Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana telah
memudahkan urusan saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus GCI1022 ini
sehingga ke akhirnya. Tidak lupa kepada pihak IPG Kampus Ipoh, jutaan terima kasih dan
penghargaan diberikan kerana saya dapat nneyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan lebih
mudah dengan adanya perpusataan untuk saya membuat rujukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Norizman Bin Idris
kerana memberikan penerangan yang lengkap dan padat semasa tugasan ini diberikan dan
sudi membimbing dan berkongsi idea semasa tugasan kerja kursus ini disiapkan. Seterusnya,
saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Encik sudi memberi kepercayaan kepada kami
untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Begitu juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan kerja
kursus ini dengan memberikan wang untuk mencetak dan membeli bahan bagi menyiapkan
kerja kursus ini. Tanpa kalian, tugasan kerja kursus ini tidak akan dapat dihasilkan dengan
sepurna. Tidak terlupa kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi
buah fikiran dalam menjayakan kerja kursus ini, terima kasih saya ucapkan.

Akhir sekali, diharapkan melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi bakal guru kaunseling yang dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang dunia akhirat. Harapan saya agar hasil penulisan ini akan
memberi kesan kepada diri saya begitu juga kepada diri pembaca seterusnya kita sama-sama
dapat menjadi pendidik yang berpengatuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pengajaran malah dalam kalangan masyarakat setempat khususnya.

1
ISI KANDUNGAN

Pengenalan ------------------------------------------------------------------------------------------------------- 3

Punca berlaku keganasan antarabangsa ----------------------------------------------------------------- 4

Kesan daripada keganasan antarabangsa ------------------------------------------------------------ 4-5

Inisiatif dan tindakan negara dalam penyelesaian keganasan antarabangsa -------------- 5-9

Kesimpulan ------------------------------------------------------------------------------------------------------- 9

Rujukan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10

2
PENGENALAN

Global bermaksud meliputi, mempengaruhi atau berkaitan seluruh dunia dan sejagat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, globalisasi ialah proses yang membolehkan suatu
aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa
dan seluruh dunia dengan adanya sistem komunikasi. Globalisasi berfungsi untung
menghubungkan manusia yang berada di seluruh dunia dengan lebih mudah dan tempoh
yang singkat. Maklumat dan komunikasi adalah melalui perantaraan media komunasi.
Contohnya, melalui internet, media elektronik dan teknologi siber. Pada masa kini,
masyarakat Malaysia harus menyedari bahawa ruang lingkup dunia semakin mengecil
berbanding keadaannya yang sebenar jika dahulu dunia dubatasi dengan pelbagai bentuk
muka bumi dan sifat fizikal yang memisahkan negara, kini masyarakat dapat berhubung dan
menyelesaikan masalah di hujung jari dan tidak memakan masa yang lama. Perkembangan
globalisasi yang pesat melanda negara kini seiring dengan ledakan teknologi maklumat yang
semakin canggih yang menjadi medium utama dalam agenda globalisasi. Kerajaan Malaysia
memberikan keutamaan kepada globalisasi dengan mengadakan pelbagai bentuk wacana
pada peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan
forum.

Namun, dari aspek lain, globalisasi juga boleh membawa kesan negatif kepada dunia
dan masyarakat. Keganasan antarabangsa merupakan salah satu daripada kesan negatif
globalisasi. Hal ini demikian kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab lebih mudah
untuk menyebarkan propaganda keganasan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat
dan disebarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia dengan pantas.
Keganasan yang disebarkan membawa kepada tindakan yang ganas dan zalim. Contohnya,
pengeboman, pembunuhan dan penculikan berlaku demi mendapatkan kuasa dan memenuhi
tuntutan politik sesuatu pihak. Hal ini berlaku ekoran pertentangan ideologi politik, kegawatan
ekonomi atau pemerintahan sesebuah negara itu sendiri. Masyarakat antarabangsa perlu
memahami secara mendalam tentang punca berlakunya keganasan dan bukan sekadar
mengetahui dan mengakuinya. Punca-punca keganasan harus dirungkai dari peringkat akar
umbi kerana insiden tersebut berlaku bukan disebabkan oleh faktor biasa yang diandaikan
oleh masyarakat seperti perbezaan politik semata-mata. Namun, factor lain seperti
nasionalisme, perbezaan ideologi atau pembebasan wilayah juga perlu diambil kira dan
dititikberatkan.

