Anda di halaman 1dari 66

Contents

PRAKATA..................................................................................................................... 3
Pengenalan ............................................................................................................... 4
Apa itu Lightroom? ................................................................................................... 5
Interface Lightroom .................................................................................................. 6
Cara nak dapatkan Perisian Lightroom ................................................................ 7
Proses Editing Menggunakan Lightroom .............................................................. 8
Fungsi Perisian Lightroom ......................................................................................... 9
Tips Ambil Gambar menggunakan DSLR............................................................ 10
Import & Export Gambar ke Lightroom ............................................................... 12
Kenali Histogram ..................................................................................................... 18
Histogram yang Ideal............................................................................................. 19
White Balance ......................................................................................................... 20
Cara Setting White Balance ................................................................................. 21
Over-Exposed Curve .............................................................................................. 22
Under-Exposed Curve ............................................................................................ 23
Bagaimana untuk laras cahaya yang betul?.................................................... 24
Exposure Setting Pada Lightroom .................................................................... 24
Fungsi Asas Lightroom ............................................................................................ 25
Teknik Asas Lightroom ............................................................................................ 26
Teknik Clarity – Cara Jelaskan Gambar anda ................................................... 28
Teknik Vibrance – Cara Naikkan Warna Gambar............................................. 29
Gambar kelihatan pekat? Apa nak buat? ........................................................ 30
Teknik Tone Curve Gambar anda ....................................................................... 31
Hue, Saturation, Luminance ................................................................................. 32
Cara Manipulasi HSL (Hue, Saturation, Luminanca) ......................................... 34
Detailing Technique ............................................................................................... 36
Cara Tajamkan Gambar (Sharpen Technique) ................................................ 37
Noise Reduction Technique .................................................................................. 38
Lens Correction Technique ................................................................................... 39
Vignette Effect ........................................................................................................ 40
Grain Technique ..................................................................................................... 41

1|http://bit.ly/superlightroom
Camera Calibration ............................................................................................... 43
Save and Apply Settings........................................................................................ 44
Import, Berkongsi & Buat $$ Jual Presets ............................................................. 47
Pelajari Kategori Edit Gambar Guna Lightroom ................................................ 50
HDR Editing Technique........................................................................................... 51
Wedding Photography Editing Technique ......................................................... 55
Landscape Editing Technique .............................................................................. 63
Penutup .................................................................................................................... 65

2|http://bit.ly/superlightroom
PRAKATA

Alhamdulillah, dengan izinNya, dan bersyukurnya kita kerana Allah berikan


kekuatan untuk siapkan ebook ini walaupun dibuat tanpa dirancang.
Saya mulanya menjual presets lightroom di internet, dan video tutorial melalui
online. Namun ada yang diantara mereka yang belum berkesempatan untuk
dapatkan pakej tersebut. Maka timbul idea, untuk saya hasilkan ebook ini
pada mereka yang ingin menambah pengetahuan.
Kerana semangat kalian, saya dapat feedback dari beratus emel selepas
buat kajiselidik, yang anda nak belajar. Maka terhasillah ebook ini. Kalau 2-3
orang mungkin saya terfikir fikir juga nak hasilkan ebook ini.
InshaAllah, Cuma saya teringin ebook ini akan dapat dimanfaatkan oleh
anda. Bukan hanya membalas emel saya nak belajar. Tapi selepas saya
berpenat lelah untuk hasilkan, anda biarkan sahaja ebook ini dalam laptop
dan komputer anda tanpa diamalkan.
Mudah mudahan sama sama dapat buat sesuatu yang bermanfaat untuk
masyarakat.

...............................
Ubaidullah Jaafar
Trainer Editing Gambar Lightroom.

3|http://bit.ly/superlightroom
Pengenalan

Kalau anda search di google pun, apa fungsi lighroom ini. Semestinya akan
muncul pautan web yang anda boleh baca. Lightroom ini merupakan
perisian daripada Adobe. Dimana ia sangat sesuai untuk anda Edit semula
tone warna, curve, detailing, dan smooth untuk hasilkan gambar yang
menarik.
Apatah lagi, jika anda seorang jurugambar sambilan, anda terlibat
dalam program dimana anda perlu mengambil gambar, ataupun anda
terlibat dalam jawatankuasa tugas-tugas khas mahupun multimedia. Edit
gambar lah yang satu element penting selepas anda mengambil gambar
guna kamera digital mahupun DSLR.
Edit gambar ini tidak terlepas juga jika anda jurugambar perkahwinan.
Sebab itu, cas upah seorang jurugambar perkahwinan agak ekslusif harga
pakej nya. Kerana antara proses amat penting adalah proses editing. Dan
mereka edit gambar ini semestiya menggunakan lightroom.

4|http://bit.ly/superlightroom
Apa itu Lightroom?
Anda telah pun baca sedikit di bahagian pengenalan. Baik saya akan
tunjukkan sedikit paparan lightroom itu macam mana. Inilah kerja yang anda
perlu hadap selepas mereka mengambil gambar.

Saya bagi sedikit situasi.


Anda pernah upload gambar di instagram? Anda akan jumpa setting khas
yang instagram sediakan seperti brightness, contrast, Stucture, Warmth,
Saturation, Colour, Fade, Highlight, dan banyak lagi..
Jadi, apa beza lightroom dan instagram tu? Baik edit gambar guna
instagram jer kan?
Ya, jika anda hanya nak upload gambar di instagram dipersilakan. Namun
jika anda seorang yang ambil gambar serta editing cara professional. Ambil
gambar guna DSLR, dan anda nak cetak di album? Ataupun anda nak
upload hasil anda itu di website? Pastilah proses editing gunakan Lightroom.
Sebab, Lightroom adalah perisian yang lebih advance fungsinya, dan sesuai
jika anda nak asah bakat professional dalam diri. Malah, Lightroom juga
mampu untuk edit serta hasilkan gambar yang lebih berkualiti. Mampu
tampung edit gambar untuk saiz yang besar.
Melainkan, anda hanya upload gambar event semua hanya di instagram.
Namun, jika anda nak upload gambar, nak cetak gambar, ataupun nak
berurusan dengan syarikat printing. Maka Lightroom lah penyelesaiannya.

5|http://bit.ly/superlightroom
Interface Lightroom
Dibawah ini, sedikit beberapa panduan asas untuk anda kenali fungsi dan
maksud setiap apa yang ada dalam perisian lightroom ini.

Tab Setting
Liveview
Histogram

Advance

Presets Setting
Before & After

Image list

LR Interface Keterangan
Liveview Hasil gambar liveview ini berguna semasa anda halakan
mouse pada senarai preset. Maka, anda boleh pilih
presets yang bersesuaian dengan gambar anda.
Presets Untuk hasilkan efek gambar dengan cepat. Sekali klik,
terus berubah gambar tersebut. Ada banyak preset dan
penting jika anda nak hasilkan gambar menarik dengan
cepat. Ada banyak efek rahsia yang anda boleh jadikan
sebagai preset.
Tab Setting Proses penting dari awal gambar, edi gambar, serta
output gambar semua ada di bahagian tab setting ini.
Histogram Paparan semasa anda edit gambar. Juga sebagai
rujukan untuk tahu gambar anda ni baik atau sebaliknya.
Advance Bahagian advance ini termasuklah efek menggunakan
brush, linear, radial, dan banyak lagi.
LR Setting Perkara paling penting masa anda edit gambar. Setting
ini yang anda gunakan sepanjang anda edit.
Before & After Nak bandingkan gambar sebelum dan selepas edit.
Image Library Senarai beberapa gambar yang anda telah import ke
dalam lightroom.

6|http://bit.ly/superlightroom
Cara nak dapatkan Perisian Lightroom
Sebenarnya anda boleh dapatkan perisian lightroom dengan murah.
Sebulan RM40 anda boleh dapatkan beberapa perisian termasuk Adobe
Photoshop tau!
Dengan syarat, anda seorang guru, ataupun pelajar. Selalunya anda dapat
emel khas dari universiti, kolej, mahupun sekolah kan? Contoh email saya:
he160088@siswa.uthm.edu.my
Email ini digunakan masa pendaftaran lightroom creative cloud.
Sila ke: https://www.adobe.com/sea/creativecloud/buy/students.html
Cari pakej students & teacher. Berikut adalah maklumat yang saya dapat
yang anda boleh buat langganan secara murah.

Tips: Sila Email saya ubaidullahjaafar@gmail.com kalau nak perisian Microsoft


Percuma, Full Version, Without Crack, dan saya akan ajarkan step by step
teknik dapatkan Microsoft Office, Word, Powerpoint, Publisher, dan banyak
lagi secara Percuma!

Atau anda boleh ke blog: http://idnsoftware.blogspot.my/2014/08/adobe-


photoshop-lightroom-56-32bit.html

7|http://bit.ly/superlightroom
Proses Editing Menggunakan Lightroom

Save, Print
Ambil Edit Gambar ataupun
Gambar Upload

Berikut adalah proses secara asasnya jika kita nak tahu perjalanan gambar
ini. Sebelum gambar itu jadi lebih menarik dan cantik, pastinya ia melalui
beberapa proses agar 1 keping gambar itu sangat berharga.
Sebab itu, sekarang, pakej gambar kahwin paling murah pun RM1600. Sebab
seorang jurugambar perkahwinan pasti akan melalui proses ini..

Proses Keterangan
Ambil gambar Menggunakan DSLR, Digital Kamera
Alatan Kamera RM3000 – RM30000
Edit Gambar Menggunakan Lightroom
Perlu Edit 100 – 200 gambar
Ambil masa yang lama nak edit
gambar
Perlu gajikan staf yang edit gambar.
Print Perlukan gambar berkualiti, Album
yang berkualiti, Dan Printer yang
berkualiti..

8|http://bit.ly/superlightroom
Fungsi Perisian Lightroom

Mesti anda tertanya tanya, apa yang kebaikan lightroom ni berbanding


perisian yang lain? Baiklah.. Sepanjang saya menggunakan perisian
lightroom ini, ia banyak membantu memudahkan kerja saya terutamanya
dalam bidang fotografi.

Kesesuaian penggunaan perisian ini terutamanya untuk:

1. Jurugambar Perkahwinan
2. Inginkan gambar nampak kelainan
3. Setting Camera yang tak cukup fungsi
4. Selalu terlibat dengan program pejabat
5. Anda AJK Multimedia dalam organisasi mahupun persatuan

Baiklah, jika anda memang selalu terlibat dalam program program yang
memerlukan kita untuk mengambil gambar. Platform inilah yang
memudahkan anda untuk hasilkan gambar menarik. Kerana Perisian ini
bukan sahaja untuk edit gambar. Malah:

1. Ubahsuai Temperature Light yang terdapat pada gambar


2. Cerahkan gambar yang gelap (Under Exposed)
3. Kurangkan cahaya berlebihan pada gambar (Over exposed)
4. Membaikpulih gambar yang ada noise (Tak cukup Cahaya)
5. Menjadikan gambar kelihatan lembut
6. Tambahkan efek sekeliling gambar
7. Ubahsuai tona warna pada gambar
8. Ubahsuai beberapa kawasan yang terdapat pada gambar
9. Menjadikan setting pada gambar jadi satu preset

9|http://bit.ly/superlightroom
Tips Ambil Gambar menggunakan DSLR
Jika anda lihat gambar dibawah ini.. Ini gambar yang di ambil
menggunakan kamera digital SLR. Lens jenis 50mm F1.4 digunakan untuk
dapat DOF (depth of field) yang menarik.

Secara asasnya anda perlu ketahui beberapa element ataupun perkara


penting sebelum anda ambil gambar.

Tetapan Kamera Keterangan


Shutter Speed Untuk tentukan tempoh cahaya masuk dalam sensor
kamera. Semakin lama, semakin banyak cahaya
masuk, dan semakin teranglah gambar.
Aperture Luas bukaan cahaya di dalam lensa. Semakin rendah
nilai aperture semakin tinggi DOF (fokus subjek, dan blur
selainnya), manakala semakin tinggi nilai aperture,
semakin kurang DOF, subjek dan background jelas
kelihatan. Namun DOF yang tinggi, menyebabkan
cahaya banyak masuk, dan kita kena naikkan shutter
speed untuk balance kan nilai cahaya.
ISO Sensitivity sensor pada kamera terhadap, apatah lagi
dalam keadaan gelap, dimana cahaya sedikit. Kita
perlu naikkan nilai ISO, namun semakin tinggi, semakin
banyak noise pada gambar.
Light Meter Sebenarnya, tak susah pun kita nak ambil gambar. Tak
semestinya kita perlu buat Shutter Speed, Aperture, dan
ISO secara manual. Di kamera DSLR sebenarnya sudah
terpasang Light Meter untuk ketahui adakah gambar
yang kita tangkap nanti over Exposed ataupun Under-
Exposed.

10 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Tips saya jika anda belum berapa pandai untuk mengambil gambar
menggunakan DSLR:
1. Fahami 3 setting diatas yang merupakan paling asas dalam kamera
anda. Biasanya setting diatas memang wajib ada di dalam kamera
digital, dan DSLR. Namun ada juga smartphone yang ada setting
diatas seperti phone jenama Huawei.
2. Basic Shutter Speed adalah minima 1/50 atau 1/60 jika anda ambil
gambar biasa. Perlu di ingat, semakin rendah nilai shutter speed,
maka masa yang lama perlu diambil untuk tutup shutter agar
berhentikan cahaya masuk di sensor kamera. Semakin masa yang
lama di ambil, jika objek bergerak, menyebabkan objek tersebut
akan blurred dan tidak jelas. Akan jejaskan kuantiti gambar.
3. Jangan set ISO terlalu tinggi, kerana akan membuatkan ganggun
(noise) berlaku pada gambar dan merosakkan kualiti gambar.
4. Pastikan gambar kita fokus dengan subjek. Kalau tidak, anda perlu
ambil semua agar fokus itu betul betul kena pada subjek. Gambar
yang tidak fokus menyebabkan subjek menjadi kabur (blurr).
5. Jika waktu siang, cahaya tinggi, naikkan nilai shutterspeed minima
1/200 (bergantung pada light meter) dan kurangkan nilai ISO sebab
sensor berupaya bekerja pada tahap optima pada cahaya yang
tinggi (Waktu siang). Cuma jika anda nak gambar anda ada kesan
background blur, anda perlu kurangkan nilai Aperture.
6. Jika waktu malam, pastinya cahaya amat kurang, kurangkan nilai
shutterspeed. Jika ambil subjek yang bergerak biasa, sila letakkan
minima 1/60. Jika subjek pegun, boleh gunakan 1/30. Namun, nilai
ISO perlu naikkan sedikit untuk recovery cahaya yang sedikit itu,
masih mampu di lihat dalam gambar.

Tips: Jika anda tak faham, boleh request modul untuk kami hasilkan Teknik
Kemera pula..

11 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Import & Export Gambar ke Lightroom
Mula mula anda perlu buka perisian Lightroom anda. Seperti yang saya guna
sekarang ini adalah perisian Lightroom versi 5.3. Windows 10 yang saya
gunakan sekarang ini merupakan versi 64-bit. Jadi perisian Lightroom juga
saya install 64-bit.

