Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Yang saya hormati guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk pidato saya
pada hari ini ialah “Kepentingan Makanan Seimbang”

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk


mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan
seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua
jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat,
mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan


individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai
gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan
turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Rakan-rakan sekalian,

Makanan seimbang penting terutama kepada para


pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan
menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas,
pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang
tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya
konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua


orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke
kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh
itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk
kestabilan kesihatan.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai