Anda di halaman 1dari 1

ககககககககககககககககககககககககக,

கககககககககககக
S J K Tamil LadangKrian, Jalan Bukit Panchor,
14300 NibongTebal, SeberangPerai Selatan
Email :pbd4028@jpnpp.edu.my
Tel &Faks : 04-5930395
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“KECEMERLANGAN SEKOLAH MENJANA PENDIDIKAN”
RujukanTuan : SJKTLK/800-1/1/2017(2A)
RujukanKami : SJKTLK/800-1/1/2017 (2B)
06hb Januari 2018
Jawatankuasa………………………………..,
SJK (Tamil) LadangKrian,
14300 NibongTebal,
SeberangPerai Selatan

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT/PEMIMPIN PERRSATUAN BAHASA TAMIL

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan SJKTLK/800-
1/1/2017(2A)bertarikh 06hb Januari yang berkaitan.
2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan
Bahasa Tamil berkuatkuasa mulai 07hb Januari sehingga 31 Disember 2018.
3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.
4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas,
kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan
mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan (4) dalam
Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menurut perintah,

……………………..................................
( MUNISVARY A/P LETCHIMANAN )

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai