Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA SAMBUTAN LAWATAN

PENANDA ARASAN SEKOLAH SK UJONG


PASIR

1.0 TAJUK

1.1 Sambutan Lawatan Penanda Arasan Guru Dan Murid SK Ujong Pasir

2.0 PENDAHULUAN

Program sambutan lawatan Penanda Arasan dari Sekolah


Cemerlang SK Ujong Pasir , Melaka merupakan satu program yang
dirangka khas untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam
pengurusan pendidikan dan membuat penambahbaikan selepas
lawatan. Ia juga merupakan program untuk meningkatkan taraf
profesionalisme guru disamping menimba pengetahuan untuk
menambahbaikan guru-guru dan murid di samping menimba
pengalaman untuk penambahbaikan pengurusan sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan tentang


hal – hal berkaitan perlaksanaan strategi pendidikan
2. Meningkatkan mutu kerja dan motivasi diri para peserta lawatan
melalui perkongsian strategik ,pengalaman dan pengurusan
organisasi
3. Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan SK
Ujong Pasir

4.0 SASARAN

13 orang guru PPKI, 3 orang PPM, dan 54 orang murid PPKI

5.0 TARIKH LAWATAN

27 OGOS 2015 ( KHAMIS)


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.0 AHLI JAWATAN KUASA SAMBUTAN LAWATAN PENANDA ARASAN


SK UJONG PASIR, MELAKA

PENGERUSI :

Panitia Pendidikan Khas SK Serdang akan mengadakan aktiviti Bulan Patriotisme

pada bulan 27 Ogos bagi memenuhi takwin sekolah tahun 2015. Panitia

Pendidikan Khas SK Serdang akan mengambil inisiatif mengadakan pelbagai

aktiviti yang melibatkan murid-murid pendidikan khas bermula dari tahap 1 dan

tahap 2.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan

pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat

cintakan tanahair Malaysia dan memahami erti sebenar sambutan Bulan

Patriotisme yang diadakan setiap tahun dikalangan warga pendidikan khas.

Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya seperti dalam

perancangan.
2.0 MATLAMAT

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

i) Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia.

ii) Mencungkil bakat terpendam murid-murid pendidikan khas Sk Serdang secara

menyeluruh.

iii) Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman Bulan

Patriotisme yang dijalankan.

3.0 OBJEKTIF

Berikut adalah objektif yang ingin dicapai :

i) Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha

untuk mengekalkan kemerdekaan ini.

ii) Dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan idea kreatif

dalam aktiviti mewarna dan melukis.

iii) Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan

menghayati tema sambutan kemerdekaan.

iv) Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas

nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini adalah 54 orang murid (Tahap 1 dan Tahap 2)

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh yang telah dirancangkan ialah 27 Ogos 2015 iaitu pada hari Khamis.

Aktiviti bermula dari 8.30 hingga 10.30 pagi.

6.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Tahap Aktiviti

Kumpulan 1, 2, 3, 4 Pertandingan mewarna Jalur Gemilang

Kumpulan 5, 6, 7 Pertandingan lukisan kreatif


7,0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

8.00 pagi : Murid berkumpul di sudut minda

8.15 pagi : Ucapan alu-aluan pengacara majlis sempena sambutan bulan

kemerdekaan dan sedikit info tentang program yang akan

diadakan sepanjang bulan Kemerdekaan

8.20 pagi : Murid diedarkan dengan bahan pertandingan

8.30 pagi : Pertandingan bermula

9.30 pagi : Pertandingan tamat dan guru mengumpul hasil

pertandingan dan bersurai

10.15 pagi : Penyampaian hadiah dan cenderahati oleh :

Dr Shureen Faris binti A. Shukor

Pensyarah Senibina Landskap, UPM

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Induk

Penasihat : En. Abdul Rahim bin Shahuddin (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Rafeah Bt Alwi (Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Setiausaha : Pn. Siti Fairuze bt Sabtu

Bendahari : Pn. Ruhanah binti Nordin


Jawatankuasa Pelaksana

AJK Makanan

Pn. Amy Azrina bt Abdullah Zawawi / Pn. Norziewatie

AJK Hadiah dan Sijil

Pn. Nor Azreen bt Mat Rebu/ Pn. Afifah Hanani bt Abdullah

AJK Jurugambar

En. Asrul Farid bin Alias

AJK Dokumentasi

Pn. Siti Fairuze bt Sabtu / Pn. Masitah bt Mukhtar

Hakim / Penilai Pertandingan

Dr. Shureen Faris binti A.Shukor / Cik Noor Azramalina binti Abdul Aziz

Juru Acara Penutupan

Cik Nur Idayu

AJK Kawalan Murid

Semua Guru Dan PPM


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI JUMLAH

1 Makanan Murid

RM 5.00 x 54 orang RM 270.00

1 Pertandingan mewarna Jalur Gemilang Tahap 1

Tempat Pertama – RM 10.00

Tempat Kedua – RM 8.00

Tempat Ketiga – RM 6.00

Saguhati : 3 orang murid x RM 5.00 = RM15.00 RM 39.00

2 Pertandingan Lukisan Kreatif Tahap 2

Tempat Pertama – RM 10.00

Tempat Kedua – RM 8.00

Tempat Ketiga – RM 6.00

Saguhati : 3 orang murid x RM 5.00 = RM15.00 RM 39.00

Jumlah RM 348.00
10. 0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala bentuk ilmu dan pelajaran yang akan disampaikan dalam

pengisian program ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi

untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak secara langsung atau tidak

langsung amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga

program ini dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi semangat patriotisme

dan cintakan tanahair di kalangan murid pendidikan khas SK Serdang.

Disediakan oleh:

………………………………………

SITI FAIRUZE BINTI SABTU

SETIAUSAHA

Anda mungkin juga menyukai