Step no. 1: Selepas anda klik icon diatas ini, maka paparan Lightroom akan
muncul. Dan langkah pertama anda perlu import gambar ke dalam
lightroom library.

12 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step no.2 : Kemudian, anda Klik button Import seperti dalam bulatan kuning
diatas. Pastikan juga, Tab bahagian Library seperti bulanan merah. Selepas
anda klik button import, anda akan lihat seperti paparan dibawah ini.

Step no.3 : Anda Pilih folder mana yang ada gambar yang anda nak edit.
Kalau saya letak gambar di desktop. Saya akan klik Hard Disk C > Users > User
> Desktop. Dan Kalau gambar masih tidak kelihatan sila klik include subfolder
pada mana-mana bulatan kuning diatas. Uncheck All dahulu seperti bulatan
merah dibawah, barulah anda klik beberapa gambar yang anda nak seperti
bulatan hijau. Kemudian, barulah anda klik Button Import seperti bulatan
kuning dibawah ini.

13 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step no.4: Selepas itu, paparan akan muncul seperti dibawah ini. Gambar
yang anda pilih telah berjaya di import. Kemudian, apa yang anda perlu
buat adalah, anda terus klik butang develop seperti dalam bulatan kuning
dibawah. Untuk memulakan edit gambar.

Step no.5: Paparan dibawah akan muncul. Anda boleh pilih salah satu
gambar yang anda mahu, kemudian lakukan proses editing.

14 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step no.6: Setelah lakukan proses editing. Dan anda nak samakan tetapan
gambar seterusnya dengan gambar sebelumnya. Anda hanya klik button
Previous seperti paparan dibawah ini sebaik sahaja anda klik gambar
seterusnya di bahagian library seperti bulatan merah dibawah.

Step no.7: Jika anda dah siap. Anda mula untuk Export gambar anda. Anda
kembali klik semula bahagian library di bulatan kuning dibawah. Kemudian
Pilih gambar yang anda nak export. Seterusnya Klik butang Export seperti
bulatan merah dibawah.

15 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step no. 8: Kemudian paparan dibawah akan muncul. Dan anda Klik Burn
Full-Sized JPEGs dalam bulatan merah dibawah. Kemudian anda Klik Export
to Hard Drive seperti bulatan biru dibawah.

Step no.9: Anda boleh Ubah dimana gambar anda di simpan di bahagian
Export loction, dan anda boleh klik butang choose. Pilih dimana anda nak
simpan gambar tersebut.

16 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step no.10: Jika anda nak resize gambar jika anda mahu, dengan scroll
tetikus anda kebawah, dan cari File Setting, anda boleh klik bahagian
Quality, dan kurangkan daripada 100 kepada 30 – 60. Atau Anda boleh juga
Klik Image sizing dan anda boleh resize to fit ikut kehendak anda seperti
paparan dibawah ini.

Step no.11: Anda boleh klik button export untuk simpan gambar anda yang
telah siap di edit.

17 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Kenali Histogram
Lightroom akan tunjukkan rajah Histogram untuk kita rujuk setiap warna yang
ada dalam gambar. Dan Histogram ini juga kita boleh rujuk samada terlebih
cahaya (over-exposed) atau pun terkurang cahaya (under-exposed). Malah
kita boleh tahu berapa banyak warna yang ada dalam gambar ini dengan
berpandukan graf histogram ini.

Maklumat yang kita boleh dapati melalui histogram.


1. Whites
2. Highlight
3. Exposure
4. Shadows
5. Black.

Kita ke seterusnya, jika nak tahu apa maksud di atas. Dengan panduan
diatas ini, kita boleh tentukan kualiti gambar samada:
1. Over Exposed – Terlalu terang, terlalu banyak cahaya warna putih,
terlalu cerah
2. Under Exposed – Terlalu gelap, sampai tak nampak apa ada dalam
gambar.
3. White Balance – Warna tidak seimbang, menyebabkan gambar tiba
tiba lebih warna biru, gambar lebih warna kuning, dan lain lain.

18 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Histogram yang Ideal
Saya akan tunjuk beberapa keadaan gambarajah histogram yang asas
untuk kita ketahui keadaan gambar kita. Namun, sebelum itu, saya akan
tunjukkan gambar yang ideal berpandukan rajah histogram.

Histogram dalam Lightroom

Lengkung Seperti Bentuk Gunung

Gambarajah histogram diatas adalah contoh yang ideal dimana, warna


gelap dan cerah dalam keadaan seimbang. Sebab itu saya tunjukkan rajah
lengkung seperti bentuk gunung itulah yang kita boleh jadikan rujukan
terbaik. Kerana gambar pada ketika ini tidak terlalu gelap, dan tidak terlalu
terang. Baik saya akan buktikan macam mana pula gambar terlalu gelap
dan terang berpandukan rajah histogram.

19 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
White Balance
Suhu warna berbeza ikut keadaan cuaca ataupun masa kita mengambil
gambar. Anda boleh cuba ambil gambar waktu petang, gambar anda akan
sedikit kekuningan. Manakala, jika ambil gambar waktu pagi, gambar akan
kelihatan kebiruan.
Jadi, teknik pelarasan suhu cahaya ini amat penting agar gambar anda
mengikut keseimbangan warna subjek asal. Dengan guna teknik ini, gambar
anda tidak lagi kelihatan sekejap nampak seperti biru, sekejap nampak
seperti oren, dan sebagainya.
Anda boleh rujuk histogram untuk mengetahui warna yang dominan di
bahagian highlight seperti dibawah. Elakkan seperti gambar dibawah ini.

Jika anda lihat histogram seperti ini, gamba anda kelihatan warna kebiruan.
Sama juga kalau warna lain bila melebihi kanan bahagian highlight, ia
merujuk kepada bahagian highlight. Warna biru akan jadi dominan dalam
gambar seperti dibawah ini.

20 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Cara Setting White Balance
Dengan menggunakan Adobe Lightroom, perkara pertama sekali yang kita
perlu laraskan adalah white balance. Ada dua jenis pelarasan untuk fungsi ini
iaitu colour temperature dan tint. Malah fungsi White Balance ni juga kita
boleh pilih sama ada sama seperti gambar pada kamera mahupun auto.
Anda juga boleh laraskan WB ini secara manual menggunakan teknik
dibawah.
1. Temperature – Diantara warna biru dan kuning
2. Tint – Diantara warna hijau dan ungu

TIPS: Untuk tahu gambar anda white balance atau tidak, anda mesti rujuk
gambar baju, kulit muka, rumput, dan langit. Semua mesti lah warna asal.
Tidak di pengaruhi oleh cahaya sekitar. Jika white balance tak betul, anda
akan lihat, gambar yang anda ambil sebenarnya tidak sama apa dengan
gambar dalam kamera. Jadi Lightroom lah penyelesaiannya.

Mudah saja, anda boleh setkan secara Auto jika anda tak yakin nak ikut tips
diatas.

21 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Over-Exposed Curve
Baiklah, saya akan tunjukkan bagaimana keadaan gambar tersebut terlebih
cahaya ataupun over-exposed. Sila perhatikan curve dibawah..

Puncak Lengkung lebih ke kanan


Jika lengkungan mula lebih kekanan, dan anda akan lihat lengkung yang
paling tinggi (puncak) berada di sebelah kanan. Ini menunjukkan gambar
anda terlebih cahaya atau pun dikenali sebagai (over-exposed). Anda boleh
lihat hasilnya dibawah ini.

