Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Program “My English Pillar” ini merupakan suatu program yang mana setiap murid akan
diberikan sebuah tiang sebagai tiang angkat mereka bertempat di dewan lama SK
Belimbing. Tanggungjawab utama murid adalah untuk menulis dua perkataan Bahasa
Inggeris yang baharu pada setiap hari beserta makna dan ejaan dalam jawi di ruang
yang disediakan pada tiang tersebut. Selain itu, murid juga dipertanggungjawab untuk
menjaga keceriaan dan kebersihan tiang tersebut sepanjang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Belimbing. Melalui program ini. murid berpeluang untuk melakukan
pembelajaran kendiri dengan pemantauan yang minima dari guru-guru di sudut ini. Di
samping dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid, kewujudan sudut ini
juga berpotensi untuk membantu guru–guru melahirkan murid–murid yang berdikari,
berautonomi, proaktif dan gemar akan suasana pembelajaran kasual.

2.0 MATLAMAT
Selain memberi wajah baru dan mengindahkan dewan lama SK Belimbing, Program “My
English Pillar” ini juga dirangka untuk menjadi medium perkongsian ilmu yang
dipaparkan pada setiap tiang di dewan berkenaan. Usaha penaiktarafan ini diharap akan
dapat membantu murid-murid dalam memperoleh ilmu baru yang akan memperkayakan
lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan diaplikasi dalam kehidupan seharian mereka
dengan lebih berkesan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghasilkan murid-murid yang berkeyakinan dan mampu berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris dengan baik
3.2 Mempamerkan pengetahuan Bahasa Inggeris yang baharu kepada para murid.
3.3 Melahirkan murid-murid yang sedar akan kepentingan melakukan pembelajaran
kendiri

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


Sepanjang tahun

5.0 TEMPAT / LOKASI


Dewan lama SK Belimbing

6.0 SASARAN
Murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BIL. PERKARA JUMLAH Catatan
PERBELANJAAN

1 Softboard RM 50 x 1 = RM50 RM 50 English Corner

2 Wallpaper RM 7 x 12 = RM84 RM 84 Hiasan untuk


setiap tiang

3 Kertas A4 putih RM 10 x 3 = RM 30 RM 30 Senarai


perkataan

4 Kertas A4 warna RM 15 x 2 = RM30 RM 30 Labeling

5 Plastic laminate RM 15 x 2 = RM30 RM30 Labeling

6 Sticker RM 10 x 6 = RM60 RM 60 Hiasan dan


kecerian setiap
tiang

7 Carta RM500 x 1 RM 500 Nama Sudut


“My English
Pillar”

JUMLAH RM 784.00
BIL NEW WORDS MEANING JAWI