3
PUNCA KEGANASAN ANTARABANGSA

Salah satu punca berlakunya keganasan antarabangsa ialah disebabkan oleh faktor
politik. Percubaan kuasa dan gila kuasa dalam dunia politik menyebab seseorang individu itu
hilang pertimbangan diri sehingga berlakunya keganasan. Perkara ini telah terjadi apabila
gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria
telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya.
FIS bangkit bertentang secara senjata dan pengeboman Di Chechenya, Rusia telah
menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut
kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah
menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal.

Seterusnya, Agama dijadikan sebagai sumber menentang musuh. Contohnya, agama


Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan
gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara. Kini, Islam
telah dikambing hitamkan oleh Amerika Syarikat iaitu Islam dianggap sebagai pencetus
keganasan. Orang barat selalu mencipta musuh. pada mulanya komunisme dan selepas itu
Islam. Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam
terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban
ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan.
Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik
Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan
muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsirkan oleh masyarakat dunia.

Keganasan antarabangsa juga berlaku disebabkan oleh perbezaan deologi. Ideologi


telah terbukti antara sumber keganasan gobal. contoh,Komunisme bersikap ganas semasa
Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah
pimpinan Mao Zedong. Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga
kerajaan mengisytihar darurat.

KESAN KEGANASAN ANTARABANGSA

Antara kesannya ialah keselamatan tidak terjamin dan kehilangan kebebasan.


Keganasan antaarbangsa menyebabkan mangsa kehilangan kebebasan dan keselamatan
diri. Mereka akan sentiasa dibayangi maut dan mengalami mimpi ngeri. Mereka mungkin
dubunuh oleh tentera-tentera pihak musuh. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk

4
terkpakssa bersembunyi di tempat yang dibina khas dan melarikan diri ke Kawasan yang
selamat dengan berjalan kaki sejauh berates-ratus kilometre. Dalam keadaan tersebut, hak
kebebasan rakyat tidak dipentingkan lagi. Tiada pihak yang dapat menjamin setiap rakyat di
sesebuah negara yang sedang mengalami keganasan.

Di samping itu, banyak nyawa yang terkorban dan kehilangan orang tersayang.
Keganasan yang berlaku dan berlarutan mengakibatakan orang awan seperti kanak-kanak,
kaum wanita, dan orang tua terkorban. Angka korban akan meningkat jika keadaan
keganasan tidak dibendung dan diselamatkan dengan segera. Mereka yang Berjaya
menyelamatkan diri pula terpaksa meneruskan hidup tanpa ahli keluarga di sisi kerana
terpisah semasa ingin menyelamatkan diri dan terdapat juga antara mereka yang terkorban
dalam keganasan tersebut.

Akhir sekali, kemusnahan harta benda awam dan peribadi. Selain nyawa manusia
yang menjadi korban, keganasan turut memusnahkan bangunan, kediaman, premis-premis
perniagaan, kemudahan awam, dan banyak lagi. Bekalan air dan elektrik juga mengalami
gangguan untuk tempoh yang agak lama. Aktiviti harian penduduk akan terjejas dan
penduduk akan terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk juga menghadapi masalah
kelaparan dan kesukaran memperoleh bekalan air dan kehilangan tempat tinggal.

INISIATIF DAN TINDAKAN NEGARA DALAM PENYELESAIAN KEGANASAN


ANTARABANGSA

Antara langkah menangani keganasan antarabangsa ialah melalui penguatkuasaan


undang-undang. Pihak polis dan tentera bertindak segera terhadap isu keganasan. Mereka
yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk perasaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-
negara yang terbabit perlu mengubal undang-undang khas berat bagi membolehkan tindakan
segera diambil terhadap pengganas. Dengan cara inilah keamanan dan keselamatan negara
dapat dikekalkan.

Seterusnya, membanteras keganasan kecil. Keganasan yang kecil juga harus


dipantau dan dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan lebih
mudah merebak sehingga tidak dapat dikawal lebih-lebih lagi dengan adanya perkembangan
teknologi maklumat yang semakin pesat.

