KAJIAN TINDAKAN Bahasa Inggeris
KAJIAN TINDAKAN Bahasa Inggeris
JALAN RENTAKA
TAMAN SRI TEBRAU
80050 JOHOR BAHRU
MAC 2010
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar menulis karangan Bahasa Inggeris dengan
ayat yang betul dan berurutan. Pelajar yang terlibat terdiri daripada 25 orang pelajar
tingkatan 1 UM, SMK Sri Tebrau, Johor Bahru dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Melalui pemerhatian didapati bahawa pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis
karangan. Ini kerana pelajar tidak dapat membentuk ayat yang betul dan menyusun idea
mereka. Maka, saya menggunakan contoh-contoh karangan berbantukan gambarajah
supaya pelajar terdedah kepada banyak contoh karangan yang baik. Dari penilaian yang
dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan, segelintir pelajar menunjukkan kemajuan dalam
menghasilkan karangan yang lebih baik dari sebelumnya.
Maka, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian untuk membantu
murid-murid dibawah bimbingan saya untuk menguasai kemahiran menulis ayat dan
karangan yang baik.
Kajian yang saya jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar
dalam membentuk ayat yang baik dan urutan karangan yang baik. Teknik saya gunakan
ialah ‘Picture Guided Composition’. Pelajar dapat melihat banyak contoh karangan
dengan mengantikan gambar-gambar di tengah-tengah karanga.
Objektif Umum
Murid mempunyai kemahiran untuk menulis ayat yang betul dan lengkap dengan
menggunakan kata kunci yang diberikan.
Objektif Umum
Pelajar dapat menghasilkan karangan dengan ayat yang betul dan lengkap
dengan menggunakan kata kunci yang diberikan.
Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan
ujian.
Pemerhatian.
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan pelajar menghadapi kesukaran menghasilkan karangan dengan ayat dan
urutan yang betul.
Ujian.
Ujian diberikan kepada pelajar untuk mengesan sejauh mana keupayaan pelajar menulis
ayat yang betul. Kemudian pelajar diberikan pelbagai latihan “Picture Guided
Composition’. Selepas beberapa contoh latihan diberikan kepada pelajar, pelajar
diberikan ujian untuk menhasilkan karangan mereka sendiri.
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati 60% pelajar dapat
menyatakan ayat dengan lebih baik dari sebelum kajian.
Ujian.
Berdasarkan ujian yang telah dijalankan didapati 50% pelajar telah menunjukkan
peningkatan dalam menghasilkan karangan dengan ayat yang betul dan menggunakan
kesemua kata kunci yang diberikan.
Kajian ini boleh dilanjutkan dengan mengkaji masalah tatabahasa dan kosakata
pelajar untuk menghasilkan karangan yang lebih baik. Kajian boleh dipanjangkan
kepada pelajar daripada beberapa kelas pada aras yang berbeza.
8.0 PENUTUP.
Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan guru-guru
Bahasa Inggeris yang lain khususnya di sekolah saya. Semoga dengan pelbagai
pendekatan yang digunakan oleh para guru dapat memeudahkan pelajar menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengnan lebih berkesan.