Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

Biodata …………………………………………………………………………………… 2

Penghargaan………………………………………………………………………………3

Tugasan 1 ……………………………………………………………………………….. 4- 8

Rujukan ………………………………………………………………………………… 9

1
BIODATA

Nama: Nur Afiqah Binti Mat Asri

No. kad pengenalan: 970822-13-5076

Tarikh Lahir: 22 Ogos 1997

Bangsa: Melayu

Alamat: Lot 2294 Taman Haji Yaakub Samba, Kampung Wakaf Lanas, 16800 Pasir Puteh,
Kelantan

No. telefon: 016-6092945

Email: nurafiqah.ikah@gmail.com

Status: Bujang

2
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan
kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan
kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami
mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk saya.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami ingin
mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan
tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasa ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terimakasih juga kepada rakan rakan seperjuangan yang
sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilakan dapat menambah
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyrakat setempat khususnya.

3
Tugasan 1 : Laporan Reflektif

Pada 31 Mac sehingga 4 April 2019, saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seligi di Pasir Puteh, Kelantan. Semasa melaksanakan
PBS saya ditugaskan untuk meninjau dan membuat pemerhatian mengenai pengurusan serta
isu-isu berbangkit dalam subjek Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut bagi memenuhi
tugasan untuk subjek elektif pendidikan jasmani pada semester ini.

Antara masalah dan isu yang dihadapi oleh sekolah ini dalam Pendidikan Jasmani yang
dapat saya perhatikaan ialah, saya mendapati bahawa matapelajaran Pendidikan Jasmani di
sekolah ini tidak diajar oleh guru yang memegang opsyen Pendidikan Jasmani atau Sains
Sukan. Guru opsyen PJ di sekolah-sekolah sangat kurang sehingga pihak sekolah
beranggapan bahawa matapelajaran PJ boleh diajar oleh semua guru kerana matapelajaran ini
tidak berunsur peperiksaan. Pendekatan mengajar juga lebih kepada bermain-main dan tidak
melatih murid kepada sesuatu kemahiran seperti yang terkandung di dalam DSKP Pendidikan
Jasmani. Hal ini kerana kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif
terhadap subjek pendidikan jasmani. Mereka menganggap Pendidikan Jasmani sebagai subjek
main-main dan hanya berbentuk kokurikulum yang tidak berbentuk akademik. Maka ,
pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori
sehingga menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai
objektifnya. Lebih malang lagi apabila ada guru di sekolah ini yang tidak melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak
bersifat akademik dan tidak penting. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berAT
terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani ini di sekolah tersebut dan menganggap
semua guru mampu mengajarnya. Pandangan secara peribadi yang dapat saya perhatikan
ialah, apabila guru yang tidak berkemahiran daam subjek pendidikan jasmani mengajar
pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contohnya ialah
kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-
saraf, pertumbuhan organ, pertumbuhan sosial dan emosi.

4
Langkah penyelesaian dalam mengatasi masalah ini ialah jurang akauntabiliti subjek
pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan. Strategi untuk
meningkatkan akauntabiliti subjek pendidikan jasmani ialah mesti melaksanakan proses
pengajaran dan pendidikan yang betul oleh guru yang berkelayakan. Subjek pendidikan jasmani
juga perlu mempunyai proses penilaian yang berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan
dan kad kemajuan pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Semua pihak harus
mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai subjek yang mempunyai matlamat dan
objektif tersendiri. Selain itu, guru pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari
semasa ke semasa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani dengan betul dan tepat.

Seterusnya, kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti


pendidkan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permaian, padang bola dan ruang-
ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
Kekangan yang dihadapi oleh sekolah ini ialah kekangan dari segi kemudahan peralatan.
Sekolah ini merupakan sekolah kategori luar bandar. Jika ditinjau di sekolah-sekolah
pedalaman dan luar bandar, jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan
untuk pembangunan sekolah. Akibatnya, pelajar terpaksa menggunakan peralatan yang agak
uzur, alatan yang dimakan usia dan tidak selamat untuk digunakan. Seandainya pihak pentadbir
sekolah kurang berminat dalam bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang diberikan,
begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan kreativiti masing-masing dalam
pengajaran mereka bagi menarik minat pelajar. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung
kepada kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan
kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan perlatan untuk kegunaan kelas
pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini menunjukkan bahawa
kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan
sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani.

Langkah penyelesaian bagi masalah ini ialah, setiap sekolah harus mempunyai
peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang

5
dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai
sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut. Selain itu,
pemilihan peralatan dan kualiti alat perlu dititikberatkan untuk tujuan keselamatan pengguna
apabila peralatan tersebut digunakan. Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang
kemalangan yang berlaku kepada murid sepanjang aktiviti dilakukan di dalam bilik darjah.
Seterusnya, pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan
yang lain bagi menambah perlatan dan kemudahan sedia ada. Ini bertujuan bagi memudahkan
lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Dengan
ini, murid juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan
dalam proses pembelajaran mereka. Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan
pengendalian sesuatu peralatan sukan terrsebut. Hal ini juga dapat membantu murid dalam
mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan
serta pengendaliannya sendiri. Selain itu, peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh
membantu guru dalam mengajarkan murid lebih banyak jenis permainan sukan. Sekiranya
kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti, pihak sekolah perlu
menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan
kos. Ini akan memudahkan proses pengajaran kerana dengan adanya peralatan dan
kemudahan yang ada, tidak ada masalah bagi seseorang guru untuk mengajar pelajar dalam
proses pengajarannya.

