Anda di halaman 1dari 1

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini. Menurut Ahmad
Mazhab Ayob(1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu
hendak dicapai. Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori
pembelajaran Bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Menurut Nuzulla
Agustina(2009), data adalah keterangan mengenai sesuatu hal yang terjadi dan berbentuk dalam
himpunan fakta, angka, grafik, jadual, gambar, kata, huruf-huruf yang mengambarkan Sesutu pemikiran,
objek, serta keadaan dan situasi. Data yang diperolehi mesti boleh dipercayai, benar dan tepat pada
masa. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif dengan data sekunder.
Pendekatan kualitatif tidak melibatkan maklumat atau data yang berangka.

4.1 DATA SEKUNDER

Menurut Uma Sekaran(2013), data sekunder adalah maklumat yang dikumpul daripada sumber yang
sedia ada. Data sekunder diperolehi secara tidak langsung berdasarkan catatan atau dokumentasi
syarikat, analisis industry oleh media, laman sesawang dan sebagainya. Data dalam kajian ini dikumpul
dengan mengunjungi perpustakaan dan kedai buku, melayari internet serta membaca buku berkaitan.
Penggunaan data sekunder dapat menjimatkan masa dengan kos yang diperlukan dalam kajian untuk
mengklasifikasi masalah dan menilai data.

4.1.1 INTERNET

Menurut kepada Kamus Dewan Edisi Keempat(2007), internet merupakan rangkaian computer
antarabangsa yang membolehkan pengguna computer di seluruh dunia berhubung di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain, mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia, memasukkan
data ke dalam rangkaian internet dan menyebarkan. Laman sesawang yang dirujuk termasuklah laman
rasmi Syarikat Nestle Sdn Bhd. Iaitu
(https://www.nestle.com.my/aboutus/nestle_in_malaysia?fbclid=IwAR1uu-
ZqKbzkGd8eoCZ4qynsQaxBlCKpAwNdbnGZ06UAK46lEBJssExeymk) dan laman web MILO
(https://www.milo.com.my/bm/kisah-
milo?fbclid=IwAR0m2B137RQ7zaFXcAfYGa47gHEx4WB9eHuqRfdzuCJ4jTBp8jykw-r0RRI) untuk
mengenali produk tersebut.

4.1.2 BUKU RUJUKAN

Buku rujukan adalah buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber informasi yang tidak
diperkenankan diguna Gedung perpustakaan tersebut. Dalam kajian ini pengkaji memudahkan pengkaji
membuat kajian. Antara buku rujukanyang digunakan adalah buku Pengajian Perniagaan Penggal 1 karya
Cikgu Azly dan Moktar Pet (2016). Pengkaji telah menggunakan buku rujukan tersebut untuk mencari
definisi mengenai campuran pemasaran. Maksud setiap elemen seperti penetapan harga dan promosi
juga diambil dari buku tersebut.