Anda di halaman 1dari 2

Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya ?

Jawapan Ustaz Mustaffa Kamal

Tak bidaah sayang, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,

Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini
digalakkan.Dua af'al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu

1- Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56

2- Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4.

Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya
memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah
sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.

Riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan

bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran
nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. "
Izinkan aku memujimu " Rasulullah bersabda : " Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah
menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit'. Saidina Abbas mula berqasidah " sebelum
ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu
ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2
syurga .... sehingga akhir qasidahnya.

Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan " Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit
".Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan " Benarlah kamu
wahai Abbas".

Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya

" Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka
berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa'.Tidakkah kamu mahu
memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah
s.a.w. bertanya " Siapakah yg berqasidah itu". Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa.
Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.

Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al
Jihad.

Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk
bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda "
Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia
menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.".

Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.


Banyak lagi dalilnya,kenyataan qasidah bukanlah amalan sunnah adalah satu kesilapan,ada
sahabat yg melakukannya dan nabi tidak mengingkarinya,mengikuti sahabat adalah perintah
Rasulullah s.a.w. dan ada dalil mengenainya.

Nasihat ustaz janganlah kita mempertikaikan amalan orang lain yang ada dalil2nya bahkan
kita sibukkan diri kita memperbaiki ummah yang rosak ini,yg kita bimbang lagi takut2 kita
termasuk didalam ummah orang yg rosak ini. Wal iya zubillah, semoga Allah merahmati kita
semua.

Anda mungkin juga menyukai