Gambar di atas ini seakan tiada langsung nampak awan, gambar latar
dibelakang, gambar bunga, malah rumput juga tidak kelihatan! Bagaimana
pula keadaan rajah histogram nya? Mari kita lihat bulatan merah dibawah.

22 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Under-Exposed Curve
Berbeza pula jika kekurangan cahaya. Maka gambar akan jadi gelap. Dan
lengkungannya akan lebih ke kiri. Anda akan lihat seperti dibawah ini.

Puncak Lengkung lebih kekiri

Jom kita lihat hasil gambarnya pula. Gambar sangat gelap, gambar model
langsung tak nampak, gambar bunga pun samar-samar, manakala gambar
awan pun kelam nampaknya.

Dan ini pula gambar rajah histogramnya. Anda boleh lihat ia lebih ke kiri.

23 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Bagaimana untuk laras cahaya yang betul?
Setelah and kenal pasti daripada tips diatas ini. Saya akan tunjukkan step by
step bagaimana anda nak jadikan gambar anda ini seimbang warnanya.

Ada dua laras yang anda boleh gunakan seperti ‘exposure’ dan white. Lihat
seperti gambar dibawah.

Warna Biru, bahagian exposure jangan laras terlalu tinggi. Kerana sedikit nilai yang
kita naikkan akan hasilkan kesan terang yang sangat tinggi. Manakala warna
kuning, whites ini lebih natural untuk beri kesan brightness pada gambar anda agar
lebih terang.

Mari kita lihat gambar asal yang digunakan, kemudian setelah di laraskan bilangan
kecerahan ‘brightness’ pada gambar, maka gambar jadi sedikit lebih terang
daripada sebelum nya.

Peringatan: Jangan laraskan nilai yang tinggi pada bahagian ‘exposure’.

24 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Fungsi Asas Lightroom
Dalam topik ini, saya akan jelaskan satu persatu setting asas yang anda perlu
tahu setiap butang yang anda set itu ada fungsi nya masing masing. Saya
akan bagi maksud satu persatu.

Tanda Tone Keterangan


Black Untuk set kecerahan (berwarna & gelap) dalam
gambar. Contoh kulit muka, warna rumput, baju, dll.
Shadows
Exposure Untuk laraskan kecerahan secara keseluruhan dalam
gambar.
Highlights Untuk set kecerahan (putih) dalam gambar. Contoh
background dinding, awan, dll.
Whites

25 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Teknik Asas Lightroom
Jika anda dah faham teknik diatas secara asasnya. Saya akan tunjukkan
pula cara untuk anda laraskan setiap button pada lightroom ini untuk jadikan
gambar anda lebih menarik.

Tanda Tone Cara Setting


Black
Shadows Tips: Jika kulit muka, atau permukaan berwarna
dalam gambar anda nampak kusam. Anda boleh
naikkan nilai shadows dan black ini.
Teknik: Naikkan..
Exposure

Tips: Jika gambar nampak kusam dan agak gelap.


Naikkan sedikit bilangan exposure ini. Tetapi naikkan
dalam nilai yang sedikit shj. Kurang dari 0.5.
Teknik: Naikkan sedikit jika gelap.
Highlights
Whites Tips: Dalam keadaan asal nilainya 0. Jika gambar
terlalu cerah, boleh turunkan nilai highlight dan whites
seperti diatas.
Teknik: Turunkan jika background gambar terang.

Kenapa ya kena naikkan dan turunkan? Sebab anda perlu maintain curve
histogram anda seperti bentuk bukit. Kiri kanan pastikan ketinggiannya lebih
rendah daripada bahagian tengah ataupun puncaknya.

Tips: Abaikan nilai yang terlalu sedikit di kawasan whites itu.

26 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Ini hasilnya jika anda ikut teknik diatas. Seperti yang saya buat seperti
dibawah gunakan gambar asal ini. Anda akan dapat bentuk histogram
seperti gambar dibawah menggunakan setting yang saya tetapkan ini.

Dan saya tunjukkan setting asas. Jika anda masih lagi tidak faham. Untuk
bahagian Colour Balance, saya setkan secara Auto. Maka secara automatik
color temperature akan di set kepada -5, dan tint disetkan kepada +25.

Manakala, bahagian Tone warna, Saya berpandukan gambar asal dan


bentuk histogram agar ia menjadi seperti bukit. Saya naikkan sedikit nilai
exposure dan contrast. Manakala, saya turunkan nilai highlight, dan whites.
Seterusnya saya naikkan nilai shadows dan black. Dan Histogram akan jadi
seperti dibawah ini.

TIPS: Setting Asas diatas ini adalah bergantung pada gambar anda.

27 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Teknik Clarity – Cara Jelaskan Gambar anda
Teknik ini adalah untuk nampak gambar anda lebih tajam dan jelas. Kalau
anda selalu gunakan instagram, ada satu setting namanya structure. Kalau di
Lightroom ia dinamakan clarity.
Jika anda mahu gambar anda nampak efek HDR, anda boleh naikkan sedikit
bahagian clarity ini.

Gambar diatas adalah perbezaan antara nilai clarity negatif 100 dan positif
100.
Menurut gambar diatas ada dua keadaan dimana gambar menjadi under-
clarity dan over-clarity. Tips saya, anda naikkan nilai yang sedikit sahaja. Tidak
lebih nilai dari 50. Kerana gambar yang over-clarity membuatkan gambar
menaikkan permukaan yang tidak rata. Dan kelihatan ia menjejaskan kualiti
gambar anda.

Nilai 0 – 30 sudah memadai bagi setting untuk kejelasan gambar anda. Ini
hasil gambar selepas saya naikkan sedikit clarity.

28 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Teknik Vibrance – Cara Naikkan Warna Gambar
Teknik ini lebih kurang sama seperti teknik saturation gambar. Cuma bagi
teknik vibrance ini ia akan naikkan gambar secara tidak keterlaluan. Dan bila
anda naikkan sedikit sahaja, kelihatan gambar anda lebih menonjol seperti
efek vivid. Efek vivid ini adalah efek dimana gambar anda lebih menyerlah
bila warna dinaikkan.
Faham ke tidak? Kalau tidak faham, kita boleh teruskan dibawah ini.

Gambar diatas menunjukkan perbezaan antara gambar yang low vibrance,


dan after vibrance.
Bagaimana pendapat anda tentang gambar diatas? Pastinya warna yang
nampak kusam asalnya, telah menarik setelah kita naikkan warnanya. Bunga
yang nampak kusam, sekarang telah kembali menyegar dengan warna
kemerahan jambunya.

Namun, kelemahannya adalah, kulit wajah juga terikut naik dengan warna
yang pekat.
TIPS: Semasa ambil gambar, pastikan anda gunakan flash yang berkuasa
tinggi, agar cahaya yang cukup sampai ke permukaan kulit agar tidak
nampak gelap.

Jangan naikkan nilai vibrance terlalu banyak. Ia mengakibatkan gambar


anda akan terlalu pekat warnanya. Dan pastinya ia sangat tidak menarik.
Anda boleh naikkan nilai maksima 30 sahaja.

29 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Gambar kelihatan pekat? Apa nak buat?
Jika anda lihat gambar anda terlalu pekat warnanya, cara terbaik adalah
anda kurangkan nilai vibrance, ataupun nilai saturation. Dibawah ini adalah
contoh gambar yang terlalu pekat warnanya.

Diatas ini, semestinya gambar yang terlalu pekat akan menganggu warna
asal gambar kita. Kulit muka berubah menjadi warna oren, rumput jadi terlalu
hijau, begitu juga yang lainnya.
Anda mesti pergi ke bahagian saturation di lightroom untuk set semula agar
warna tidak terlalu pekat.

