Anda di halaman 1dari 1

Cabaran Pesakit Mental

Stigma

Stigma masyarakat terhadap pesakit mental memang sukar untuk dilenyapkan. Pesakit mental secara
umumnya sering dipandang dihina dan sering didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka bukan sahaja
memandang serong kepada pesakit bahkan mengaitkan ahli keluarga pesakit. Kesannya, keluarga sukar
untuk menerima hakikat bahawa ahli keluarga mereka mengidap penyakit mental.

Gejala yang di tunjukkan oleh pengidap penyakit mental yang gagal dalam rawatan (relapsed)
menyebabkan penjaga lebih cenderung mempercayai pesakit disampuk makhluk halus dan
mendapatkan bantuan bomoh bagi menghindari pandangan sinis masyarakat. Penjaga juga seberapa
boleh merahsiakan keadaan pesakit dari pengetahuan umum. Keadaan ini yang mendorong penjaga
mengurung pesakit dan membiarkan pesakit berkeliaran atau merayu pihak berkuasa menempatkan
pesakit di institusi.

Keadaan Pesakit

Pesakit yang menjalani rawatan psikiatri sering menunjukkan gejala-gejala sampingan seperti
mengantuk, kegelisahan, terketar-ketar dan pergerakkan badan yang tidak normal. Gejala-gejala ini
menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan normal dan memerlukan bantuan dan perhatian
orang lain khususnya penjaga.

Selain daripada itu, terdapat pesakit yang tidak menerima hakikat bahawa dia mengidap penyakit
mental. Mereka sering menolak untuk menjalani rawatan dan sudah pasti tidak mahu mengambil
ubatan secara konsisten. Situasi ini menyebabkan penyakit berulang dan proses rawatan – pemulihan
menjadi sukar samada penjaga terpaksa memujuk atau amat berhati-hati ketika memberi ubatan.

Komunikasi/Interaksi

Kebanyakan Pesakit mental mungkin mengalami masalah untuk berinteraksi/bersosial dengan orang
lain. Mereka sering kali merasa kurang keyakinan,malu,takut untuk bersosial sekiranya kelakuan mereka
itu tidak dapat diterima secara sosially oleh masyarakat. Ada pesakit mental mempunyai interaksi yang
baik tetapi dalam pada masa yang sama kelakuan pesakit boleh membuatkan masyarakat sekeliling tidak
berasa selesa dengan mereka.