5
Salah satu inisiatif Malaysia dalam menangani isu keganasan antarabangsa ialah
merangka suatu rangka kerja perundangan dan peraturan iaitu Akta Pencegahan Wang
Haram dan Pencegahan Pembiayaan keganasan 2001. Ianya telah menyumbang kepada
kestabilan sisteem kewangan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana
akta ini mewajibkan institusi kewanngan menemukakan dengan segera transaksi yang
mencurigakan kepada unit risikan kewangan Bank Negara Malaysia. Pengganas memerlukan
banyak sumber untuk mengendalikan kemudahan latihan, mendapatkan senjata dan
melakukan perjalanan bagi menyemarakkan aktiviti keji mereka. Tanpa dana, mereka tidak
akan mampu melaksanakan sebahagian besar aktiviti mereka. Jumlah serangan pengganas
terus meningkat dan hubungan antara serangan demikian dengan pembiayaan keganasan
pula adalah amat ketara. Bagi melemahkan dan menghapuskan keganasan, pihak berkuasa
menjejaki, mengurangkan dan menyekat aliran kewangan pertubuhan jenayah pengganas.

Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang


berjiran dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik
yang berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini
telah terbukti berjaya. Sebagai contoh, peranan Malaysia dalam mengurus dan
menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada
banyak pihak, termasuklah pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di
Pulau Mindanao berakhir dengan proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina
dapat dibentuk. Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba menggunakan peranan
diplomasiya untuk berunding dengan beberapa buah negara lain yang sedang menghadapi
masalah yang sedemikian rupa seperti Myanmar iaitu menghadapi isu Rohinya. Terkini,
Malaysia sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi perunding damai di antara Hamas
dan Fatah di Palestin.

Secara amnya, matlamat penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Berssatu (PBB)


adalah untuk Menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Menggalakkan hubungan baik di
kalangan negara anggota .Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa. Melindungi
hak asasi manusia. Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Malaysia banyak menyumbang dalam menyelesaikan isu keganasan antarabangsa melalui
PBB. Peranan Malaysia yang pertama telah dilakukan dalam misi pengaman PBB di Congo
pada tahun 1960 di mana ketika itu Malaysia masih dalam proses pembentukan dan baru
sahaja selesai kekecohan yang berlaku akibat komunis yang menyebabkan darurat
diisytiharkan. Namun begitu, Malaysia tetap turut menyumbangkan ketenteraan kepada PBB.
Pada tahun 1989, Malaysia telah melakukan misi pengaman ke Namibia. Pada tahun 1991,
Malaysia telah melakukan misi pengaman ke Kemboja. Seterusnya, pada tahun 1993,

6
Malaysia telah melakukan misi pengamannya di Somalia dan akhir sekali Malaysia telah
melakukan misi pengamannya di Bosnia pada tahun 1993.

Selepas Perang Dunia Kedua, wujud dua blok di dunia iaitu Blok Barat yang diketuai
oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Rusia. Perkara ini membawa
kepada Perang Dingin seterusnya membawa kepada kewujudan negara-negara berkecuali
(NAM). Alhi NAM terdiri daripada negara sedang membangun di Asia, Afrika dan Amerika
Latin. Mereka telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama di Bandung, Indonesia pada
tahun 1955 dengan 25 keahlian. Isu tradisi yang diperjuangkan NAM adalah politik,
keselematan, perlucutan senjata dan keamanan. Kini melangkau ke sosioekonomi dan
pembangunan. Kini negara yang menyertai NAM adalah sebanyak 114 negara di seluruh
dunia dan dipengerusikan oleh Malaysia dari 2003 hingga 2006 kemudian diambil alih oleh
negara Cuba. Matlamat penubuhan NAM adalah bagi Menghormati hak asasi manusia dan
prinsip- prinsip Piagam PBB selain menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua
negara. Seterusnya, mengelakkan campur tangan negara lain dalam hal-ehwal sesebuah
negara dan mengakui persamaan semua ras dan negara.