Turunkan nilai saturation diatas ini. Kerana nilai saturation ini jika anda set
secara berlebihan, maka anda akan dapat gambar yang terlalu pekat.

TIPS: Naikkan nilai saturation sedikit sahaja.. Tidak lebih dari 10.

30 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Teknik Tone Curve Gambar anda
Teknik ini tidak diwajibkan untuk buat. Jika anda hanya ingin belajar asas.
Sebab jika anda gunakan teknik ini, beberapa aspek lain perlu diambil kira
kerana, gambar menjadi lebih pekat.

Namun pada asasnya, kita boleh buat teknik curve seperti huruf S. Baiklah,
saya akan tunjukkan kepada anda.

Teknik huruf S senget

Bila kita buat teknik S senget pada tetapan tone curve ini, caranya adalah,
berpandukan rajah diatas, point no.1 mesti diturunkan dibawah line 45
darjah, manakala point no. 2 di naikkan diatas line condong 45 darjah
tersebut.
Dan anda boleh lihat hasil gambar anda. Caranya adalah:
1. Pastikan Channel di bahagian RGB
2. Anda Klik Point Curve di bahagian yang saya bulatkan berwarna biru
itu.
3. Lakukan teknik pelarasan. Siap!
Ini hasilnya..

31 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Hue, Saturation, Luminance
Teknik ini untuk manipulasi warna dalam gambar anda. Kerana dalam
gambar ada beberapa warna asas seperti yang telah ditetapkan dalam
Lightroom. Seperti dalam gambar dibawah ini, ada 8 jenis warna asas dalam
Lightroom iaitu: merah, oren, kuning, hijau, Aqua, Biru, Ungu, Magenta.

Tetapi, berdasarkan pengalaman saya, saya akan tunjukkan warna yang


selalu berkait rapat dengan gambar dibawah ini..

Warna Keterangan
Merah Warna bibir, warna bunga.
Oren Warna kulit muka, warna tangan.
Kuning Warna yang bercampur dengan rumput.
Hijau Warna rumput.

Jadi, tak semua warna yang kita edit itu menjadi, ada kala, warna rumput
dah menarik, tetapi malangnya warna kulit pula agak gelap. Jadi macam
mana nak seimbangkan warna? Teknik inilah yang amat berguna untuk
anda.

32 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Tak semua warna kita perlu usik. Kalau macam saya menurut dalam gambar
yang ditunjukkan diatas, saya hanya ubah warna kulit muka, dan warna
rumput sahaja. Agar kulit muka daripada gelap bertukar kepada sedikit
cerah. Kemudian, warna rumput yang hijau kekusaman, saya nak ubah
menjadi warna hijau yang cantik.
Berikut adalah beberapa teknik yang saya nak tunjukkan kepada anda:

Jenis Keterangan
Hue Nak ubah spektrum warna. Contoh saya tunjukkan warna
merah seperti dibawah ini:

Tips: Merah berada di tengah-tengah diantara warna


Purple dan kuning. Jika anda set butang ke kiri, maka
merah bertukar warna ungu, manakala jika set butang
ke kanan, akan bertukar menjadi kuning.
Saturation Jika nak jadikan warna tersebut pekat, mahupun gelap.

Jika anda kurangkan saturation warna akan jadi hitam


putih iaitu gambar tiada warna, manakala jika kita
naikkan nilai saturation ini, ia akan jadi warna pekat.
Tips: Jangan naikkan nilai saturation terlalu tinggi, akan
akibatkan kualiti gambar terjejas.
Luminance Jika kita nak cerahkan warna atau pun nak gelapkan
warna.

Tips: Tidak semua setting luminance ni bagus. Kita


naikkan sedikit sahaja jika kita nak naikkan warna ini. Jika
terlalu tinggi nilainya akan menjejaskan kualiti gambar.

Seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana anda nak setting HSL (Hue,
Saturation, Luminance) ini.

33 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Cara Manipulasi HSL (Hue, Saturation, Luminanca)
Setelah anda tahu apa itu fungsi setiap H,S, dan L. Saya akan tunjukkan pula
bagaimana untuk anda tetapkan nilai setiap HSL berikut. Berdasarkan
gambar yang saya dah tunjukkan pada bab sebelum ini, ada beberapa tips
yang saya ingin kongsikan.

Menurut gambar diatas. Tipsnya adalah:


1. Anda boleh ubah jika kulit muka gelap, anda boleh manipulasi warna
oren, untuk jadi warna lebih cerah.
2. Anda ubahsuai warna rumput menjadi lebih hijau yang pekat.
Contoh Setting bagi Hue. Saya hanya usik bahagian warna oren, kuning, dan
hijau sahaja..

Bahagian Hue Oren – Oren berada di tengah tengah diantara warna merah
dan warna hijau. Untuk saya laraskan warna oren dalam teknik Hue ini, apa
yang saya perlu lakukan adalah saya pastikan ia tidak lari daripada warna
kulit.
Bahagian Hue Yellow – Saya nak tambahkan sedikit efek warna kekuningan
pada rumput. Dan apa yang saya lakukan adalah saya kurangkan sedikit
nilai kuning.
Hue Green – Saya nak naikkan warna hijau rumput, jadi saya naikkan sedikit
warna hijau bahagian hue. Hijau rumputnya agak menarik jika saya naikkan
sedikit nilai ini.

34 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Seterusnya, saya akan tunjukkan nilai Saturation dimana ia berfungsi untuk
memekatkan warna, atau mengurangkan nilai warna di dalam gambar ini.
Berikut saya tunjukkan nilai yang saya ubah nilai saturation.

Berdasarkan gambar tetapan diatas. Saya kurangkan nilai saturation pada


Oren, Kuning, serta naikkan nilai saturation pada hijau. Tujuan saya naikkan
dan turunkan adalah
1. Naikkan nilai saturation – Untuk pekatkan sesuatu warna dalam
gambar. Namun naikkan sedikit sudah memadai.
2. Kurangkan nilai saturation – Untuk kurangkan nilai warna di dalam
gambar. Dengan pengurangan warna ini, warna tidak menjadi pekat.
Tips: Untuk kurangkan dan naikkan, pastikan anda rujuk histogram dan
gambar asal. Agar ia tidak lari daripada warna asal supaya kualiti gambar
juga tidak terjejas.
Yang terakhir sekali, adalah saya gunakan tetapan luminance ini adalah
untuk mencerahkan warna. Kalau berdasarkan gambar diatas saya gunakan
luminance pada warna oren untuk cerahkan sedikit warna kulit.

Namun, tidak semua warna kita naik naikkan kuntiti kecerahannya. Cuma
tips saya, saya nak cerahkan sedikit warna rumput, dan warna kulit muka.
Jadi saya gunakan luminance ini untuk tujuan itu.
Tips: Jangan terlalu naikkan nilai luminance ini, kerana ia mudah untuk
menjejaskan kuliti gambar.

35 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Detailing Technique
Dalam teknik ini ada beberapa perkara Asas yang kita akan pelajari iaitu:
1. Teknik Tajamkan Gambar (Sharpen)
2. Teknik kurangkan gangguan (Noise reduction)
Dua teknik ini sangat penting untuk hasilkan gambar yang lebih menarik.
Cuba anda lihat perbandingan gambar dibawah.

Gambar diatas ini ada banyak unsur noise. Manakala gambar dibawah ini
kita dah lakukan beberapa teknik detailing.

Anda akan lihat perbandingan gambar dibawah ini nampak sedikit lembut,
tiada gangguan, dan lebih menarik berbanding gambar yang pertama.

36 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Cara Tajamkan Gambar (Sharpen Technique)
Untuk buatkan gambar nampak sharp. Teknik ini sangat penting. Tetapi, jika
terlalu tajam gambarnya. Maka, gangguan terhasil pada gambar anda.
Kesannya, gambar tidak lagi kelihatan menarik. Dibawah ini saya tunjukkan
kesan sharpen yang terlalu tinggi.

Sebaiknya, jika gambar anda sudah nampak jelas, tidak perlu kenakan teknik
ini melainkan anda tambah teknik noise reduction. Dibawah ini merupakan
teknik sharpening yang anda boleh laraskan.

Tips: Nilai Amount mestilah tidak boleh lebih dari 20. Dan Laraskan Radius
sambil anda lihat pada gambar. Pastikan Noise tidak terlalu nampak ketara.

37 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Noise Reduction Technique
Teknik ini untuk nampak gambar anda lebih lembut. Secara teknikalnya,
noise pada gambar anda dapat dikurangkan. Anda boleh lihat gambar
dibawah ini, selepas saya masukkan noise reduction menggunakan Teknik
Detailing.

Ini setting yang saya kenakan pada Noise reduction. Anda boleh ubah
bahagian luminance dan detail. Bahagian Luminance, semakin anda
tingkatkan nilainya, semakin banyak permukaan kabur. Menyebabkan
gambar anda tidak berapa jelas. Jadi, naikkan sedikit hanya untuk hilangkan
kuantiti noise sahaja.

1
2

Tips: Nilai Luminance naikkan sedikit sahaja, agar ia tak merubah gambar
asal. Manakala nilai Detail perlu dinaikkan sehingga blurry-effect tidak terlalu
kelihatan.

38 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Lens Correction Technique
Jika anda ambil gambar menggunakan DSLR menggunakan beberapa lensa
tertentu, pastinya akan berlaku distortion. Kalau anda tak tahu apa itu kesan
distortion, anda boleh lihat gambar menggunakan Go Pro, dimana
gambarnya nampak luas, tetapi gambar kelihatan seperti melengkung.

Jadi dengan Lightroom ini dapat mengatasi masalah anda ini. Dengan Apply
teknik ini.

Jenis Keterangan
Make Pilih Jenama Lensa anda.
Model Tentukan Lensa Model jenis apa.
Distortion Dalam asalnya, ia akan set kepada 100, namun jika
anda rasa ia tak betul, anda boleh ubah nilai ini.
Vignetting Efek gelap di sekeliling gambar anda.

39 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Vignette Effect
Jika anda nak hasilkan teknik vignette effect, ia mudah tanpa perlukan
manual brush seperti Adobe Photoshop. Fungsi vignette effect ini adalah
untuk membuatkan sekeliling gambar anda warna sedikit gelap seperti
gambar dibawah ini.

Caranya mudah. Anda hanya masukkan nilai seperti dibawah ini.

1
2
3
4

Tips: Amount Post-Crop Vignetting tahap negtif adalah warna gelap di


sekeliling, manakala positif akan jadi cerah di sekeliling gambar.

40 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Grain Technique
Teknik ini tidak sesuai jika tujuan anda memang nak hasilkan gambar yang
jelas. Kerana kesan Grain ini akan menambah noise-grain seperti bintik bintik
yang menganggu permukaan gambar anda.
Namun, jika anda minat tentang hasil ini. Anda boleh juga kenakan gambar
anda dengan teknik ini. Jom kita lihat keadaan histogram sebelum apply
teknik grain dan selepas.

Lengkungan selepas anda apply teknik grain ini agak smooth berbanding
gambar tanpak teknik grain. Jadi apa kesan gambar bila kita guna teknik
tersebut?

Gambar menjadi kurang jelas disebabkan teknik grain ini, tapi ia nampak
lebih tajam sedikit berbanding sebelum ini. Berikut adalah nilai yang saya
masukkan.

41 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Namun, jika anda letakkan nilai yang terlalu tinggi, menyebabkan gambar
anda sudah dilitupi dengan titik titik noise seperti dibawah ini.

Ia tidah bagus jika anda nak upload ataupun print jadikan album, namun ia
bagus digunakan di bahagian kulit album. Mungkin cara kreatif anda yang
tersendiri, siapa tahu kan?

42 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Camera Calibration
Dalam teknik ini, jika anda nak buat kalibrasi kamera anda menggunakan
Lightroom. Kalibrasi kamera ini biasanya dengan menggunakan warna asas
iaitu Merah, Hijau, dan Biru. Antara kesan yang dikenakan adalah kesan Hue
dan Saturation.
Berikut warna sebelum di buat kaedah kalibrasi dan di belah kanan adalah
setelah di ubah nilai calibrasinya.

Namun setelah saya masukkan nilai untuk nilai berikut. Gambar jadi lebih
menarik dari sebelumnya.

Kurangkan Hue Merah, Naikkan


saturation Merah

Naikkan nilai Hue hijau, dan naikkan nilai saturation


hijau untuk jadikan rumput lebih cantik.

Naikkan nilai hue biru, dan kurangkan saturation biru


untuk efek lebih menarik.

TIPS: Ubah ini amat sukar sedikit kerana ia menyebabkan gangguan pada
warna lain. Pastikan warna kulit tidak berubah.

43 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Save and Apply Settings
Setelah anda penat penat adjust sana-sini, pastinya anda nak guna pada
masa akan datang. Jadi jimat masa, tak perlu lagi set semula satu persatu
dari awal sampai akhir.
Mungkin selepas ini, tinggal adjust sikit-sikit je. Sebab setting asas kita dah
simpan. Baiklah, disini saya tunjukkan step-by-step cara nak simpan tetapan
anda itu agar dapat digunakan pada masa akan datang.

Step 1: Pastikan anda dah follow semua step dan teknik diatas, dan anda
dah berpuas hati dengan hasil gambar anda. Dan anda Klik develop di
bahagian tab seperti di bulatan merah. Dan anda Klik New Presets seperti
dalam bulatan biru yang saya tunjukkan dibawah ini.

44 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 2: Selepas itu, paparan dibawah akan muncul, dan anda perlu
namakan Presets anda, dan anda perlu check All seperti bulatan merah
dibawah. Setelah itu Klik butan Create seperti bulatan biru dibawah.

Step 3: Anda boleh semak semula tetapan anda di bahagian presets library
didalam kotak biru seperti dibawah ini.

45 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 3: Jika anda nak gunakan pada masa akan datang, pastikan anda
reset dahulu setting sedia ada seperti bulatan kuning dibawah ini. Kemudian
barulah anda klik Setting yang anda dah simpan di dalam library (kotak biru)
seperti di dalam bulatan merah dibawah.

46 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Import, Berkongsi & Buat $$ Jual Presets
Selepas anda simpan setting anda itu, sebenarnya anda boleh kongsi pada
orang lain, mahupun anda juga boleh upload platform kedai digital untuk
dijual!
Bagus juga kalau anda nak buat income tepi, dengan buat modul, serta jual
presets seperti saya. Hiks! Kalau nak belajar teknik digital marketing, daripada
kedai online, fb Ads, online payment merchant, autofollow up, dan banyak
lagi. Boleh lah tanya saya. Hiks!
Step 01: Preset yang anda telah simpan itu sebenarnya ada tersimpan dalam
satu folder kerana preset itu telah pun menjadi file .lrtemplate. Anda pergi
bahagian reset yang anda dah simpan itu kemudian right-click > Klik pada
Show in Explorer seperti gambar dibawah.

Step 02: Paparan dibawah ini akan muncul. Dan bermulalah untuk anda
simpan, berkongsi, ataupun jual.

