Anda di halaman 1dari 2

Ciri-Ciri Pantun

 PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.

 Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.

 Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang

dan satu lagi bahagian maksud.

 Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga

dan empat adalah maksud.

 Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua

adalah maksud.

 Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.

 Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.

 Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.

Contoh pantun dua kerat :

Gendang gendut tali kecapi, (a)

Kenyang perut suka hati. (a)

Contoh pantun empat kerat :

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)

Gunung Daik bercabang tiga, (b)

Hancur badan dikandung tanah, (a)

Budi yang baik dikenang juga. (b)


Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.

Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata.

Anda mungkin juga menyukai