Malaysia menyumbang kepada penyelesaian keganasan antarabangsa dengan


menegakkan prinsip NAM. Antaranya ialah mengemukakan usul membela kepentingan
negara membangun.seterusnya Mengemukakan isu Palestin dan isu Antartika, Malaysia
kemudian mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid iaitu sebuah dasar
yang merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan berkulit putih. Dalam dasar
Apartheid, kaum bukan kulit terutamanya kaum bekulit hitam dianggap sebagai lebih rendah
dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekomoni, sosial, Pendidikan dan kebudayaan.
Malaysia kemudiannya menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade dan
menajadi ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota. Berbalik kepada isu
keganasan antarabangsa, Malaysia mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan
Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.

Tindakan Malaysia dalam penyelesaian isu keganasan antarabangsa dapat dilihat


dalam penglibatan Malaysia sebagai salah satu alhi dalam OIC iaitu Organisation of Islamic
Cooperation atau Pertubuhan Kerjasama Islam. Secara amnya, OIC ialah satu pertubuhan
antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah
dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-
negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama

7
bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan
kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia. Objektif penubuhan OIC adalah untuk
Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota dengan menyelaras kerjasama di kalangan
negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang
dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan
antarabangsa. OIC berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan
dalam sebarang bentuk dan mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kearah
melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang
penting. Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai
Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat
Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-
27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak ke-10 OIC (16-18 Oktober
2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai
kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Malaysia juga diberi tanggungjawab
mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk
bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi
menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Kejayaan terbesar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain
mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam mengembalikan keamanan
dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestin di semua platform antarabangsa


dan telah mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke kawasan lembah tersebut
untuk membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan berkaitan hak asasi
manusia atau pelanggaran terhadapnya. Namun demikian, keputusan untuk menghantar misi
pengaman hanya boleh dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB dan tiada pihak lain yang
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut.Kejayaan peranan antarabangsa
Malaysia dalam menangani isu keganasan antarabangsa pada hari ini ialah usahanya dalam
konteks penyelesaian penglibatan dalam menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat
mengambil berat terhadap konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan
antarabangsa. Malaysia telah membuktikan bahawa strategi pengurusan konflik secara
permuafakatan, pengelakan dan penyesuaian serta persaingan yang baik telah berjaya
menghapuskan ancaman pengganas komunis yang menjejaskan keamanan dan kestabilan
negara.

8
Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara jiran
dengan menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan konflik serantau. Selepas
beberapa tahun, pendekatan diplomasi Malaysia ini telah berjaya menyumbang untuk
menghasilkan negara dan rantau yang aman dan stabil. Malaysia telah memainkan peranan
utama dalam usaha menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina serta
mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa dan PBB. Misi diplomasi Malaysia di
Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan
kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.

KESIMPULAN

Melalui penulisan ini, dapat dilihat bahawa Malaysia banyak menyumbang dalam
menangani isu keganasan antarabangsa melalui pelbagai cara. Antaranya, penyertaan
Malaysia dalam ASEAN, OIC, NAM dan banyak lagi. Diharapkan pada masa akan datang,
malaysia dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi dalam isu keganasan antarabangsa
sehinggalah isu ini dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan.

9
RUJUKAN

Bernama (19 Februari 2017), Usaha Malaysia Perangi Keganasan Dapat Keyakinan Dunia, dipetik
daripada https://www.utusan.com.my/berita/nasional/usaha-malaysia-perangi-keganasan-
dapat-keyakinan-dunia-1.446401

Ibrahim, M. A., Othman, M. A., Abdullah, S. F., Tiu, C. K., & Ismail, N. (2005), Cabaran Dan Isu Semasa
Dunia, Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harun, R. (2009). Peningkatan keselamatan bersama melalui kerjasama duahala Malaysia dan negara-
negara jiran. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, 36, 16-40.

Omar, R., & Mukhtaruddin, M. J. (2010). Dasar Luar Malaysia Era Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak:
Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala (pp. 173-194). Institute of Tun Dr. Mahathir
Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia.

Thukiman, K., & Idrus, M. D. D. (2003). Keganasan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Awal. Jurnal
Kemanusiaan, 1(2).

http://ipgksm.edu.my/jabatan/jks/blogjks/wp-content/uploads/2013/11/Analisis-penglibatan-Malaysia-
dalam-Isu-antarabangsa.doc

https://www.slideshare.net/munnianwar/pergerakan-negara-negara-berkecuali-nam

10

Anda mungkin juga menyukai