.2.1 menulis perkataan
4.2.2 menulis rangkai kata dan ayat yang
bermakna
4.2.3 menulis cerita

Anda mungkin juga menyukai