Anda di halaman 1dari 15

MENGENAI MALAYSIA……

SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA


1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia
UMNO
1957–1970
(13 Tahun)

2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein


Bapa Pembangunan
UMNO
1970–1976
(6 Tahun)

3. Tun Hussein bin Dato' Onn


Bapa Perpaduan
UMNO
1976–1981
(5 Tahun)

4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


Bapa Pemodenan
UMNO
1981–2003
(22 Tahun)

5. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi


Bapa Pembangunan Modal Insan[2][3]
UMNO
2003–2009
(6 Tahun)

6. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak


Bapa Transformasi
UMNO
2009-2018
(9 Tahun)
7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bapa Pemodenan
UMNO
2018-kini

Nama Jalur Gemilang


Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya
ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya
menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan
sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat
Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr
Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan
75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa,
Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri
ketika sebuah mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun
1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan
Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri
pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur
Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh
itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah
dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian


Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa
bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan
kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk
dan pedoman yang terang lagi jelas.

Sejarah
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan
berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang
baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga
rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11
bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11
bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk
ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi
kiri.

rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas
jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti
dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

SENARAI SULTAN , RAJA DAN


DIPERTUAN NEGERI BESAR DI
SELURUH MALAYSIA
Sistem beraja yang diamalkan di negeri - negeri melayu diwarisi daripada
kesultanan melayu melaka . Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem tertua
yang diamalkan ditanah melayu .

Sehingga kini Malaysia mempuanyai bilangan pemerintahan beraja diseluruh


negeri sebanyak 9 . Antara negeri yang masih ditadbir oleh kerajaan raja - raja
melayu ialah Pahang , Johor , Terengganu , Kelantan , Kedah , Perlis , Perak ,
Selangor dan Negeri Sembilan .

Gelaran Sultan mula digunakan setelah kedatangan Mubaligh islam di Melaka .


Sebelum ini gelaran Sultan di panggil Raja atau maharaja . Namun pengaruh islam
telah membawa perubahan besar atas sistem kesultanan . Sebelum kedatangan
islam sultan dianggap dewa atau anak tuhan namun selepas kedatangan islam
sultan membawa tanggungjawab sebagai ketua negeri yang sama tetapi tidak
dianggap dewa ia dianggap wali Allah yang bertanggungjawab menyebarkan agama
islam .

Namun selepas perjanjian pangkor pada tahun 1874 sistem ini tidak diamalkan .
Tetapi dalam sesebubah istitusi perlembangaan negara raja merupakan kuasa
tertinggi . Segala nasihat dan pandangan diambil kira termasuklah hal - hal agama
islam dan adat istiadat melayu .
SULTAN PAHANG MAKMUR

SULTAN AHMAD SHAH Al-MUSTA'IN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU


BAKAR RI'AYATUDDIN Al - MUADZAM SHAH

DILAHIRKAN PADA 24 OKTOBER 1930 ( 82 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI PADA 7 MEI 1974 HINGGA SEKARANG


SULTAN KEDAH DARUL AMAN

SULTAN Al-MU'TASIMU BILLAH MUHHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL


HALIM MUAD'ZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISAH

DILAHIRKAN PADA 28 NOVEMBER 1927 ( 85 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 14 JULAI 1958 HINGGA


SEKARANG
SULTAN PERAK DARUL RIZWAN

SULTAN AZLAM MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF


IZZUDDIN SHAH GAFARULLAH

DILAHIRKAN PADA 19 APRIL 1928 ( 84 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 3 FEBUARI 1984 HINGGA


SEKARANG
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUNKU MUNAWIR

DILAHIRKAN PADA 14 JANUARI 1948 (64 TAHUN)

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI 29 DISEMBER 2008 HINGGA KINI


SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUN SULTAN ISKANDAR

DILAHIRKAN PADA 22 NOVEMBER 1958 (54 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAN NEGERI PADA 23 JANUARI 2010 HINGGA KINI


SULTAN KELANTAN DARUL NAIM

PADUKA SULTAN MUHAMMAD V IBNI SULTAN ISMAIL PETRA

DILAHIRKAN PADA 6 OKTOBER 1969 ( 43 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN PADA 13 SEPTEMBER 2010 HINGGA KINI


SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

DILAHIRKAN PADA 22 DISEMBER 1945 ( 67 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 22 NOVEMBER 2001 HINGGA


SEKARANG
RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN

TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA


JAMALULAIL

DILAHIRKAN PADA 17 MEI 1943 (69 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGARI 24 APRIL 2002 HINGGA SEKARANG


SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM
SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

DILAHIRKAN PADA 22 JANUARI 1962 ( 50 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 15 MEI 1998 HINGGA SEKARANG


Penceritaan disebalik logo Hari Kemerdekaan 2019:

Di logo tersebut memaparkan 3 orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu
bentuk hati di hadapan (dada) mereka

Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonia rasa, seia
sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada Negara Malaysia.
Bagi penggunaan warna pula, warna yang digunakan merupakan warna-warna Jalur Gemilang
yang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Tema Hari Kemerdekaan 2019

Pada 2019 ini, tema yang digunakan sedikit berbeza dengan tahun 2018 iaitu dengan membuat
sedikit penambahan. Tema yang digunakan adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan
budaya integriti dan menolak rasuah.

Selain itu disebalik rasional tema yang digunakan, ianya menekankan kepentingan perpaduan
dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa
mengira perbezaan kaum, agama, dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat
Malaysia yang bersih dan tinggi.
PEMBENTUKAN MALAYSIA ~~~~~~~~~~~~ 16 SEPTEMBER 1963

Anda mungkin juga menyukai