Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QUR’ AN DAN PENGENALAN RASM

UTHMANI

Penulisan Al-Qur’an bermula Sejak Al-Qur’an diturunkan. Usaha tersebut


diteruskan oleh Saidina Abu Bakar. Setelah khalifah Abu Bakar wafat pada tahun 13
hijrah beliau diganti oleh califa Umar bin al-Khattab dan tugas menyimpan suhuf diambil
oleh beliau. Selepas kewafatan khalifah Umar, suhuf tersebut disimpan pula oleh anak
perempuannya Hafsah binti Umar sehingga beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf
tersebut diambil oleh Marwan al-Hakim yang menjadi gabenor Madinah dan terus
membakarnya.

Pembakaran ini dilakukan selepas suhuf tersebut dijadikan rujukan untuk


menulis mashaf imam pada zaman saidina Usman. Pada permulaan zaman Saidina
Usman berlaku penaklukan islam ke beberapa buah negara di sekitarnya dan ramai
penduduk negara-negara yang ditawan memeluk islam. Berikutan itu banyak berlaku
perbezaan pada pembacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam mempelajari
al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada sahabat yang berbeza.

Pada tahun ke-25 hijrah satu jawatankuasa al-quran telah dibentuk di bawah
pengawasan Saidina Usman untuk menyusun dan menyalin semula supaya bacaan dan
penulisan al-quran diseragamkan. Penulisan al-quran yang di satu dan diseragamkan
melalui beberapa kaedah ini dikenali rasm Uthmani.

Penulisan dan pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w

Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu baginda terus menyampaikan kepada
para sahabat dan menerangkan tentang pengertian serta rahsia wahyu tersebut.Bentuk
pengajaran ini berbentuk Talaqqi atau Munahadah.Melalui penjelasan Rasulullah s.a.w
para sahabat dapat memahami ilmu-ilmu Al-Quran dengan sempurna.
Sikap para sahabat yang penuh keyakinan dan kecintaan terhadap Al-Quran
telah bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w dengan
penuh minat.Antara penulis wahyu yang terkenal ialah:

o Abu Bakar as-Siddiq

o Umar bin al-Khattab

o Uthman bin Affan

o Ali bin Abi Talib

o Zaid bin Thabit

o Ubai bin Ka'ab

o Thabit bin Qais

Oleh kerana pada zaman itu tiada kertas, maka penulis wahyu telah
mencatatkan ayat-ayat Al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu,
tulang dan lain-lain.Kemudian catatan itu disalin semula oleh sebahagian sahabat
walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

Penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Selepas kewafatan Rasulullah,para sahabat melantik Saidina Abu Bakar sebagai


khalifah Islam yang pertama.Pada zaman berkenaan wujudnya peperangan Yamamah
pada tahun 11 Hijrah iaitu memerangi golongan riddah.Golongan riddah ini ialah orang
yang murtad, mengaku sebagai nabi dan golongan yang tidak membayar zakat.Dalam
peperangan tersebut seramai 700 orang hafiz Al-Quran telah syahid.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab
yangberlatarbelakangkan pengumpulan naskah-naskah Al-Qur’an yang terjadi pada
masa Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:

"Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan perihal korban pada
perang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata :" Umar
menghadap kapadaku dan mengatakan bahawa korban yang gugur pada perang
Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Qur’an, aku
khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Qur’an di beberapa tempat
sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Qur’an, menurutku sudah
saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-kan Al-Qur’an, lalu
aku berkata kepada Umar : " Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak
pernah dilakukan oleh Rasulullah S. A. W. ?" Umar menjawab: "Demi Allah, ini adalah
sebuah kebaikan".
Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga Allah
melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan Al-
Qur’an.

Zaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : "engkau adalah seorang pemuda
yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu (Al-
Qur’an) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al-Qur’an lalu
kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf".

Zaid berkata : "Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk


memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku dan pada memerintahkan
aku untuk mengumpulkan Al-Qur’an. Kemudian aku teliti Al-Qur’an dan
mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat
yang lain).

Berdasarkan peristiwa itu, Saidina Umar telah mencadangkan beberapa kali agar
diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dikhuatiri Al-Quran akan terhapus
kerana ramai Qurra' yang gugur syahid
Saidina Abu Bakar berasa ragu-ragu dengan cadangan Saidina Umar pada
permulaannya kerana perkara ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w sendiri.
Tetapi akhirnya Khalifah Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz
pada zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu beberapa sahabat yang lain.Melalui
usaha itu, maka terkumpullah Al-Quran dalm bentuk suhuf.

Selepas Khalifah Abu Bakar wafat suhuf tersebut disimpan di rumah Saidina
Umar.Selepas kewafatan Saidina Umar lembaran suhuf itu tadi telah disimpan pula oleh
Ummul Mukminin Hafsah binti Umar al-Khattab.

Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan empayar Islam telah
berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan tempat-tempat lain termasuk
Armenia, Arzebaijan dan Khurasan.Umat Islam Islam di wilayah-wilayah tersebut telah
mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w
melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

o Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab dan
Saidina Umar al-Khattab.
o Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saidina Uthman bin Affan dan Abu
Darda'
o Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saidina Umar al Khattab,Ubai bin
Ka'ab,Zaid bin Thabit,Saidina Uthman bin Affan,Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa
al-Asha'ari.
o Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,Saidina Ali
bin Abi Talib,Saidina Uthman bin Affan,Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu saat Hudzaifah yang
pada waktu itu memimpin pasukan muslim bagi wilayah Syam untuk menakluki Armenia,
Azerbaijan dan Iraq, menghadap Uthman dan menyampaikan kepadanya atas realiti
yang terjadi di mana terdapat perbezaan bacaan Al-Qur’an
yang mewujudkan perselisihan.
Ia berkata : "wahai Uthman, cubalah lihat rakyatmu, mereka berselisih gara-gara
bacaan Al-Qur’an, jangan sampai mereka terus menerus berselisih sehingga
menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani ".

Pada tahun 25 Hijrah, telah berlaku pertelingkahan antara umat Islam mengenai
perbezaan tulisan dan bacaan Al-Quran sehingga hampir tercetusnya peperangan. Hasil
daripada cadangan Huzayfah Al-Yamani seorang panglima tentera Iraq, Saidina Uthman
telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai Jawatankuasa Penulisan Al-Quran untuk
menyusun satu mashaf agar tidak berlaku lagi perbalahan.Antara sahabat lain yang
turut terlibat ialah:
o Abdullah bin Zubair
o Said bin Al-'as
o Abdul Rahman bin Harith bin Hisham

Saidina Uthman telah mengingatkan kepada Jawatankuasa Penulisan Al-Quran


bahawa asal rujukan mereka ialah bacaan daripada para Qurra'. Jika terdapat
perbezaan bacaan, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy
kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu.

Menurut pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan


menyalin sebanyak 6 mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk
kegunaan Saidina Uthman sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah,
Kufah dan Madinah beserta imam (qari) yang adil dan mutqin untuk mengajar penduduk
berkenaan.
a) Abdullah bin Saaib (Mekah)
b) Al-Mughirah bin Abi Syahab (Syam)
c) Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami (Kufah)
d) Amru bin Qais (Basrah)
e) Zaid bin Thabit (Madinah)

Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran


yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau
bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan
dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang telah ditulis pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan r.a bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah S.A.W secara
mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin


Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.


Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin
tentang penulisan al-Quran.
Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan
tulisan.
Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.
Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang
ada sekarang.

Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Bani Umayyah.

Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang


telah dihantar olek Khalifah Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan
dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat
islam daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku
antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada bahasa
arab yang asli.

Kebanyakan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran dan
huruf-hurufnya.Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika perkara
ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah kalimah al-
quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa itu. Mereka
telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar terus
berkekalan.

Antara usaha tersebut ialah:


 memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris
mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali
semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan
oleh ulama’ terkemudian dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut.

 Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf ba, ta, sa dan
lain-lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mur. Ia dilakukan pada
masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj bin Yusuf
Saqafi.

Proses penambah baikan tanda-tanda al-quran telah diteruskan pada zaman


Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit
pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali dan
tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.

enulisan Al Quran Pada Zaman Saidina


Abu Bakar Al-Siddiq R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat telah melantik Saidina Abu Bakar al-
Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa
peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11
Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-quran telah
gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al quran telah
gugur syahid dalam peperangan tersebut.

Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. beberapa kali
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha
pengumpulan al-quran kerana dibimbangi al-quran akan terhapus kerana
ramaiQurra' yang gugur syahid.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang pada mulanya tidak bersetuju, akhir bersetuju
dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al
quran yang telah ditulis dan dihafaz di zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu oleh
beberapa orang sahabat yang lain. Maka terkumpullah al quran yang pertama dalam
bentuk lembaran suhuf.

Setelah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah
Saidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila beliau wafat, lembaran suhuf itu disimpan
pula oleh Ummul Mukminin Saidatina Hafsah bin Umar al-Khattab r.a. iaitu isteri
Rasulullah s.a.w.

Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina


Uthman Bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah
berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk
Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah
mempelajari dan membaca alquran menurut kaedah-kaedah bacaan para sahabat yang
masyhur antaranya:

Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan Ubai bin Ka'ab, Zaid bin
Thabit r.a. dan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.

Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan Saidina Uthman bin Affan dan Abu
Darda' r.a.
Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.,
Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi
Talib r.a dan Abu Musa al-Asha'ari, r.a.

Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan Abdullah bin Mas'ud, Saidina Ali bin
Abi Talib, r.a. Saidina Uthman bin Affan r.a, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.

Pada tahun 25 hijrah satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin
mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat
pembacaan al-quran.

Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang
bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a..
Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saidina Uthman bin Affan mencari jalan
untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak
berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.

Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al
quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota
yang lain yang terdiri dari:

Abdullah bin Zubair

Said bin Al-'As

Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Lembaran-lembaran suhuf al-quran yang diambil dari simpanan Saidatina Hafsah binti
Umar Al-Khattab r.a. dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan
tugas, Saidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa
asas rujukan di dalam penulisan al quran ini hendaklah berdasarkan bacaan Qurra''.
Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa
orang-orang Quraisy kerana al quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan


menyalin sebanyak 6 mushaf al quran. Sebuah mushaf untuk Saidina Uthman bin Affan
dinamakan "Mushaf-al Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam,
Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk wilayah-wilayah
berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam(qari) yang adil
dan mutqin di dalam bacaan al quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka dari
daripada:

1. Abdullah bin Saaib r.a. ke Mekah


2. Al-Mughirah bin Abi Syibab r.a. ke Syam
3. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah
4. Amru bin Qais r.a. ke Basrah
5. Zaid bin Thabit ke Madinah

Selepas itu, Saidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran
alquran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan.

Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah
berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman
Saidina Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan telah diterima dari Baginda Rasululah
s.a.w. secarmutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Saidina


Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam
terutamanya dari segi:

Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al quran


Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan

Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf

Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada


sekarang.

SEJARAH AL-QURAN

Monday, November 03, 2008 ProBloG

1. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta
huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak
boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab,
Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin Abi
Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk
Mekah
al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said,
Ubai bin
Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan
dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang
tawanan
Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah
terlebih
dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini,
Baginda
mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.
Akhimya
Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis
wahyu)
sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran


Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( ‫ ) خط‬bererti garis memanjang pada sesuatu
perkara
dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan
seperti pen,
qalam dan sebagainya.
Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung
dengan
pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan perkataan
menerusi hurufhuruf Hijaiyyah.

Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang
Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia
dinamakan
dengan khat al-Hijazi.

Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya.
Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan
wahyu
hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada
penulisan
Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat
sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan lagi khat
al-
Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.
3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w,

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di
mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-
penulis
wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat
iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin
Affan
dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid
bin
Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah
mencatatkan
ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-
lain
bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun
kebanyakan
mereka lebih mengutamakan hafazan.

4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.


Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-
Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa
peperangan
antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam
peperangan
tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah
mencatatkan

sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan
tersebut."
Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha
pengumpulan
al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang
gugur
syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan
dihafaz
pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain.
Melalui
usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran
suhuf.
Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah
Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat,
lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti
Umar
al-Khattab r.a.

5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah
berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah
termasuk
Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah
mempelajari
dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui
riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:
i. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid
bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.

ii. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan
Abu Darda' r.a.

iii. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab,
Ubai
bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib
dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.

iv. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina
Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.
Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin
mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat
pembacaan al- Quran.

Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang
bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah
telah
mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan
kaum
muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan
perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu
Jawatankuasa Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu
oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-'
As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran
yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf.
Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan
memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-
Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada
bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana
al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan


menyalin
sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman
bin Affan
r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke
Mekah,
Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.
Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di
wilayahwilayah
berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan
mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri
daripada:
i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.iii.
Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke
Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-
Quran
yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau
bagaimanapun,
perbezaan bacaan ( ‫ ) وججه القراءات‬yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan
dengan apa
yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a.
kerana
bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:
i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. ii. Dapat menyelesaikan
perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. iii. Dapat menyatukan bentuk
mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. iv. Dapat menyatukan wajah-wajah
qiraat melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib
seperti yang ada sekarang ini.
6. Kelebihan Rasm Uthmani
AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.
iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud
yang
sebenar.
iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).
v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.
yi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.
vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran.
viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.
ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.
x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.
xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

7. Tahap Penulisan AI-Quran


Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-
tahap
berikut:
i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.
ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( ‫ ) نقطة العراب‬yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali
(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).
iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( ‫ ) نقطة العجام‬yang dipelopori oleh Yahya bin
Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin
Yusof
al-Thaqafi,
iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori
oleh
al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah
Abdul
Malik bin Marwan.
v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya
di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di
negara-negara
Islam yang lain sehingga ke hari ini.

8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini


Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:
i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di
negaranegara
Islam.
ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara
Afrika.
iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara
Asia
Tengah.
iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak
diamalkan di
Sudan.

9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)


Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan
untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu
yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan
menggantikan huruf.
Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara
ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk
tauqifiyyah
dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

10. Pembahagian Rasm

Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Rasm Qiasi/Imla'i.
Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.

ii. Rasm Istilahi/ Uthmani.


Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan
biasa dari
segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang,
menambah,
mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah.
Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf
Uthmani ini
diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuan Nabi), maka
penggunaan tulisan Imla'i atau Qiasi tidaklah diharuskan.

Anda mungkin juga menyukai