Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM “SINAR PAGI BERSAMA MATEMATIK”

Nama Institusi : Sekolah Kebangsaan Stungkor, Lundu

Tajuk Program : Program SINAR PAGI BERSAMA MATEMATIK

Mata Pelajaran / Kelas : TAHUN 6

Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahun 6


Tempoh : 13 Jun 2019 – 30 Ogos 2019
Tempat : Kelas Tahun 6

Latar Belakang : Berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 bagi


mata pelajaran Matematik, didapati murid-murid masih tidak mendapat
keputusan yang memuaskan. Oleh itu, guru subjek Matematik Tahun 6
mengambil keputusan untuk menjalankan Program Sinar Pagi Bersama
Matematik ini dengan harapan untuk meningkatkan peratus kelulusan
Matematik sekali gus ingin mengurangkan Gred E.

Sila Rujuk:
a) Lampiran A - Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

Objektif : Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan supaya :


a) Murid yang mendapat E meningkat kepada D atau gred yang
lebih baik.
b) Murid yang telah pun lulus sebelumnya meningkat prestasi
untuk peperiksaan percubaan berikutnya dan seterusnya
peperiksaan UPSR kelak.

KPI (Indikator Output dan : Peningkatan peratus lulus Matematik UPSR kepada 60% pada tahun
Outcome) 2019.

Implikasi Kewangan : -TIADA-

Jawatankuasa Program : Guru Mata Pelajaran Matematik Tahap 2


/Pelaksana Tn. Hj. Kudus b. Jamie (Guru Besar)
Pn. Nurul Sorfina Lo bt. Abdullah (6A, 6B, 5B)
Pn. Sira ak. Rajit (4A)
En. Mohd. Uzair b. Usuf (5A)
En. Muhammad Afiq b. Sahari (4B)

Strategi Pelaksanaan / : Bermula pada pukul 7.00 pagi di kelas Tahun 6 pada setiap hari
Jadual / Pengisian Program Khamis dan Jumaat.
Pelan Pengurusan Risiko : a) Penangguhan tarikh pelaksanaan
b) Kekurangan dana

Penutup : Program ini diharap dapat memberi lebih keyakinan kepada semua
murid yang berada pada Gred E untuk lulus sekurang-kurangnya Gred
D dalam UPSR 2019, sekaligus menjadikan peratus kelulusan UPSR
Matematik meningkat pada akhir tahun 2019 untuk murid Tahun 6.

.
Disediakan oleh: Disahkan & diluluskan oleh:

(Nurul Sorfina Lo bt. Abdullah) (Haji Kudus bin Jamie)


Ketua Panitia Matematik Guru Besar SK Stungkor, Lundu

Tarikh: 10 Jun 2019 Tarikh: 10 Jun 2019

Anda mungkin juga menyukai