Di samping itu, masa yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
mencukupi. Masa yang diperuntukkan iaitu 2 waktu seminggu bagi matapelajaran PJ adalah
tidak mencukupi untuk guru menerapkan ilmu fizikal dan pedagogi kepada pelajar. Pendidikan
Jasmani adalah bidang ilmu yang mengabungjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti
pergerakan fizikal dalam sukan. Proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah
bermakna dan berkesan dengan menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi. Selain itu,
persepsi ibu bapa yang menganggap matapelajaran ini membuang masa murid kerana murid
telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran.
Mereka juga menganggap hanya matapelajaran yang diwajibkan menduduki peperiksaan
adalah lebih penting. Oleh itu, murid akan mengelakkan diri daripada bersenam dan melibatkan
diri dalam sukan dengan menggunakan alasan ini. Sesetengah ibu bapa juga tidak
menggalakkan anaknya terlalu melibatkan diri dalam kelas pendidikan jasmani disebabkan oleh
faktor bahaya dan berisiko besar untuk berlaku kecederaan sewaktu menjalankan aktiviti.

6
Sebagaimana yang diketahui, pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan
murid dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal mengambil langkah
keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Pengawasan yang cekap merupakan
tanggungjawab setiap guru pendidikan jasmani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam
setiap aktiviti yang dekendalikannya malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi
murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru pendidikan jasmani
seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko
berlakunya kemalangan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kecederaan semasa
proses pengajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan oleh guru tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan ditambah pula kegagalan
merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh itu, guru seharusnya menetapkan
dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar
sebelum melakukan aktiviti. Semasa mengajar, guru juga seharusnya tidak meninggalkan kelas
atau tempat aktiviti dijalankan tanpa pengawasan disebabkan masalah peribadi seperti ingin
mendengar telefon atau bercakap dengan orang lain.

Guru juga mestilah memakan pakaian yang sesuai dan sentiasa bersama murid
sepanjang aktiviti fizikal berlangsung. Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan
jasmani tidak memakai pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan murid bermain di padang
tanpa pengawasan yang rapi. Murid yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan
jasmani seharusnya sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Guru juga tidak boleh
membiarkan murid menggunakan kemudahan pendidikan jasmani tanpa pengawasan guru.
Seperti contohnya ialah penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya ada seorang
penjaga yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti murid. Dalam keadaan yang tiada
pengawasan, tempat-tempat sebegitu perlu dikunci untuk mengelakkan murid masuk sesuka
hati atau berlaku kemalangan yang tidak di ingini. Sekiranya ada murid yang tercedera semasa
aktiviti pendidikan jasmani, adalah penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci
kecederaan yang berlaku itu. Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan
mahkamah jika kes itu menjadi kes yang dibawa ke mahkamah. Ia juga menolong kita
mengenalpasti dan menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh
dicegah.

7
Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan murid yang cergas
melalui pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga
murid diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan ,memupuk sikap positif dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid dapat
mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor
dengan menguasai kemahiran asasa pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan komponen penting dalam kurikulum pendidikan
negara untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas melalui penekanan kepada
aspek perkembangan psikomotor, kognitif, afektif dan kecergasan fizikal. Namun demikian,
penekanan kepada pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani masih kurang diberikan
perhatian sama ada oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Justeru itu, laporan reflektif
ini membincangkan kekangan pelaksanaan Pendidikan Jasmani berdasarkan beberapa
cabaran seperti faktor guru, murid, persekitaran sekolah serta kemudahan fizikal, pentadbir
sekolah dan sokongan ibu bapa. Sebagai penambahbaikan, beberapa cadangan dikemukakan
bagi mengatasi setiap cabaran yang telah dikenalpasti. Para pentadbir dan guru di sekolah
perlu mengambil berat pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dari sudut yang positif
dan sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dalam usaha memartabatkan kepentingan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani agar setanding dengan mata pelajaran lain.

Laporan disediakan oleh,

--------------------------------

NUR AFIQAH BINTI MAT ASRI,

(PISMP ELEKTIF PENDIDIKAN


JASMANI AMBILAN JUN 2017.)

8
Rujukan

Ali, S.K.S., Zahidi, M.A., Samad, R.S.A., & Wee, A.S.S.L. (2014). Faktor kekangan ibu bapa
dan persekitaran pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), 1-15.

Awang, Z. (2012). Strategi pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan.
(Tesis sarjana tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM. (2006). Rancangan


Malaysia ke-9: Pelan induk pembangunan pendidikan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2015). Hubungan faktor penghalang terhadap penglibatan
pelajar dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. (Tesis sarjana tidak diterbitkan).
Universiti Kebangsaan Malaysia.