Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH-FAEDAH AMALAN BERJIMAT CERMAT

(I) Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap
pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. (T) Sehubungan dengan
itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam
rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar
penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Memetik kata-kata
azimat Laotze, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah
kebinasaan.” (A) Hal ini memanifestasikan bahawa betapa manfaatnya amalan berjimat
cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Oleh itu, terdapat beberapa faedah yang akan
diperoleh jika amalan ini dibudayakan dalam kehidupan seharian kita.
(I) Salah satu faedah yang kita peroleh ialah amalan ini dapat mengurangkan
perbelanjaan kita. (M) Dengan berjimat cermat, kita akan lebih berhati-hati ketika
membelanjakan wang terutamanya dalam kehidupan marcapada yang keadaan ekonomi tidak
stabil. Keadaan menjadi lebih terhimpit apabila harga barang basah dan dapur turut meningkat
menyebabkan harga makanan di kedai makan turut meningkat. (BA) Oleh itu, ahli keluarga
perlulah membudayakan amalan makan di rumah seperti makan malam dan pada waktu cuti.
(K) Situasi ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan ahli keluarga dan sekali gus
dapat mengelakkan pembaziran. Bukan itu sahaja, kesihatan ahli keluarga juga akan terjamin
kerana makanan yang dimasak lebih berkhasiat dan bersih. Sudah jelas amalan makan di rumah
memberikan pelbagai kemaslahatan (U) ibarat serampang dua mata. (P) Oleh itu, jelaslah
bahawa amalan berjimat cermat dapat membataskan perbelanjaan kita dan mengelakkan
pembaziran.
(I) Selain itu, amalan yang murni ini juga dapat memupuk sikap berdikari. (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana kita tidak akan bergantung kepada satu sumber atau satu punca
sahaja untuk menyara kehidupan kita sekeluarga. (BA) Sebagai contoh, kita perlulah
menggalakkan ahli keluarga kita mengamalkan amalan bercucuk tanam di halaman rumah
walaupun hanya bertanahkan sekangkang kera. (K) Dengan aktiviti bercucuk tanam yang
dipraktikkan oleh ahli keluarga sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan dapur kerana tidak
perlu membeli sayur-sayuran seperti sawi, kacang panjang dan kangkung di pasar. Lebih-lebih
lagi, tubuh badan kita akan lebih sihat dan hubungan kekeluargaan juga akan terjalin erat (U)
bagai isi dengan kuku. (P) Izharlah di sini bahawa sikap berdikari dapat dipupuk dalam jiwa
kita dengan amalan berjimat cermat.
(I) Jika ditinjau dari dimensi yang lain, amalan berjimat cermat juga dapat
menambahkan wang simpanan. (M) Amalan ini mendidik kita supaya menyimpan wang secara
berdikit-dikit untuk kegunaan pada masa hadapan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit. (BA) Tamsilnya, kita boleh membuat tabungan wang lebihan yang diperoleh dengan
menyimpan wang di dalam tabung atau di dalam bank. (K) Wang tabungan ini lama-kelamaan
akan menjadi banyak dan dapat digunakan terutamanya pada waktu kecemasan seperti
menghidap penyakit, ditimpa kemalangan, kebakaran dan sebagainya. Segala masalah dapat
dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa menabung dalam
kehidupan sehari-harian. (U) Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan
payung sebelum hujan.” (P) Pendek kata, amalan berjimat cermat dapat membudayakan
amalan menabung yang merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum
berlakunya sesuatu musibah kerana panas tidak sampai ke petang.
(K) Akhirulkalam, amalan berjimat cermat mempunyai beberapa faedah dan
kepentingan untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Amalan berjimat cermat juga
merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini,
kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. (CDGN) Oleh itu, kita haruslah
mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Amalan ini harus ditanam sejak kecil lagi oleh
ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi menjadi
bubur. Bukan itu sahaja, kita juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan
amalan berjimat cermat dan kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi
akan datang dapat mencontohi sikap ini. (HRPN) Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan
lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat berhemat ketika
berbelanja. Semoga amalan berjimat cermat akan melahirkan masyarakat yang bijak dan
progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk
jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, “Berfikirlah
untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.”

UNGKAPAN MENARIK

1. Laotze - Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.
2. ibarat serampang dua mata / sambil meyelam minum air = memperoleh banyak faedah
dalam satu ativiti / kegiatan / masa
3. bagai isi dengan kuku = hubungan yang erat
4. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit / sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
5. sediakan payung sebelum hujan
6. panas tidak sampai ke petang = sesuatu yang diharapkan tidak menjadi / kesampaian
7. melentur buluh biarlah dari rebungnya
8. nasi menjadi bubur
9. Mahatma Gandhi - Berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.

Anda mungkin juga menyukai