47 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 03: Jika presets anda ada banyak, anda boleh groupkan dalam fail .zip
atau fail .rar . Caranya mudah, anda hanya klik beberapa presets anda yang
anda nak groupkan dengan tekan kekunci CTRL sambil anda tekan KLIK
seperti bulatan hijau dibawah. Kemudian anda Tekan Right Click pada
mouse anda > Send To (bulatan biru) > Compressed (zipped) Folder seperti
bulatan merah dibawah.

Step 04: Sekarang anda telah pun dapat compressed fail seperti dibawah,
dan anda boleh upload di beberapa platform kedai online yang anda boleh
jual. Jika anda nak kongsikan pada orang lain, anda boleh upload terus di
google drive.

48 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 05: Jika anda nak import presets yang anda dapat daripada kawan
anda, anda perlu extract .zip file itu sebelum anda import ke dalam
lightroom. Caranya dengan, anda Right Click pada Preset Library > Import
seperti gambar dibawah ini.

49 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Pelajari Kategori Edit Gambar Guna Lightroom
Saya perlu ingatkan anda, sepanjang saya ajar semua teknik dan efek
diatas, tidak semua anda perlu apply kepada semua keadaan. Ada yang
boleh dan ada yang tak boleh. Sebagai contoh, topik yang kita bincangkan
sebelum ini masih lagi dalam kategori landscape dimana saya ingin naikkan
warna gambar, manipulasi warna, agar rumput kehijauan, bunga menarik
pandangan mata.
Saya akan tunjukkan kepada anda jelas dan tahu yang mana perlu ikut
teknik teknik mengikut kategori yang akan dibincangkan dibawah. Dan
setiap kategori akan melalui teknik editing yang berlainan.
Secara asasnya, kategori editing ini ada banyak. Namun saya sentuh 3 bab
yang utama:
1. Teknik HDR – Sesuai untuk gambar bangunan, tumbuhan, dan subjek
pegun.
2. Teknik Gambar Kahwin – Berbeza mengikut keadaan samada indoor,
mahupun outdoor. Indoor warna background biasanya bersifat cerah,
atau natural.
3. Teknik Landscape – Sesuai untuk gambar outdoor, samada gambar
bangunan, tumbuhan, ataupun gambar gambar kahwin di taman-
taman.

50 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
HDR Editing Technique
HDR (High-Dinamic-Range) adalah sesuai untuk kita naikkan gambar tersebut
seolah olah gambar tersebut lebih timbul berbanding gambar biasa. elemen
kejelasan (Clarity) dan elemen warna (Vibrance) di naikkan. Manakala
element White dan Highlight di turunkan untuk menurunkan kecerahan
background gambar anda.
Berikut adalah contoh, gambar HDR.

Selepas saya tetapkan teknik HDR, gambar lebih jelas, dan warna lebih naik.
Seperti gambar dibawah ini.

Tips: Gambar HDR ini semua jelas, bermaksud warna dibahagian background
dan subjek juga jelas. Cuma, elakkan jika anda naikkan warna sehingga
berubah dari warna asal.

51 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 1: Berdasarkan gambar HDR indoor diatas ini, anda boleh lihat keadaan
histogram seperti bawah ini. Masih lah berbentuk seperti bukit.

Step 2: Dibawah ini pula setting asasnya, pada mulanya saya kenakan
whitebalance yang auto.

Step 3: Seterusnya, saya turunkan nilai whites dan highlight, untuk kurangkan
kecerahan. manakala saya naikkan sedikit nilai black dan shadows untuk
terangkan sedikit bahagian gelap.

Step 4: Seterusnya, saya naikkan nilai clarity dan vibrance. Untuk kejelasan
dan warna. Saya turunkan nilai saturation agar warna tidak terlalu pekat.

52 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 5: Anda boleh gunakan teknik tone curve seperti dibawah, dengan klik
seperti bulatan merah dibawah ini. Untuk menaikkan lagi kesan highlight dan
shadows gambar anda.

Step 6: Seterusnya anda boleh manipulasi bahagian Hue dan Luminance


agar ia ikut warna kulit yang asal, dan naikkan sedikit warna merah.

Step 7: Kemudian saya laraskan sedikit bahagian split toning. Anda boleh
cuba, jika warna tidak jadi, anda tak perlu ubah tetapan ini.

53 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 8: Di bahagian Detailing, saya naikkan nilai sharpening, dan sedikit noise
reduction.

Step 9: Dan saya naikkan sedikit vignette effect pada gambar ini. Seperti
tetapan dibawah.

Selesai.. Gambar HDR telah pun menjadi..

54 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Wedding Photography Editing Technique
Untuk gambar kahwin, ia mengikut keadaan dimana anda mengambil
gambar. Di dalam (inddor) atau di luar (outdoor).
Kalau indoor biasanya penggunaan speedlight amat penting agar warna
kulit muka jelas kelihatan berbanding tidak menggunakan speedlight, kulit
wajah subjek akan jadi kusam. Kerana sumber pencahayaan hanya
bergantung pada lampu sahaja tidak cukup. Cuba perhatikan gambar saya
dibawah ini.
Tips: Elakkan warna terlalu pekat untuk gambar kahwin. Biarkan secara
natural.

Gambar diatas yang menarik ini tidak akan terhasil dengan hanya dengan
editing lightroom sahaja tanpa bantuan speedlight (Pemancar cahaya)
kerana cahaya dalam rumah yang terhad.

Setting LR Keterangan
Black Naikkan sedikit jika warna subjek kusam. Abaikan jika
warna subjek sudah menarik.
Shadows
Exposure Naikkan sedikit sahaja.
Highlights Kurangkan sedikit nilai ini untuk kurangkan warna
warna cerah.
Whites
Clarity Naikkan sedikit, untuk gambar nampak jelas
Vibrance Naikkan sedikit untuk buatkan gambar anda naik
sedikit warna. (Sedikit sahaja)
Sharpening Naikkan sedikit nilai untuk tajamkan gambar anda

55 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Berbeza pula, Indoor, tetapi background ada sumber cahaya outdoor
melalui tingkap, pintu seperti gambar dibawah ini. Juga kena lawan semula
dengan cahaya dari speedlight agar, gambar belakang tidak nampak
terlalu cerah. Anda boleh rujuk seperti gambar dibawah ini.

Tips: Gunakan speedlight sekurang kurangnya 1/8 shutter speed, manakala


jika anda edit menggunakan lightroom anda boleh kurangkan nilai highlight
dan whites agar kawasan yang dibulatan merah diatas tidak terlalu cerah
(over-exposed)

Setting Asas Keterangan


White Balance Setkan kepada Mood Auto
Black Naikkan sedikit jika warna subjek kusam. Abaikan
jika warna subjek sudah menarik.
Shadows
Exposure Naikkan sedikit sahaja. Sebab bahagian indoor
nilai cerah amat sedikit.
Highlights Kurangkan sedikit nilai ini untuk kurangkan cahaya
cerah yang datang dari tingkap, dan pintu.
Whites
Clarity Naikkan sedikit, untuk gambar nampak jelas
Vibrance Naikkan sedikit untuk buatkan gambar anda naik
sedikit warna. (Sedikit sahaja)
Sharpening Naikkan sedikit nilai untuk tajamkan gambar anda

56 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Manakala untuk outdoor, banyak perkara perlu diambil kira seperti warna
sekeliling seperti warna lampu, warna kain. Kerana pantulan cahaya itu akan
mengganggu warna kulit muka. Kemudian, background akan menjadi lebih
cerah apatah lagi ketika waktu tengahari akan membuatkan gambar
background terlalu cerah. Biasanya untuk outdoor tetapi di bawah pelamin,
perlu menggunakan speedlight agar gambar berlawanan dengan cahaya
diluar.

Berdasarkan gambar diatas ini adalah contoh kecerahan disebabkan


cahaya matahari. Ini dipanggil background exposed. Tetapi masih sesuai
selagi mana ia tidak menganggu kecerahan subjek apatah lagi kecerahan
kulit muka.

Setting Asas Keterangan


White Balance Setkan kepada Mood Auto
Black Naikkan sedikit jika warna kulit muka kusam.
Abaikan jika warna subjek sudah menarik.
Shadows
Exposure Tidak perlu naikkan sebab gambar dah cerah.
Highlights Kurangkan sedikit nilai ini untuk kurangkan cahaya
cerah yang datang dari belakang subjek.
Whites
Clarity Naikkan sedikit, untuk gambar nampak jelas
Vibrance Naikkan sedikit untuk buatkan gambar anda naik
sedikit warna. (Sedikit sahaja)
Sharpening Naikkan sedikit nilai untuk tajamkan gambar anda

57 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Jika outdoor untuk ambil gambar di luar, di taman, atau dimana mana pada
waktu petang, biasanya selepas majlis persandingan, cahaya matahari
sudah tidak terlalu terang. Namun biasanya ada sedikit kekuningan pada
waktu senja. Ada yang suka kepada natural view, sebagai contoh, masih
kekalkan warna kehijauan di bahagian belakang subjek, makalaha ada juga
yang ingin menggelapkan dengan memfokuskan subjek (pengantin).

Setting Asas Keterangan


White Balance Setkan kepada Mood Auto
Black Naikkan sedikit jika warna kulit muka kusam.
Abaikan jika warna subjek sudah menarik.
Shadows
Exposure Naikkan sedikit agar gambar lebih cerah.
Highlights Kurangkan sedikit nilai ini untuk kurangkan cahaya
cerah yang datang dari belakang subjek.
Whites
Clarity Naikkan sedikit, untuk gambar nampak jelas
Vibrance Naikkan sedikit untuk buatkan gambar anda naik
sedikit warna. (Sedikit sahaja)
Sharpening Naikkan sedikit nilai untuk tajamkan gambar anda

58 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Baik, katakan saya nak edit gambar seperti dibawah ini. Anda boleh
dapatkan gambar latihan disini. Katakan saya nak gunakan gambar
dibawah ini untuk proses editing.

Sebelum itu, gambar ini saya nak Credit pada sahabat saya Dnova
Production kerana hasil beliau yang sangat menarik dan sangat berpuas hati.
Step 1: Perhatikan histogram, untuk pastikan gambar tersebut over-exposed
ataupun under-exposed. Berdasarkan bulatan hijau dibawah, tiada cahaya
di bahagian blacks, ini menunjukkan gambar bukan under-exposed.
Manakala bulatan merah, ada sedikit cahaya yang menyentuh bahagian
whites. Anda boleh atasi dengan mengalihkan graf ini agar tidak
bersentuhan di dinding whites seperti bulatan hijau.

59 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 2: Set White Balance kepada Auto jika nak mudah.

Step 3: Kurangkan nilai whites dan highlight untuk atasi masalah seperti
dalam bulatan merah di step 1 tadi. Klik segi tiga seperti dalam bulatan
merah dibawah untuk tahu yang mana ada masalah over-exposer itu. Akan
ada warna merah muncul dalam gambar menunjukkan tempat yang
terlebih cerah. Tugas anda hanya kurangkan nilai whites dan highlight
sahaja.

Anda boleh ikut seperti dibawah ini.

Step 4: Naikkan sedikit clarity untuk kejelasan gambar, vibrance untuk naikkan
warna gambar, dan nilai yang sedikit untuk saturation.

60 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 5: Anda boleh buat teknik dodge and burn hanya dengan adjust tone
curve seperti ini. Pastikan anda klik seperti bulatan merah dibawah.

Step 6: Anda boleh naikkan nilai sharpening sepeti dibawah ini agar gambar
anda kelihatan lebih jelas. Rujuk view untuk buat sharpening seperti dibawah
ini.

Step 7: Naikkan sedikit nilai Noise reduction untuk kurangkan noise pada
gambar anda selain gambar anda akan kelihatan lebih lembut struktur
permukaan warnanya. Disamping itu anda perlu rujuk berapa banyak noise
reduction di kurangkan. Seperti gambar di kanan dibawah ini.

61 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Step 8: Untuk bahagian effect, ini terpulang kepada anda samada anda nak
lakukan kesan vignette ataupun tidak. Anda hanya masukkan nilai yang
sedikit sahaja agar tidak mengganggu subjek (pengantin).

Step 9: Selesai. Anda boleh edit gambar seterusnya, atau jika anda nak sava
gambar anda, boleh klik File > Export. Jika anda nak save semua setting
diatas ini, anda boleh Klik Develop > New Preset untuk digunakan setting ini
pada masa akan datang.

62 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Landscape Editing Technique
Anda akan pelajari cara edit gambar untuk gambar pemandangan seperti
gunung ganang, ladang, pokok pokok dan lain lain. Disini gambar manusia
minima, biasanya kecil. Dan kita boleh bermain dengan warna untuk
timbulkan lagi gambar pemandangan kita agar betul betul indah di depan
mata.
Tips: Boleh manipulasi warna untuk gambar landscape.
Situasi dibawah ini adalah gambar di ladang teh, Cameron Highland.

Selepas saya kenakan teknik manipulasi warna, maka gambar akan jadi
seperti ini.

Seperti yang anda lihat, warnanya kelihatan sedikit pekat dan timbul. Apa
yang saya lakukan adalah seperti ini.

63 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Berdasarkan tetapan dibawah, Apa yang saya nak tunjukkan adalah, nilai
highlight dan whites saya turunkan nilainya, dan saya naikkan nilai clarity.
Nilai clarity akan membuatkan kejelasan gambar anda akan menaik.
Namun, nilai yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar anda akan ada
noise.

Seperti bulatan merah diatas, anda perlu naikkan nilai clarity untuk
menambah kejelasan pada gambar anda, manakala nilai vibrance
dinaikkan untuk menaikkan warna gambar anda. Kemudian, saya naikkan
nilai Hue (Green) untuk ubah sedikit tona warna hijau seperti dibawah ini.

Seterusnya, saya naikkan nilai sharpness untuk tajamkan gambar ini.

Tips: Anda boleh cuba dengan dapatkan gambar di SINI

64 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m
Penutup
Terima kasih kepada anda kerana telah habiskan pembacaan.
Sesungguhnya kalau kita hanya membaca tanpa praktis, maka pun tidak
akan jadi hasilnya.
Jom sama sama share hasil editing masing masing dengan tag saya di
Facebook: Ubaidullah Jaafar.

Jika anda berminat untuk pelajari step-by-step melalui video tutorial, dan
saya bagi siap 10 presets lightroom bernilai RM250, dan rebat RM20, beserta
bonus bonus yang lain..

Anda boleh baca pakej di: http://bit.ly/superlightroom


Apa yang anda dapat dalam tutorial ini:
- 8 Video tutorial step by step basic to Advance
- Telegram Support dan FB Group
- 10 presets Premium LR
- Akses Belajar Online & Download Percuma
- Akses Bonus, Special Tutorial untuk anda
- Ebook Advance Colour Maching Technique
- Pendrive Perisian Lightroom
- Dan banyak lagi...
Anda boleh baca pakej di: http://bit.ly/superlightroom

http://bit.ly/superlightroom

Kod: promo20

65 | h t t p : / / b i t . l y / s u p e r l i g h t r o o m

Anda mungkin juga menyukai